/akn/my/act/pua/2022/164

KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (SKIM INSENTIF HAB PRINSIPAL) 2022

Text is served through the Arturio legal-data gateway. This reader shows the active Malaysia expression when available.

Open source PDF

Preamble

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan 154(1)(b) dibaca bersama dengan subseksyen 6(1A) dan perenggan 2 Bahagian XVII Jadual 1 kepada

Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53], Menteri membuat kaedah-kaedah yang berikut:

Nama dan permulaan kuat kuasa 1.

(1

)

Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan

Kaedah-Kaedah

Cukai

Pendapatan (Skim Insentif Hab Prinsipal) 2022.

(2

)

Kaedah-Kaedah ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2021.

Pemakaian 2.

Kaedah-Kaedah ini hendaklah terpakai kepada suatu syarikat yang layak yang memohon secara bertulis bagi Skim Insentif Hab Prinsipal kepada Menteri melalui

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan permohonan sedemikian diterima pada atau selepas 1 Januari 2021 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2022.

Tafsiran 3.

Dalam Kaedah-Kaedah ini—

“aktiviti yang layak” ertinya suatu aktiviti yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Menteri sebagaimana yang diperuntukkan di bawah kaedah 4;

“Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia” ertinya Lembaga Pembangunan

Pelaburan Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pembangunan Pelaburan

Malaysia (Pemerbadanan) 1965 [Akta 397];

“Skim Insentif Hab Prinsipal” ertinya suatu skim insentif bagi syarikat yang layak yang menjalankan aktiviti yang layak dan diluluskan oleh Menteri;

3

“syarikat baharu” ertinya suatu syarikat—

(a)

yang diperbadankan di bawah

Akta

Syarikat 2016

[Akta 777] dan bermastautin di Malaysia;

(b)

yang mempunyai modal berbayar melebihi dua juta lima ratus ribu ringgit (RM2,500,000.00); dan

(c)

yang ditubuhkan bagi maksud menjalankan aktiviti yang layak di bawah Kaedah-Kaedah ini—

(i)

yang tidak mempunyai entiti sedia ada atau entiti berkaitan di Malaysia sebelum permohonan yang disebut dalam kaedah 2 dibuat; atau

(ii)

yang mempunyai entiti sedia ada atau entiti berkaitan di Malaysia yang belum menjalankan aktiviti yang layak di Malaysia sebelum permohonan yang disebut dalam kaedah 2 dibuat;

“syarikat sedia ada” ertinya suatu syarikat—

(a)

yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 dan bermastautin di Malaysia;

(b)

yang sedang beroperasi di Malaysia dan menjalankan aktiviti pengilangan atau perkhidmatan selain daripada aktiviti yang layak sebelum permohonan yang disebut dalam kaedah 2 dibuat; dan

(c)

yang mempunyai modal berbayar melebihi dua juta lima ratus ribu ringgit (RM2,500,000.00);

4

“syarikat yang layak” ertinya suatu syarikat baharu atau syarikat sedia ada yang memenuhi syarat kelayakan yang dikenakan oleh Menteri di bawah Akta dan

Kaedah-Kaedah ini.

Aktiviti yang layak 4.

Aktiviti yang layak yang disebut di bawah Kaedah-Kaedah ini ialah suatu aktiviti perkhidmatan yang dijalankan oleh syarikat yang layak sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 1.

Kadar yang terpakai 5.

Kadar cukai pendapatan yang dikenakan di bawah Kaedah-Kaedah ini bagi tahun taksiran yang ditentukan ke atas pendapatan yang boleh dikenakan cukai bagi suatu syarikat yang layak yang menjalankan perniagaan berkenaan dengan suatu aktiviti yang layak di bawah Skim Insentif Hab Prinsipal adalah pada kadar yang dinyatakan dalam Jadual 2.

Pendapatan harta intelek tidak diambil kira 6.

(1

) Dalam menentukan pendapatan berkanun suatu syarikat yang layak, pendapatan harta intelek yang diperoleh daripada aktiviti yang layak syarikat yang layak hendaklah tidak diambil kira.

(2

) Bagi maksud subkaedah (1)—

(a)

suatu syarikat yang layak memiliki hak harta intelek jika syarikat yang layak itu ialah pemilik atau pemegang lesen hak itu;

(b)

royalti atau pendapatan lain diperoleh daripada hak harta intelek jika ia boleh diterima sebagai balasan bagi pengeksploitan secara komersial hak itu; dan

(c)

“hak harta intelek” ertinya suatu hak yang timbul daripada apa-apa paten, penemuan dan inovasi utiliti, hak cipta, cap dagangan dan cap perkhidmatan, reka bentuk industri, reka bentuk susun atur

5

litar bersepadu, kepandaian dan proses atau formula rahsia, petunjuk geografi dan pemberian geran perlindungan varieti tumbuhan, dan hak-hak lain yang serupa, sama ada yang berdaftar atau boleh daftar.

