/akn/my/act/pua/2023/252
PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 3) 2023
Text is served through the Arturio legal-data gateway. This reader shows the active Malaysia expression when available.
23 Ogos 2023 23 August 2023 P.U. (A) 252 WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 3) 2023 INCOME TAX (EXEMPTION) (NO. 3) ORDER 2023 DISIARKAN OLEH/ PUBLISHED BY JABATAN PEGUAM NEGARA/ ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS P.U. (A) 252 2 AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 3) 2023
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan 127(3)(b) Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53], Menteri membuat perintah yang berikut: Nama dan permulaan kuat kuasa 1.
(1) Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 3) 2023.
(2) Perintah ini disifatkan telah berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2019. Tafsiran 2. Dalam Perintah ini— “aktiviti menjana pendapatan teras” ertinya aktiviti yang dijalankan oleh suatu hab prinsipal berhubung dengan perkhidmatan yang layak atau aktiviti perdagangan yang layak; “aktiviti perdagangan yang layak” ertinya aktiviti yang dijalankan oleh suatu hab prinsipal berkenaan dengan pemerolehan dan penjualan bahan mentah, komponen dan barangan siap daripada hab prinsipal itu kepada suatu syarikat rangkaian di dalam atau di luar Malaysia; “hab prinsipal" ertinya suatu hab prinsipal sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan 3; “Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia” ertinya Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Pemerbadanan) 1965 [Akta 397]; “perkhidmatan yang layak” ertinya perkhidmatan yang dinyatakan dalam
Jadual 1; P.U. (A) 252 3 “syarikat berkaitan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Penggalakan Pelaburan 1986 [Akta 327]; “syarikat rangkaian” ertinya— (a) suatu syarikat berkaitan; (b) suatu entiti dalam kumpulan syarikat yang sama dengan hab prinsipal termasuk suatu subsidiari, cawangan, usaha sama atau francais; atau (c) suatu syarikat yang mempunyai suatu perjanjian kontraktual dengan hab prinsipal atau syarikat pemegangan muktamad hab prinsipal berhubung dengan rantaian bekalan dan perniagaan hab prinsipal sekurang-kurangnya bagi tempoh tiga tahun. Hab prinsipal 3. Suatu hab prinsipal yang disebut di bawah Perintah ini ialah suatu syarikat baharu yang— (a) diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan bermastautin di Malaysia; (b) sebelum permohonan yang disebut dalam subperenggan 4(2) dibuat— (i) tidak mempunyai entiti sedia ada atau entiti berkaitan di Malaysia yang menjalankan apa-apa perkhidmatan yang layak di Malaysia; atau (ii) mempunyai entiti sedia ada atau entiti berkaitan di Malaysia yang belum menjalankan perkhidmatan yang layak di Malaysia; dan (c) mempunyai modal berbayar melebihi dua juta lima ratus ribu ringgit. P.U. (A) 252 4 Pengecualian 4. (1) Tertakluk kepada perenggan 5, Menteri mengecualikan suatu hab prinsipal dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada aktiviti menjana pendapatan teras. (2) Permohonan bagi pengecualian hendaklah— (a) dibuat secara bertulis oleh suatu hab prinsipal dan diterima oleh Menteri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia pada atau selepas 1 Januari 2019 tetapi tidak lewat dari 31 Disember 2020; dan (b) mematuhi syarat yang dikenakan oleh Menteri. (3) Pengecualian yang diberikan di bawah subperenggan (1) hendaklah tertakluk kepada hab prinsipal itu mematuhi— (a) syarat bagi kategori hab prinsipal yang berkaitan yang dinyatakan dalam Jadual 2; dan (b) apa-apa syarat lain yang dikenakan oleh Menteri dalam surat kelulusan. (4) Pengecualian yang diberikan di bawah subperenggan (1) adalah bagi tempoh lima tahun taksiran berturut-turut (selepas ini disebut sebagai “tahun taksiran yang dikecualikan”) dan permulaan tempoh pengecualian itu hendaklah ditentukan oleh Menteri. (5) Pendapatan berkanun yang diperoleh daripada aktiviti menjana pendapatan teras yang disebut dalam subperenggan (1) dalam tempoh asas bagi setiap tahun taksiran hendaklah ditentukan mengikut formula yang berikut: P.U. (A) 252 5 (a) berhubung dengan perkhidmatan yang layak yang dijalankan oleh hab prinsipal— (i) dalam hal hab prinsipal di bawah Kategori 1 Jadual 2— B iaitu A ialah amaun cukai yang dikenakan ke atas pendapatan yang boleh dikenakan cukai hab prinsipal daripada perkhidmatan yang layak pada kadar cukai semasa sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan 2 Bahagian I
