/akn/my/act/pua/2024/246

PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (INSENTIF TEKNOLOGI HIJAU) (PERKHIDMATAN) (PENGECUALIAN) 2024

Text is served through the Arturio legal-data gateway. This reader shows the active Malaysia expression when available.

Open source PDF

Preamble

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan 127(3)(b)

Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53], Menteri membuat perintah yang berikut:

Nama dan permulaan kuat kuasa 1.

(1

)

Perintah ini bolehlah dinamakan

Perintah

Cukai

Pendapatan

(Insentif Teknologi Hijau) (Perkhidmatan) (Pengecualian) 2024.

(2

)

Perintah ini disifatkan telah berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2020.

Tafsiran 2.

Dalam Perintah ini—

“Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia” ertinya Lembaga Pembangunan

Pelaburan Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pembangunan Pelaburan

Malaysia (Pemerbadanan) 1965 [Akta 397];

“Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777];

“syarikat berkaitan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Penggalakan Pelaburan 1986 [Akta 327];

“syarikat yang layak” ertinya suatu syarikat sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan 3.

P.U. (A) 246 3

Syarikat yang layak 3.

(1

)

Syarikat yang layak yang disebut dalam Perintah ini ialah suatu syarikat yang—

(a)

diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 dan bermastautin di Malaysia;

(b)

telah membuat suatu permohonan kelulusan bahawa syarikat itu menjalankan suatu aktiviti yang layak secara bertulis kepada

Menteri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan permohonan itu diterima—

(i)

pada atau selepas 1 Januari 2020 tetapi tidak lewat dari 31 Disember 2023; dan

(ii)

sebelum syarikat itu mengeluarkan invois pertama berhubung dengan aktiviti yang layaknya; dan

(c)

telah mendapat suatu surat kelulusan berhubung dengan permohonan yang disebut dalam subsubperenggan (b).

(2

)

Bagi maksud Perintah ini, “aktiviti yang layak” ertinya suatu aktiviti sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang (3) Jadual berhubung dengan sektor sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual.

Pengecualian 4.

(1

)

Menteri mengecualikan suatu syarikat yang layak dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan tujuh puluh peratus daripada pendapatan berkanunnya yang diperoleh daripada suatu aktiviti yang layak dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu.

P.U. (A) 246 4

(2

)

Pengecualian yang disebut dalam subperenggan (1) adalah bagi suatu tempoh pengecualian selama tiga tahun taksiran berturut-turut bermula dari tahun taksiran yang tarikh invois pertama berhubung dengan aktiviti yang layak itu dikeluarkan oleh syarikat yang layak itu sebagaimana yang ditentusahkan oleh Malaysian

Green Technology and Climate Change Corporation dan tarikh itu tidak boleh lebih awal dari tarikh permohonan di bawah subsubperenggan 3(b) diterima oleh

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.

(3

)

Syarikat yang layak hendaklah memohon penentuan suatu tarikh permulaan tempoh pengecualian daripada Malaysian Green Technology and

Climate Change Corporation dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh surat kelulusan yang disebut dalam subsubperenggan 3(c) itu diberikan.

(4

)

Pengecualian yang diberikan di bawah subperenggan (1) adalah tertakluk kepada syarikat yang layak itu mematuhi semua syarat yang dikenakan oleh Menteri berhubung dengan pengecualian itu sebagaimana yang dinyatakan dalam surat kelulusan, yang hendaklah termasuk syarat seperti yang berikut:

(a)

mempunyai sekurang-kurangnya lima orang pekerja tetap sepenuh masa di Malaysia yang hendaklah termasuk dua orang pekerja kompeten dalam teknologi hijau bagi menjalankan aktiviti yang layak;

(b)

melakukan amaun perbelanjaan operasi tahunan yang mencukupi yang diluluskan di Malaysia untuk menjalankan aktiviti yang layak bagi maksud perniagaannya dan perbelanjaan operasi tahunan itu hendaklah termasuk perkhidmatan tempatan yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan tempatan; dan

(c)

menjalankan sekurang-kurangnya tiga aktiviti yang layak daripada sektor berkaitan sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang (3) Jadual.

