/akn/my/act/pua/2024/247

PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (INSENTIF TEKNOLOGI HIJAU) (PAJAKAN SISTEM FOTOVOLTA SURIA) (PENGECUALIAN) 2024

Text is served through the Arturio legal-data gateway. This reader shows the active Malaysia expression when available.

Open source PDF
Front matter

September 2024 17 September 2024

P.U. (A) 247 WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (INSENTIF TEKNOLOGI HIJAU) (PAJAKAN SISTEM FOTOVOLTA SURIA) (PENGECUALIAN) 2024 INCOME TAX (GREEN TECHNOLOGY INCENTIVE) (SOLAR PHOTOVOLTAIC SYSTEM LEASING) (EXEMPTION) ORDER 2024 DISIARKAN OLEH/ PUBLISHED BY JABATAN PEGUAM NEGARA/ ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS P.U. (A) 247 2 AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (INSENTIF TEKNOLOGI HIJAU) (PAJAKAN SISTEM FOTOVOLTA SURIA) (PENGECUALIAN) 2024

Preamble
Preamble

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan 127(3)(b) Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53], Menteri membuat perintah yang berikut: Nama dan permulaan kuat kuasa 1.

Subsection
Subsection

(1) Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Cukai Pendapatan (Insentif Teknologi Hijau) (Pajakan Sistem Fotovolta Suria) (Pengecualian) 2024.

Subsection
Subsection

(2) Perintah ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2020. Tafsiran 2. Dalam Perintah ini— “aktiviti yang layak” ertinya suatu aktiviti sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan 3; “Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia” ertinya Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Pemerbadanan) 1965 [Akta 397]; “Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia” ertinya Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011 [Akta 726]; “syarikat berkaitan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Penggalakan Pelaburan 1986 [Akta 327]; “syarikat yang layak” ertinya suatu syarikat sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan 4; P.U. (A) 247 3 “tahun taksiran yang dikecualikan” ertinya suatu tempoh tahun taksiran yang dikecualikan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subsubperenggan 5(2)(a) atau (b). Aktiviti yang layak 3.

Subsection
Subsection

(1) Aktiviti yang layak yang disebut dalam Perintah ini ialah suatu aktiviti bagi penyediaan perkhidmatan pajakan sistem fotovolta suria oleh mana-mana syarikat yang layak berhubung dengan pelaksanaan Skim Pemeteran Tenaga Bersih bagi penjualan elektrik atau pajakan sistem fotovolta suria.

Subsection
Subsection

(2) Bagi maksud perenggan ini, “Skim Pemeteran Tenaga Bersih” ertinya suatu mekanisme yang membenarkan pengguna Pemeteran Tenaga Bersih memasang sistem fotovolta suria untuk kegunaan sendiri dan mengeksport lebihan tenaga ke grid. Syarikat yang layak 4. Syarikat yang layak yang disebut dalam Perintah ini ialah suatu syarikat yang—

Paragraph
Paragraph

(a) diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan bermastautin di Malaysia;

Paragraph
Paragraph

(b) sekurang-kurangnya enam puluh peratus ekuitinya dipegang secara langsung oleh warganegara Malaysia;

Paragraph
Paragraph

(c) menyediakan perkhidmatan pajakan sistem fotovolta suria yang telah ditentusahkan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia;

Paragraph
Paragraph

(d) tersenarai di bawah Direktori Pelabur Fotovolta Suria Berdaftar;

Paragraph
Paragraph

(e) telah membuat suatu permohonan kelulusan bahawa syarikat itu menjalankan suatu aktiviti yang layak secara bertulis kepada Menteri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan permohonan itu P.U. (A) 247 4 diterima pada atau selepas 1 Januari 2020 tetapi tidak lewat dari 31 Disember 2023; dan

Paragraph
Paragraph

(f) telah mendapat suatu surat kelulusan berhubung dengan permohonan yang disebut dalam subsubperenggan (e). Pengecualian 5.

Subsection
Subsection

(1) Menteri mengecualikan suatu syarikat yang layak dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan tujuh puluh peratus daripada pendapatan berkanunnya yang diperoleh daripada suatu aktiviti yang layak dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu.