Jadual 1 kepada Akta dikurangkan oleh amaun cukai yang dikenakan ke atas pendapatan yang boleh dikenakan cukai daripada perkhidmatan yang layak itu pada kadar sifar peratus; B ialah amaun cukai yang dikenakan ke atas pendapatan yang boleh dikenakan cukai hab prinsipal daripada perkhidmatan yang layak pada kadar cukai semasa sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan 2 Bahagian I
Jadual 1 kepada Akta; dan x C P.U. (A) 252 6 C ialah amaun pendapatan yang boleh dikenakan cukai hab prinsipal daripada perkhidmatan yang layak; atau (ii) dalam hal hab prinsipal di bawah Kategori 2 Jadual 2— B iaitu A ialah amaun cukai yang dikenakan ke atas pendapatan yang boleh dikenakan cukai hab prinsipal daripada perkhidmatan yang layak pada kadar cukai semasa sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan 2 Bahagian I
Jadual 1 kepada Akta dikurangkan oleh amaun cukai yang dikenakan ke atas pendapatan yang boleh dikenakan cukai daripada perkhidmatan yang layak itu pada kadar lima peratus; B ialah amaun cukai yang dikenakan ke atas pendapatan yang boleh dikenakan cukai hab prinsipal daripada perkhidmatan yang layak pada kadar cukai semasa sebagaimana yang diperuntukkan x C P.U. (A) 252 7 dalam perenggan 2 Bahagian I
Jadual 1 kepada Akta; dan C ialah amaun pendapatan yang boleh dikenakan cukai hab prinsipal daripada perkhidmatan yang layak; atau (b) berhubung dengan aktiviti perdagangan yang layak yang dijalankan oleh hab prinsipal— (i) dalam hal hab prinsipal di bawah Kategori 1 Jadual 2— B iaitu A ialah amaun cukai yang dikenakan ke atas pendapatan yang boleh dikenakan cukai hab prinsipal daripada aktiviti perdagangan yang layak pada kadar cukai semasa sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan 2 Bahagian I Jadual 1 kepada Akta dikurangkan oleh amaun cukai yang dikenakan ke atas pendapatan yang boleh dikenakan cukai daripada aktiviti perdagangan yang layak itu pada kadar sifar peratus; P.U. (A) 252 8 B ialah amaun cukai yang dikenakan ke atas pendapatan yang boleh dikenakan cukai hab prinsipal daripada aktiviti perdagangan yang layak pada kadar cukai semasa sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan 2 Bahagian I Jadual 1 kepada Akta; dan C ialah amaun pendapatan yang boleh dikenakan cukai hab prinsipal daripada aktiviti perdagangan yang layak; atau (ii) dalam hal hab prinsipal di bawah Kategori 2 Jadual 2— B iaitu A ialah amaun cukai yang dikenakan ke atas pendapatan yang boleh dikenakan cukai hab prinsipal daripada aktiviti perdagangan yang layak pada kadar cukai semasa sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan 2 Bahagian I
Jadual 1 kepada Akta dikurangkan oleh amaun cukai yang dikenakan ke atas pendapatan yang boleh dikenakan cukai daripada aktiviti x C P.U. (A) 252 9 perdagangan yang layak itu pada kadar lima peratus; B ialah amaun cukai yang dikenakan ke atas pendapatan yang boleh dikenakan cukai hab prinsipal daripada aktiviti perdagangan yang layak pada kadar cukai semasa sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan 2 Bahagian I
Jadual 1 kepada Akta; dan C ialah amaun pendapatan yang boleh dikenakan cukai hab prinsipal daripada aktiviti perdagangan yang layak. (6) Pendapatan berkanun yang disebut dalam subperenggan (1) dalam tempoh asas bagi setiap tahun taksiran hendaklah ditentukan selepas memotong elaun yang kena dibuat di bawah Jadual 3 kepada Akta walaupun tiada tuntutan bagi elaun itu telah dibuat. (7) Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan hab prinsipal itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun, atau memberikan apa-apa maklumat lain, di bawah Akta. Pendapatan harta intelek tidak diambil kira 5. (1) Dalam menentukan pendapatan berkanun suatu hab prinsipal yang disebut dalam subperenggan 4(1), pendapatan harta intelek yang berikut yang diperoleh daripada aktiviti menjana pendapatan teras hab prinsipal hendaklah tidak diambil kira: P.U. (A) 252 10 (a) royalti dan pendapatan lain yang diperoleh pada atau selepas 1 Julai 2018 tetapi sebelum 1 Julai 2021 daripada hak harta intelek yang baharu yang dimiliki oleh hab prinsipal; dan (b) royalti dan pendapatan lain yang diperoleh pada atau selepas 1 Julai 2021 