/akn/my/act/pua/2024/245

PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (INSENTIF TEKNOLOGI HIJAU) (BANGUNAN HIJAU) (PENGECUALIAN) 2024

Text is served through the Arturio legal-data gateway. This reader shows the active Malaysia expression when available.

Open source PDF
Front matter

September 2024 17 September 2024

P.U. (A) 245 WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (INSENTIF TEKNOLOGI HIJAU) (BANGUNAN HIJAU) (PENGECUALIAN) 2024 INCOME TAX (GREEN TECHNOLOGY INCENTIVE) (GREEN BUILDING) (EXEMPTION) ORDER 2024 DISIARKAN OLEH/ PUBLISHED BY JABATAN PEGUAM NEGARA/ ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS P.U. (A) 245 2 AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (INSENTIF TEKNOLOGI HIJAU) (BANGUNAN HIJAU) (PENGECUALIAN) 2024

Preamble
Preamble

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan 127(3)(b) Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53], Menteri membuat perintah yang berikut: Nama dan permulaan kuat kuasa 1.

Subsection
Subsection

(1) Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Cukai Pendapatan (Insentif Teknologi Hijau) (Bangunan Hijau) (Pengecualian) 2024.

Subsection
Subsection

(2) Perintah ini disifatkan telah berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2020. Tafsiran 2. Dalam Perintah ini— “Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia” ertinya Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Pemerbadanan) 1965 [Akta 397]; “Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777]; “perbelanjaan yang layak” ertinya suatu perbelanjaan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan 4; “syarikat yang layak” ertinya suatu syarikat sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan 3. Syarikat yang layak 3. Syarikat yang layak yang disebut dalam Perintah ini ialah suatu syarikat yang—

Paragraph
Paragraph

(a) diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 dan bermastautin di Malaysia; P.U. (A) 245 3

Paragraph
Paragraph

(b) telah membuat suatu permohonan kelulusan bahawa syarikat itu adalah suatu syarikat yang melakukan perbelanjaan yang layak secara bertulis kepada Menteri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan permohonan itu diterima pada atau selepas 1 Januari 2020 tetapi tidak lewat dari 31 Disember 2023 selepas memperoleh suatu Perakuan Bangunan Hijau Sementara;

Paragraph
Paragraph

(c) telah mendapat suatu surat kelulusan berhubung dengan permohonan yang disebut dalam subsubperenggan (b); dan

Paragraph
Paragraph

(d) telah memohon penentuan suatu tarikh permulaan tempoh pengecualian daripada Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation dalam tempoh dua puluh empat bulan dari tarikh surat kelulusan yang disebut dalam subsubperenggan (c) atau apa-apa tempoh sebagaimana yang dibenarkan oleh Menteri, setelah mendapat surat kelulusan itu. Perbelanjaan yang layak 4.

Subsection
Subsection

(1) Perbelanjaan yang layak yang disebut dalam Perintah ini ialah suatu perbelanjaan tambahan yang dilakukan pada atau selepas 1 Januari 2020 berhubung dengan pembinaan bangunan, atau pengubahan, pengubahsuaian, sambungan atau penambahbaikan terhadap bangunan sedia ada, atau loji atau jentera bagi maksud mendapatkan Perakuan Bangunan Hijau Muktamad daripada alat penarafan bangunan hijau yang relevan yang diiktiraf oleh Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation.

Subsection
Subsection

(2) Perbelanjaan yang layak yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah ditentusahkan oleh Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation.

Subsection
Subsection

(3) Bagi maksud subperenggan (1), suatu perbelanjaan yang layak tidak boleh lebih awal dari tiga tahun dari tarikh permohonan bagi kelulusan yang disebut dalam subsubperenggan 3(b) itu diterima oleh Menteri. P.U. (A) 245 4 Pengecualian 5.

Subsection
Subsection

(1) Menteri mengecualikan suatu syarikat yang layak dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada perniagaannya, yang bersamaan dengan amaun perbelanjaan yang layak yang dilakukan oleh syarikat yang layak itu dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu.

Subsection
Subsection

(2) Pengecualian yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah bagi suatu tempoh pengecualian selama tiga tahun berturut-turut bermula dari tarikh perbelanjaan yang layak yang pertama dilakukan oleh syarikat yang layak itu.