P.U. (A) 246 5

(5

)

Jika suatu syarikat yang layak telah diberikan pengecualian di bawah subperenggan (1), mana-mana syarikat berkaitan kepada syarikat yang layak itu tidak layak untuk diberikan suatu pengecualian di bawah Perintah ini.

(6

)

Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan syarikat yang layak itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberikan apa-apa maklumat lain di bawah Akta.

(7

)

Bagi maksud perenggan ini—

“pekerja kompeten” ertinya orang yang—

(a)

berdaftar dengan suatu badan profesional atau agensi kelayakan yang berkaitan;

(b)

diperakukan mata

Pembangunan

Profesional

Berterusan oleh badan profesional atau agensi kelayakan yang berkaitan; atau

(c)

beramal secara aktif dalam bidang yang berkaitan;

“penyedia perkhidmatan tempatan” ertinya orang yang bermastautin di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan termasuk perkhidmatan berhubung dengan insurans, perundangan, perbankan, teknologi maklumat dan komunikasi, dan pengangkutan.

Pendapatan harta intelek tidak diambil kira 5.

(1

)

Dalam menentukan pendapatan berkanun suatu syarikat yang layak yang disebut dalam subperenggan 4(1), pendapatan harta intelek yang berikut yang diperoleh daripada suatu aktiviti yang layak oleh syarikat yang layak itu hendaklah tidak diambil kira:

P.U. (A) 246 6

(a)

royalti dan pendapatan lain yang diperoleh pada atau selepas 1 Julai 2018 tetapi sebelum 1 Julai 2021 daripada hak harta intelek yang baharu yang dimiliki oleh syarikat yang layak; dan

(b)

royalti dan pendapatan lain yang diperoleh pada atau selepas 1 Julai 2021 daripada semua hak harta intelek yang dimiliki oleh syarikat yang layak.

(2

)

Bagi maksud subperenggan (1)—

(a)

suatu syarikat yang layak memiliki hak harta intelek jika syarikat yang layak itu adalah pemilik atau pemegang lesen hak itu; dan

(b)

royalti atau pendapatan lain adalah diperoleh daripada hak harta intelek jika ia boleh diterima sebagai balasan bagi pengeksploitasian secara komersial hak itu.

(3

)

Apa-apa pendapatan harta intelek yang tidak diambil kira dalam subperenggan (1) adalah tertakluk kepada cukai di bawah Akta.

(4

)

Dalam perenggan ini—

“hak harta intelek” ertinya suatu hak yang timbul daripada apa-apa paten, penemuan dan inovasi utiliti, hak cipta, cap dagangan dan cap perkhidmatan, reka bentuk industri, reka bentuk susun atur litar bersepadu, kepandaian dan proses atau formula rahsia, petunjuk geografi dan pemberian perlindungan varieti tumbuhan, dan hak-hak lain yang serupa, sama ada yang berdaftar atau boleh daftar;

“hak harta intelek yang baharu”

ertinya hak harta intelek berhubung dengan aktiviti yang layak syarikat yang layak yang menjadi milik syarikat yang layak—

(a)

pada atau selepas 1 Julai 2018; atau

P.U. (A) 246 7

(b)

selepas 16 Oktober 2017 tetapi sebelum 1 Julai 2018 akibat perolehan oleh syarikat yang layak, secara langsung atau tidak langsung, daripada syarikat berkaitan.

Pendapatan berkanun 6.

(1

)

Tertakluk kepada subperenggan (2), pendapatan berkanun yang disebut dalam subperenggan 4(1) dalam tempoh asas bagi setiap tahun taksiran hendaklah ditentukan selepas memotong elaun yang boleh diberikan di bawah Jadual 3 kepada Akta walaupun tiada tuntutan bagi elaun itu telah dibuat.

