/akn/my/act/pua/2024/243

PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (INSENTIF TEKNOLOGI HIJAU) (ASET) (PENGECUALIAN) 2024

Text is served through the Arturio legal-data gateway. This reader shows the active Malaysia expression when available.

Open source PDF
Content

content_0

Content

17 September 2024 17 September 2024 P.U. (A) 243 WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (INSENTIF TEKNOLOGI HIJAU) (ASET) (PENGECUALIAN) 2024 INCOME TAX (GREEN TECHNOLOGY INCENTIVE) (ASSET) (EXEMPTION) ORDER 2024 DISIARKAN OLEH/ PUBLISHED BY JABATAN PEGUAM NEGARA/ ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS P.U. (A) 243 2 AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (INSENTIF TEKNOLOGI HIJAU) (ASET) (PENGECUALIAN) 2024

Preamble

preamble_1

Preamble

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan 127(3)(b) Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53], Menteri membuat perintah yang berikut: Nama dan permulaan kuat kuasa 1.

Subsection

subsection_2

Subsection

(1) Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Cukai Pendapatan (Insentif Teknologi Hijau) (Aset) (Pengecualian) 2024.

Subsection

subsection_3

Subsection

(2) Perintah ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 25 Oktober 2013. Tafsiran 2. Dalam Perintah ini— “aset teknologi hijau” ertinya suatu produk, kelengkapan atau sistem teknologi hijau yang digunakan untuk memulihara alam dan sumber semula jadi, untuk meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif aktiviti manusia; “Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777]; “perbelanjaan modal yang layak” ertinya suatu perbelanjaan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan 4; “syarikat yang layak” ertinya suatu syarikat sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan 3. Syarikat yang layak 3. Syarikat yang layak yang disebut dalam Perintah ini ialah suatu syarikat yang—

Paragraph

paragraph_4

Paragraph

(a) diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 dan bermastautin di Malaysia; P.U. (A) 243 3

Paragraph

paragraph_5

Paragraph

(b) telah membuat suatu permohonan bagi penentusahan aset teknologi hijau secara bertulis kepada Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation dan permohonan itu diterima—

Paragraph

paragraph_6

Paragraph

(i) pada atau selepas 25 Oktober 2013 tetapi tidak lewat dari 31 Disember 2023; atau

Subparagraph

subparagraph_7

Subparagraph

(ii) pada atau selepas 1 Januari 2022 tetapi tidak lewat dari 31 Disember 2023 bagi pembelian suatu aset teknologi hijau di bawah sistem pengumpulan dan penggunaan semula air hujan;

Paragraph

paragraph_8

Paragraph

(c) telah membuat permohonan yang disebut dalam subsubperenggan (b) dalam tempoh dua tahun dari tarikh perbelanjaan modal yang layak telah dilakukan oleh syarikat itu berhubung dengan pembelian suatu aset teknologi hijau;

Paragraph

paragraph_9

Paragraph

(d) telah mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan oleh Menteri berhubung dengan permohonan yang disebut dalam subsubperenggan (b); dan

Paragraph

paragraph_10

Paragraph

(e) telah mendapat suatu surat penentusahan aset teknologi hijau berhubung dengan permohonan yang disebut dalam subsubperenggan (b). Perbelanjaan modal yang layak 4.

Subsection

subsection_11

Subsection

(1) Perbelanjaan modal yang layak yang disebut dalam Perintah ini ialah suatu perbelanjaan modal yang dilakukan oleh suatu syarikat yang layak berhubung dengan pembelian suatu aset teknologi hijau yang digunakan di Malaysia semata-mata bagi maksud menjalankan perniagaannya.

Subsection

subsection_12

Subsection

(2) Perbelanjaan modal yang layak yang disebut dalam subperenggan (1) tidak termasuk perbelanjaan modal yang dilakukan atas pembelian suatu aset teknologi hijau yang disediakan secara keseluruhannya atau sebahagiannya P.U. (A) 243 4 bagi kegunaan pengarah atau individu yang merupakan anggota pengurusan atau pentadbiran, atau pekerja perkeranian, bagi syarikat yang layak itu. Pengecualian 5.

Subsection

subsection_13

Subsection

(1) Menteri mengecualikan suatu syarikat yang layak dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada perniagaannya, yang bersamaan dengan amaun perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan oleh syarikat yang layak itu bagi pembelian suatu aset teknologi hijau dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu.

Subsection

subsection_14

Subsection

(2) Tarikh perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan oleh syarikat yang layak hendaklah dalam tempoh mulai 25 Oktober 2013 hingga 31 Disember 2023.

