/akn/my/act/pua/2023/241

KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (SKIM INSENTIF PENEMPATAN SEMULA PERNIAGAAN PENGILANGAN) 2023

Text is served through the Arturio legal-data gateway. This reader shows the active Malaysia expression when available.

Open source PDF

Preamble

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan 154(1)(b) dibaca bersama subseksyen 6(1A)

dan perenggan 2

Bahagian

XVII

Schedule

Jadual 1

kepada

Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53], Menteri membuat kaedah-kaedah yang berikut:

Nama dan permulaan kuat kuasa 1.

(1)

Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan

Kaedah-Kaedah

Cukai

Pendapatan (Skim Insentif Penempatan Semula Perniagaan Pengilangan) 2023.

(2)

Kaedah-Kaedah ini disifatkan telah berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2021.

Pemakaian 2.

Kaedah-Kaedah ini hendaklah terpakai bagi suatu syarikat yang layak yang memohon secara bertulis kepada Menteri bagi suatu Skim Insentif Penempatan Semula

Perniagaan Pengilangan.

Tafsiran 3.

Dalam Kaedah-Kaedah ini—

“aktiviti yang layak” ertinya suatu aktiviti pengilangan yang dijalankan oleh syarikat yang layak tetapi tidak termasuk mana-mana aktiviti yang dinyatakan dalam

Schedule

Jadual;

“Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia” ertinya Lembaga Pembangunan

Pelaburan Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pembangunan Pelaburan

Malaysia (Pemerbadanan) 1965 [Akta 397];

“Skim Insentif Penempatan Semula Perniagaan Pengilangan” ertinya suatu skim insentif sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subkaedah 5(2);

P.U. (A) 241 3

“syarikat yang layak” ertinya suatu syarikat baharu sebagaimana yang diperuntukkan di bawah kaedah 4.

Syarikat yang layak 4.

(1)

Syarikat yang layak yang disebut dalam Kaedah-Kaedah ini ialah suatu syarikat baharu yang—

(a)

memenuhi syarat kelayakan yang dikenakan oleh Menteri di bawah kaedah 6; dan

(b)

memenuhi syarat yang diperuntukkan di bawah seksyen 65B Akta.

(2)

Bagi maksud subkaedah (1), “syarikat baharu” ertinya suatu syarikat yang—

(a)

diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777]

dan bermastautin di Malaysia;

(b)

tidak mempunyai operasi pengilangan sedia ada di Malaysia; dan

(c)

menempatkan semula kemudahan pengilangan bagi aktiviti yang layak ke Malaysia atau menubuhkan operasi baharu untuk menjalankan aktiviti yang layak di Malaysia.

Permohonan oleh syarikat yang layak 5.

(1)

Sesuatu permohonan bagi Skim Insentif Penempatan Semula Perniagaan

Pengilangan di bawah Kaedah-Kaedah ini oleh suatu syarikat yang layak hendaklah diterima oleh Menteri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia pada atau selepas 1 Julai 2020 tetapi tidak lewat dari 31 Disember 2024.

(2)

Bagi maksud Kaedah-Kaedah ini, Skim Insentif Penempatan Semula

Perniagaan Pengilangan ialah suatu skim insentif bagi syarikat yang layak yang menjalankan aktiviti yang layak dan yang diluluskan oleh Menteri.

P.U. (A) 241 4

Syarat bagi Skim Insentif Penempatan Semula Perniagaan Pengilangan 6.

Sesuatu syarikat yang layak yang memohon Skim Insentif Penempatan Semula

Perniagaan Pengilangan di bawah Kaedah-Kaedah ini hendaklah mematuhi syarat yang dikenakan oleh Menteri sebagaimana yang dinyatakan dalam surat kelulusan, yang hendaklah termasuk seperti yang berikut:

(a)

melakukan amaun minimum pelaburan dalam harta tetap tidak termasuk tanah dalam tempoh tiga tahun dari tarikh perbelanjaan modal yang layak yang pertama yang dilakukan berjumlah—

(i)

tiga ratus juta ringgit (RM300,000,000.00) bagi kelulusan sepuluh tahun taksiran; atau

(ii)

melebihi lima ratus juta ringgit (RM500,000,000.00) bagi kelulusan lima belas tahun taksiran; dan

(b)

menggaji sekurang-kurangnya lapan puluh peratus pekerja sepenuh masa warganegara Malaysia pada atau sebelum tahun ketiga dari tarikh invois pertama berhubung dengan aktiviti yang layak dikeluarkan oleh syarikat yang layak itu sehingga tamat tahun taksiran yang ditentukan.