daripada semua hak harta intelek yang dimiliki oleh hab prinsipal. (2) Bagi maksud subperenggan (1)— (a) suatu hab prinsipal memiliki hak harta intelek jika hab prinsipal itu ialah pemilik atau pemegang lesen hak itu; dan (b) royalti dan pendapatan lain yang diperoleh daripada hak harta intelek jika ia boleh diterima sebagai balasan bagi pengeksploitasian secara komersial hak itu. (3) Apa-apa pendapatan harta intelek yang disebut dalam subperenggan (1) adalah tertakluk kepada cukai di bawah Akta. (4) Dalam perenggan ini— “hak harta intelek” ertinya suatu hak yang timbul daripada apa-apa paten, penemuan dan inovasi utiliti, hak cipta, cap dagangan dan cap perkhidmatan, reka bentuk industri, reka bentuk susun atur litar bersepadu, kepandaian dan proses atau formula rahsia, petunjuk geografi dan pemberian geran perlindungan varieti tumbuhan, dan hak-hak lain yang serupa, sama ada yang berdaftar atau boleh daftar; “hak harta intelek yang baharu” ertinya hak harta intelek berhubung dengan aktiviti menjana pendapatan teras hab prinsipal yang menjadi milik hab prinsipal— P.U. (A) 252 11 (a) pada atau selepas 1 Julai 2018; atau (b) selepas 16 Oktober 2017 tetapi sebelum 1 Julai 2018 akibat perolehan oleh hab prinsipal, secara langsung atau tidak langsung daripada syarikat berkaitan. Layanan cukai bagi hab prinsipal yang mengalami kerugian 6. (1) Jika suatu hab prinsipal didapati mempunyai kerugian larasan di bawah subseksyen 44(2) Akta bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran semasa tahun taksiran yang dikecualikan berkenaan dengan sumber perniagaan yang terdiri daripada perkhidmatan yang layak atau aktiviti perdagangan yang layak, amaun kerugian larasan itu tidak boleh diambil kira daripada sumber yang terdiri daripada perkhidmatan yang layak itu atau aktiviti perdagangan yang layak itu dan perniagaan lain. (2) Jika suatu hab prinsipal didapati mempunyai kerugian larasan di bawah subseksyen 43(2) Akta bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran semasa tahun taksiran yang dikecualikan berkenaan dengan sumber perniagaan yang terdiri daripada perkhidmatan yang layak atau aktiviti perdagangan yang layak, amaun kerugian larasan itu tidak boleh diambil kira daripada sumber yang terdiri daripada perkhidmatan yang layak itu atau aktiviti perdagangan yang layak itu dan perniagaan lain. (3) Apa-apa amaun kerugian larasan yang ditentukan menurut subseksyen 43(2) dan 44(2) Akta berkenaan dengan sumber perniagaan yang terdiri daripada perkhidmatan yang layak atau aktiviti perdagangan yang layak tidak boleh diambil kira bagi maksud Akta dalam tahun taksiran yang tarikh akhir tahun taksiran yang dikecualikan hab prinsipal itu jatuh dan dalam tahun taksiran yang berikutnya selepas tahun taksiran yang dikecualikan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan. Pelanjutan tahun taksiran yang dikecualikan 7. (1) Menteri boleh melanjutkan tahun taksiran yang dikecualikan bagi tempoh lima tahun taksiran lagi tertakluk kepada hab prinsipal itu memenuhi syarat yang berikut: P.U. (A) 252 12 (a) jumlah bilangan pekerja baharu sepenuh masanya di Malaysia dengan gaji minimum sebanyak lima ribu ringgit sebulan adalah melebihi dua puluh peratus daripada jumlah bilangan pekerja baharu sepenuh masanya di Malaysia pada akhir tahun terakhir tahun taksiran yang dikecualikan; dan (b) jumlah amaun perbelanjaan operasi tahunannya adalah melebihi tiga puluh peratus daripada jumlah amaun perbelanjaan operasi tahunannya pada akhir tahun terakhir tahun taksiran yang dikecualikan. (2) Permohonan bagi pelanjutan tahun taksiran yang dikecualikan hendaklah dibuat oleh hab prinsipal itu secara bertulis kepada Menteri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia tidak lewat daripada enam puluh hari sebelum tamat tahun taksiran yang dikecualikan. (3) Pelanjutan tahun taksiran yang dikecualikan hendaklah bermula dari tahun taksiran yang berikutnya selepas tamat tahun taksiran yang dikecualikan dan berterusan selama tempoh lima tahun taksiran. Penarikan balik pengecualian 8. (1) Menteri boleh menarik balik pengecualian yang diberikan di bawah subperenggan 4(1) sekiranya dalam mana-mana tahun taksiran daripada tahun taksiran yang dikecualikan, hab prinsipal gagal mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan berhubung dengan pengecualian. (2) Jika