Subsection

subsection_15

Subsection

(3) Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan syarikat yang layak itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberikan apa-apa maklumat lain di bawah Akta. Pendapatan berkanun 6.

Subsection

subsection_16

Subsection

(1) Tertakluk kepada subperenggan (2), pendapatan berkanun yang disebut dalam subperenggan 5(1) dalam tempoh asas bagi setiap tahun taksiran hendaklah ditentukan selepas memotong elaun yang boleh diberikan di bawah Jadual 3 kepada Akta walaupun tiada tuntutan bagi elaun itu telah dibuat.

Subsection

subsection_17

Subsection

(2) Jika suatu aset teknologi hijau yang digunakan bagi maksud menjalankan perniagaannya juga digunakan bagi maksud perniagaan lain selain perniagaan itu, maka amaun elaun yang boleh diberikan di bawah Jadual 3 kepada Akta hendaklah dipotong sebagaimana yang munasabah dengan mengambil kira setakat yang aset teknologi hijau itu digunakan bagi maksud menjalankan perniagaannya. P.U. (A) 243 5

Subsection

subsection_18

Subsection

(3) Amaun pendapatan berkanun yang dikecualikan yang disebut dalam subperenggan 5(1) hendaklah tidak melebihi tujuh puluh peratus bagi setiap tahun taksiran.

Subsection

subsection_19

Subsection

(4) Jika, oleh sebab sekatan pengecualian kepada tujuh puluh peratus daripada pendapatan berkanun menurut subperenggan (3) atau ketiadaan atau ketidakcukupan pendapatan berkanun syarikat yang layak daripada perniagaan, pengecualian tidak boleh diberikan atau tidak boleh diberikan sepenuhnya sebagaimana yang syarikat yang layak itu berhak di bawah subperenggan 5(1) bagi tahun taksiran itu, sekian banyak daripada amaun yang tidak boleh dikecualikan bagi tahun taksiran itu hendaklah disifatkan sebagai suatu perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan bagi maksud subperenggan 5(1) bagi tahun taksiran pertama yang berikutnya dan demikianlah seterusnya bagi tahun-tahun taksiran yang berikutnya sehinggalah semua amaun yang syarikat yang layak itu berhak sedemikian dikecualikan. Pelupusan aset teknologi hijau 7. Jika perbelanjaan modal yang layak dilakukan oleh suatu syarikat yang layak atas pembelian suatu aset teknologi hijau yang digunakan bagi maksud perniagaannya dan aset teknologi hijau itu dilupuskan pada bila-bila masa dalam tempoh lima tahun dari tarikh perolehan aset teknologi hijau itu, pengecualian yang diberikan berkenaan dengan amaun pendapatan berkanun yang bersamaan dengan amaun perbelanjaan modal yang layak itu hendaklah ditarik balik dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang aset teknologi hijau itu dilupuskan. Penentuan perbelanjaan modal yang layak bagi aset teknologi hijau yang dilupuskan kepada syarikat berkaitan 8.

Subsection

subsection_20

Subsection

(1) Jika syarikat yang layak melupuskan kepada syarikat berkaitannya apa-apa aset teknologi hijau yang berkenaan dengannya suatu pengecualian dimohon oleh syarikat yang layak itu di bawah Perintah ini, amaun perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan oleh syarikat berkaitan itu hendaklah disifatkan sebagai suatu jumlah yang bersamaan dengan sifar. P.U. (A) 243 6

Subsection

subsection_21

Subsection

(2) Bagi maksud subperenggan (1), “syarikat berkaitan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Penggalakan Pelaburan 1986 [Akta 327]. Menyenggara rekod berasingan 9. Syarikat yang layak hendaklah menyenggara suatu rekod yang berasingan bagi perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan oleh syarikat yang layak itu bagi maksud pengecualian di bawah subperenggan 5(1). Ketidakpakaian 10. Perintah ini tidak terpakai bagi suatu syarikat yang layak yang dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran—