Kadar yang terpakai 7.

Kadar cukai pendapatan yang dikenakan di bawah Kaedah-Kaedah ini bagi tahun taksiran yang ditentukan ke atas pendapatan yang boleh dikenakan cukai untuk suatu syarikat yang layak menjalankan perniagaan berkenaan dengan suatu aktiviti yang layak di bawah Skim Insentif Penempatan Semula Perniagaan Pengilangan adalah sifar peratus.

Tahun taksiran yang ditentukan 8.

Tahun taksiran yang ditentukan yang disebut dalam Kaedah-Kaedah ini bagi pelaksanaan Skim Insentif Penempatan Semula Perniagaan Pengilangan adalah suatu tempoh mulai dari tahun taksiran sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri seperti yang berikut:

P.U. (A) 241 5

(a)

berhubung dengan pelaburan dalam harta tetap tidak termasuk tanah sebanyak tiga ratus juta ringgit (RM300,000,000.00) sehingga lima ratus juta ringgit (RM500,000,000.00), selama sepuluh tahun taksiran; atau

(b)

berhubung dengan pelaburan dalam harta tetap tidak termasuk tanah melebihi lima ratus juta ringgit (RM500,000,000.00), selama lima belas tahun taksiran.

Penyerahan Skim Insentif Penempatan Semula Perniagaan Pengilangan 9.

(1)

Menteri boleh, pada bila-bila masa, kecuali jika syarikat yang layak gagal mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan berhubung dengan Skim Insentif

Penempatan Semula Perniagaan Pengilangan, membenarkan syarikat yang layak untuk menyerahkan Skim Insentif Penempatan Semula Perniagaan Pengilangan yang diberikan di bawah Kaedah-Kaedah ini melalui notis secara bertulis kepada Menteri melalui

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.

(2)

Penyerahan Skim Insentif Penempatan Semula Perniagaan Pengilangan itu hendaklah berkuat kuasa pada hari pertama dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang permohonan bagi penyerahan Skim Insentif Penempatan Semula Perniagaan

Pengilangan itu diterima oleh Menteri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan

Malaysia.

Ketidakpakaian 10.

Kaedah-Kaedah ini tidak terpakai bagi suatu syarikat yang layak yang dalam tahun taksiran yang ditentukan—

(a)

telah membuat suatu tuntutan bagi elaun pelaburan semula di bawah

Schedule

Jadual 7A kepada Akta atau elaun pelaburan bagi sektor perkhidmatan di bawah Jadual 7B kepada Akta;

(b)

telah diberikan apa-apa insentif di bawah

Akta

Penggalakan

Pelaburan 1986 [Akta 327];

P.U. (A) 241 6

(c)

telah diberikan pengecualian di bawah perenggan 127(3)(b)

atau subseksyen 127(3A) Akta;

(d)

telah diluluskan oleh Menteri suatu skim insentif di bawah mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 154 Akta; atau

(e)

telah membuat suatu tuntutan bagi suatu potongan di bawah mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 154 Akta kecuali—

(i)

kaedah-kaedah berhubung dengan elaun di bawah Jadual 3

kepada Akta;

(ii)

Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan

Audit) 2006 [P.U. (A) 129/2006]; atau

(iii)

Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan berhubung dengan Yuran Kesetiausahaan dan Yuran Pemfailan

Cukai) 2020 [P.U. (A) 162/2020].

Schedule

JADUAL

[Kaedah 3]

(1)

Bil.

(2)

Industri

(3)

Bukan aktiviti yang layak 1.

