/akn/my/act/pua/2026/60

PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (SISTEM LEVI BERBEZA BERKENAAN DENGAN ANGGOTA PENANGGUNG INSURANS) (PINDAAN) 2026

Text is served through the Arturio legal-data gateway. This reader shows the active Malaysia expression when available.

Open source PDF

Preamble

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 77

Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011 [Akta 720], Perbadanan membuat peraturan-peraturan yang berikut:

Nama dan permulaan kuat kuasa 1.

(1

)

Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Sistem Levi Berbeza berkenaan dengan

Anggota Penanggung Insurans) (Pindaan) 2026.

(2

)

Peraturan-Peraturan ini berkuat kuasa bagi tahun taksiran 2026

dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya.

Penggantian peraturan 2 2.

Peraturan-Peraturan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Sistem Levi

Berbeza berkenaan dengan Anggota Penanggung Insurans) 2023 [P.U. (A) 221/2023], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dengan menggantikan peraturan 2 dengan peraturan yang berikut:

“Tafsiran

Section 2

Dalam Peraturan-Peraturan ini—

“kadar levi” ertinya kadar levi yang terpakai bagi suatu anggota penanggung insurans yang ditetapkan dalam Perintah Perbadanan Insurans

Deposit Malaysia (Kadar bagi Levi Pertama dan Levi Tahunan berkenaan dengan Anggota Penanggung Insurans) 2023 [P.U. (A) 222/2023];

P.U. (A) 60 3

“taraf pengawasan” ertinya suatu perkadaran atau penilaian suatu anggota penanggung insurans oleh Bank Negara Malaysia menurut perenggan 95(b) Akta.”.

Pindaan peraturan 3 3.

Perenggan 3(2)(a) Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “subperenggan 21(1)” dengan perkataan “subperenggan 5(2)”.

Pindaan peraturan 8 4.

Subperaturan 8(1) Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “kadar levi yang terpakai bagi” dengan perkataan “dan amaun levi yang kena dibayar oleh”.

Penggantian Jadual 5.

Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan Jadual dengan jadual yang berikut:

“JADUAL

[Peraturan 3 dan 4]

Tafsiran 1.

Dalam Jadual ini, “asas pengiraan levi” ertinya asas bagi pengiraan levi yang terpakai bagi suatu anggota penanggung insurans yang ditetapkan dalam Perintah

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Asas bagi Pengiraan Levi Pertama dan Levi

Tahunan berkenaan dengan Anggota Penanggung Insurans) 2023 [P.U. (A) 223/2023].

Kriteria pentaksiran keseluruhan bagi anggota penanggung insurans 2.

Dalam pentaksiran keseluruhan suatu anggota penanggung insurans bagi maksud levi, Perbadanan hendaklah mengambil kira komponen keselamatan dan kekukuhan sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 3 dan komponen berpusatkan resolusi sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 4, apabila—

P.U. (A) 60 4

(a)

komponen keselamatan dan kekukuhan digunakan untuk menentukan kategori levi yang terpakai bagi anggota penanggung insurans itu, yang selepas itu akan menentukan kadar levi dan amaun levi kasar anggota penanggung insurans itu; dan

(b)

komponen berpusatkan resolusi digunakan untuk menentukan amaun levi yang kena dibayar oleh anggota penanggung insurans itu dalam suatu tahun taksiran dengan menolak daripada amaun levi kasar, deduktibel sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 4.

Komponen keselamatan dan kekukuhan 3.

(1

)

Pentaksiran komponen keselamatan dan kekukuhan bagi suatu anggota penanggung insurans hendaklah berdasarkan taraf pengawasan anggota penanggung insurans itu.

(2

)

Jika taraf pengawasan suatu anggota penanggung insurans dalam suatu tahun taksiran adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang (1), anggota penanggung insurans itu hendaklah diklasifikasikan dalam kategori levi sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang (2) seperti yang berikut:

(1

)

Taraf pengawasan

(2

)

Kategori levi

Penarafan 1 atau rendah atau yang setara 1

Penarafan 2 atau sederhana atau yang setara 2

Penarafan 3 atau lebih daripada sederhana atau yang setara 3

Penarafan 4 atau tinggi atau yang setara 4

(3

)

Kadar levi yang terpakai berdasarkan kategori levi suatu anggota penanggung insurans hendaklah didarabkan dengan asas pengiraan levi yang terpakai bagi anggota penanggung insurans itu untuk memperoleh amaun levi kasar anggota penanggung insurans itu bagi suatu tahun taksiran.

P.U. (A) 60 5

Komponen berpusatkan resolusi 4.

(1

)

Levi yang kena dibayar oleh suatu anggota penanggung insurans bagi suatu tahun taksiran hendaklah ditentukan dengan menolak daripada amaun levi kasar, deduktibel dalam bentuk perbelanjaan berkelayakan berkaitan keupayaan resolusi seperti yang ditanggung oleh anggota penanggung insurans itu pada tahun taksiran sebelumnya.