Subsection
Subsection

(3) Perbelanjaan yang layak yang dilakukan oleh syarikat yang layak yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah disifatkan telah dilakukan pada hari Perakuan Bangunan Hijau Muktamad dikeluarkan oleh alat penarafan bangunan hijau yang relevan yang diiktiraf oleh Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation.

Subsection
Subsection

(4) Pengecualian yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakan oleh Menteri dan pematuhan syarat itu hendaklah ditentusahkan oleh Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation.

Subsection
Subsection

(5) Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan syarikat yang layak itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberikan apa-apa maklumat lain di bawah Akta. Pendapatan berkanun 6.

Subsection
Subsection

(1) Tertakluk kepada subperenggan (2), pendapatan berkanun yang disebut dalam subperenggan 5(1) dalam tempoh asas bagi setiap tahun taksiran hendaklah ditentukan selepas memotong elaun yang boleh diberikan di bawah Jadual 3 kepada Akta walaupun tiada tuntutan bagi elaun itu telah dibuat. P.U. (A) 245 5

Subsection
Subsection

(2) Jika suatu bangunan, loji atau jentera yang digunakan bagi maksud suatu perniagaan juga digunakan bagi maksud perniagaan lain selain perniagaan itu, maka amaun elaun yang boleh diberikan di bawah Jadual 3 kepada Akta hendaklah dipotong sebagaimana yang munasabah dengan mengambil kira setakat yang bangunan, loji atau jentera itu digunakan bagi maksud perniagaan itu.

Subsection
Subsection

(3) Amaun pendapatan berkanun yang dikecualikan yang disebut dalam subperenggan 5(1) hendaklah tidak melebihi tujuh puluh peratus bagi setiap tahun taksiran.

Subsection
Subsection

(4) Jika, oleh sebab sekatan pengecualian kepada tujuh puluh peratus daripada pendapatan berkanun menurut subperenggan (3) atau ketiadaan atau ketidakcukupan pendapatan berkanun syarikat yang layak daripada perniagaan, pengecualian tidak boleh diberikan atau tidak boleh diberikan sepenuhnya sebagaimana yang syarikat yang layak itu berhak di bawah subperenggan 5(1) bagi tahun taksiran itu, sekian banyak daripada amaun yang tidak boleh dikecualikan bagi tahun taksiran itu hendaklah disifatkan sebagai suatu perbelanjaan yang layak yang dilakukan bagi maksud subperenggan 5(1) bagi tahun taksiran pertama yang berikutnya dan demikianlah seterusnya bagi tahun-tahun taksiran yang berikutnya sehinggalah semua amaun yang syarikat yang layak itu berhak sedemikian dikecualikan. Pelupusan bangunan, loji atau jentera 7. Jika perbelanjaan yang layak dilakukan oleh suatu syarikat yang layak atas suatu bangunan, loji atau jentera yang digunakan bagi maksud suatu perniagaan dan bangunan, loji atau jentera itu dilupuskan pada bila-bila masa dalam tempoh lima tahun dari tarikh perolehan bangunan, loji atau jentera itu, pengecualian yang diberikan berkenaan dengan amaun pendapatan berkanun yang bersamaan dengan amaun elaun bagi perbelanjaan yang layak itu hendaklah ditarik balik dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang bangunan, loji atau jentera itu dilupuskan. P.U. (A) 245 6 Penentuan perbelanjaan yang layak bagi bangunan, loji atau jentera yang dilupuskan kepada syarikat berkaitan 8.

Subsection
Subsection

(1) Jika syarikat yang layak melupuskan kepada syarikat berkaitannya apa-apa bangunan, loji atau jentera yang berkenaan dengannya suatu pengecualian dimohon oleh syarikat yang layak itu di bawah Perintah ini, amaun perbelanjaan yang layak yang dilakukan oleh syarikat berkaitan itu hendaklah disifatkan sebagai suatu jumlah yang bersamaan dengan sifar.

Subsection
Subsection

(2) Bagi maksud subperenggan (1), “syarikat berkaitan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Penggalakan Pelaburan 1986 [Akta 327]. Penarikan balik pengecualian 9.

Subsection
Subsection

(1) Jika sesuatu syarikat yang layak telah diberikan suatu pengecualian di bawah subperenggan 5(1) tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan berhubung dengan pengecualian itu, Menteri boleh melalui notis bertulis menghendaki syarikat yang layak itu untuk menunjukkan sebab secara bertulis mengapa pengecualian itu tidak patut ditarik balik dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyampaian notis bertulis itu.

