Preamble
PADA menjalankan kuasa yang diberikan di bawah perenggan 154(1)(b)
dibaca bersama perenggan 33(1)(d) Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53],
Menteri membuat kaedah-kaedah yang berikut:
Nama dan permulaan kuat kuasa 1.
/akn/my/act/pua/2022/351
Text is served through the Arturio legal-data gateway. This reader shows the active Malaysia expression when available.
PADA menjalankan kuasa yang diberikan di bawah perenggan 154(1)(b)
dibaca bersama perenggan 33(1)(d) Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53],
Menteri membuat kaedah-kaedah yang berikut:
Nama dan permulaan kuat kuasa 1.
)
Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan
Kaedah-Kaedah
Cukai
Pendapatan (Potongan bagi Pelaburan dalam Projek Baharu Pengeluaran Bahan
Makanan yang Diluluskan) 2022.
)
Kaedah-Kaedah ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2021.
Tafsiran 2.
Bagi maksud Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“pelaburan” ertinya suatu pelaburan dalam bentuk wang tunai atau pegangan modal syer berbayar berkenaan dengan saham biasa dalam suatu syarikat berkaitan;
“projek baharu pengeluaran bahan makanan yang diluluskan” ertinya suatu projek yang disifatkan sebagai suatu perniagaan berasingan dan tersendiri yang berhubungan dengan—
penanaman tanaman industri, sayur-sayuran, buah-buahan, herba, rempah atau tanaman kontan;
akuakultur;
penternakan lebah madu atau kelulut;
P.U. (A) 351 3
penternakan lembu, kerbau, kambing, biri-biri atau rusa;
perikanan laut dalam atau perikanan laut lepas;
penanaman biji benih untuk agro makanan; atau
penanaman makanan ternakan yang diusahakan dalam suatu projek yang dikenal pasti oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi projek itu dan diluluskan oleh Menteri;
“syarikat berkaitan” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah
Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang sekurang-kurangnya tujuh puluh peratus daripada modal syer berbayarnya berkenaan dengan saham biasa adalah dimiliki terus oleh suatu syarikat yang membuat pelaburan bagi maksud suatu projek baharu pengeluaran bahan makanan yang diluluskan.
Pemakaian 3.
Kaedah-Kaedah ini hendaklah terpakai bagi suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 dan bermastautin di Malaysia—
yang telah membuat suatu pelaburan dalam syarikat berkaitannya yang melaksanakan suatu projek baharu pengeluaran bahan makanan yang diluluskan di bawah Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian)
(No. 6) 2020 [P.U. (A) 373/2020]; dan
yang telah membuat suatu permohonan kepada Menteri melalui Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi suatu projek baharu pengeluaran bahan makanan yang diluluskan dan permohonan sedemikian diterima pada atau selepas 1 Januari 2021 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2022.
P.U. (A) 351 4
Potongan 4.
)
Bagi maksud menentukan pendapatan larasan suatu syarikat daripada perniagaannya, maka hendaklah dibenarkan sebagai suatu potongan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran suatu amaun yang bersamaan dengan nilai pelaburan bagi maksud semata-mata membiayai projek yang disebut dalam perenggan 3(a)
yang dilaksanakan oleh syarikat berkaitan.
)
Nilai pelaburan yang disebut dalam subkaedah (1) yang dituntut sebagai suatu potongan—
hendaklah bersamaan dengan perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat berkaitan itu dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang sama;
hendaklah dibuat bagi suatu tempoh dan pada takat suatu amaun sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri melalui Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi projek baharu pengeluaran bahan makanan yang diluluskan; dan
hendaklah tidak dilupuskan dalam tempoh lima tahun dari tarikh pelaburan terakhir itu dibuat jika pelaburan itu adalah dalam bentuk pegangan modal syer berbayar berkenaan dengan saham biasa.
)
Potongan di bawah subkaedah (1) hanya boleh dituntut oleh suatu syarikat untuk tempoh tiga tahun taksiran berturut-turut bermula dari tahun taksiran permohonan di bawah perenggan 3(b) diluluskan oleh Menteri.
)
Tertakluk kepada subkaedah (5) dan (6), jika syarikat yang telah membuat suatu pelaburan dalam bentuk pegangan modal syer berbayar berkenaan dengan saham biasa dan telah menuntut suatu potongan berkenaan dengan pelaburan itu di bawah subkaedah
)
menerima suatu amaun sebagai balasan bagi pelupusan saham itu, amaun yang diterima oleh syarikat itu hendaklah ditambah dalam
P.U. (A) 351 5
menentukan pendapatan larasannya dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang amaun itu diterima.
)
Amaun yang disebut dalam subkaedah (4) hendaklah tidak melebihi jumlah keseluruhan potongan yang dibenarkan berhubungan dengan pelaburan itu.
)
Subkaedah (4) tidak terpakai jika pelupusan saham yang disebut dalam subkaedah (4) berlaku selepas lima tahun dari tarikh pelaburan terakhir dalam bentuk modal syer berbayar berkenaan dengan saham biasa yang dibuat dalam syarikat berkaitan.
Pemberhentian potongan 5.
Jika suatu pelaburan dibuat oleh suatu syarikat bagi maksud projek yang disebut dalam perenggan 3(a), potongan kepada syarikat itu hendaklah dihentikan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran yang tempoh pengecualian bagi syarikat berkaitan itu bermula apabila syarikat berkaitan itu memperoleh pendapatan berkanun pertamanya daripada projek itu.
Ketidakpakaian 6.