(2

)

Jika suatu aset yang digunakan bagi maksud suatu aktiviti yang layak juga digunakan bagi maksud suatu aktiviti selain aktiviti yang layak itu, maka amaun elaun yang boleh diberikan di bawah Jadual 3 kepada Akta hendaklah dipotong sebagaimana yang munasabah dengan mengambil kira setakat yang aset itu digunakan bagi maksud aktiviti yang layak itu.

(3

)

Amaun pendapatan berkanun yang disebut dalam subperenggan (1)

hendaklah dikurangkan dengan—

(a)

kerugian larasan tahun semasa daripada suatu aktiviti atau aktiviti-aktiviti selain perniagaan perintis atau perniagaan-perniagaan perintis di bawah Akta Penggalakan

Pelaburan 1986, atau daripada aktiviti yang layak yang dikecualikan di bawah Perintah ini, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan

(b)

apa-apa kerugian larasan tidak diserap atau kerugian larasan tahun semasa daripada perniagaan perintis atau perniagaan-perniagaan perintis di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986 dan daripada aktiviti yang layak yang dikecualikan di bawah Perintah ini, mengikut mana-mana yang berkenaan.

P.U. (A) 246 8

(4

)

Sebanyak mana kerugian larasan yang disebut dalam subsubperenggan (3)(a) dan (b) yang telah digunakan untuk mengurangkan pendapatan berkanun bagi aktiviti yang layak untuk suatu tahun taksiran tidak boleh diambil kira bagi maksud subseksyen 43(2) dan 44(2) Akta dan seksyen 21A

Akta

Penggalakan

Pelaburan 1986, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam menentukan pendapatan suatu perniagaan selain perniagaan perintis atau perniagaan-perniagaan perintis dan aktiviti yang layak di bawah Perintah ini.

(5

)

Walau apa pun subperenggan (3), apa-apa amaun kerugian larasan tidak diserap dan kerugian larasan tahun semasa daripada aktiviti yang layak yang tidak digunakan untuk mengurangkan pendapatan berkanun semasa tempoh pengecualian yang disebut dalam subperenggan 4(2), hendaklah sedia untuk mengurangkan jumlah pendapatan syarikat yang layak mengikut subseksyen 43(2) dan 44(2) Akta dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berikutan berakhirnya tempoh pengecualian dan mana-mana tahun taksiran berikutnya.

Penarikan balik pengecualian 7.

(1

)

Jika sesuatu syarikat yang layak telah diberikan suatu pengecualian di bawah subperenggan 4(1) tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan berhubung dengan pengecualian itu,

Menteri boleh melalui notis bertulis menghendaki syarikat yang layak itu untuk menunjukkan sebab secara bertulis mengapa pengecualian itu tidak patut ditarik balik dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyampaian notis bertulis itu.

(2

)

Menteri boleh menarik balik pengecualian yang diberikan di bawah subperenggan 4(1) jika—

(a)

syarikat yang layak itu tidak mengemukakan sebab secara bertulis dalam masa tiga puluh hari dari tarikh notis bertulis itu disampaikan kepadanya di bawah subperenggan (1); atau

P.U. (A) 246 9

(b)

Menteri tidak berpuas hati dengan sebab yang diberikan oleh syarikat yang layak itu bagi tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan berhubung dengan pengecualian itu.

(3

)

Jika pengecualian ditarik balik mengikut subperenggan

(2

), pengecualian yang diberikan berkenaan dengan apa-apa amaun pendapatan berkanun di bawah subperenggan 4(1) hendaklah disifatkan tidak diberikan kepada syarikat yang layak itu dari tahun pertama tempoh pengecualian.

Pemberhentian pemakaian 8.

(1

)

Tertakluk kepada perenggan 7, mana-mana syarikat yang layak boleh, pada bila-bila masa, memohon secara bertulis kepada

Menteri melalui

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia supaya Perintah ini terhenti terpakai bagi syarikat yang layak itu.

