content_0
Content
6 Oktober 2022 6 October 2022 P.U. (A) 314 WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) (NO. 2) (PEMBATALAN) 2022 EMERGENCY (ESSENTIAL POWERS) (NO. 2) (REVOCATION) ORDINANCE 2022 DISIARKAN OLEH/ PUBLISHED BY JABATAN PEGUAM NEGARA/ ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS P.U. (A) 314 2 ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) (NO. 2) (PEMBATALAN) 2022 Suatu Ordinan yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong menurut Fasal (2B) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. [6 Oktober 2022] BAHAWASANYA disebabkan oleh suatu darurat besar berlaku yang mengancam keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam di dalam sebahagian daripada Persekutuan iaitu di Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.054 Gerik, Perak berikutan wabak penyakit berjangkit, iaitu Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19), suatu Proklamasi Darurat (No. 2) [P.U. (A) 356/2020] telah dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan pada dua belas hari bulan Disember, dua ribu dua puluh: DAN BAHAWASANYA Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa keperluan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) 2020 [P.U. (A) 357/2020] yang telah dimasyhurkan di bawah Proklamasi Darurat (No. 2) telah berakhir dan suatu tindakan untuk membatalkan Ordinan Darurat itu adalah dikehendaki: MAKA ADALAH DENGAN INI DIMASYHURKAN SUATU ORDINAN oleh Yang di-Pertuan Agong menurut Fasal (2B) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan seperti yang berikut: Tajuk ringkas 1. Ordinan ini bolehlah dinamakan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) (Pembatalan) 2022. Pembatalan 2. Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) 2020 [P.U. (A) 357/2020] dibatalkan. P.U. (A) 314 3 DIMASYHURKAN di Istana Negara BETA di Kuala Lumpur, Ibu Kota Persekutuan pada enam hari bulan Oktober, dua ribu dua puluh dua. AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH Yang di-Pertuan Agong [Akan dibentangkan di Parlimen menurut Fasal