pengecualian ditarik balik mengikut subperenggan (1), pengecualian yang diberikan berkenaan dengan apa-apa amaun pendapatan berkanun di bawah subperenggan 4(1) hendaklah disifatkan tidak diberikan kepada hab prinsipal bagi tahun taksiran itu. P.U. (A) 252 13 (3) Walau apa pun subperenggan (1) dan (2), jika dalam mana-mana tahun taksiran daripada tahun taksiran yang dikecualikan hab prinsipal gagal untuk mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan berhubung dengan pengecualian, perenggan 4 tidak terpakai. Penyerahan pengecualian 9. (1) Menteri boleh, pada bila-bila masa, kecuali jika hab prinsipal gagal mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan berhubung dengan pengecualian, membenarkan hab prinsipal untuk menyerahkan pengecualian yang diberikan di bawah Perintah ini melalui notis secara bertulis kepada Menteri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia. (2) Penyerahan pengecualian itu hendaklah berkuat kuasa mulai tahun taksiran yang permohonan bagi penyerahan pengecualian itu diterima oleh Menteri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dengan syarat bahawa semua syarat bagi kategori hab prinsipal yang berkaitan yang dinyatakan dalam Jadual 2 dipatuhi. Punca berasingan dan akaun berasingan 10. (1) Jika hab prinsipal menjalankan perkhidmatan yang layak, aktiviti perdagangan yang layak atau aktiviti selain daripada aktiviti menjana pendapatan teras, setiap aktiviti hendaklah dikira sebagai suatu punca aktiviti berasingan dan berlainan bagi hab prinsipal itu. (2) Hab prinsipal yang diberikan pengecualian di bawah subperenggan 4(1) hendaklah menyenggara suatu akaun yang berasingan bagi pendapatan yang diperoleh daripada setiap aktiviti yang disebut dalam subperenggan (1). Ketidakpakaian 11. Perintah ini tidak terpakai bagi suatu hab prinsipal yang dalam tahun taksiran yang dikecualikan— P.U. (A) 252 14 (a) telah membuat suatu tuntutan bagi elaun pelaburan semula di bawah
Jadual 7A kepada Akta atau elaun pelaburan bagi sektor perkhidmatan di bawah Jadual 7B kepada Akta; (b) telah diberikan apa-apa insentif di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986; (c) telah diberikan pengecualian di bawah perenggan 127(3)(b) atau subseksyen 127(3A) Akta; atau (d) telah membuat suatu tuntutan bagi suatu potongan di bawah mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 154 Akta kecuali— (i) kaedah-kaedah berhubung dengan elaun di bawah Jadual 3 kepada Akta; (ii) Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan Audit) 2006 [P.U. (A) 129/2006]; (iii) Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan berhubung dengan Yuran Kesetiausahaan dan Yuran Pemfailan Cukai) 2014 [P.U. (A) 336/2014]; atau (iv) Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan berhubung dengan Yuran Kesetiausahaan dan Yuran Pemfailan Cukai) 2020 [P.U. (A) 162/2020]. P.U. (A) 252 15
JADUAL 1 [Perenggan 2] (1) Bil. (2) Kluster (3) Perkhidmatan yang layak 1. Perkhidmatan strategik (a) Pengurusan keuntungan dan kerugian serantau atau pengurusan unit perniagaan (b) Perancangan perniagaan strategik dan pembangunan korporat (c) Perkhidmatan nasihat kewangan korporat (d) Pengurusan jenama (e) Pengurusan harta intelek (f) Pemerolehan dan pengurusan bakat peringkat senior 2. Perkhidmatan perniagaan (a) Pengurusan bida dan tender (b) Pengurusan perbendaharaan dan dana (c) Kajian, pembangunan dan inovasi (d) Pengurusan projek (e) Jualan dan pemasaran (f) Pembangunan perniagaan P.U. (A) 252 16 (1) Bil. (2) Kluster (3) Perkhidmatan yang layak (g) Sokongan teknikal dan rundingan (h) Pengurusan dan pemprosesan maklumat (i) Analisis kajian ekonomi atau pelaburan (j) Sumber, pemerolehan dan pengagihan strategik (k) Perkhidmatan logistik 3. Perkhidmatan kongsi (a) Latihan korporat dan pengurusan sumber manusia (b) Kewangan dan perakaunan (transaksi, audit dalaman) P.U. (A) 252 17
