Preamble
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan 62(1)(ka) dibaca bersama seksyen 36D, 36F, 36G dan 36H Akta Perkhidmatan Bomba 1988 [Akta 341],
Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:
Nama dan permulaan kuat kuasa 1.
/akn/my/act/pua/2026/39
Text is served through the Arturio legal-data gateway. This reader shows the active Malaysia expression when available.
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan 62(1)(ka) dibaca bersama seksyen 36D, 36F, 36G dan 36H Akta Perkhidmatan Bomba 1988 [Akta 341],
Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:
Nama dan permulaan kuat kuasa 1.
)
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan
Perkhidmatan
Bomba
(Orang
Kompeten dan
Kontraktor
Keselamatan
Kebakaran) 2026.
)
Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa pada 3 Februari 2026.
Kategori orang kompeten 2.
)
Mana-mana orang yang didaftarkan untuk menjadi orang kompeten di bawah Akta boleh dikategorikan seperti yang berikut:
kategori mekanikal atau elektrikal;
kategori awam atau struktur; atau
kategori pemasangan tetap atau mudah alih.
)
Orang kompeten yang dikategorikan mengikut kategori di bawah subperaturan (1) hendaklah memasang, menguji, menservis, mengecas semula atau membaiki mana-mana kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.
P.U. (A) 39 3
Syarat bagi orang kompeten dalam kategori mekanikal atau elektrikal 3.
Mana-mana orang boleh memohon untuk didaftarkan sebagai orang kompeten dalam kategori mekanikal atau elektrikal di bawah Akta, jika—
orang itu merupakan seorang warganegara Malaysia;
orang itu telah lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setara dengannya; dan
orang itu—
memiliki diploma dalam bidang kejuruteraan mekanikal atau elektrikal atau yang setara dengannya, dan mempunyai sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman bekerja di bawah seliaan orang kompeten yang berdaftar di bawah Akta dalam memasang, menguji, menservis, mengecas semula atau membaiki mana-mana kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran; atau
mempunyai sekurang-kurangnya lima tahun pengalaman bekerja di bawah seliaan orang kompeten yang berdaftar di bawah Akta dalam memasang, menguji, menservis, mengecas semula atau membaiki mana-mana kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran.
Syarat bagi orang kompeten dalam kategori awam atau struktur 4.
Mana-mana orang boleh memohon untuk didaftarkan sebagai orang kompeten dalam kategori awam atau struktur di bawah Akta, jika orang itu—
telah berkhidmat tidak kurang daripada lima tahun sebagai
Pegawai Bomba atau Pegawai Bomba Bantuan; atau
selain orang di bawah perenggan (a)—
P.U. (A) 39 4
dia merupakan seorang warganegara Malaysia;
dia telah lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setara dengannya;
dia mempunyai sekurang-kurangnya satu tahun pengalaman bekerja di bawah seliaan orang kompeten yang berdaftar di bawah
Akta dalam memasang, menguji, menservis, mengecas semula atau membaiki mana-mana kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran; dan
dia telah menghadiri kursus berhubung dengan latihan pemasangan, pengujian, penservisan, pengecasan semula atau pembaikan mana-mana kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran dalam kategori awam atau struktur.
Syarat bagi orang kompeten dalam kategori pemasangan tetap atau mudah alih 5.
Mana-mana orang boleh memohon untuk didaftarkan sebagai orang kompeten dalam kategori pemasangan tetap atau mudah alih di bawah Akta, jika orang itu—
telah berkhidmat tidak kurang daripada lima tahun sebagai
Pegawai Bomba atau Pegawai Bomba Bantuan; atau
selain orang di bawah perenggan (a)—
dia merupakan seorang warganegara Malaysia;
dia telah lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setara dengannya;
P.U. (A) 39 5
dia mempunyai sekurang-kurangnya satu tahun pengalaman bekerja di bawah seliaan orang kompeten yang berdaftar di bawah
Akta dalam memasang, menguji, menservis, mengecas semula atau membaiki mana-mana kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran; dan
dia telah menghadiri kursus berhubung dengan latihan pemasangan, pengujian, penservisan, pengecasan semula atau pembaikan mana-mana kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran dalam kategori pemasangan tetap atau mudah alih.