(3

)

Pendapatan harta intelek yang disebut dalam subkaedah (1) adalah tertakluk kepada cukai di bawah Akta.

Tahun taksiran yang ditentukan 7.

Tahun taksiran yang ditentukan yang disebut di bawah Kaedah-Kaedah ini adalah bagi tempoh lima tahun taksiran berturut-turut bagi pelaksanaan Skim Insentif Hab

Prinsipal bermula dari tahun taksiran sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Syarat bagi Skim Insentif Hab Prinsipal 8.

Syarikat yang layak yang memohon Skim Insentif Hab Prinsipal di bawah

Kaedah-Kaedah ini hendaklah mematuhi semua syarat bagi kategori syarikat yang layak yang berkaitan yang dinyatakan dalam Jadual 2 dan apa-apa syarat lain yang dikenakan oleh Menteri sebagaimana yang dinyatakan dalam surat kelulusan dan Garis Panduan bagi Insentif Hab Prinsipal 3.0 yang dikeluarkan atau disemak semula oleh

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan diluluskan oleh Menteri.

Pelanjutan tahun taksiran yang ditentukan bagi suatu syarikat baharu 9.

(1

)

Menteri boleh melanjutkan tahun taksiran yang ditentukan bagi suatu syarikat baharu bagi tempoh lima tahun taksiran lagi tertakluk kepada syarikat baharu itu memenuhi semua syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 3 dan apa-apa syarat lain yang dikenakan oleh Menteri sebagaimana yang dinyatakan dalam surat kelulusan.

(2

)

Permohonan bagi pelanjutan tahun taksiran yang ditentukan hendaklah dibuat oleh syarikat baharu secara bertulis dan diterima oleh Menteri melalui Lembaga

Pembangunan Pelaburan Malaysia dalam tempoh tiga puluh hari sebelum tamat tahun taksiran yang ditentukan.

6

(3

)

Pelanjutan tahun taksiran yang ditentukan hendaklah bermula dari tahun taksiran yang berikutnya selepas tamat tahun taksiran yang ditentukan dan berterusan selama tempoh lima tahun taksiran.

Penyerahan Skim Insentif Hab Prinsipal 10.

(1

)

Menteri boleh, pada bila-bila masa, kecuali jika syarikat yang layak gagal mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan berkaitan dengan Skim Insentif Hab

Prinsipal, membenarkan syarikat yang layak untuk menyerahkan Skim Insentif Hab

Prinsipal yang diberikan di bawah Kaedah-Kaedah ini melalui notis bertulis kepada

Menteri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.

(2

)

Penyerahan Skim Insentif Hab Prinsipal itu hendaklah berkuat kuasa pada hari pertama dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang permohonan bagi penyerahan Skim Insentif Hab Prinsipal itu diterima oleh Menteri melalui Lembaga

Pembangunan Pelaburan Malaysia.

Ketidakpakaian 11.

Kaedah-Kaedah ini tidak terpakai bagi suatu syarikat yang layak yang dalam tahun taksiran yang ditentukan—

(a)

telah membuat suatu tuntutan bagi elaun pelaburan semula di bawah

Schedule

Jadual 7A kepada Akta atau elaun pelaburan bagi sektor perkhidmatan di bawah Jadual 7B kepada Akta;

(b)

telah diberikan apa-apa insentif di bawah

Akta

Penggalakan

Pelaburan 1986 [Akta 327];

(c)

telah diberikan apa-apa pengecualian di bawah perenggan 127(3)(b) atau subseksyen 127(3A) Akta; atau

(d)

telah diluluskan oleh Menteri suatu skim insentif di bawah mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 154 Akta; atau 7

(e)

telah membuat suatu tuntutan bagi suatu potongan di bawah mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 154

Akta kecuali—

(i)

kaedah-kaedah berhubung dengan elaun di bawah Jadual 3

kepada Akta;

(ii)

Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan

Audit) 2006 [P.U. (A) 129/2006]; atau

(iii)

Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan berhubung dengan Yuran Kesetiausahaan dan Yuran Pemfailan

Cukai) 2020 [P.U. (A) 162/2020].