(2

)

Amaun potongan yang dibenarkan di bawah subperenggan (1) hendaklah tidak melebihi tiga puluh peratus daripada amaun levi kasar anggota penanggung insurans itu dalam tahun taksiran itu.

(3

)

Perbelanjaan berkelayakan berkaitan keupayaan resolusi yang disebut di bawah subperenggan (1) hendaklah sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan dalam garis panduan berkenaan dengan sistem levi berbeza yang dikeluarkan oleh

Perbadanan dari semasa ke semasa.

Klasifikasi dan pemarkahan anggota penanggung insurans 5.

(1

)

Walau apa pun mana-mana peruntukan lain dalam Peraturan-Peraturan ini, suatu anggota penanggung insurans, selain suatu anggota penanggung insurans yang disebut dalam subperenggan (3), hendaklah diklasifikasikan dalam kategori levi 1

bagi komponen keselamatan dan kekukuhan dalam suatu tahun taksiran jika—

(a)

anggota penanggung insurans itu tidak dibenarkan untuk memulakan operasi dalam tahun taksiran sebelumnya; atau

(b)

taraf pengawasan pertama tidak tersedia pada tarikh akhir anggota penanggung insurans itu dikehendaki untuk mengemukakan maklumat yang disebut dalam peraturan 3 dalam tahun taksiran itu.

(2

)

Suatu anggota penanggung insurans yang disebut dalam subperenggan (1)

tidak dikehendaki untuk mengemukakan kepada Perbadanan maklumat yang disebut dalam peraturan 3 dalam suatu tahun taksiran jika anggota penanggung insurans itu

P.U. (A) 60 6

tidak mempunyai apa-apa perbelanjaan berkelayakan berkaitan keupayaan resolusi yang ditanggung dalam tahun taksiran sebelumnya.

(3

)

Subperenggan (1) tidak terpakai bagi suatu anggota penanggung insurans jika—

(a)

anggota penanggung insurans itu telah beroperasi dan menjalankan perniagaan insurans atau takaful bagi tempoh minimum dua tahun sebelum anggota penanggung insurans itu menjadi suatu anggota penanggung insurans di bawah Akta; atau

(b)

perniagaan satu atau lebih pihak pemindah dipindahkan kepada anggota penanggung insurans itu di bawah suatu skim pemindahan perniagaan dalam tahun taksiran yang mana anggota penanggung insurans itu menjadi suatu anggota penanggung insurans di bawah Akta.

(4

)

Suatu anggota penanggung insurans yang disebut dalam subperenggan (3)

hendaklah diklasifikasikan dalam kategori levi 3 bagi komponen keselamatan dan kekukuhan dalam suatu tahun taksiran jika taraf pengawasan pertama tidak tersedia pada tarikh akhir anggota penanggung insurans itu dikehendaki untuk mengemukakan maklumat yang disebut dalam peraturan 3 dalam tahun taksiran itu.

Maklumat tidak mencukupi 6.

Jika taraf pengawasan bagi suatu anggota penanggung insurans tidak tersedia pada tarikh akhir anggota penanggung insurans itu dikehendaki untuk mengemukakan maklumat yang disebut dalam peraturan 3 bagi suatu tahun taksiran, Perbadanan hendaklah menggunakan taraf pengawasan yang terkini bagi anggota penanggung insurans itu yang tersedia kepada Perbadanan bagi maksud mengklasifikasikan anggota penanggung insurans itu dalam suatu kategori levi bagi tahun taksiran itu.”.

P.U. (A) 60 7

Dibuat 3 Februari 2026

[MOF.SBM(R) 600-41/39/102 (13); PIDM/PN/2/2026; PN(PU2)689/JLD.9]

DATUK ABU HURAIRA ABU YAZID

Pengerusi

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia

P.U. (A) 60 8

MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION ACT 2011

MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION

(DIFFERENTIAL LEVY SYSTEMS IN RESPECT OF INSURER MEMBERS) (AMENDMENT)

REGULATIONS 2026

Preamble

IN exercise of the powers conferred by section 77

of the

Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2011 [Act 720], the Corporation makes the following regulations:

Citation and commencement 1.

(1

)

These regulations may be cited as the Malaysia Deposit Insurance

Corporation (Differential Levy Systems in respect of Insurer Members)

(Amendment)

Regulations 2026.

(2

)

These Regulations have effect for the assessment year of 2026

and subsequent assessment years.

Substitution of regulation 2 2.

The Malaysia Deposit Insurance Corporation (Differential Levy Systems in respect of Insurer Members) Regulations 2023 [P.U. (A) 221/2023], which are referred to as the “principal Regulations” in these Regulations, are amended by substituting for regulation 2 the following regulation:

“Interpretation

Section 2

In these Regulations—

“levy rate” means the levy rate applicable to an insurer member as prescribed in the Malaysia Deposit Insurance Corporation (Rates for First Levy and

Annual

Levy in respect of

Insurer

Members)

Order 2023

[P.U. (A) 222/2023];

“supervisory rating” means a rating or an assessment of an insurer member by the Bank Negara Malaysia pursuant to paragraph 95(b) of the Act.”.