Syarat bagi kontraktor keselamatan kebakaran 6.
Mana-mana orang boleh memohon untuk didaftarkan sebagai kontraktor keselamatan kebakaran di bawah Akta, jika orang itu—
merupakan suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016
[Akta 777], suatu perkongsian yang didaftarkan di bawah
Akta Perkongsian 1961 [Akta 135] atau suatu perkongsian liabiliti terhad yang didaftarkan di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012
[Akta 743];
mempunyai kemudahan dan kelengkapan bagi perkhidmatan pemasangan, pengujian, penservisan, pengecasan semula atau pembaikan mana-mana kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran; dan
mengambil kerja satu atau lebih orang kompeten yang berdaftar di bawah Akta.
P.U. (A) 39 6
Fi 7.
Fi bagi pengeluaran atau pembaharuan perakuan pendaftaran berhubung dengan orang kompeten atau kontraktor keselamatan kebakaran adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
Peralihan 8.
Mana-mana orang yang menjalankan perkhidmatan memasang, menguji, menservis, mengecas semula atau membaiki mana-mana kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini boleh, dalam masa satu tahun dari tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini, didaftarkan sebagai orang kompeten, jika orang itu memenuhi syarat yang berikut:
bagi orang kompeten dalam kategori mekanikal atau elektrikal—
dia merupakan seorang warganegara Malaysia;
dia telah lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setara dengannya; dan
dia—
memiliki diploma dalam bidang kejuruteraan mekanikal atau elektrikal atau yang setara dengannya dan mempunyai sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman bekerja dalam memasang, menguji, menservis, mengecas semula atau membaiki mana-mana kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran; atau mempunyai sekurang-kurangnya sepuluh tahun pengalaman bekerja dalam memasang, menguji, menservis, mengecas semula atau membaiki mana-mana kelengkapan
P.U. (A) 39 7
menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran;
bagi orang kompeten dalam kategori awam atau struktur—
dia telah berkhidmat tidak kurang daripada lima tahun sebagai
Pegawai Bomba atau Pegawai Bomba Bantuan; atau
dia—
telah lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setara dengannya; dan memenuhi syarat yang disebut dalam subperenggan 4(b)(i)
dan (ii) dan mempunyai sekurang-kurangnya satu tahun pengalaman bekerja dalam memasang, menguji, menservis, mengecas semula atau membaiki mana-mana kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran; dan
bagi orang kompeten dalam kategori pemasangan tetap atau mudah alih—
dia telah berkhidmat tidak kurang daripada lima tahun sebagai
Pegawai Bomba atau Pegawai Bomba Bantuan; atau
dia memenuhi syarat yang disebut dalam subperenggan 5(b)(i)
dan (ii) dan mempunyai sekurang-kurangnya satu tahun pengalaman bekerja dalam memasang, menguji, menservis, mengecas semula atau membaiki mana-mana kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran.
P.U. (A) 39 8
JADUAL PERTAMA
[Subperaturan 2(2)]
KELENGKAPAN MENENTANG KEBAKARAN ATAU PEPASANGAN KESELAMATAN
KEBAKARAN MENGIKUT KATEGORI ORANG KOMPETEN
(1)
Butiran
(2)
Kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran
(3)
Kategori orang kompeten 1.
Penutup gendela gulung kebakaran
Mekanikal atau elektrikal 2.
Sistem pemadaman kebakaran (gas)
Pemasangan tetap atau mudah alih 3.
Panel penggera kebakaran
Mekanikal atau elektrikal 4.
Alat pemadam api
Pemasangan tetap atau mudah alih 5.