(2

)

Pemberhentian pemakaian Perintah ini hendaklah berkuat kuasa—

(a)

pada tarikh permohonan bagi pemberhentian pemakaian Perintah ini diterima oleh Menteri melalui Lembaga Pembangunan

Pelaburan Malaysia daripada syarikat yang layak itu; atau

(b)

pada hari pertama dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang permohonan bagi pemberhentian pemakaian Perintah ini diterima oleh Menteri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.

Punca berasingan dan akaun berasingan 9.

(1

)

Jika suatu syarikat yang layak menjalankan suatu aktiviti yang layak dan aktiviti selain aktiviti yang layak, setiap aktiviti hendaklah dikira sebagai suatu punca aktiviti berasingan dan berlainan bagi syarikat yang layak itu.

P.U. (A) 246 10

(2

)

Syarikat yang layak yang diberikan suatu pengecualian di bawah subperenggan 4(1) hendaklah menyenggara suatu akaun yang berasingan bagi pendapatan yang diperoleh daripada setiap aktiviti yang disebut dalam subperenggan (1).

Ketidakpakaian 10.

Perintah ini tidak terpakai bagi suatu syarikat yang layak yang dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran—

(a)

telah membuat suatu tuntutan bagi elaun pelaburan semula di bawah

Schedule

Jadual 7A kepada Akta atau elaun pelaburan bagi sektor perkhidmatan di bawah Jadual 7B kepada Akta;

(b)

telah diberikan apa-apa insentif di bawah

Akta

Penggalakan

Pelaburan 1986 berkenaan dengan aktiviti yang layak yang sama;

(c)

telah diberikan suatu pengecualian di bawah perenggan 127(3)(b) atau subseksyen 127(3A) Akta berkenaan dengan aktiviti yang layak yang sama;

(d)

telah membuat suatu tuntutan bagi suatu potongan di bawah mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 154 Akta kecuali—

(i)

kaedah-kaedah berhubung dengan elaun di bawah Jadual 3

kepada Akta;

(ii)

Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan

Audit) 2006 [P.U. (A) 129/2006]; atau

(iii)

Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan berhubung dengan Yuran Kesetiausahaan dan Yuran Pemfailan

Cukai) 2020 [P.U. (A) 162/2020]; atau

P.U. (A) 246 11

(e)

mempunyai suatu syarikat berkaitan yang telah diberikan suatu pengecualian di bawah

Perintah

Cukai

Pendapatan

(Insentif

Teknologi

Hijau)

(Pajakan

Sistem

Fotovolta

Suria)

(Pengecualian)

2024 [P.U. (A) 247/2024].

P.U. (A) 246 12

Schedule

JADUAL

[Subperenggan 3(2) dan subsubperenggan 4(4)(c)]

(1)

Bil.

(2)

Sektor

(3)

Aktiviti yang layak 1.

Tenaga boleh diperbaharui

Perkhidmatan berhubung dengan—

(a)

audit

(b)

kejuruteraan

(c)

perolehan

(d)

rundingan atau nasihat

(e)

reka bentuk sistem

(f)

pengujian

(g)

pentauliahan

(h)

pemasangan

(i)

penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih

(j)

pembiayaan

(k)

pengesahan atau penentusahan

(l)

kajian kebolehlaksanaan 2.

Kecekapan tenaga 3.

Bangunan hijau 4.

Pusat data hijau 5.

Pensijilan dan pengesahan hijau 6.

Perbandaran hijau 7.

Kenderaan elektrik

Perkhidmatan berhubung dengan—

(a)

audit

(b)

kejuruteraan

(c)

perolehan

(d)

rundingan atau nasihat

P.U. (A) 246 13

(1)

Bil.

