Preamble
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan 62(1)(ka) dibaca bersama seksyen 36F, 36G dan 36H Akta Perkhidmatan Bomba 1988 [Akta 341],
Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:
Nama dan permulaan kuat kuasa 1.
/akn/my/act/pua/2026/40
Text is served through the Arturio legal-data gateway. This reader shows the active Malaysia expression when available.
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan 62(1)(ka) dibaca bersama seksyen 36F, 36G dan 36H Akta Perkhidmatan Bomba 1988 [Akta 341],
Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:
Nama dan permulaan kuat kuasa 1.
)
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan
Perkhidmatan Bomba (Perunding Keselamatan Kebakaran dan Firma Perunding
Keselamatan Kebakaran) 2026.
)
Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa pada 3 Februari 2026.
Perunding keselamatan kebakaran 2.
)
Mana-mana orang boleh memohon untuk didaftarkan sebagai perunding keselamatan kebakaran di bawah Akta, jika orang itu—
memiliki ijazah sarjana atau ijazah kedoktoran falsafah dalam bidang kejuruteraan keselamatan kebakaran atau dalam mana-mana bidang lain yang berhubungan dengan kejuruteraan keselamatan kebakaran, atau yang setara dengannya;
mempunyai pengalaman bekerja—
dalam bidang keselamatan kebakaran bagi tempoh sepuluh tahun sebagai Pegawai Kanan Bomba; atau
dalam bidang kejuruteraan keselamatan kebakaran di
Malaysia bagi tempoh lima tahun dan telah mengendalikan sekurang-kurangnya tiga kerja analisis risiko kebakaran bagi maksud pemajuan; dan
P.U. (A) 40 3
memiliki kemahiran dalam menggunakan model perkomputeran dinamik bendalir.
)
Bagi maksud subperenggan 2(1)(b)(ii), “pemajuan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976
[Akta 172].
Firma perunding keselamatan kebakaran 3.
Mana-mana orang boleh memohon untuk didaftarkan sebagai firma perunding keselamatan kebakaran di bawah Akta, jika orang itu—
merupakan suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016
[Akta 777], suatu perkongsian yang didaftarkan di bawah
Akta Perkongsian 1961 [Akta 135] atau suatu perkongsian liabiliti terhad yang didaftarkan di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012
[Akta 743];
mengambil kerja sekurang-kurangnya satu orang perunding keselamatan kebakaran yang berdaftar di bawah Akta;
mengambil kerja sekurang-kurangnya satu orang arkitek profesional yang berdaftar di bawah Akta Arkitek 1967 [Akta 117] atau jurutera profesional yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Jurutera 1967 [Akta 138]; dan
mempunyai perlindungan insurans indemniti profesional yang sah bagi amaun yang tidak kurang daripada satu juta ringgit.
Fi 4.
Fi bagi pengeluaran atau pembaharuan perakuan pendaftaran berhubung dengan perunding keselamatan kebakaran atau firma perunding keselamatan kebakaran adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.
P.U. (A) 40 4
JADUAL
[Peraturan 4]
FI
(1)
Butiran
(2)
Perihalan
(3)
Pengeluaran perakuan pendaftaran
(4)
Pembaharuan perakuan pendaftaran
1.
Perunding keselamatan kebakaran
1,000 500 2.
Firma perunding keselamatan kebakaran 2,000 1,000
Dibuat 27 Januari 2026
[KPKT.100-1/11/1(27); PN(PU2)471/JLD.7]
NGA KOR MING
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
P.U. (A) 40 5
FIRE SERVICES ACT 1988
FIRE SERVICES (FIRE SAFETY CONSULTANT AND FIRE SAFETY CONSULTANT FIRM)
REGULATIONS 2026
IN exercise of the powers conferred by paragraph 62(1)(ka) read together with sections 36F,
36G and 36H of the
Fire
Services
Act 1988
[Act 341], the Minister makes the following regulations:
Citation and commencement 1.
(1)
These regulations may be cited as the
Fire
Services
(Fire Safety Consultant and Fire Safety Consultant Firm) Regulations 2026.
(2)
These Regulations come into operation on 3 February 2026.
Fire safety consultant 2.
(1)
Any person may apply to be registered as a fire safety consultant under the Act, if such person—
(a)
possesses a master’s degree or a doctor of philosophy degree in the field of fire safety engineering or in any other field relating to fire safety engineering, or its equivalent;
(b)
has a working experience—
(i)
in the field of fire safety for the period of ten years as a Senior Fire Officer; or
(ii)
in the field of fire safety engineering in Malaysia for the period of five years and has conducted at least three fire risk analysis works for the purpose of development; and
(c)
possesses skills in using computational fluid dynamics model.
P.U. (A) 40 6
(2)
For the purpose of subparagraph 2(1)(b)(ii), “development” has the same meaning assigned to it in the Town and Country Planning Act 1976 [Act 172].
Fire safety consultant firm 3.
Any person may apply to be registered as a fire safety consultant firm under the Act, if such person—
(a)
is a company incorporated under the Companies Act 2016 [Act 777], a partnership registered under the Partnership Act 1961 [Act 135] or a limited liability partnership registered under the Limited Liability
Partnerships Act 2012 [Act 743];
(b)
employs at least one fire safety consultant who is registered under the Act;
(c)
employs at least one professional architect who is registered under the Architects Act 1967 [Act 117] or professional engineer who is registered under the Registration of Engineers Act 1967 [Act 138]; and
(d)
has a valid professional indemnity insurance cover for an amount of not less than one million ringgit.
Fees 4.
Fees for the issuance or renewal of certificate of registration in relation to a fire safety consultant or fire safety consultant firm are as specified in the Schedule.
P.U. (A) 40 7
[Regulation 4]
FEES
(1)
Item
(2)
Description
(4)
Issuance of certificate of registration
(5)
Renewal of certificate of registration
1.
Fire safety consultant
1,000
500 2.
Fire safety consultant firm
2,000 1,000
Made 27 January 2026
[KPKT.100-1/11/1(27); PN(PU2)471/JLD.7]
NGA KOR MING
Minister of Housing and Local Government