Besi dan keluli

Semua produk untuk besi dan keluli yang dianggap sensitif kecuali keluaran yang disenaraikan dalam aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan di bawah

Akta

Penggalakan

Pelaburan 1986

di bawah kategori pengilangan besi dan keluli, dan pengilangan logam bukan ferus dan keluarannya

P.U. (A) 241 7

(1)

Bil.

(2)

Industri

(3)

Bukan aktiviti yang layak 2.

Jentera dan peralatan Senjata dan peluru

3.

Elektrikal

Keluaran elektrikal yang dibekalkan untuk menjana kuasa bagi kegunaan

Tenaga Nasional Berhad dan Petronas seperti kabel am, harnes dawai, papan agihan, panel kawalan, radas pensuisan, transformer

4.

Minuman dan tembakau

(a)

Likuor dan minuman beralkohol

(b)

Tembakau dan keluaran tembakau termasuk rokok

(c)

Minuman

5.

Minyak kelapa sawit

Pengisaran dan penapisan minyak kelapa sawit

6.

Pengilangan makanan (a)

Pengeluaran keluaran makanan yang hanya melibatkan campuran, adunan dan masakan seperti sos, pes, keluaran makanan pracampur

(b)

Gula

(c)

Pengetinan nenas

P.U. (A) 241 8

(1)

Bil.

(2)

Industri

(3)

Bukan aktiviti yang layak 7.

Kertas, percetakan dan penerbitan

(a)

Pembungkusan berasaskan kertas daripada bahan kertas buangan kecuali papan dupleks disalut

(b)

Percetakan dan penerbitan

8.

Kayu dan keluaran kayu

Keluaran berasaskan kayu termasuk perabot, papan lapis, kayu digergaji dan lain-lain

9.

Automotif atau kenderaan bermotor

(a)

Pengilangan semula atau pemulihan semula atau pemasangan semula kenderaan bermotor dan komponen yang berkaitan

(b)

Kenderaan bukan cekap tenaga

10.

Aeroangkasa untuk pemakaian ketenteraan atau pertahanan

Dron dan roket keluaran berkaitan aeroangkasa untuk pemakaian ketenteraan atau pertahanan

(Bukan segmen komersial)

11.

Petroleum

Kilang penapis minyak petroleum mentah

12.

Getah

Tayar kereta penumpang

P.U. (A) 241 9

(1)

Bil.

(2)

Industri

(3)

Bukan aktiviti yang layak 13.

Plastik

Produk plastik am seperti beg plastik, botol

14.

Pembinaan

Pengilangan bahan pembinaan kecuali keluaran yang berikut:

(a)

Sistem Bangunan Industri

(b)

Panel

(c)

Papan

(d)

Jubin

(e)

Blok atau barang yang serupa daripada gentian semula jadi dan gentian sintetik yang dicampur simen, plaster atau bahan pengikat mineral lain

15.

Tekstil

Keluaran tekstil kecuali aktiviti yang berikut:

(a)

Gentian asli atau buatan manusia

(b)

Benang gentian asli atau buatan manusia

(c)

Fabrik tenun

P.U. (A) 241 10

(1)

Bil.

(2)

Industri

(3)

Bukan aktiviti yang layak

(d)

Fabrik kait

(e)

Fabrik bukan tenun

(f)

Kemasan fabrik seperti pelunturan, pewarnaan dan percetakan

(g)

Pakaian khusus

(h)

Tekstil teknikal atau tekstil fungsian dan keluaran tekstil

16.

Semua

(a)

Kitar semula apa-apa jenis sisa

(b)

Sarung tangan

Dibuat 8 Ogos 2023

[Perb.MOF.TAX(S)700-2/1/106; LHDN.AY.A.600-12/1/7(29)-153; PN(PU2) 80/JLD.109]

ANWAR BIN IBRAHIM

Menteri Kewangan

[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 154(2) Akta Cukai

Pendapatan 1967]

P.U. (A) 241 11

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (RELOCATION OF MANUFACTURING

BUSINESS INCENTIVE SCHEME) RULES 2023

IN exercise of the powers conferred by paragraph 154(1)(b) read together with subsection 6(1A) and paragraph 2 of Part XVII of Schedule 1 to the

Income Tax Act 1967 [Act 53], the Minister makes the following rules:

Citation and commencement 1.