(2)

Sektor

(3)

Aktiviti yang layak

(e)

reka bentuk sistem

(f)

pengujian

(g)

pentauliahan

(h)

pemasangan

(i)

penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih

(j)

pembiayaan

(k)

pengesahan atau penentusahan

(l)

kajian kebolehlaksanaan

(m)

operasi stesen pengecas kenderaan elektrik

Dibuat 10 September 2024

[Per.MOF.TAX(S)700-2/7/756; LHDN.AY.A.600-12/1/7(29)-225; PN(PU2)80/JLD.112]

DATUK SERI AMIR HAMZAH AZIZAN

Menteri Kewangan II

[Akan dibentangkan di

Dewan

Rakyat menurut subseksyen 127(4)

Akta Cukai Pendapatan 1967]

P.U. (A) 246 14

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (GREEN TECHNOLOGY INCENTIVE) (SERVICES)

(EXEMPTION)

ORDER 2024

IN exercise of the powers conferred by paragraph 127(3)(b)

of the

Income Tax Act 1967 [Act 53], the Minister makes the following order:

Citation and commencement 1.

(1)

This order may be cited as the Income Tax (Green Technology

Incentive) (Services) (Exemption) Order 2024.

(2)

This Order is deemed to have effect from the year of assessment 2020.

Interpretation 2.

In this Order—

“Malaysian Investment Development Authority” means the Malaysian Investment

Development Authority established under the Malaysian Investment Development

Authority (Incorporation) Act 1965 [Act 397];

“Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation” means a company incorporated under the Companies Act 2016 [Act 777];

“related company” has the meaning assigned to it in subsection 2(1)

of the Promotion of Investments Act 1986 [Act 327];

“qualifying company” means a company as provided under paragraph 3.

P.U. (A) 246 15

Qualifying company 3.

(1)

A qualifying company referred to in this Order is a company which—

(a)

is incorporated under the Companies Act 2016 and resident in Malaysia;

(b)

has made an application for approval that the company is carrying on a qualifying activity in writing to the Minister through the Malaysian Investment Development Authority and the application is received—

(i)

on or after 1

January 2020

but not later than 31 December 2023; and

(ii)

before the company issued the first invoice in relation to its qualifying activity; and

(c)

has obtained a letter of approval in relation to the application referred to in subsubparagraph (b).

(2)

For the purposes of this Order, “qualifying activity” means an activity as specified in column (3) of the Schedule in relation to the sector as specified in column (2) of the Schedule.

Exemption 4.

(1)

The Minister exempts a qualifying company in the basis period for a year of assessment from the payment of income tax in respect of seventy per cent of its statutory income derived from a qualifying activity in the basis period for that year of assessment.

P.U. (A) 246 16

(2)

The exemption referred to in subparagraph (1) shall be for an exemption period of three consecutive years of assessment commencing from the year of assessment where the date of the first invoice in relation to the qualifying activity is issued by the qualifying company as verified by the Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation and that date shall not be ealier than the date of application under subsubparagraph 3(b) is received by the Malaysian Investment

Development Authority.

(3)

The qualifying company shall request for the determination of a commencement date of the exemption period from the Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation within the period of twelve months from the date the letter of approval referred to in subsubparagraph 3(c) is granted.

(4)

The exemption granted under subparagraph (1) is subject to the qualifying company complying with all the conditions imposed by the Minister in relation to the exemption as specified in the letter of approval, which shall include the following conditions:

(a)

has at least five permanent full-time employees in Malaysia which shall include two competent personnel in green technology to carry on the qualifying activity;

(b)

incurs an approved adequate amount of annual operating expenditure in Malaysia to carry on the qualifying activity for the purposes of its business and the annual operating expenditure shall include local services provided by local service provider; and

(c)

undertakes at least three qualifying activities from the respective sectors as specified in column (3) of the Schedule.

(5)

Where a qualifying company has been granted an exemption under subparagraph (1), any related company to the qualifying company is not entitled to be granted an exemption under this Order.

P.U. (A) 246 17

(6)

Nothing in subparagraph (1) shall absolve or is deemed to have absolved the qualifying company from complying with any requirement to submit any return or statement of account or to furnish any other information under the Act.

(7)

For the purposes of this paragraph—

“competent personnel” means a person who is—

(a)

registered with a respective professional body or qualifications agency;

(b)

certified with Continuing Professional Development points by the respective professional body or qualifications agency; or

(c)

actively practising in the respective field;

“local service provider” means a person resident in Malaysia which provides services including services in relation to insurance, legal, banking, information and communication technology, and transportation.