JADUAL 2 [Perenggan 4 dan 9] Kategori hab prinsipal Kategori 1 Syarikat baharu di bawah subsubperenggan 3(b)(i) Kategori 2 Syarikat baharu di bawah subsubperenggan 3(b)(ii) Syarat bagi hab prinsipal yang menjalankan aktiviti menjana pendapatan teras Bilangan minimum pekerja baharu sepenuh masa di Malaysia dengan gaji minimum sebanyak lima ribu ringgit sebulan dan sekurang-kurangnya lima puluh peratus daripada pekerja baharu itu ialah warganegara Malaysia 50 orang 30 orang Bilangan minimum pekerja baharu sepenuh masa di Malaysia dengan gaji minimum sebanyak dua puluh lima ribu ringgit sebulan 5 orang 4 orang Amaun minimum perbelanjaan operasi tahunan di Malaysia (dalam Ringgit Malaysia) RM10,000,000.00 RM5,000,000.00 P.U. (A) 252 18 Bilangan minimum perkhidmatan yang layak 4 (termasuk dua perkhidmatan yang layak daripada butiran (a) dan (b) kluster 1 Jadual 1) Amaun minimum nilai jualan tahunan (dalam Ringgit Malaysia) (syarat tambahan bagi hab prinsipal yang menjalankan aktiviti perdagangan yang layak) RM500,000,000.00 Dibuat 18 Ogos 2023 [Perb.:MOF.TAX(S)700-2/1/202; LHDN.AY.A600-12/1/7(29)-302; PN(PU2)80/JLD.109] ANWAR BIN IBRAHIM Menteri Kewangan [Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 127(4) Akta Cukai Pendapatan 1967] P.U. (A) 252 19 INCOME TAX ACT 1967 INCOME TAX (EXEMPTION) (NO. 3) ORDER 2023 IN exercise of the powers conferred by paragraph 127(3)(b) of the Income Tax Act 1967 [Act 53], the Minister makes the following order: Citation and commencement 1. (1) This order may be cited as the Income Tax (Exemption) (No. 3) Order 2023. (2) This Order is deemed to have effect from the year of assessment 2019. Interpretation 2. In this Order— “core income generating activities” means activities undertaken by a principal hub in relation to the qualifying services or qualifying trading activities; “qualifying trading activities” means activities undertaken by a principal hub in respect of procurement and sale of raw materials, components and finished products from the principal hub to a network company within or outside Malaysia; “principal hub" means a principal hub as provided under paragraph 3; “Malaysian Investment Development Authority” means the Malaysian Investment Development Authority established under the Malaysian Investment Development Authority (Incorporation) Act 1965 [Act 397]; “qualifying services” means services specified in Schedule 1; “related company” has the same meaning assigned to it in subsection 2(1) of the Promotion of Investments Act 1986 [Act 327]; P.U. (A) 252 20 “network company” means— (a) a related company; (b) an entity within the same group of company of the principal hub including a subsidiary, branch, joint venture or franchise; or (c) a company which has a contractual agreement with the principal hub or the principal hub’s ultimate holding company which relates to the principal hub’s supply chain and business for at least three years. Principal hub 3. A principal hub referred to under this Order is a new company which— (a) is incorporated under the Companies Act 2016 [Act 777] and resident in Malaysia; (b) prior to the application referred to in subparagraph 4(2) being made— (i) does not have an existing entity or related entity in Malaysia which carries on any qualifying services in Malaysia; or (ii) has an existing entity or related entity in Malaysia which has not carried on qualifying services in Malaysia; and (c) has a paid-up capital of more than two million five hundred thousand ringgit. Exemption 4. (1) Subject to paragraph 5, the Minister exempts a principal hub in the basis period for a year of assessment from the payment of income tax in respect of the statutory income derived from core income generating activities. P.U. (A) 252 21 (2) An application for exemption shall— (a) be made in writing by a principal hub and received by the Minister through the Malaysian Investment Development Authority on or after 1 January 2019 but not later than 31 December 2020; and (b) comply with the conditions imposed by the Minister. (3) An exemption granted under subparagraph (1) shall be subject to the principal hub complying with— (a) the conditions for the relevant category of principal hub specified in Schedule 2; and (b) any other conditions imposed by the Minister in the approval letter. (4) The exemption granted under subparagraph (1) shall be for a period of five consecutive years of assessment (hereinafter referred to as “the exempt years of assessment”) and the commencement of the exemption period shall be determined by the Minister. (5) The statutory income derived from core income generating activities referred to in subparagraph (1) in the basis period for each year of assessment shall be determined in accordance with the following formula: (a) in relation to qualifying