Schedule

JADUAL 1

[Kaedah 4]

(1)

(2)

Kluster

(3)

Perkhidmatan yang layak

1.

Perkhidmatan strategik

(a)

Pengurusan keuntungan dan kerugian serantau atau unit perniagaan

(b)

Perancangan perniagaan strategik dan pembangunan korporat

(c)

Perkhidmatan nasihat kewangan korporat

(d)

Pengurusan jenama

(e)

Pengurusan harta intelek

8

(1)

(2)

Kluster

(3)

Perkhidmatan yang layak

(f)

Pemerolehan dan pengurusan bakat peringkat senior

2.

Perkhidmatan perniagaan

(a)

Pengurusan bida dan tender

(b)

Pengurusan perbendaharaan dan dana

(c)

Kajian, pembangunan dan inovasi

(d)

Pengurusan projek

(e)

Jualan dan pemasaran

(f)

Pembangunan perniagaan

(g)

Sokongan teknikal dan rundingan

(h)

Pengurusan dan pemprosesan maklumat

(i)

Analisis kajian ekonomi atau pelaburan

(j)

Sumber, pemerolehan dan pengagihan strategik

(k)

Perkhidmatan logistik

3.

Perkhidmatan kongsi

(a)

Latihan korporat dan pengurusan sumber manusia

(b)

Kewangan dan perakaunan (transaksi, audit dalaman)

9

Schedule

JADUAL 2

[Kaedah 5 dan 8]

(1)

Kategori syarikat yang layak

(2)

Kategori 1

(syarikat baharu di bawah subperenggan 3(c)(i))

(3)

Kategori 2

(syarikat baharu di bawah subperenggan 3(c)(ii))

(4)

Kategori 3

(syarikat sedia ada)

Kadar cukai pendapatan

0%

5%

10%

Syarat-syarat bagi syarikat yang layak di bawah Skim Insentif Hab Prinsipal

Bilangan minimum pekerja baharu sepenuh masa di Malaysia dengan gaji pokok minimum sebanyak lima ribu ringgit (RM5,000.00) sebulan dan sekurang-kurangnya lima puluh peratus daripada pekerja baharu itu ialah warganegara Malaysia

50 orang

30 orang

30 orang

Bilangan minimum pekerja baharu sepenuh masa di Malaysia dengan gaji pokok minimum sebanyak dua puluh lima ribu ringgit

(RM25,000.00) sebulan

5 orang

4 orang

5 orang

Amaun minimum perbelanjaan operasi tahunan di Malaysia (dalam ringgit Malaysia)

10,000,000.00

5,000,000.00

10,000,000.00

10

Schedule

JADUAL 3

[Kaedah 9]

(1)

Kategori syarikat yang layak

(2)

Kategori 1

(syarikat baharu di bawah subperenggan 3(c)(i))

(3)

Kategori 2

(syarikat baharu di bawah subperenggan 3(c)(ii))

Kadar cukai pendapatan

0%

5%

Syarat-syarat bagi pelanjutan tahun taksiran yang ditentukan bagi syarikat baharu di bawah Skim Insentif Hab Prinsipal

Bilangan minimum pekerja baharu sepenuh masa di Malaysia dengan gaji pokok minimum sebanyak lima ribu ringgit (RM5,000.00) sebulan dan sekurang-kurangnya lima puluh peratus daripada pekerja baharu itu ialah warganegara Malaysia (hendaklah dipatuhi pada akhir tahun terakhir tahun taksiran yang ditentukan)

60 orang

36 orang

Bilangan minimum pekerja baharu sepenuh masa di Malaysia dengan gaji pokok minimum sebanyak dua puluh lima ribu ringgit (RM25,000.00) sebulan (hendaklah dipatuhi pada akhir tahun terakhir tahun taksiran yang ditentukan)

5 orang

4 orang

Amaun minimum perbelanjaan operasi tahunan di Malaysia

(dalam ringgit Malaysia) (hendaklah dipatuhi pada akhir tahun terakhir tahun taksiran yang ditentukan)

13,000,000.00

7,000,000.00

11

Dibuat 19 Mei 2022

[Per. MOF.TAX(S)700-2/1/165; PN(PU2)80/Jld. 106]

TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ

Menteri Kewangan

[Akan dibentangkan di

Dewan

Rakyat menurut subseksyen 154(2)

Akta Cukai Pendapatan 1967]

12

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (THE PRINCIPAL HUB INCENTIVE SCHEME) RULES 2022

IN exercise of the powers conferred by paragraph 154(1)(b) read together with subsection 6(1A) and paragraph 2 of Part XVII of Schedule 1 to the Income Tax Act 1967

[Act 53], the Minister makes the following rules:

Citation and commencement 1.