Exclusion of intellectual property income 5.

(1)

In ascertaining the statutory income of a qualifying company referred to in subparagraph 4(1), the following intellectual property income derived from a qualifying activity by the qualifying company shall be excluded:

(a)

royalties and other income derived on or after 1 July 2018

but before 1 July 2021 from new intellectual property rights that the qualifying company owns; and

(b)

royalties and other income derived on or after 1 July 2021 from all intellectual property rights that the qualifying company owns.

P.U. (A) 246 18

(2)

For the purposes of subparagraph (1)—

(a)

a qualifying company owns an intellectual property right if the qualifying company is the owner or the licensee of the right; and

(b)

royalties or other income is derived from an intellectual property right if it is receivable as consideration for the commercial exploitation of that right.

(3)

Any intellectual property income excluded in subparagraph (1)

is subject to tax under the Act.

(4)

In this paragraph—

“intellectual property right” means a right arising from any patent, utility innovation and discovery, copyright, trade mark and service mark, industrial design, layout-design of integrated circuit, secret processes or formulae and know-how, geographical indication and the grant of protection of a plant variety, and other like rights, whether or not registered or registrable;

“new intellectual property right” means an intellectual property right in relation to the qualifying activity of the qualifying company that comes into the ownership of the qualifying company—

(a)

on or after 1 July 2018; or

(b)

after 16 October 2017 but before 1 July 2018 as a result of an acquisition by the qualifying company, directly or indirectly, from a related company.

P.U. (A) 246 19

Statutory income 6.

(1)

Subject to subparagraph (2), the statutory income referred to in subparagraph 4(1) in the basis period for each year of assessment shall be determined after deducting the allowances which falls to be made under Schedule 3

to the Act notwithstanding that no claim for such allowances has been made.

(2)

Where an asset is used for the purposes of a qualifying activity is also used for the purposes of an activity other than the qualifying activity, then the amount of allowances which falls to be made under Schedule 3 to the Act shall be deducted as is reasonable having regard to the extent to which the asset is used for the purposes of the qualifying activity.

(3)

The amount of statutory income referred to in subparagraph (1)

shall be reduced by—

(a)

current year adjusted loss from an activity or activities other than a pioneer business or pioneer businesses under the Promotion of

Investments Act 1986, or from the qualifying activity exempted under this Order, as the case may be; and

(b)

any unabsorbed adjusted loss or current year adjusted loss from a pioneer business or pioneer businesses under the Promotion of

Investments Act 1986 and from the qualifying activity exempted under this Order, as the case may be.

(4)

So much of the adjusted loss referred to in subsubparagraphs (3)(a)

and (b) which was utilised to reduce the statutory income of the qualifying activity for a year of assessment shall not be taken into account for the purposes of subsections 43(2) and 44(2) of the Act and section 21A of the Promotion of

Investments Act 1986, as the case may be, in determining the income of a business other than the pioneer business or pioneer businesses and the qualifying activity under this Order.

P.U. (A) 246 20

(5)

Notwithstanding subparagraph (3), any amount of unabsorbed adjusted loss and current year adjusted loss from the qualifying activity that are not utilised to reduce the statutory income during the exemption period referred to in subparagraph 4(2), shall be available to reduce the total income of the qualifying company in accordance with subsections 43(2) and 44(2) of the Act in the basis period for the year of assessment following the cessation of that exemption period and any subsequent years of assessment.

Withdrawal of exemption 7.

(1)

Where a qualifying company which has been granted an exemption under subparagraph 4(1) fails to comply with any condition imposed in relation to the exemption, the Minister may by notice in writing requires the qualifying company to show cause in writing why the exemption should not be withdrawn within thirty days from the date of service of the notice in writing.

