/akn/my/act/pua/2021/324

ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) (SARAWAK) 2021

Text is served through the Arturio legal-data gateway. This reader shows the active Malaysia expression when available.

Contentcontent_0

30 Julai 2021 30 July 2021 WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) (SARAWAK) 2021 EMERGENCY (ESSENTIAL POWERS) (SARAWAK) ORDINANCE 2021 DISIARKAN OLEH/ PUBLISHED BY JABATAN PEGUAM NEGARA/ ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS 2 ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) (SARAWAK) 2021 Suatu Ordinan yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong menurut Fasal (2B) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. [2 Ogos 2021] BAHAWASANYA disebabkan oleh suatu darurat besar sedang berlaku yang mengancam keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam di dalam Persekutuan berikutan wabak penyakit berjangkit, iaitu Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19), dan untuk menghalang daripada terus merebaknya COVID-19 jika suatu pilihan raya umum ke Dewan Undangan Negeri bagi Negeri Sarawak (kemudian daripada ini disebut sebagai “Dewan Undangan Negeri”) diadakan, suatu Proklamasi Darurat (Sarawak) telah dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan pada dua puluh sembilan hari bulan Julai, dua ribu dua puluh satu: DAN BAHAWASANYA Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa tindakan serta-merta adalah dikehendaki untuk diambil bagi menggantung pilihan raya umum ke Dewan Undangan Negeri demi melindungi dan menjamin keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam Negeri Sarawak dan bahagian lain Persekutuan: MAKA ADALAH DENGAN INI DIMASYHURKAN SUATU ORDINAN oleh Yang di-Pertuan Agong menurut Fasal (2B) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1.

Subsectionsubsection_1

(1) Ordinan ini bolehlah dinamakan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Sarawak) 2021.

Subsectionsubsection_2

(2) Ordinan ini mula berkuat kuasa pada 2 Ogos 2021. 3 Yang di-Pertuan Agong untuk berunding dengan Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri Sarawak 2.

Subsectionsubsection_3

(1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah, dalam menentukan keberterusan kuat kuasa Proklamasi Darurat (Sarawak) yang dikeluarkan pada 29 Julai 2021, berunding dengan Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri Sarawak.

Subsectionsubsection_4

(2) Walau apa pun subseksyen (1), kuat kuasa Proklamasi Darurat (Sarawak) itu boleh ditamatkan lebih awal oleh Yang di-Pertuan Agong setelah berunding dengan Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri Sarawak. Pembubaran dan pilihan raya Dewan Undangan Negeri 3.

Subsectionsubsection_5

(1) Bagi tempoh darurat berkuat kuasa, peruntukan Fasal (3) Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sarawak bahawa Dewan Undangan Negeri terbubar selepas lima tahun daripada mesyuarat pertamanya, tidak mempunyai kesan.

Subsectionsubsection_6

(2) Bagi mengelakkan keraguan, bagi tempoh darurat berkuat kuasa, Fasal (4) Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sarawak hendaklah mempunyai kesan seolah-olah perkataan “dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh ia bubar dan Dewan Undangan Negeri yang baharu hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada satu ratus dua puluh hari dari tarikh itu” telah dipotong.

Subsectionsubsection_7

(3) Dewan Undangan Negeri hendaklah terbubar pada tarikh Proklamasi Darurat (Sarawak) dibatalkan atau diungkaikan.

Subsectionsubsection_8

(4) Bagi maksud mengadakan pilihan raya umum ke Dewan Undangan Negeri, Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah mengadakan pilihan raya umum dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh Proklamasi Darurat (Sarawak) dibatalkan atau diungkaikan. Persidangan Dewan Undangan Negeri 4. Bagi tempoh darurat berkuat kuasa, peruntukan yang berhubungan dengan persidangan Dewan Undangan Negeri dalam Perlembagaan Negeri Sarawak tidak mempunyai kesan. 4 Saraan, faedah, dsb. ahli Dewan Undangan Negeri 5. Bagi tempoh darurat berkuat kuasa, ahli Dewan Undangan Negeri adalah hingga tarikh pembubaran berhak kepada saraan dan apa-apa elaun dan faedah lain yang kena dibayar kepada mereka di bawah mana-mana undang-undang bertulis. Kuasa eksekutif 6.