(1)

These rules may be cited as the

Income

Tax (Relocation of Manufacturing Business Incentive Scheme) Rules 2023.

(2)

These Rules are deemed to have effect from the year of assessment 2021.

Application 2.

These Rules shall apply to a qualifying company which applies in writing to the Minister for the Relocation of Manufacturing Business Incentive Scheme.

Interpretation 3.

In these Rules—

“qualifying activity” means a manufacturing activity undertaken by the qualifying company but does not include any activity specified in the Schedule;

“Malaysian Investment Development Authority” means the Malaysian Investment

Development Authority established under the Malaysian Investment Development

Authority (Incorporation) Act 1965 [Act 397];

“Relocation of Manufacturing Business Incentive Scheme” means an incentive scheme as provided under subrule 5(2);

“qualifying company” means a new company as provided under rule 4.

P.U. (A) 241 12

Qualifying company 4.

(1)

A qualifying company referred to in these Rules is a new company which—

(a)

fulfills the eligibility conditions imposed by the Minister under rule 6; and

(b)

fulfills the conditions provided under section 65B of the Act.

(2)

For the purposes of subrule (1), “new company” means a company which—

(a)

is incorporated under the Companies Act 2016 [Act 777]

and resident in Malaysia;

(b)

does not have an existing manufacturing operation in Malaysia; and

(c)

relocate manufacturing facility for a qualifying activity into

Malaysia or establish new operation to carry on a qualifying activity in Malaysia.

Application by qualifying company 5.

(1)

An application for Relocation of Manufacturing Business Incentive Scheme under these Rules by a qualifying company shall be received by the Minister through the Malaysian Investment Development Authority on or after 1 July 2020 but not later than 31 December 2024.

(2)

For the purposes of these Rules, Relocation of Manufacturing Business

Incentive Scheme is an incentive scheme for the qualifying company which carries on qualifying activity and approved by the Minister.

Conditions for the Relocation of Manufacturing Business Incentive Scheme 6.

A qualifying company which applies for the Relocation of Manufacturing Business

Incentive Scheme under these Rules shall comply with the conditions imposed by the Minister as specified in the approval letter, which shall include the following:

P.U. (A) 241 13

(a)

incurs the minimum amount of investment in fixed asset excluding land within three years from the date of the first qualifying capital expenditure incurred amounting to—

(i)

three hundred million ringgit (RM300,000,000.00) for approval of ten years of assessment; or

(ii)

more than five hundred million ringgit (RM500,000,000.00)

for approval of fifteen years of assessment; and

(b)

employs at least eighty per cent full-time Malaysian employees on or before the third year from the date of the first invoice in relation to the qualifying activity issued by the qualifying company until the end of the specified years of assessment.

Applicable rate 7.

The rate of income tax which shall be charged under these Rules for the specified years of assessment on the chargeable income of a qualifying company which carries on business in respect of a qualifying activity under the Relocation of Manufacturing Business Incentive Scheme is zero per cent.

Specified years of assessment 8.

The specified years of assessment referred to in these Rules for the implementation of the Relocation of Manufacturing Business Incentive Scheme is a period commencing from the year of assessment as determined by the Minister as follows:

(a)

in relation to investment in fixed asset excluding land of three hundred million ringgit (RM300,000,000.00) up to five hundred million ringgit

(RM500,000,000.00), ten years of assessment; or

P.U. (A) 241 14

(b)

in relation to investment in fixed asset excluding land of more than five hundred million ringgit (RM500,000,000.00), fifteen years of assessment.

Surrender of Relocation of Manufacturing Business Incentive Scheme 9.

(1)

The Minister may, at any time, except where the qualifying company fails to comply with any condition imposed in relation to the Relocation of Manufacturing

Business Incentive Scheme, allow the qualifying company to surrender the Relocation of

Manufacturing

Business

Incentive

Scheme granted under these

Rules by notice in writing to the Minister through the Malaysian Investment Development

Authority.

(2)

The surrender of the Relocation of Manufacturing Business Incentive

Scheme shall have effect on the first day in the basis period for the year of assessment in which the application for surrender of the Relocation of Manufacturing Business

Incentive Scheme is received by the Minister through the Malaysian Investment

Development Authority.