Pam sistem menentang kebakaran
Mekanikal atau elektrikal
P.U. (A) 39 9
JADUAL KEDUA
[Peraturan 7]
FI
(1)
Butiran
(2)
Perihalan
(2)
Pengeluaran perakuan pendaftaran
(3)
Pembaharuan perakuan pendaftaran
Berkuat kuasa mulai 3 Februari 2026 hingga 31 Disember 2026
Berkuat kuasa mulai 1 Januari 2027 1.
Orang kompeten
(a)
Mekanikal atau elektrikal
(b)
Awam atau struktur
(c)
Pemasangan tetap atau mudah alih
100
100
100
600
600
500
350
350
300 2.
Kontraktor keselamatan kebakaran
100 1,000 500
Dibuat 27 Januari 2026
[KPKT.100-1/11/1 (25); PN(PU2)471/JLD.7]
NGA KOR MING
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
P.U. (A) 39 10
FIRE SERVICES ACT 1988
FIRE SERVICES (COMPETENT PERSON AND FIRE SAFETY CONTRACTOR)
REGULATIONS 2026
IN exercise of the powers conferred by paragraph 62(1)(ka) read together with sections 36D, 36F, 36G and 36H of the Fire Services Act 1988 [Act 341], the Minister makes the following regulations:
Citation and commencement 1.
(1)
These regulations may be cited as the Fire Services (Competent Person and Fire Safety Contractor) Regulations 2026.
(2)
These Regulations come into operation on 3 February 2026.
Categories of competent person 2.
(1)
Any person who is registered to be a competent person under the Act may be categorized as follows:
(a)
mechanical or electrical category;
(b)
civil or structural category; or
(c)
fixed or portable installation category.
(2)
The competent person categorized in accordance with the categories under subregulation (1) shall install, test, service, recharge or repair any fire-fighting equipment or fire safety installation as specified in the First Schedule.
Conditions for competent person in mechanical or electrical category 3.
Any person may apply to be registered as a competent person in the mechanical or electrical category under the Act, if—
(a)
such person is a Malaysian citizen;
P.U. (A) 39 11
(b)
such person has passed the Malaysian Certificate of Education examination or its equivalent; and
(c)
such person—
(i)
possesses a diploma in the field of mechanical or electrical engineering or its equivalent and has at least three years of working experience under the supervision of a competent person registered under the Act in installing, testing, servicing, recharging or repairing any fire-fighting equipment or fire safety installation; or
(ii)
has at least five years of working experience under the supervision of a competent person registered under the Act in installing, testing, servicing, recharging or repairing any fire-fighting equipment or fire safety installation.
Conditions for competent person in civil or structural category 4.
Any person may apply to be registered as a competent person in the civil or structural category under the Act, if such person—
(a)
has served for not less than five years as a Fire Officer or an Auxiliary Fire
Officer; or
(b)
is other than the persons under paragraph (a)—
(i)
he is a Malaysian citizen;
(ii)
he has passed the Malaysian Certificate of Education examination or its equivalent;
(iii)
he has at least one year of working experience under the supervision of a competent person registered under the Act
P.U. (A) 39 12
in installing, testing, servicing, recharging or repairing any fire-fighting equipment or fire safety installation; and
(iv)
he has attended a course in relation to the training of installation, testing, servicing, recharging or repairing of any fire-fighting equipment or fire safety installation in the civil or structural category.
Conditions for competent person in fixed or portable installation category 5.
Any person may apply to be registered as a competent person in the fixed or portable installation category under the Act, if such person—
(a)
has served for not less than five years as a Fire Officer or an Auxiliary Fire
Officer; or
(b)
is other than the persons under paragraph (a)—
(i)
he is a Malaysian citizen;
(ii)
he has passed the Malaysian Certificate of Education examination or its equivalent;
(iii)
he has at least one year of working experience under the supervision of a competent person registered under the Act in installing, testing, servicing, recharging or repairing any fire-fighting equipment or fire safety installation; and
(iv)
he has attended a course in relation to the training of installation, testing, servicing, recharging or repairing of any fire-fighting equipment or fire safety installation in the fixed or portable installation category.