services carried on by the principal hub— P.U. (A) 252 22 (i) in the case of a principal hub under Category 1 of Schedule 2— B where A is the amount of tax charged on the chargeable income of the principal hub from the qualifying services at the prevailing tax rate as provided for in paragraph 2 of Part I of Schedule 1 to the Act reduced by the amount of tax charged on such chargeable income from the qualifying services at the rate of zero per cent; B is the amount of tax charged on the chargeable income of the principal hub from the qualifying services at the prevailing tax rate as provided for in paragraph 2 of Part I of Schedule 1 to the Act; and C is the amount of the chargeable income of the principal hub from the qualifying services; or P.U. (A) 252 23 (ii) in the case of a principal hub under Category 2 of Schedule 2— B where A is the amount of tax charged on the chargeable income of the principal hub from the qualifying services at the prevailing tax rate as provided for in paragraph 2 of Part I of Schedule 1 to the Act reduced by the amount of tax charged on such chargeable income from the qualifying services at the rate of five per cent; B is the amount of tax charged on the chargeable income of the principal hub from the qualifying services at the prevailing tax rate as provided for in paragraph 2 of Part I of Schedule 1 to the Act; and C is the amount of the chargeable income of the principal hub from the qualifying services; or P.U. (A) 252 24 (b) in relation to qualifying trading activities carried on by the principal hub— (i) in the case of a principal hub under Category 1 of Schedule 2— B where A is the amount of tax charged on the chargeable income of the principal hub from the qualifying trading activities at the prevailing tax rate as provided for in paragraph 2 of Part I of Schedule 1 to the Act reduced by the amount of tax charged on such chargeable income from the qualifying trading activities at the rate of zero per cent; B is the amount of tax charged on the chargeable income of the principal hub from the qualifying trading activities at the prevailing tax rate as provided for in paragraph 2 of Part I of Schedule 1 to the Act; and C is the amount of the chargeable income of the principal hub from the qualifying trading activities; or x C P.U. (A) 252 25 (ii) in the case of a principal hub under Category 2 of Schedule 2— B where A is the amount of tax charged on the chargeable income of the principal hub from the qualifying trading activities at the prevailing tax rate as provided for in paragraph 2 of Part I of Schedule 1 to the Act reduced by the amount of tax charged on such chargeable income from the qualifying trading activities at the rate of five per cent; B is the amount of tax charged on the chargeable income of the principal hub from the qualifying trading activities at the prevailing tax rate as provided for in paragraph 2 of Part I of Schedule 1 to the Act; and C is the amount of the chargeable income of the principal hub from the qualifying trading activities. (6) The statutory income referred to in subparagraph (1) in the basis period for each year of assessment shall be determined after deducting the allowances which fall to be made under Schedule 3 to the Act notwithstanding that no claim for such allowances has been made. P.U. (A) 252 26 (7) Nothing in subparagraph (1) shall absolve or be deemed to have absolved the principal hub from complying with any requirement to submit any return or statement of accounts, or to furnish any other information, under the Act. Exclusion of intellectual property income 5. (1) In ascertaining the statutory income of a principal hub referred to in subparagraph 4(1), the following intellectual property income derived from core income generating activities of the principal hub shall be excluded: (a) royalties and other income are derived on or after 1 July 2018 but before 1 July 2021 from new intellectual property rights that the principal hub owns; and (b) royalties and other income are derived on or after 1 July 2021 from all intellectual property rights that the principal hub owns. (2) For the purposes of subparagraph (1)— (a) a principal hub owns an intellectual property right if the principal hub is the owner or the licensee of the right; and (b) royalties and other income are