Subsectionsubsection_9

(1) Bagi tempoh darurat berkuat kuasa, Ketua Menteri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sarawak yang wujud sebaik sebelum Proklamasi Darurat (Sarawak) dikeluarkan pada 29 Julai 2021 yang telah diberikan kuasa eksekutif hendaklah terus menjalankan kuasa eksekutif Negeri Sarawak dan mana-mana orang lain yang telah diberikan fungsi eksekutif oleh undang-undang hendaklah terus menjalankan fungsi itu.

Subsectionsubsection_10

(2) Bagi tempoh darurat berkuat kuasa, Ketua Menteri dan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sarawak adalah berhak kepada saraan dan apa-apa elaun dan faedah lain yang kena dibayar kepada mereka di bawah mana-mana undang-undang bertulis. Kuasa untuk mengambil milikan sementara tanah, bangunan atau harta alih 7.

Subsectionsubsection_11

(1) Walau apa pun apa-apa peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong boleh mengambil milikan sementara mana-mana tanah, bangunan atau harta alih atau mana-mana bahagian tanah, bangunan atau harta alih dan boleh memberikan apa-apa arahan yang didapatinya perlu atau suai manfaat berkaitan dengan pengambilmilikan tanah, bangunan atau harta alih itu.

Subsectionsubsection_12

(2) Semasa mana-mana tanah, bangunan atau harta alih berada dalam milikan sementara Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah seksyen ini, tanah, bangunan atau harta alih itu boleh, walau apa pun apa-apa sekatan yang dikenakan ke atas penggunaannya, sama ada melalui mana-mana undang-undang bertulis atau surat cara lain atau selainnya, digunakan oleh, atau di bawah kuasa, Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong bagi maksud sedemikian, dan mengikut 5 apa-apa cara, yang difikirkan suai manfaat oleh Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong.

Subsectionsubsection_13

(3) Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong, setakat yang didapatinya perlu atau suai manfaat berkaitan dengan pengambilmilikan sementara atau penggunaan tanah, bangunan atau harta alih itu menurut subseksyen (2)—

Paragraphparagraph_14

(a) boleh melakukan, atau memberi orang yang menggunakan tanah, bangunan atau harta alih itu kuasa untuk melakukan, berhubung dengan tanah, bangunan atau harta alih itu, apa-apa jua yang mana-mana orang yang mempunyai kepentingan mengenai tanah, bangunan atau harta alih itu berhak melakukannya menurut kuasa kepentingan itu; dan

Paragraphparagraph_15

(b) boleh melalui perintah mengadakan peruntukan bagi melarang atau mengehadkan penggunaan hak lalu-lalang ke atas tanah atau bangunan itu, dan hak lain yang berhubungan dengannya yang dinikmati oleh mana-mana orang, sama ada menurut kepentingan mengenai tanah atau bangunan itu atau selainnya.

Subsectionsubsection_16

(4) Pemunya atau penghuni mana-mana tanah, bangunan atau harta alih hendaklah, jika diminta oleh atau bagi pihak Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong untuk berbuat demikian, memberikan kepada mana-mana pihak berkuasa atau orang yang dinyatakan dalam permintaan itu apa-apa maklumat yang berada dalam milikannya yang berhubungan dengan tanah, bangunan atau harta alih itu, yang merupakan maklumat yang boleh dengan semunasabahnya diminta daripadanya berkaitan dengan pelaksanaan seksyen ini, sebagaimana yang dinyatakan sedemikian. 6 Permintaan bagi penggunaan sumber 8.

Subsectionsubsection_17

(1) Walau apa pun apa-apa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong boleh meminta apa-apa sumber untuk digunakan bagi apa-apa maksud yang Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong fikirkan perlu.

Subsectionsubsection_18

(2) Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong boleh memberikan apa-apa arahan berhubung dengan penggunaan, pengurusan dan kawalan sumber kepada orang yang sumbernya diminta.

Subsectionsubsection_19

(3) Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong boleh memberikan apa-apa arahan berhubung dengan pengenaan apa-apa fi atau caj yang boleh dikenakan oleh orang yang sumbernya diminta di bawah subseksyen (2).