Subsection
Subsection

(2) Pengecualian yang disebut dalam subperenggan (1) adalah bagi suatu tempoh tahun taksiran yang dikecualikan seperti yang berikut:

Paragraph
Paragraph

(a) berhubung dengan suatu syarikat yang layak yang mempunyai kapasiti terpasang yang melebihi tiga megawatt dan tidak melebihi sepuluh megawatt, lima tahun taksiran berturut-turut; atau

Paragraph
Paragraph

(b) berhubung dengan suatu syarikat yang layak yang mempunyai kapasiti terpasang yang melebihi sepuluh megawatt dan tidak melebihi tiga puluh megawatt, sepuluh tahun taksiran berturut-turut.

Subsection
Subsection

(3) Tahun taksiran yang dikecualikan yang disebut dalam subperenggan (2) hendaklah bermula dari tahun taksiran yang tarikh invois pertama berhubung dengan aktiviti yang layak itu dikeluarkan oleh syarikat yang layak itu sebagaimana yang ditentusahkan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia dan tarikh itu tidak boleh lebih awal dari tarikh permohonan di bawah subsubperenggan 4(e) diterima oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia. P.U. (A) 247 5

Subsection
Subsection

(4) Syarikat yang layak hendaklah memohon penentuan suatu tarikh permulaan tempoh pengecualian daripada Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia dalam tempoh dua puluh empat bulan dari tarikh surat kelulusan yang disebut dalam subsubperenggan 4(f) itu diberikan.

Subsection
Subsection

(5) Pengecualian yang diberikan di bawah subperenggan (1) adalah tertakluk kepada syarikat yang layak itu mematuhi semua syarat yang dikenakan oleh Menteri berhubung dengan pengecualian itu sebagaimana yang dinyatakan dalam surat kelulusan, yang hendaklah termasuk syarat seperti yang berikut:

Paragraph
Paragraph

(a) mempunyai sekurang-kurangnya lima orang pekerja tetap sepenuh masa di Malaysia yang hendaklah termasuk dua orang pekerja kompeten dalam teknologi hijau bagi menjalankan aktiviti yang layak; dan

Paragraph
Paragraph

(b) melakukan amaun perbelanjaan operasi tahunan yang mencukupi yang diluluskan di Malaysia untuk menjalankan aktiviti yang layak dan perbelanjaan operasi tahunan itu hendaklah termasuk perkhidmatan tempatan yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan tempatan.

Subsection
Subsection

(6) Jika suatu syarikat yang layak telah diberikan pengecualian di bawah subperenggan (1), mana-mana syarikat berkaitan kepada syarikat yang layak itu tidak layak untuk diberikan suatu pengecualian di bawah Perintah ini.

Subsection
Subsection

(7) Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan syarikat yang layak itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberikan apa-apa maklumat lain di bawah Akta. P.U. (A) 247 6

Subsection
Subsection

(8) Bagi maksud perenggan ini— “pekerja kompeten” ertinya orang yang—

Paragraph
Paragraph

(a) berdaftar dengan suatu badan profesional atau agensi kelayakan yang berkaitan;

Paragraph
Paragraph

(b) diperakukan mata Pembangunan Profesional Berterusan oleh badan profesional atau agensi kelayakan yang berkaitan; atau

Paragraph
Paragraph

(c) beramal secara aktif dalam bidang yang berkaitan; “penyedia perkhidmatan tempatan” ertinya orang yang bermastautin di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan termasuk perkhidmatan berhubung dengan insurans, perundangan, perbankan, teknologi maklumat dan komunikasi, dan pengangkutan. Pendapatan harta intelek tidak diambil kira 6.

Subsection
Subsection

(1) Dalam menentukan pendapatan berkanun suatu syarikat yang layak yang disebut dalam subperenggan 5(1), pendapatan harta intelek yang diperoleh daripada suatu aktiviti yang layak oleh syarikat yang layak itu hendaklah tidak diambil kira.

Subsection
Subsection

(2) Bagi maksud subperenggan (1)—

Paragraph
Paragraph

(a) suatu syarikat yang layak memiliki hak harta intelek jika syarikat yang layak itu adalah pemilik atau pemegang lesen hak itu; dan

Paragraph
Paragraph

(b) royalti dan pendapatan lain adalah diperoleh daripada hak harta intelek jika ia boleh diterima sebagai balasan bagi pengeksploitasian secara komersial hak itu. P.U. (A) 247 7

Subsection
Subsection

(3) Apa-apa pendapatan harta intelek yang disebut dalam subperenggan (1) adalah tertakluk kepada cukai di bawah Akta.