derived from an intellectual property right if they are receivable as consideration for the commercial exploitation of the right. (3) Any intellectual property income referred to in subparagraph (1) is subject to tax under the Act. (4) In this paragraph— “intellectual property right” means a right arising from any patent, utility innovation and discovery, copyright, trade mark and service mark, industrial design, layout-design of integrated circuit, secret processes or formulae and know-how, P.U. (A) 252 27 geographical indication and the grant of protection of a plant variety, and other like rights, whether or not registered or registrable; “new intellectual property right” means an intellectual property right in relation to the core income generating activities of the principal hub that comes into the ownership of the principal hub— (a) on or after 1 July 2018; or (b) after 16 October 2017 but before 1 July 2018 as a result of an acquisition by the principal hub, directly or indirectly, from a related company. Tax treatment for principal hub that suffered losses 6. (1) Where a principal hub is ascertained to have an adjusted loss under subsection 44(2) of the Act for the basis period for a year of assessment during the exempt years of assessment in respect of a business source consisting of qualifying services or qualifying trading activities, the amount of adjusted loss shall be disregarded from the source consisting of qualifying services or qualifying trading activities and other businesses. (2) Where a principal hub is ascertained to have an adjusted loss under subsection 43(2) of the Act for the basis period for a year of assessment during the exempt years of assessment in respect of a business source consisting of qualifying services or qualifying trading activities, the amount of adjusted loss shall be disregarded from the source consisting of qualifying services or qualifying trading activities and other businesses. (3) Any amount of adjusted loss ascertained pursuant to subsections 43(2) and 44(2) of the Act in respect of a business source consisting of qualifying services or qualifying trading activities shall be disregarded for the purposes of the Act in the year of assessment in which the last date of the exempt years of assessment of the principal P.U. (A) 252 28 hub falls and in the following years of assessment after the exempt years of assessment, as the case may be. Extension of exempt years of assessment 7. (1) The Minister may extend the exempt years of assessment for another period of five years of assessment subject to the principal hub fulfilling the following conditions: (a) the total number of its full-time new employees in Malaysia with a minimum salary of five thousand ringgit per month is more than twenty per cent of the total number of its full-time new employees in Malaysia at the end of the last year of the exempt years of assessment; and (b) the total amount of its annual operating expenditure is more than thirty per cent of the total amount of its annual operating expenditure at the end of the last year of the exempt years of assessment. (2) An application for the extension of the exempt years of assessment shall be made by the principal hub in writing to the Minister through the Malaysian Investment Development Authority not later than sixty days before the expiry of the exempt years of assessment. (3) The extension of the exempt years of assessment shall begin from the subsequent year of assessment after the expiry of the exempt years of assessment and continues for a period of five years of assessment. Withdrawal of exemption 8. (1) The Minister may withdraw the exemption granted under subparagraph 4(1) if in any year of assessment of the exempt years of assessment, the principal hub fails to comply with conditions imposed in relation to the exemption. P.U. (A) 252 29 (2) Where the exemption is withdrawn in accordance with subparagraph (1), the exemption granted in respect of any amount of the statutory income under subparagraph 4(1) shall be deemed to have not been given to the principal hub for that year of assessment. (3) Notwithstanding subparagraphs (1) and (2), where in any year of assessment of the exempt years of assessment the principal hub fails to comply with any of the conditions imposed in relation to the