Subsectionsubsection_20

(4) Bagi maksud seksyen ini, “sumber” ertinya sumber manusia, kemudahan, utiliti dan aset, dan pengawal atau pengurus sumber manusia, kemudahan, utiliti dan aset itu. Pampasan 9.

Subsectionsubsection_21

(1) Walau apa pun apa-apa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, jika mana-mana tanah, bangunan atau harta alih diambil milikan di bawah seksyen 7, atau sumber diminta untuk digunakan di bawah seksyen 8, pampasan berkenaan dengan pemilikan atau penggunaan itu hendaklah ditaksirkan oleh orang yang diberi kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong.

Subsectionsubsection_22

(2) Taksiran pampasan di bawah subseksyen (1) itu adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dicabar atau dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan. 7 Arahan untuk rawatan, imunisasi, pengasingan, pemerhatian atau pengawasan 10.

Subsectionsubsection_23

(1) Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong, boleh melantik, tertakluk kepada syarat yang ditentukan, mana-mana orang untuk mengeluarkan arahan untuk rawatan, imunisasi, pengasingan, pemerhatian atau pengawasan di bawah perenggan 11(3)(a) dan

Paragraphparagraph_24

(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].

Subsectionsubsection_25

(2) Arahan yang dikeluarkan oleh orang di bawah subseksyen (1) itu hendaklah disifatkan sebagai suatu arahan yang dikeluarkan oleh seorang pegawai diberi kuasa di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Peruntukan kewangan sementara 11. Walau apa pun apa-apa peruntukan dalam Perlembagaan Negeri Sarawak yang berhubungan dengan perbelanjaan yang dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan Negeri, apa-apa perbelanjaan yang menghendaki suatu ordinan atau ketetapan Dewan Undangan Negeri, dan pengeluaran daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri itu, bagi tempoh darurat berkuat kuasa, apa-apa perbelanjaan atau pengeluaran daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri itu boleh dibuat dengan kelulusan Ketua Menteri atau Pihak Berkuasa Kewangan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan mengikut cara sebagaimana yang diperuntukkan oleh mana-mana undang-undang bertulis atau mana-mana Arahan Perbendaharaan atau Pekeliling Perbendaharaan yang berhubungan dengannya yang pada masa itu berkuat kuasa. Kuasa untuk mengecualikan 12. Bagi tempoh darurat berkuat kuasa, walau apa pun apa-apa peruntukan dalam mana-mana undang-undang bertulis, Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong, boleh mengecualikan seseorang profesional jagaan kesihatan yang dikawal selia di bawah undang-undang dalam Jadual daripada kehendak untuk mematuhi alamat tempat amalan utama yang dinyatakan dalam mana-mana perakuan amalan tahunan atau yang setaranya. 8 Kesalahan 13.

Subsectionsubsection_26

(1) Mana-mana orang yang melanggar seksyen 7 atau 8 atau gagal mematuhi mana-mana permintaan atau arahan Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Subsectionsubsection_27

(2) Jika mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 7 atau 8, atau gagal mematuhi mana-mana permintaan atau arahan Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Ordinan ini ialah suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain, seseorang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, pegawai pematuhan, pekongsi, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu atau yang berupa sebagai bertindak atas sifat itu atau yang dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu atau membantu dalam pengurusannya—

Paragraphparagraph_28

(a) boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu; dan

Paragraphparagraph_29

(b) jika syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama sebagaimana seorang individu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan— 9

Paragraphparagraph_30

(i) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya; dan

Subparagraphsubparagraph_31

(ii) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu. Perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang 14. Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau apa-apa prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap Kerajaan, mana-mana pegawai awam atau mana-mana orang yang dilantik di bawah subseksyen 10(1) berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau ditinggalkan olehnya dengan suci hati, dalam melaksanakan peruntukan Ordinan ini.