(1)

These rules may be cited as the Income Tax (The Principal Hub

Incentive Scheme) Rules 2022.

(2)

These Rules have effect from the year of assessment 2021.

Application 2.

These Rules shall apply to a qualifying company which applies in writing for the Principal Hub Incentive Scheme to the Minister through the Malaysian Investment

Development Authority and such application is received on or after 1 January 2021 but not later than 31 December 2022.

Interpretation 3.

In these Rules—

"qualifying activity" means an activity that fulfils the eligibility condition prescribed by the Minister as provided under rule 4;

“Malaysian Investment Development Authority” means the Malaysian Investment

Development Authority established under the Malaysian Investment Development

Authority (Incorporation) Act 1965 [Act 397];

“Principal Hub Incentive Scheme” means an incentive scheme for the qualifying company which carries on a qualifying activity and approved by the Minister;

13

“new company” means a company—

(a)

which is incorporated under the Companies Act 2016 [Act 777] and resident in Malaysia;

(b)

which has a paid-up capital of more than two million five hundred thousand ringgit (RM2,500,000.00); and

(c)

which is established for the purpose of carrying on a qualifying activity under these Rules—

(i)

which does not have an existing entity or related entity in

Malaysia prior to the application referred to in rule 2 being made; or

(ii)

which has an existing entity or related entity in Malaysia which has not carried on a qualifying activity in Malaysia prior to the application referred to in rule 2 being made;

“existing company” means a company—

(a)

which is incorporated under the Companies Act 2016 and resident in Malaysia;

(b)

which is already operating in Malaysia and carrying on a manufacturing or services activity other than the qualifying activity prior to the application referred to in rule 2 being made; and

(c)

which has a paid-up capital of more than two million five hundred thousand ringgit (RM2,500,000.00);

“qualifying company” means a new company or an existing company that fulfils the eligibility condition imposed by the Minister under the Act and these Rules.

14

Qualifying activity 4.

A qualifying activity referred under these Rules is a service activity undertaken by a qualifying company as specified in Schedule 1.

Applicable rate 5.

The rate of income tax which shall be charged under these Rules for the specified years of assessment on the chargeable income of a qualifying company which carries on business in respect of a qualifying activity under the Principal Hub Incentive Scheme is at the rate specified in Schedule 2.

Exclusion of intellectual property income 6.

(1)

In ascertaining the statutory income of a qualifying company, intellectual property income derived from the qualifying activity of the qualifying company shall be excluded.

(2)

For the purposes of subrule (1)—

(a)

a qualifying company owns an intellectual property right if the qualifying company is the owner or the licensee of the right;

(b)

royalties or other income is derived from an intellectual property right if it is receivable as consideration for the commercial exploitation of that right; and

(c)

“intellectual property right” means a right arising from any patent, utility innovation and discovery, copyright, trade mark and service mark, industrial design, layout-design of integrated circuit, secret processes or formulae and know-how, geographical indication and the grant of protection of a plant variety, and other like rights, whether or not registered or registrable.

15

(3)

The intellectual property income referred to in subrule (1) is subject to tax under the Act.

Specified years of assessment 7.

The specified years of assessment referred under these Rules is a period of five consecutive years of assessment for the implementation of the Principal Hub Incentive

Scheme commencing from the year of assessment as determined by the Minister.

Conditions for the Principal Hub Incentive Scheme 8.

A qualifying company which applies for the Principal Hub Incentive Scheme under these Rules shall comply with all conditions for the relevant category of qualifying company as specified in Schedule 2 and any other conditions imposed by the Minister as specified in the approval letter and the Guidelines for Principal Hub Incentive 3.0 issued or as revised by the Malaysian Investment Development Authority and approved by the Minister.

Extension of specified years of assessment for a new company 9.

(1)

The Minister may extend the specified years of assessment for a new company for another period of five years of assessment subject to the new company fulfilling all conditions as specified in Schedule 3 and any other conditions imposed by the Minister as specified in the approval letter.

(2)

An application for the extension of the specified years of assessment shall be made by the new company in writing and received by the Minister through the Malaysian Investment Development Authority within thirty days before the expiry of the specified years of assessment.

(3)

The extension of the specified years of assessment shall begin from the subsequent year of assessment after the expiry of the specified years of assessment and continues for a period of five years of assessment.

16

Surrender of Principal Hub Incentive Scheme 10.