Subsection
Subsection

(4) Dalam perenggan ini, “hak harta intelek” ertinya suatu hak yang timbul daripada apa-apa paten, penemuan dan inovasi utiliti, hak cipta, cap dagangan dan cap perkhidmatan, reka bentuk industri, reka bentuk susun atur litar bersepadu, kepandaian dan proses atau formula rahsia, petunjuk geografi dan pemberian perlindungan varieti tumbuhan, dan hak-hak lain yang serupa, sama ada yang berdaftar atau boleh berdaftar. Pendapatan berkanun 7.

Subsection
Subsection

(1) Tertakluk kepada subperenggan (2), pendapatan berkanun yang disebut dalam subperenggan 5(1) dalam tempoh asas bagi setiap tahun taksiran hendaklah ditentukan selepas memotong elaun yang boleh diberikan di bawah

Schedule
Schedule

Jadual 3 kepada Akta walaupun tiada tuntutan bagi elaun itu telah dibuat. (2) Jika suatu aset yang digunakan bagi maksud suatu aktiviti yang layak juga digunakan bagi maksud suatu aktiviti selain aktiviti yang layak itu, maka amaun elaun yang boleh diberikan di bawah Jadual 3 kepada Akta hendaklah dipotong sebagaimana yang munasabah dengan mengambil kira setakat yang aset itu digunakan bagi maksud aktiviti yang layak itu. (3) Amaun pendapatan berkanun yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah dikurangkan dengan— (a) kerugian larasan tahun semasa daripada suatu aktiviti atau aktiviti-aktiviti selain perniagaan perintis atau perniagaan-perniagaan perintis di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986, atau daripada aktiviti yang layak yang dikecualikan di bawah Perintah ini, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan P.U. (A) 247 8 (b) apa-apa kerugian larasan tidak diserap atau kerugian larasan tahun semasa daripada perniagaan perintis atau perniagaan-perniagaan perintis di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986 dan daripada aktiviti yang layak yang dikecualikan di bawah Perintah ini, mengikut mana-mana yang berkenaan. (4) Sebanyak mana kerugian larasan yang disebut dalam subsubperenggan (3)(a) dan (b) yang telah digunakan untuk mengurangkan pendapatan berkanun bagi aktiviti yang layak untuk suatu tahun taksiran tidak boleh diambil kira bagi maksud subseksyen 43(2) dan 44(2) Akta dan seksyen 21A Akta Penggalakan Pelaburan 1986, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam menentukan pendapatan suatu perniagaan selain perniagaan perintis atau perniagaan-perniagaan perintis dan aktiviti yang layak di bawah Perintah ini. (5) Walau apa pun subperenggan (3), apa-apa amaun kerugian larasan tidak diserap dan kerugian larasan tahun semasa daripada aktiviti yang layak yang tidak digunakan untuk mengurangkan pendapatan berkanun semasa tahun taksiran yang dikecualikan, hendaklah sedia untuk mengurangkan jumlah pendapatan syarikat yang layak mengikut subseksyen 43(2) dan 44(2) Akta dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berikutan berakhirnya tahun taksiran yang dikecualikan dan mana-mana tahun taksiran berikutnya. Penarikan balik pengecualian 8. (1) Jika sesuatu syarikat yang layak telah diberikan suatu pengecualian di bawah subperenggan 5(1) tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan berhubung dengan pengecualian itu, Menteri boleh melalui notis bertulis menghendaki syarikat yang layak itu untuk menunjukkan sebab secara bertulis mengapa pengecualian itu tidak patut ditarik balik dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyampaian notis bertulis itu. P.U. (A) 247 9 (2) Menteri boleh menarik balik pengecualian yang diberikan di bawah subperenggan 5(1) jika— (a) syarikat yang layak itu tidak mengemukakan sebab secara bertulis dalam masa tiga puluh hari dari tarikh notis bertulis itu disampaikan kepadanya di bawah subperenggan (1); atau (b) Menteri tidak berpuas hati dengan sebab yang diberikan oleh syarikat yang layak itu bagi tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan berhubung dengan pengecualian itu. (3) Jika pengecualian ditarik balik mengikut subperenggan (2), pengecualian yang diberikan berkenaan dengan apa-apa amaun pendapatan berkanun di bawah subperenggan 5(1) hendaklah disifatkan tidak diberikan kepada syarikat yang layak itu dari tahun taksiran syarikat yang layak itu tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan berhubung dengan pengecualian itu. Pemberhentian pemakaian 9. (1) Tertakluk kepada perenggan 8, mana-mana syarikat yang layak boleh, pada bila-bila masa, memohon secara bertulis kepada Menteri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia supaya Perintah ini terhenti terpakai bagi syarikat yang layak itu. (2) Pemberhentian pemakaian Perintah ini hendaklah berkuat kuasa— (a) pada tarikh permohonan bagi pemberhentian pemakaian Perintah ini diterima oleh Menteri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia daripada syarikat yang layak itu; atau (b) pada hari pertama dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang permohonan bagi pemberhentian pemakaian Perintah ini diterima oleh Menteri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia. P.U. (A) 247 10 Punca berasingan dan akaun berasingan 10. (1) Jika suatu syarikat yang layak menjalankan suatu aktiviti yang layak dan aktiviti selain aktiviti yang layak, setiap aktiviti hendaklah dikira sebagai suatu punca aktiviti berasingan dan berlainan bagi syarikat yang layak itu. (2) Syarikat yang layak yang diberikan suatu pengecualian di bawah subperenggan 5(1) hendaklah menyenggara suatu akaun yang berasingan bagi pendapatan yang diperoleh daripada setiap aktiviti yang disebut dalam subperenggan (1). Ketidakpakaian 11. Perintah ini tidak terpakai bagi suatu syarikat yang layak yang dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran yang— (a) telah membuat suatu tuntutan bagi elaun pelaburan semula di bawah