Subsection
Subsection

(2) Menteri boleh menarik balik pengecualian yang diberikan di bawah subperenggan 5(1) jika—

Paragraph
Paragraph

(a) syarikat yang layak itu tidak mengemukakan sebab secara bertulis dalam masa tiga puluh hari dari tarikh notis bertulis itu disampaikan kepadanya di bawah subperenggan (1); atau

Paragraph
Paragraph

(b) Menteri tidak berpuas hati dengan sebab yang diberikan oleh syarikat yang layak itu bagi tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan berhubung dengan pengecualian itu. P.U. (A) 245 7

Subsection
Subsection

(3) Jika pengecualian ditarik balik mengikut subperenggan

Subsection
Subsection

(2), pengecualian yang diberikan berkenaan dengan apa-apa amaun pendapatan berkanun di bawah subperenggan 5(1) hendaklah disifatkan tidak diberikan kepada syarikat yang layak itu dari tahun pertama tempoh pengecualian. Pemberhentian pemakaian 10.

Subsection
Subsection

(1) Tertakluk kepada perenggan 9, mana-mana syarikat yang layak boleh, pada bila-bila masa, memohon secara bertulis kepada Menteri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia supaya Perintah ini terhenti terpakai bagi syarikat yang layak itu.

Subsection
Subsection

(2) Pemberhentian pemakaian Perintah ini hendaklah berkuat kuasa—

Paragraph
Paragraph

(a) pada tarikh kelulusan pemberian pengecualian oleh Menteri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia; atau

Paragraph
Paragraph

(b) dalam hal suatu syarikat yang layak telah melakukan perbelanjaan yang layak, pada hari pertama dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang permohonan bagi pemberhentian pemakaian Perintah ini diterima oleh Menteri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia. Menyenggara rekod berasingan 11. Syarikat yang layak hendaklah menyenggara suatu rekod yang berasingan bagi perbelanjaan yang layak yang dilakukan oleh syarikat yang layak itu bagi maksud pengecualian di bawah subperenggan 5(1). Ketidakpakaian 12. Perintah ini tidak terpakai bagi suatu syarikat yang layak yang dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran—