Kaedah-Kaedah ini tidak terpakai bagi suatu syarikat yang—
telah diberikan suatu pengecualian di bawah perenggan 127(3)(b) atau subseksyen 127(3A) Akta; atau
telah membuat suatu tuntutan bagi potongan di bawah mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 154 Akta kecuali—
kaedah-kaedah yang berhubungan dengan elaun di bawah
Jadual 3 kepada Akta;
(ii)
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan
Audit) 2006 [P.U. (A) 129/2006]; atau
P.U. (A) 351 6
(iii)
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan berhubung dengan Yuran Kesetiausahaan dan Yuran Pemfailan
Cukai) 2020 [P.U. (A) 162/2020].
Dibuat 21 Oktober 2022
[Perb.MOF.TAX(S)700-2/1/148; LHDN.AY.A.600-12/1(29)-212; PN(PU2)80/JLD. 107]
TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
[Akan dibentangkan di
Dewan
Rakyat menurut subseksyen 154(2)
Akta Cukai Pendapatan 1967]
P.U. (A) 351 7
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (DEDUCTION FOR INVESTMENT IN APPROVED
NEW FOOD PRODUCTION PROJECT) RULES 2022
IN exercise of the powers conferred by paragraph 154(1)(b) read together with paragraph 33(1)(d) of the Income Tax Act 1967 [Act 53], the Minister makes the following rules:
Citation and commencement 1.
(1)
These rules may be cited as the Income Tax (Deduction for Investment in Approved New Food Production Project) Rules 2022.
(2)
These Rules are deemed to have come into operation on 1 January 2021.
Interpretation 2.
For the purposes of these Rules, unless the context otherwise requires—
“investment” means an investment in the form of cash or holding of paid-up share capital in respect of ordinary shares in a related company;
“approved new food production project” means a project which is deemed to be as a separate and distinct business in relation to—
(a)
planting of industrial crop, vegetables, fruits, herbs, spices or cash crop;
(b)
aquaculture;
(c)
rearing of honey or urena lobata bees;
(d)
rearing of cows, buffaloes, goats, sheep or deer;
(e)
deep sea fishing or high seas fishing;
P.U. (A) 351 8
(f)
planting of seeds for agro food; or
(g)
planting of feed mill cultivated in a project which has been identified by the Minister charged with the responsibility of that project and approved by the Minister;
“related company” means a company incorporated under the Companies Act 2016
[Act 777] where at least seventy per cent of its paid-up share capital in respect of ordinary shares are directly owned by a company that makes an investment for the purpose of an approved new food production project.
Application 3.
These Rules shall apply to a company incorporated under the Companies Act 2016
and resident in Malaysia—
(a)
which has made an investment in its related company undertaking an approved new food production project under the Income Tax
(No. 6) Order 2020 [P.U. (A) 373/2020]; and
(b)
which has made an application to the Minister through the Minister charged with the responsibility of an approved new food production project and such application is received on or after 1 January 2021 but not later than 31 December 2022.
Deduction 4.
(1)
For the purpose of ascertaining the adjusted income of a company from its business, there shall be allowed as a deduction in the basis period for a year of assessment an amount equivalent to the value of investment for the sole purpose of financing the project referred to in paragraph 3(a) undertaken by the related company.
(2)
The value of investment referred to in subrule (1) which is claimed as a deduction—
P.U. (A) 351 9
(a)
shall be equivalent to the expenditure incurred by the related company in the basis period for the same year of assessment;
(b)
shall be made for a period and up to an amount as approved by the Minister through the Minister charged with the responsibility for the approved new food production project; and
(c)
shall not be disposed of within five years from the date of the last investment made if such investment is in the form of holding of paid-up share capital in respect of ordinary shares.
(3)
The deduction under subrule (1) can only be claimed by a company for a period of three consecutive years of assessment commencing from the year of assessment the application under paragraph 3(b) is approved by the Minister.
(4)
Subject to subrules (5) and (6), where a company which has made an investment in the form of holding of paid-up share capital in respect of ordinary shares and claimed a deduction in respect of that investment under subrule (1) receives an amount as consideration for the disposal of such shares, the amount so received by that company shall be added in ascertaining its adjusted income in the basis period for the year of assessment in which that amount was received.
(5)
The amount referred to in subrule (4) shall not exceed the total deductions allowed in relation to that investment.
(6)
Subrule (4) shall not apply where the disposal of the shares referred to in subrule (4) takes place after five years from the date of the last investment in the form of paid-up share capital in respect of ordinary shares is made in the related company.
P.U. (A) 351 10
Cessation of deduction 5.
Where an investment is made by a company for the purposes of the project referred to in paragraph 3(a), that deduction to the company shall be ceased in the basis period for a year of assessment in which the period of exemption of the related company commences upon the related company deriving its first statutory income from that project.
Non-application 6.
These Rules shall not apply to a company which—
(a)
has been granted an exemption under paragraph 127(3)(b)
or subsection 127(3A) of the Act; or
(b)
has made a claim for deduction under any rules made under section 154
of the Act except—
(i)
the rules in relation to allowance under Schedule 3 to the Act;
(ii)
the Income Tax (Deduction for Audit Expenditure) Rules 2006
[P.U. (A) 129/2006]; or
(iii)
the Income Tax (Deduction for Expenses in relation to
Secretarial Fee and Tax Filing Fee) Rules 2020 [P.U. (A) 162/2020].
Made 21 October 2022
[Perb.MOF.TAX(S)700-2/1/148; LHDN.AY.A.600-12/1(29)-212; PN(PU2)80/JLD. 107]
TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Minister of Finance
[To be laid before the Dewan Rakyat pursuant to subsection 154(2) of the
Income Tax Act 1967]