Paragraph

paragraph_22

Paragraph

(a) telah membuat suatu tuntutan bagi elaun pelaburan semula di bawah

Schedule

schedule_23

Schedule

Jadual 7A kepada Akta atau elaun pelaburan bagi sektor perkhidmatan di bawah Jadual 7B kepada Akta berkenaan dengan aset teknologi hijau yang sama; (b) telah diberikan apa-apa insentif di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986 kecuali bagi— (i) taraf perintis; atau (ii) elaun cukai pelaburan berkenaan dengan suatu aset yang tidak diberikan pengecualian di bawah Perintah ini; (c) telah diberikan suatu pengecualian di bawah perenggan 127(3)(b) atau subseksyen 127(3A) Akta kecuali— (i) Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 11) 2006 [P.U. (A) 112/2006]; P.U. (A) 243 7 (ii) Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 12) 2006 [P.U. (A) 113/2006] berkenaan dengan suatu aset yang tidak diberikan pengecualian di bawah Perintah ini; (iii) Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 22) 2006 [P.U. (A) 207/2006] berkenaan dengan suatu pemberian selain pemberian yang diberikan bagi pembelian suatu aset teknologi hijau di bawah Perintah ini; atau (iv) Perintah Cukai Pendapatan (Insentif Teknologi Hijau) (Projek) (Pengecualian) 2024 [P.U. (A) 244/2024] berkenaan dengan suatu aset teknologi hijau; atau (d) telah membuat suatu tuntutan bagi suatu potongan di bawah mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 154 Akta kecuali— (i) kaedah-kaedah berhubung dengan elaun di bawah Jadual 3 kepada Akta; (ii) Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan Audit) 2006 [P.U. (A) 129/2006]; (iii) Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan berhubung dengan Yuran Kesetiausahaan dan Yuran Pemfailan Cukai) 2014 [P.U. (A) 336/2014]; atau (iv) Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan berhubung dengan Yuran Kesetiausahaan dan Yuran Pemfailan Cukai) 2020 [P.U. (A) 162/2020]. P.U. (A) 243 8 Dibuat 10 September 2024 [Perb.MOF.TAX(S)700-2/7/756; LHDN.AY.A.600-12/1/7(29)-223; PN(PU2)80/JLD.112] DATUK SERI AMIR HAMZAH AZIZAN Menteri Kewangan II [Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 127(4) Akta Cukai Pendapatan 1967] P.U. (A) 243 9 INCOME TAX ACT 1967 INCOME TAX (GREEN TECHNOLOGY INCENTIVE) (ASSET) (EXEMPTION) ORDER 2024 IN exercise of the powers conferred by paragraph 127(3)(b) of the Income Tax Act 1967 [Act 53], the Minister makes the following order: Citation and commencement 1. (1) This order may be cited as the Income Tax (Green Technology Incentive) (Asset) (Exemption) Order 2024. (2) This Order is deemed to have come into operation on 25 October 2013. Interpretation 2. In this Order— “green technology asset” means a green technology product, equipment or system which is used to conserve the natural environment and resources, to minimize or reduce the negative impact of human activities; “Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation” means a company incorporated under the Companies Act 2016 [Act 777]; “qualifying capital expenditure” means an expenditure as provided under paragraph 4; “qualifying company” means a company as provided under paragraph 3. Qualifying company 3. A qualifying company referred to in this Order is a company which— (a) is incorporated under the Companies Act 2016 and resident in Malaysia; P.U. (A) 243 10 (b) has made an application for a verification of green technology asset in writing to the Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation and the application is received— (i) on or after 25 October 2013 but not later than 31 December 2023; or (ii) on or after 1 January 2022 but not later than 31 December 2023 for the purchase of a green technology asset under the rainwater harvesting system; (c) has made the application referred to in subsubparagraph (b) within the period of two years from the date qualifying capital expenditure was incurred by the company in relation to the purchase of a green technology asset; (d) has complied with any condition imposed by the Minister in relation to the application referred to in subsubparagraph (b); and (e) has obtained a verification letter for a green technology asset in relation to the application referred to in subsubparagraph (b). Qualifying capital expenditure 4. (1) A qualifying capital expenditure referred to in this Order is a capital expenditure incurred by a qualifying company in relation to a purchase of a green technology asset used in Malaysia solely for the purpose of carrying on its business. (2) The qualifying capital expenditure referred to in subparagraph (1) shall not include capital expenditure incurred on the purchase of a green technology asset which is provided wholly or partly for the use of a director or an individual who is a member of the management or administration, or clerical staff, of that qualifying company. P.U. (A) 243 11 Exemption 5. (1) The Minister exempts a qualifying company in the basis period for a year of assessment from the payment of income tax in respect of the statutory income derived from its business, which is equivalent to the amount of qualifying capital expenditure incurred by the qualifying company for the purchase of a green technology asset in the basis period for that year of assessment. (2) The date of the qualifying capital expenditure