Schedule
Schedule

Jadual 7A kepada Akta atau elaun pelaburan bagi sektor perkhidmatan di bawah Jadual 7B kepada Akta; (b) telah diberikan apa-apa insentif di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986 berkenaan dengan aktiviti yang layak yang sama; (c) telah diberikan suatu pengecualian di bawah perenggan 127(3)(b) atau subseksyen 127(3A) Akta berkenaan dengan aktiviti yang layak yang sama; atau (d) telah membuat suatu tuntutan bagi suatu potongan di bawah mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 154 Akta kecuali— (i) kaedah-kaedah berhubung dengan elaun di bawah Jadual 3 kepada Akta; (ii) Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan Audit) 2006 [P.U. (A) 129/2006]; atau P.U. (A) 247 11 (iii) Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan berhubung dengan Yuran Kesetiausahaan dan Yuran Pemfailan Cukai) 2020 [P.U. (A) 162/2020]; atau (e) mempunyai suatu syarikat berkaitan yang telah diberikan suatu pengecualian di bawah Perintah Cukai Pendapatan (Insentif Teknologi Hijau) (Perkhidmatan) (Pengecualian) 2024 [P.U. (A) 246/2024]. Dibuat 10 September 2024 [Per.MOF.TAX(S)700-2/7/756; LHDN.AY.A 600-12/1/7(29)-316; PN(PU2)80/JLD.112] DATUK SERI AMIR HAMZAH AZIZAN Menteri Kewangan II [Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 127(4) Akta Cukai Pendapatan 1967] P.U. (A) 247 12 INCOME TAX ACT 1967 INCOME TAX (GREEN TECHNOLOGY INCENTIVE) (SOLAR PHOTOVOLTAIC SYSTEM LEASING) (EXEMPTION) ORDER 2024 IN exercise of the powers conferred by paragraph 127(3)(b) of the Income Tax Act 1967 [Act 53], the Minister makes the following order: Citation and commencement 1. (1) This order may be cited as the Income Tax (Green Technology Incentive) (Solar Photovoltaic System Leasing) (Exemption) Order 2024. (2) This Order is deemed to have come into operation on 1 January 2020. Interpretation 2. In this Order— “qualifying activity” means an activity as provided under paragraph 3; “Malaysian Investment Development Authority” means the Malaysian Investment Development Authority established under the Malaysian Investment Development Authority (Incorporation) Act 1965 [Act 397]; “Sustainable Energy Development Authority Malaysia” means the Sustainable Energy Development Authority Malaysia established under the Sustainable Energy Development Authority Act 2011 [Act 726]; “related company” has the meaning assigned to it in subsection 2(1) of the Promotion of Investments Act 1986 [Act 327]; “qualifying company” means a company as provided under paragraph 4; “exempt years of assessment” means a period of the exempt years of assessment as provided under subsubparagraph 5(2)(a) or (b). P.U. (A) 247 13 Qualifying activity 3. (1) A qualifying activity referred to in this Order is an activity of providing solar photovoltaic system leasing services by any qualifying company in relation to the implementation of Net Energy Metering Scheme for sales of electricity or solar photovoltaic system leasing. (2) For the purposes of this paragraph, “Net Energy Metering Scheme” means a mechanism which allows Net Energy Metering consumer to install solar photovoltaic system for his own use and export the excess energy to the grid. Qualifying company 4. A qualifying company referred to in this Order is a company which— (a) is incorporated under the Companies Act 2016 [Act 777] and resident in Malaysia; (b) at least sixty per cent of its equity is directly owned by citizens of Malaysia; (c) provides solar photovoltaic system leasing services which has been verified by the Sustainable Energy Development Authority Malaysia; (d) has been listed under the Registered Solar Photovoltaic Investor Directory; (e) has made an application for approval that the company is carrying on a qualifying activity in writing to the Minister through the Malaysian Investment Developmnet Authority and the application is received on or after 1 January 2020 but not later than 31 December 2023; and (f) has obtained a letter of approval in relation to the application referred to in subsubparagraph (e). P.U. (A) 247 14 Exemption 5. (1) The Minister exempts a qualifying company in the basis period for a year of assessment from the payment of income tax in respect of seventy per cent of its statutory income derived from a qualifying activity in the basis period for that year of assessment. (2) The exemption referred to in subparagraph (1) is for a period of the exempt years of assessment as follows: (a) in relation to a qualifying company having an installed capacity of more than three megawatts and not more than ten megawatts, five consecutive years of assessment; or (b) in relation to a qualifying company having an installed capacity of more than ten megawatts and not more than thirty megawatts, ten