(1)

The Minister may, at any time, except where the qualifying company fails to comply with any conditions imposed in relation to the Principal Hub Incentive Scheme, allow the qualifying company to surrender the Principal Hub Incentive Scheme granted under these Rules by notice in writing to the Minister through the Malaysian Investment

Development Authority.

(2)

The surrendering of the Principal Hub Incentive Scheme shall have effect on the first day in the basis period for the year of assessment in which the application for surrender of the Principal Hub Incentive Scheme is received by the Minister through the

Malaysian Investment Development Authority.

Non-application 11.

These Rules shall not apply to a qualifying company which in the specified years of assessment—

(a)

has made a claim for reinvestment allowance under Schedule 7A to the Act or investment allowance for service sector under Schedule 7B to the Act;

(b)

has been granted any incentive under the Promotion of Investments

Act 1986 [Act 327];

(c)

has been granted an exemption under paragraph 127(3)(b) or subsection 127(3A) of the Act; or

(d)

has been approved by the Minister an incentive scheme under any rules made under section 154 of the Act; or

(e)

has made a claim for deduction under any rules made under section 154

of the Act except—

17

(i)

the rules in relation to allowance under Schedule 3 to the Act;

(ii)

the Income Tax (Deduction for Audit Expenditure) Rules 2006

[P.U. (A) 129/2006]; or

(iii)

the Income Tax (Deduction for Expenses in relation to

Secretarial Fee and Tax Filing Fee) Rules 2020 [P.U. (A) 162/2020].

Schedule

SCHEDULE 1

[Rule 4]

(1)

(2)

Cluster

(3)

Qualifying service

1.

Strategic services

(a)

Regional profit and loss or business unit management

(b)

Strategic business planning and corporate development

(c)

Corporate finance advisory services

(d)

Brand management

(e)

Intellectual property management

(f)

Senior-level talent acquisition and management

2.

Business services

(a)

Bid and tender management

(b)

Treasury and fund management

(c)

Research, development and innovation

18

(1)

(2)

Cluster

(3)

Qualifying service

(d)

Project management

(e)

Sales and marketing

(f)

Business development

(g)

Technical support and consultancy

(h)

Information management and processing

(i)

Economic or investment research analysis

(j)

Strategic sourcing, procurement and distribution

(k)

Logistics services

3.

Shared services

(a)

Corporate training and human resource management

(b)

Finance and accounting

(transactions, internal audit)

19

Schedule

SCHEDULE 2

[Rules 5 and 8]

(1)

Category of qualifying company

(2)

Category 1

(new company under subparagraph 3(c)(i))

(3)

Category 2

(new company under subparagraph 3(c)(ii))

(4)

Category 3

(existing company)

Income tax rate

0%

5%

10%

Conditions for a qualifying company under the Principal Hub Incentive Scheme

Minimum number of full-time new employees in

Malaysia with a minimum basic salary of five thousand ringgit (RM5,000.00) per month and at least fifty per cent of that new employees are Malaysians

50 persons

30 persons

30 persons

Minimum number of full-time new employees in

Malaysia with a minimum basic salary of twenty five thousand ringgit (RM25,000.00)

per month

5 persons

4 persons

5 persons

Minimum amount of annual operating expenditure in Malaysia (in ringgit

Malaysia)

10,000,000.00

5,000,000.00

10,000,000.00

20

Schedule

SCHEDULE 3

[Rule 9]

(1)

Category of qualifying company

(2)

Category 1

(new company under subparagraph 3(c)(i))

(3)

Category 2

(new company under subparagraph 3(c)(ii))

Income tax rate

0%

5%

Conditions for the extension of the specified years of assessment for a new company under the Principal Hub Incentive Scheme

Minimum number of full-time new employees in Malaysia with a minimum basic salary of five thousand ringgit

(RM5,000.00) per month and at least fifty per cent of that new employees are Malaysians (to be complied with at the end of the last year of the specified years of assessment)

60 persons

36 persons

Minimum number of full-time new employees in Malaysia with a minimum basic salary of twenty five thousand ringgit

(RM25,000.00) per month (to be complied with at the end of the last year of the specified years of assessment)

5 persons

4 persons

Minimum amount of annual operating expenditure in

Malaysia (in ringgit Malaysia) (to be complied with at the end of the last year of the specified years of assessment)

13,000,000.00

7,000,000.00

21

Made 19 May 2022

[Per. MOF.TAX(S)700-2/1/165; PN(PU2)80/Jld. 106]

TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ

Minister of Finance

[To be laid before Dewan Rakyat pursuant to subsection 154(2) of the

Income Tax Act 1967]