incurred by the qualifying company shall be within the period from 25 October 2013 to 31 December 2023. (3) Nothing in subparagraph (1) shall absolve or is deemed to have absolved the qualifying company from complying with any requirement to submit any return or statement of account or to furnish any other information under the Act. Statutory income 6. (1) Subject to subparagraph (2), the statutory income referred to in subparagraph 5(1) in the basis period for each year of assessment shall be determined after deducting the allowances which falls to be made under Schedule 3 to the Act notwithstanding that no claim for such allowances has been made. (2) Where a green technology asset is used for the purpose of carrying on its business is also used for the purposes of other businesses other than the business, then the amount of allowances which falls to be made under Schedule 3 to the Act shall be deducted as is reasonable having regard to the extent to which the green technology asset is used for the purpose of carrying on its business. (3) The amount of statutory income so exempt referred to in subparagraph 5(1) shall not exceed seventy per cent for each year of assessment. (4) Where, by reason of the restriction of the exemption to seventy per cent of the statutory income pursuant to subparagraph (3) or of the absence or insufficiency of the statutory income of the qualifying company from the business, exemption cannot P.U. (A) 243 12 be granted or cannot be granted in full as the qualifying company is entitled under subparagraph 5(1) for that year of assessment, so much of the amount as cannot be exempt for that year of assessment shall be deemed to be a qualifying capital expenditure incurred for the purposes of subparagraph 5(1) for the first subsequent year of assessment and so on for subsequent years of assessment until such amount to which the qualifying company is so entitled is exempted. Disposal of green technology asset 7. Where a qualifying capital expenditure is incurred by a qualifying company on a purchase of a green technology asset that is used for the purposes of its business and such green technology asset is disposed of at any time within the period of five years from the date of acquisition of the green technology asset, the exemption granted in respect of the amount of statutory income which is equal to the amount of such qualifying capital expenditure shall be withdrawn in the basis period for the year of assessment in which the green technology asset is disposed of. Determination of qualifying capital expenditure for green technology asset disposed to related company 8. (1) Where the qualifying company disposes to its related company any green technology asset in respect of which an exemption is applied by the qualifying company under this Order, the amount of the qualifying capital expenditure incurred by the related company shall be deemed to be a sum equal to zero. (2) For the purposes of subparagraph (1), “related company” has the meaning assigned to it in subsection 2(1) of the Promotion of Investments Act 1986 [Act 327]. Maintaining separate records 9. The qualifying company shall maintain a separate record for qualifying capital expenditure which the qualifying company incurred for the purposes of exemption under subparagraph 5(1). P.U. (A) 243 13 Non-application 10. This Order shall not apply to a qualifying company which in the basis period for a year of assessment— (a) has made a claim for reinvestment allowance under Schedule 7A to the Act or investment allowance for service sector under Schedule 7B to the Act in respect of the same green technology asset; (b) has been granted any incentive under the Promotion of Investments Act 1986 except for— (i) pioneer status; or (ii) investment tax allowance in respect of an asset which has not been granted exemption under this Order; (c) has been granted an exemption under paragraph 127(3)(b) or subsection 127(3A) of the Act except— (i) the Income Tax (Exemption) 11) Order 2006 [P.U. (A) 112/2006]; (ii) the Income Tax (Exemption) 12) Order 2006 [P.U. (A) 113/2006] in respect of an asset which has not been granted exemption under this Order; (iii) the Income Tax (Exemption) 22) Order 2006 [P.U. (A) 207/2006] in respect of a grant other than the grant given for the purchase of a green technology asset under this Order; or (iv) the Income Tax (Green Technology Incentive) (Project) (Exemption) Order 2024 [P.U. (A) 244/2024] in respect of a green technology asset; or P.U. (A) 243 14 (d) has made a claim for a deduction under any rules made under section 154 of the Act except— (i) the rules in relation to allowance under Schedule 3 to the Act; (ii) the Income Tax (Deduction for Audit Expenditure) Rules 2006 [P.U. (A) 129/2006]; (iii) the Income Tax (Deduction for Expenses in relation to Secretarial Fee and Tax Filing Fee) Rules 2014 [P.U. (A) 336/2014]; or (iv) the Income Tax (Deduction for Expenses in relation to Secretarial Fee and Tax Filing Fee) Rules 2020 [P.U. (A) 162/2020]. Made 10 September 2024 [Perb.MOF.TAX(S)700-2/7/756; LHDN.AY.A.600-12/1/7(29)-223; PN(PU2)80/JLD.112] DATUK SERI AMIR HAMZAH AZIZAN Finance Minister II [To be laid before Dewan Rakyat pursuant to subsection 127(4) of the Income Tax Act 1967]