consecutive years of assessment. (3) The exempt years of assessment referred to in subparagraph (2) shall commence from the year of assessment where the date of the first invoice in relation to the qualifying activity is issued by the qualifying company as verified by the Sustainable Energy Development Authority Malaysia and that date shall not be earlier than the date of application under subsubparagraph 4(e) is received by the Malaysian Investment Development Authority. (4) The qualifying company shall request for the determination of a commencement date of the exemption period from the Sustainable Energy Development Authority Malaysia within the period of twenty-four months from the date the letter of approval referred to in subsubparagraph 4(f) is granted. (5) The exemption granted under subparagraph (1) is subject to the qualifying company complying with all the conditions imposed by the Minister in relation to the exemption as specified in the letter of approval, which shall include the following conditions: P.U. (A) 247 15 (a) has at least five permanent full-time employees in Malaysia which shall include two competent personnel in green technology to carry on the qualifying activity; and (b) incurs an approved adequate amount of annual operating expenditure in Malaysia to carry on the qualifying activity and the annual operating expenditure shall include local services provided by local service provider. (6) Where a qualifying company has been granted an exemption under subparagraph (1), any related company to the qualifying company is not entitled to be granted an exemption under this Order. (7) Nothing in subparagraph (1) shall absolve or is deemed to have absolved the qualifying company from complying with any requirement to submit any return or statement of account or to furnish any other information under the Act. (8) For the purposes of this paragraph— “competent personnel” means a person who is— (a) registered with a respective professional body or qualifications agency; (b) certified with Continuing Professional Development points by the respective professional body or qualifications agency; or (c) actively practising in the respective field; “local service provider” means a person resident in Malaysia which provides services including services in relation to insurance, legal, banking, information and communication technology, and transportation. P.U. (A) 247 16 Exclusion of intellectual property income 6. (1) In ascertaining the statutory income of a qualifying company referred to in subparagraph 5(1), the intellectual property income derived from a qualifying activity by the qualifying company shall be excluded. (2) For the purposes of subparagraph (1)— (a) a qualifying company owns an intellectual property right if the qualifying company is the owner or the licensee of the right; and (b) royalties or other income is derived from an intellectual property right if it is receivable as consideration for the commercial exploitation of that right. (3) Any intellectual property income referred to in subparagraph (1) is subject to tax under the Act. (4) In this paragraph, “intellectual property right” means a right arising from any patent, utility innovation and discovery, copyright, trade mark and service mark, industrial design, layout-design of integrated circuit, secret processes or formulae and know-how, geographical indication and the grant of protection of a plant variety, and other like rights, whether or not registered or registrable. Statutory income 7. (1) Subject to subparagraph (2), the statutory income referred to in subparagraph 5(1) in the basis period for each year of assessment shall be determined after deducting the allowances which falls to be made under Schedule 3 to the Act notwithstanding that no claim for such allowances has been made. (2) Where an asset is used for the purposes of a qualifying activity is also used for the purposes of an activity other than the qualifying activity, then the amount of allowances which falls to be made under Schedule 3 to the Act shall be deducted P.U. (A) 247 17 as is reasonable having regard to the extent to which the asset is used for the purposes of the qualifying activity. (3) The amount of statutory income referred to in subparagraph (1) shall be reduced by— (a) current year adjusted loss from an activity or activities other than a pioneer business or pioneer businesses under the Promotion of Investments Act 1986, or from the qualifying activity exempted under this Order, as the case may be; and (b) any unabsorbed adjusted loss or current year adjusted loss from a pioneer business or pioneer businesses under the Promotion of Investments Act 1986 and from the qualifying activity exempted under this