(2)

The

Minister may withdraw the exemption granted under subparagraph 4(1) where—

(a)

the qualifying company has failed to provide written reasons within thirty days from the date of the notice in writing is served on it under subparagraph (1); or

(b)

the Minister is not satisfied with the reasons given by the qualifying company for failing to comply with any of the conditions imposed in relation to the exemption.

(3)

Where the exemption is withdrawn in accordance with subparagraph (2), the exemption granted in respect of any amount of the statutory income under subparagraph 4(1) shall be deemed to have not been granted to the qualifying company from the first year of the exemption period.

P.U. (A) 246 21

Cessation of application 8.

(1)

Subject to paragraph 7, any qualifying company may, at any time, apply in writing to the Minister through the Malaysian Investment Development

Authority so that this Order ceases to apply to the qualifying company.

(2)

The cessation of application of this Order shall have effect—

(a)

on the date of the application for the cessation of application of this Order is received by the Minister through the Malaysian

Investment Development Authority from the qualifying company;

or

(b)

on the first day in the basis period for the year of assessment in which the application for the cessation of application of this Order is received by the Minister through the Malaysian

Investment Development Authority.

Separate source and separate account 9.

(1)

Where a qualifying company carries on a qualifying activity and activity other than a qualifying activity, each activity shall be treated as a separate and distinct source of activity for the qualifying company.

(2)

The qualifying company which is granted an exemption under subparagraph 4(1) shall maintain a separate account for the income derived from each activity referred to in subparagraph (1).

Non-application 10.

This Order shall not apply to a qualifying company which in the basis period for a year of assessment—

(a)

has made a claim for reinvestment allowance under Schedule 7A to the Act or investment allowance for service sector under Schedule 7B to the Act;

P.U. (A) 246 22

(b)

has been granted any incentive under the Promotion of Investments

Act 1986 in respect of the same qualifying activity;

(c)

has been granted an exemption under paragraph 127(3)(b) or subsection 127(3A) of the Act in respect of the same qualifying activity;

(d)

has made a claim for a deduction under any rules made under section 154 of the Act except—

(i)

the rules in relation to allowance under Schedule 3 to the Act;

(ii)

the Income Tax (Deduction for Audit Expenditure) Rules 2006

[P.U. (A) 129/2006]; or

(iii)

the Income Tax (Deduction for Expenses in relation to Secretarial

Fee and Tax Filing Fee) Rules 2020 [P.U. (A) 162/2020]; or

(e)

has a related company which has been granted an exemption under the Income Tax (Green Technology Incentive) (Solar Photovoltaic

System Leasing) (Exemption) Order 2024 [P.U. (A) 247/2024].

P.U. (A) 246 23

Schedule

[Subparagraph 3(2) and subsubparagraph 4(4)(c)]

(1)

No.

(2)

Sector

(3)

Qualifying activity 1.

Renewable energy

Services in relation to—

(a)

audit

(b)

engineering

(c)

procurement

(d)

consultancy or advisory

(e)

system design

(f)

testing

(g)

commissioning

(h)

installation

(i)

maintenance, repair and overhaul

(j)

funding

(k)

certification or verification

(l)

feasibility study

2.

Energy efficiency 3.

Green building 4.

Green data centre 5.

Green certification and verification 6.

Green township 7.

Electric vehicle

Services in relation to—

(a)

audit

(b)

engineering

(c)

procurement

(d)

consultancy or advisory

P.U. (A) 246 24

(1)

No.

(2)

Sector

(3)

Qualifying activity

(e)

system design

(f)

testing

(g)

commissioning

(h)

installation

(i)

maintenance, repair and overhaul

(j)

funding

(k)

certification or verification

(l)

feasibility study

(m)

operation of the electric vehicle charging station

Made 10 September 2024

[Per.MOF.TAX(S)700-2/7/756; LHDN.AY.A.600-12/1/7(29)-225; PN(PU2)80/JLD.112]

DATUK SERI AMIR HAMZAH AZIZAN

Finance Minister II

[To be laid before Dewan Rakyat pursuant to subsection 127(4) of the Income Tax Act 1967]