Paragraph
Paragraph

(a) telah membuat suatu tuntutan bagi elaun pelaburan semula di bawah

Schedule
Schedule

Jadual 7A kepada Akta atau elaun pelaburan bagi sektor perkhidmatan P.U. (A) 245 8 di bawah Jadual 7B kepada Akta berkenaan dengan bangunan, loji atau jentera yang sama; (b) telah diberikan apa-apa insentif di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986 kecuali bagi— (i) taraf perintis; atau (ii) elaun cukai pelaburan berkenaan dengan suatu bangunan, loji atau jentera yang tidak diberikan pengecualian di bawah Perintah ini; (c) telah diberikan suatu pengecualian di bawah perenggan 127(3)(b) atau subseksyen 127(3A) Akta kecuali— (i) Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 11) 2006 [P.U. (A) 112/2006]; (ii) Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 12) 2006 [P.U. (A) 113/2006] berkenaan dengan suatu bangunan, loji atau jentera yang tidak diberikan pengecualian di bawah Perintah ini; atau (iii) Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 22) 2006 [P.U. (A) 207/2006] berkenaan dengan suatu pemberian selain pemberian yang diberikan bagi suatu bangunan, loji atau jentera di bawah Perintah ini; atau (d) telah membuat suatu tuntutan bagi suatu potongan di bawah mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 154 Akta kecuali— (i) kaedah-kaedah berhubung dengan elaun di bawah Jadual 3 kepada Akta; P.U. (A) 245 9 (ii) Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan Audit) 2006 [P.U. (A) 129/2006]; atau (iii) Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan berhubung dengan Yuran Kesetiausahaan dan Yuran Pemfailan Cukai) 2020 [P.U. (A) 162/2020]. Dibuat 10 September 2024 [Perb.MOF.TAX(S)700-2/7/756; LHDN.A.Y.A.600-12/1/7(29)-315; PN(PU2)80/JLD.112] DATUK SERI AMIR HAMZAH AZIZAN Menteri Kewangan II [Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 127(4) Akta Cukai Pendapatan 1967] P.U. (A) 245 10 INCOME TAX ACT 1967 INCOME TAX (GREEN TECHNOLOGY INCENTIVE) (GREEN BUILDING) (EXEMPTION) ORDER 2024 IN exercise of the powers conferred by paragraph 127(3)(b) of the Income Tax Act 1967 [Act 53], the Minister makes the following order: Citation and commencement 1. (1) This order may be cited as the Income Tax (Green Technology Incentive) (Green Building) (Exemption) Order 2024. (2) This Order is deemed to have effect from the year of assessment 2020. Interpretation 2. In this Order— “Malaysian Investment Development Authority” means the Malaysian Investment Development Authority established under the Malaysian Investment Development Authority (Incorporation) Act 1965 [Act 397]; “Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation” means a company incorporated under the Companies Act 2016 [Act 777]; “qualifying expenditure” means an expenditure as provided under paragraph 4; “qualifying company” means a company as provided under paragraph 3. Qualifying company 3. A qualifying company referred to in this Order is a company which— (a) is incorporated under the Companies Act 2016 and resident in Malaysia; P.U. (A) 245 11 (b) has made an application for approval that the company is a company that incurred a qualifying expenditure in writing to the Minister through the Malaysian Investment Development Authority and the application is received on or after 1 January 2020 but not later than 31 December 2023 after obtaining a Provisional Green Building Certificate; (c) has obtained a letter of approval in relation to the application referred to in subsubparagraph (b); and (d) has requested for the determination of a commencement date of the exemption period from the Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation within the period of twenty-four months from the date of the letter of approval referred to in subsubparagraph (c) or any period as the Minister may allow, after obtaining the letter of approval. Qualifying expenditure 4. (1) A qualifying expenditure referred to in this Order is an additional expenditure incurred on or after 1 January 2020 in relation to the construction of a building, or alteration, renovation, extension or improvement of an existing building, or plant or machinery for the purpose of obtaining Final Green Building Certificate from the relevant green building rating tools recognized by the Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation. (2) A qualifying expenditure referred to in subparagraph (1) shall be verified by the Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation. (3) For the purposes of subparagraph (1), a qualifying expenditure shall not be earlier than three years from the date of the application for approval referred to in subsubparagraph 3(b) is received by the Minister. P.U. (A) 245 12 Exemption 5. (1) The Minister exempts a qualifying company in the basis period for a year of assessment from the payment of income tax in respect of the statutory income derived from its business, which is equivalent to the amount of qualifying expenditure incurred by the qualifying company in the basis period for that year of assessment. (2) The exemption referred to in subparagraph (1) shall be for an exemption period of three consecutive years commencing from the date of the first qualifying expenditure is incurred by the qualifying company. (3) The qualifying expenditure incurred by the qualifying company referred to in subparagraph (1) shall be deemed to have been incurred on the day the Final Green Building Certificate is issued by the relevant green building rating tools recognized by the Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation. (4) The exemption referred to in subparagraph (1) shall be subject to any condition imposed by the Minister and the compliance of the conditions shall be verified by the Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation. (5) Nothing in subparagraph (1) shall absolve or is deemed to have absolved the qualifying company from complying with any requirement to submit any return or statement of account or to furnish any other information under the Act. Statutory income 6. (1) Subject to subparagraph (2), the statutory income referred to in subparagraph 5(1) in the basis period for each year of assessment shall be determined after deducting the allowances which falls to be made under Schedule 3 to the Act notwithstanding