P.U. (A) 39 13
Conditions for fire safety contractor 6.
Any person may apply to be registered as a fire safety contractor under the Act, if such person—
(a)
is a company incorporated under the Companies Act 2016 [Act 777], a partnership registered under the Partnership Act 1961 [Act 135] or a limited liability partnership registered under the Limited Liability
Partnership Act 2012 [Act 743];
(b)
has the facilities and equipments for the service of installation, testing, servicing, recharging or repairing of any fire-fighting equipment or fire safety installation; and
(c)
employed one or more competent person registered under the Act.
Fees 7.
Fees for the issuance or renewal of certificate of registration in relation to a competent person or fire safety contractor are as specified in the Second Schedule.
Transitional 8.
Any person undertaking the service of installing, testing, servicing, recharging or repairing any fire-fighting equipment or fire safety installation before the date of coming into operation of these Regulations may, within one year from the date of coming into operation of these Regulations, be registered as a competent person, if such person fulfils the following conditions:
(a)
for a competent person in the mechanical or electrical category—
(i)
he is a Malaysian citizen;
(ii)
he has passed the Malaysian Certificate of Education examination or its equivalent; and
P.U. (A) 39 14
(iii)
he—
possesses a diploma in the field of mechanical or electrical engineering or its equivalent and has at least three years of working experience in installing, testing, servicing, recharging or repairing any fire-fighting equipment or fire safety installation; or has at least ten years of working experience in installing, testing, servicing, recharging or repairing any fire-fighting equipment or fire safety installation;
(b)
for a competent person in the civil or structural category—
(i)
he has served for not less than five years as a Fire Officer or an Auxiliary Fire Officer; or
(ii)
he—
has passed the Malaysian Certificate of Education examination or its equivalent; and fulfils the conditions referred to in subparagraphs 4(b)(i)
and (ii) and has at least one year of working experience in installing, testing, servicing, recharging or repairing any fire-fighting equipment or fire safety installation; and
(c)
for a competent person in the fixed or portable installation category—
(i)
he has served for not less than five years as a Fire Officer or an Auxiliary Fire Officer; or
P.U. (A) 39 15
(ii)
he fulfils the conditions referred to in subparagraphs 5(b)(i) and (ii)
and has at least one year of working experience in installing, testing, servicing, recharging or repairing any fire-fighting equipment or fire safety installation.
P.U. (A) 39 16
FIRST SCHEDULE
[Subregulation 2(2)]
FIRE-FIGHTING EQUIPMENT OR FIRE SAFETY INSTALLATION ACCORDING TO
CATEGORY OF COMPETENT PERSON
(1)
Item
(2)
Fire-fighting equipment or fire safety installation
(3)
Categories of competent person
1.
Fire roller shutter
Mechanical or electrical 2.
Fire suppression system (gas)
Fixed or portable installation 3.
Fire alarm panel
Mechanical or electrical 4.
Fire extinguisher
Fixed or portable installation 5.
Fire fighting system pump
Mechanical or electrical
P.U. (A) 39 17
SECOND SCHEDULE
[Regulation 7]
FEES
(1)
Item
(2)
Description
(2)
Issuance of certificate of registration
(3)
Renewal of certificate of registration
Effective from 3 February 2026 to 31 December 2026
Effective from 1 January 2027 1.
Competent person
(a)
Mechanical or electrical
(b)
Civil or structural
(c)
Fixed or portable installation
100
100
100
600
600
500
350
350
300 2.
Fire safety contractor
100 1,000 500
Made 27 January 2026
[KPKT.100-1/11/1 (25); PN(PU2)471/JLD.7]
NGA KOR MING
Minister of Housing and Local Government