Non-application 10.

These Rules shall not apply to a qualifying company which in the specified years of assessment—

(a)

has made a claim for reinvestment allowance under Schedule 7A to the Act or investment allowance for service sector under Schedule 7B to the Act;

(b)

has been granted any incentive under the Promotion of Investments

Act 1986 [Act 327];

(c)

has been granted an exemption under paragraph 127(3)(b)

or subsection 127(3A) of the Act;

(d)

has been approved by the Minister an incentive scheme under any rules made under section 154 of the Act; or

P.U. (A) 241 15

(e)

has made a claim for deduction under any rules made under section 154

of the Act except—

(i)

the rules in relation to allowance under Schedule 3 to the Act;

(ii)

the Income Tax (Deduction for Audit Expenditure) Rules 2006

[P.U. (A) 129/2006]; or

(iii)

the Income Tax (Deduction for Expenses in relation to Secretarial

Fee and Tax Filing Fee) Rules 2020 [P.U. (A) 162/2020].

Schedule

[Rule 3]

(1)

(2)

Industry

(3)

Non-qualifying activity 1.

Iron and steel

All products for iron and steel considered sensitive except products listed in the promoted activities or promoted products under the

Promotion of Investments Act 1986 under the category of manufacture of iron and steel, and manufacture of non-ferrous metal and their products

2.

Machinery and equipment

Weapon and ammunitions 3.

Electrical

Electrical products supplied to generate power for consumption of Tenaga

Nasional Berhad and Petronas such as

P.U. (A) 241 16

(1)

(2)

Industry

(3)

Non-qualifying activity general cables, wire harness, distribution boards, control panels, switching apparatus, transformers

4.

Beverages and tobacco

(a)

Liquor and alcoholic beverages

(b)

Tobacco and tobacco products including cigarette

(c)

Beverages

5.

Palm oil

Palm oil milling and refining

6.

Food manufacturing

(a)

Production of food products that only involve mixing, blending and cooking such as sauces, paste, premix food products

(b)

Sugar

(c)

Pineapple canning

7.

Paper, printing and publishing

(a)

Paper-based packaging materials from waste paper except for coated duplex board

(b)

Printing and publishing

P.U. (A) 241 17

(1)

(2)

Industry

(3)

Non-qualifying activity 8.

Wood and wood products

Wood-based products including furniture, plywood, sawn timber and others

9.

Automotive or motor vehicle

(a)

Remanufacturing or reconditioning or reassembly of motor vehicles and related components

(b)

Non-energy efficient vehicle

10.

Aerospace for military or defense application

Drones and rocket aerospace related products for military or defense application (Non-commercial segment)

11.

Petroleum

Refinery of crude petroleum oil

12.

Rubber

Passenger car tires

13.

Plastic

General plastic products such as plastic bags, bottles

14.

Construction

Manufacturing of construction material except for the following products:

(a)

Industrial Building System

(b)

Panels

P.U. (A) 241 18

(1)

(2)

Industry

(3)

Non-qualifying activity

(c)

Boards

(d)

Tiles

(e)

Blocks or similar articles of natural and synthetic fibre agglomerated with cement, plaster or other mineral binding substance

15.

Textile

Textiles products except for the following activities:

(a)

Natural or man-made fibres

(b)

Yarn of natural or man-made fibres

(c)

Woven fabrics

(d)

Knitted fabrics

(e)

Non-woven fabrics

(f)

Finishing of fabrics such as bleaching, dyeing and printing

(g)

Specialised apparel

P.U. (A) 241 19

(1)

(2)

Industry

(3)

Non-qualifying activity

(h)

Technical textiles or functional textiles and textile products

16.

All

(a)

Recycling of any types of waste

(b)

Gloves

Made 8 August 2023

[Perb.MOF.TAX(S)700-2/1/106; LHDN.AY.A.600-12/1/7(29)-153; PN(PU2) 80/JLD.109]

ANWAR BIN IBRAHIM

Minister of Finance

[To be laid before the Dewan Rakyat pursuant to subsection 154(2) of the Income Tax

Act 1967]