that no claim for such allowances has been made. (2) Where a building, plant or machinery is used for the purposes of a business is also used for the purposes of other businesses other than the business, then the amount of allowances which falls to be made under Schedule 3 to the Act P.U. (A) 245 13 shall be deducted as is reasonable having regard to the extent to which the building, plant or machinery is used for the purposes of the business. (3) The amount of statutory income so exempt referred to in subparagraph 5(1) shall not exceed seventy per cent for each year of assessment. (4) Where, by reason of the restriction of the exemption to seventy per cent of the statutory income pursuant to subparagraph (3) or of the absence or insufficiency of the statutory income of the qualifying company from the business, exemption cannot be granted or cannot be granted in full as the qualifying company is entitled under subparagraph 5(1) for that year of assessment, so much of the amount as cannot be exempt for that year of assessment shall be deemed to be a qualifying expenditure incurred for the purposes of subparagraph 5(1) for the first subsequent year of assessment and so on for subsequent years of assessment until such amount to which the qualifying company is so entitled is exempted. Disposal of building, plant or machinery 7. Where a qualifying expenditure is incurred by a qualifying company on a building, plant or machinery that is used for the purposes of a business and such building, plant or machinery is disposed of at any time within the period of five years from the date of acquisition of the building, plant or machinery, the exemption granted in respect of the amount of statutory income which is equal to the amount of allowance for such qualifying expenditure shall be withdrawn in the basis period for the year of assessment in which the building, plant or machinery is disposed of. Determination of qualifying expenditure for building, plant or machinery disposed to related company 8. (1) Where the qualifying company disposes to its related company any building, plant or machinery in respect of which an exemption is applied by the qualifying company under this Order, the amount of the qualifying expenditure incurred by the related company shall be deemed to be a sum equal to zero. P.U. (A) 245 14 (2) For the purposes of subparagraph (1), “related company” has the meaning assigned to it in subsection 2(1) of the Promotion of Investments Act 1986 [Act 327]. Withdrawal of exemption 9. (1) Where a qualifying company which has been granted an exemption under subparagraph 5(1) fails to comply with any condition imposed in relation to the exemption, the Minister may by notice in writing requires the qualifying company to show cause in writing why the exemption should not be withdrawn within thirty days from the date of service of the notice in writing. (2) The Minister may withdraw the exemption granted under subparagraph 5(1) where— (a) the qualifying company has failed to provide written reasons within thirty days from the date of the notice in writing is served on it under subparagraph (1); or (b) the Minister is not satisfied with the reasons given by the qualifying company for failing to comply with any of the conditions imposed in relation to the exemption. (3) Where the exemption is withdrawn in accordance with subparagraph (2), the exemption granted in respect of any amount of the statutory income under subparagraph 5(1) shall be deemed to have not been granted to the qualifying company from the first year of the exemption period. Cessation of application 10. (1) Subject to paragraph 9, any qualifying company may, at any time, apply in writing to the Minister through the Malaysian Investment Development Authority so that this Order ceases to apply to the qualifying company. P.U. (A) 245 15 (2) The cessation of application of this Order shall have effect— (a) on the date of approval of the granting of the exemption by the Minister through the Malaysian Investment Development Authority; or (b) in the case of a qualifying company which has incurred qualifying expenditure, on the first day in the basis period for the year of assessment in which the application for the cessation of application of this Order is received by the Minister through the Malaysian Investment Development Authority. Maintaining separate records 11. The qualifying company shall maintain a separate record for qualifying expenditure which the qualifying company incurred for the purposes of exemption under subparagraph 5(1). Non-application 12. This Order shall not apply to a qualifying company which in the basis period for a year of assessment— (a) has made a claim for reinvestment allowance under Schedule 7A to the Act or investment allowance for service sector under Schedule 7B to the Act in respect of the same building, plant or machinery; (b) has been granted any incentive under the Promotion of Investments Act 1986 except for— (i) pioneer status; or (ii) investment tax allowance in respect of a building, plant or machinery which has not been granted exemption under this Order; P.U. (A) 245 16 (c) has been granted an exemption under paragraph 127(3)(b) or subsection 127(3A) of the Act except— (i) the Income Tax (Exemption) 11) Order 2006 [P.U. (A) 112/2006]; (ii) the Income Tax (Exemption) 12) Order 2006 [P.U. (A) 113/2006] in respect of a building, plant or machinery which has not been granted exemption under this Order; or (iii) the Income Tax (Exemption) 22) Order 2006 [P.U .(A) 207/2006] in respect of a grant other than the grant given for a building, plant or machinery under this Order; or (d) has made a claim for a deduction under any rules made under section 154 of the Act except— (i) the rules in relation to allowance under Schedule 3 to the Act; (ii) the Income Tax (Deduction for Audit Expenditure) Rules 2006 [P.U. (A) 129/2006]; or (iii) the Income Tax (Deduction for Expenses in relation to Secretarial Fee and Tax Filing Fee) Rules 2020 [P.U. (A) 162/2020]. Made 10 September 2024 [Perb.MOF.TAX(S)700-2/7/756; LHDN.A.Y.A.600-12/1/7(29)-315; PN(PU2)80/JLD.112] DATUK SERI AMIR HAMZAH AZIZAN Finance Minister II [To be laid before the Dewan Rakyat pursuant to subsection 127(4) of the Income Tax Act 1967]