exemption, paragraph 4 shall not apply. Surrender of exemption 9. (1) The Minister may, at any time, except where the principal hub fails to comply with any conditions imposed in relation to the exemption, allow the principal hub to surrender the exemption granted under this Order by notice in writing to the Minister through the Malaysian Investment Development Authority. (2) The surrender of the exemption shall have effect from the year of assessment in which the application for surrender of the exemption is received by the Minister through the Malaysian Investment Development Authority provided that all conditions for the relevant category of principal hub specified in Schedule 2 are complied with. Separate source and separate account 10. (1) Where a principal hub carries on qualifying services, qualifying trading activities or activity other than core income generating activities, each activity shall be treated as a separate and distinct source of activity of the principal hub. (2) The principal hub which is granted an exemption under subparagraph 4(1) shall maintain a separate account for the income derived from each activity referred to in subparagraph (1). P.U. (A) 252 30 Non-application 11. This Order shall not apply to a principal hub which in the exempt years of assessment— (a) has made a claim for reinvestment allowance under Schedule 7A to the Act or investment allowance for service sector under Schedule 7B to the Act; (b) has been granted any incentive under the Promotion of Investments Act 1986; (c) has been granted an exemption under paragraph 127(3)(b) or subsection 127(3A) of the Act; or (d) has made a claim for deduction under any rules made under section 154 of the Act except— (i) the rules in relation to allowance under Schedule 3 to the Act; (ii) the Income Tax (Deduction for Audit Expenditure) Rules 2006 [P.U. (A) 129/2006]; (iii) the Income Tax (Deduction for Expenses in relation to Secretarial Fee and Tax Filing Fee) Rules 2014 [P.U. (A) 336/2014]; or (iv) the Income Tax (Deduction for Expenses in relation to Secretarial Fee and Tax Filing Fee) Rules 2020 [P.U. (A) 162/2020]. P.U. (A) 252 31
SCHEDULE 1 [Paragraph 2] (1) No. (2) Cluster (3) Qualifying services 1. Strategic services (a) Regional profit and loss or business unit management (b) Strategic business planning and corporate development (c) Corporate finance advisory services (d) Brand management (e) Intellectual property management (f) Senior-level talent acquisition and management 2. Business services (a) Bid and tender management (b) Treasury and fund management (c) Research, development and innovation (d) Project management (e) Sales and marketing (f) Business development P.U. (A) 252 32 (1) No. (2) Cluster (3) Qualifying services (g) Technical support and consultancy (h) Information management and processing (i) Economic or investment research analysis (j) Strategic sourcing, procurement and distribution (k) Logistics services 3. Shared services (a) Corporate training and human resource management (b) Finance and accounting (transactions, internal audit) P.U. (A) 252 33
SCHEDULE 2 [Paragraphs 4 and 9] Category of principal hub Category 1 New company under subsubparagraph 3(b)(i) Category 2 New company under subsubparagraph 3(b)(ii) Conditions for a principal hub which carries on core income generating activities Minimum number of full-time new employees in Malaysia with a minimum salary of five thousand ringgit per month and at least fifty per cent of that new employees are Malaysians 50 persons 30 persons Minimum number of full-time new employees in Malaysia with a minimum salary of twenty five thousand ringgit per month 5 persons 4 persons Minimum amount of annual operating expenditure in Malaysia (in Ringgit Malaysia) RM10,000,000.00 RM5,000,000.00 P.U. (A) 252 34 Minimum number of qualifying services 4 (including two qualifying services from items (a) and (b) of cluster (1) of Schedule 1) Minimum amount of annual value of sales (in Ringgit Malaysia) (additional condition for a principal hub which carries on qualifying trading activities) RM500,000,000.00 Made 18 August 2023 [Perb.:MOF.TAX(S)700-2/1/202; LHDN.AY.A600-12/1/7(29)-302; PN(PU2)80/JLD.109] ANWAR BIN IBRAHIM Minister of Finance [To be laid before Dewan Rakyat pursuant to subsection 127(4) of the Income Tax Act 1967]