Order, as the case may be. (4) So much of the adjusted loss referred to in subsubparagraphs (3)(a) and (b) which was utilised to reduce the statutory income of the qualifying activity for a year of assessment shall not be taken into account for the purposes of subsections 43(2) and 44(2) of the Act and section 21A of the Promotion of Investments Act 1986, as the case may be, in determining the income of a business other than the pioneer business or pioneer businesses and the qualifying activity under this Order. (5) Notwithstanding subparagraph (3), any amount of unabsorbed adjusted loss and current year adjusted loss from the qualifying activity that are not utilised to reduce the statutory income during the exempt years of assessment, shall be available to reduce the total income of the qualifying company in accordance with subsections 43(2) and 44(2) of the Act in the basis period for the year of assessment following the cessation of that exempt years of assessment and any subsequent years of assessment. P.U. (A) 247 18 Withdrawal of exemption 8. (1) Where a qualifying company which has been granted an exemption under subparagraph 5(1) fails to comply with any condition imposed in relation to the exemption, the Minister may by notice in writing requires the qualifying company to show cause in writing why the exemption should not be withdrawn within thirty days from the date of service of the notice in writing. (2) The Minister may withdraw the exemption granted under subparagraph 5(1) where— (a) the qualifying company has failed to provide written reasons within thirty days from the date of the notice in writing is served on it under subparagraph (1); or (b) the Minister is not satisfied with the reasons given by the qualifying company for failing to comply with any of the conditions imposed in relation to the exemption. (3) Where the exemption is withdrawn in accordance with subparagraph (2), the exemption granted in respect of any amount of the statutory income under subparagraph 5(1) shall be deemed to have not been granted to the qualifying company from the year of assessment the qualifying company fails to comply with any of the conditions imposed in relation to the exemption. Cessation of application 9. (1) Subject to paragraph 8, any qualifying company may, at any time, apply in writing to the Minister through the Malaysian Investment Development Authority so that this Order ceases to apply to the qualifying company. (2) The cessation of application of this Order shall have effect— (a) on the date of the application for the cessation of application of this Order is received by the Minister through the Malaysian P.U. (A) 247 19 Investment Development Authority from the qualifying company; or (b) on the first day in the basis period for the year of assessment in which the application for the cessation of application of this Order is received by the Minister through the Malaysian Investment Development Authority. Separate source and separate account 10. (1) Where a qualifying company carries on a qualifying activity and activity other than a qualifying activity, each activity shall be treated as a separate and distinct source of activity for the qualifying company. (2) The qualifying company which is granted an exemption under subparagraph 5(1) shall maintain a separate account for the income derived from each activity referred to in subparagraph (1). Non-application 11. This Order shall not apply to a qualifying company which in the basis period for a year of assessment— (a) has made a claim for reinvestment allowance under Schedule 7A to the Act or investment allowance for service sector under Schedule 7B to the Act; (b) has been granted any incentive under the Promotion of Investments Act 1986 in respect of the same qualifying activity; (c) has been granted an exemption under paragraph 127(3)(b) or subsection 127(3A) of the Act in respect of the same qualifying activity; (d) has made a claim for a deduction under any rules made under section 154 of the Act except— (i) the rules in relation to allowance under Schedule 3 to the Act; P.U. (A) 247 20 (ii) the Income Tax (Deduction for Audit Expenditure) Rules 2006 [P.U. (A) 129/2006]; or (iii) the Income Tax (Deduction for Expenses in relation to Secretarial Fee and Tax Filing Fee) Rules 2020 [P.U. (A) 162/2020]; or (e) has a related company which has been granted an exemption under the Income Tax (Green Technology Incentive) (Services) (Exemption) Order 2024 [P.U. (A) 246/2024]. Made 10 September 2024 [Per.MOF.TAX(S)700-2/7/756; LHDN.AY.A 600-12/1/7(29)-316; PN(PU2)80/JLD.112] DATUK SERI AMIR HAMZAH AZIZAN Finance Minister II [To be laid before Dewan Rakyat pursuant to subsection 127(4) of the Income Tax Act 1967]