P.U. (A) 60 9

Amendment of regulation 3 3.

Paragraph 3(2)(a) of the principal Regulations is amended by substituting for the words “subparagraph 21(1)” the words “subparagraph 5(2)”.

Amendment of regulation 8 4.

Subregulation 8(1) of the principal Regulations is amended by inserting after the words “the levy rate applicable to” the words “and the amount of levy payable by”.

Substitution of Schedule 5.

The principal Regulations are amended by substituting for the Schedule the following schedule:

“SCHEDULE

[Regulations 3 and 4]

Interpretation 1.

In this Schedule, “basis for calculation of levy” means the basis for calculation of levy applicable to an insurer member as prescribed in the Malaysia Deposit Insurance

Corporation (Basis for Calculation of First Levy and Annual Levy in respect of

Insurer Members) Order 2023 [P.U. (A) 223/2023].

Overall assessment criteria for insurer member 2.

In the overall assessment of an insurer member for levy purposes, the Corporation shall take into account the safety and soundness component as specified in paragraph 3 and the resolution centric component as specified in paragraph 4, whereby—

(a)

the safety and soundness component is applied to determine the levy category applicable to the insurer member, which in turn will determine the levy rate and gross levy amount of the insurer member; and

P.U. (A) 60 10

(b)

the resolution centric component is applied to determine the levy amount payable by the insurer member in an assessment year by deducting from the gross levy amount, the deductible as specified in paragraph 4.

Safety and soundness component 3.

(1

)

The assessment of the safety and soundness component for an insurer member shall be based on the supervisory rating of the insurer member.

(2

)

Where the supervisory rating of an insurer member in an assessment year is as specified in column (1), the insurer member shall be classified in the levy category as specified in column (2) as follows:

(1

)

Supervisory rating

(2

)

Levy category

Rating of 1 or low or equivalent 1

Rating of 2 or moderate or equivalent 2

Rating of 3 or above average or equivalent 3

Rating of 4 or high or equivalent 4

(3

)

The levy rate applicable based on the levy category of an insurer member shall be multiplied with the basis for calculation of levy applicable to the insurer member to derive the gross levy amount of the insurer member for an assessment year.

Resolution centric component 4.

(1

)

The levy payable by an insurer member for an assessment year shall be ascertained by deducting from the gross levy amount, the deductible in the form of resolvability related qualifying expenses as incurred by the insurer member in the preceding assessment year.

(2

) The amount of deduction allowed under subparagraph (1) shall not exceed thirty percent of the gross levy amount of the insurer member in the assessment year.

P.U. (A) 60 11

(3

)

The resolvability related qualifying expenses referred to under subparagraph (1) shall be as specified by the Corporation in the guidelines in respect of differential levy systems issued by the Corporation from time to time.

Classification and scoring of insurer member 5.

(1

)

Notwithstanding any other provisions in these Regulations, an insurer member, other than an insurer member referred to in subparagraph (3), shall be classified in levy category 1 for the safety and soundness component in an assessment year if—

(a)

the insurer member is not allowed to commence operation in the preceding assessment year; or

(b)

the first supervisory rating is not available on the last date the insurer member is required to submit the information referred to in regulation 3 in that assessment year.

(2

)

An insurer member referred to in subparagraph (1) shall not be required to submit to the Corporation the information referred to in regulation 3 in an assessment year if the insurer member does not have any resolvability related qualifying expenses incurred in the preceding assessment year.

(3

)

Subparagraph (1) shall not apply to an insurer member if—

(a)

the insurer member has been in operation and carrying on insurance or takaful business for a minimum period of two years before the insurer member becomes an insurer member under the Act; or

(b)

the business of one or more transferring parties is transferred to the insurer member under a business transfer scheme in the assessment year of which the insurer member becomes an insurer member under the Act.

P.U. (A) 60 12

(4

)

An insurer member referred to in subparagraph (3) shall be classified in levy category 3 for the safety and soundness component in an assessment year if the first supervisory rating is not available on the last date the insurer member is required to submit the information referred to in regulation 3 in that assessment year.

Insufficient information 6.

Where the supervisory rating for an insurer member is not available on the last date the insurer member is required to submit the information referred to in regulation 3 for any assessment year, the Corporation shall use the latest supervisory rating of such insurer member available to the Corporation for the purpose of classifying the insurer member in a levy category for that assessment year.”.

Made 3 February 2026

[MOF.SBM(R) 600-41/39/102 (13); PIDM/PN/2/2026; PN(PU2)689/JLD.9]

DATUK ABU HURAIRA ABU YAZID

Chairman

Malaysia Deposit Insurance Corporation