Scheduleschedule_32

JADUAL [Seksyen 12] SENARAI UNDANG-UNDANG 1. Akta Perubatan 1971 [Akta 50] 2. Akta Pergigian 1971 [Akta 51] 3. Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951 [Akta 371] 4. Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 [Akta 774] 5. Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977 [Akta 180] 6. Akta Jururawat 1950 [Akta 14] 7. Akta Bidan 1966 [Akta 436] 8. Akta Optik 1991 [Akta 469] 10 DIMASYHURKAN di Istana Abdulaziz BETA di Indera Mahkota, Kuantan, Pahang Darul Makmur, pada dua puluh sembilan hari bulan Julai, dua ribu dua puluh satu. AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH Yang di-Pertuan Agong [Akan dibentangkan di Parlimen menurut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan] 11 EMERGENCY (ESSENTIAL POWERS) (SARAWAK) ORDINANCE 2021 An Ordinance promulgated by the Yang di-Pertuan Agong pursuant to Clause (2B) of Article 150 of the Federal Constitution. [2 August 2021] WHEREAS by reason of the existence of a grave emergency threatening the security, economic life and public order in the Federation arising from the epidemic of an infectious disease, namely Coronavirus Disease 2019 (COVID-19), and in order to prevent further spread of COVID-19 if a general election to the Dewan Undangan Negeri of the State of Sarawak (hereinafter referred to as the “Dewan Undangan Negeri”) is held, a Proclamation of Emergency (Sarawak) has been issued by the Yang di-Pertuan Agong under Clause (1) of Article 150 of the Federal Constitution on this twenty ninth day of July, two thousand twenty one: AND WHEREAS the Yang di-Pertuan Agong is satisfied that immediate action is required to be taken to suspend the general election to the Dewan Undangan Negeri so as to protect and safeguard the security, economic life and public order of the State of Sarawak and other parts of the Federation: IT IS HEREBY PROMULGATED AN ORDINANCE by the Yang di-Pertuan Agong pursuant to Clause (2B) of Article 150 of the Federal Constitution as follows: Short title and commencement 1. (1) This Ordinance may be cited as the Emergency (Essential Powers) (Sarawak) Ordinance 2021. (2) This Ordinance comes into operation on 2 August 2021. 12 Yang di-Pertuan Agong to consult with Yang di-Pertua Negeri of the State of Sarawak 2. (1) The Yang di-Pertuan Agong shall, in determining the continuing operation of the Proclamation of Emergency (Sarawak) issued on 29 July 2021, consult the Yang di-Pertua Negeri of the State of Sarawak. (2) Notwithstanding subsection (1), the operation of the Proclamation of Emergency (Sarawak) may be terminated earlier by the Yang di-Pertuan Agong after consultation with the Yang di-Pertua Negeri of the State of Sarawak. Dissolution and election of Dewan Undangan Negeri 3. (1) For so long as the emergency is in force, the provision of Clause (3) of Article 21 of the Constitution of the State of Sarawak that the Dewan Undangan Negeri do stand dissolved after five years from its first sitting, shall have no effect. (2) For the avoidance of doubt, for so long as the emergency is in force, Clause (4) of Article 21 of the Constitution of the State of Sarawak shall have effect as if the words “within sixty days from the date of the dissolution and the new Dewan Undangan Negeri shall be summoned to meet on a date not later than one hundred and twenty days from that date” have been deleted. (3) The Dewan Undangan Negeri shall be dissolved on the date when the Proclamation of Emergency (Sarawak) is revoked or annulled. (4) For the purpose of holding a general election to the Dewan Undangan Negeri, the Election Commission shall hold the general election within sixty days from the date the Proclamation of Emergency (Sarawak) is revoked or annulled. Sitting of Dewan Undangan Negeri 4. For so long as the emergency is in force, the provisions relating to the sitting of the Dewan Undangan Negeri in the Constitution of the State of Sarawak shall have no effect. 13 Remuneration, benefit, etc. of members of Dewan Undangan Negeri 5. For so long as the emergency is in force, members of the Dewan Undangan Negeri shall until the date of dissolution be entitled to remuneration and any other allowances and benefits payable to them under any written law. Executive powers 6. (1) For so long as the emergency is in force, the Chief Minister and the Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sarawak existing immediately prior to the issuance of the Proclamation of Emergency (Sarawak) on 29 July 2021 who have been conferred the executive authority shall continue to exercise the executive authority of the State of Sarawak and such other persons who have been conferred the executive functions by law shall continue to exercise such functions. (2) For so long as the emergency is in force, the Chief Minister and members of the Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sarawak shall be entitled to remuneration and any other allowances and benefits payable to them under any written law. Power to take temporary possession of land, building or movable property 7. (1) Notwithstanding any provision in the Federal Constitution, the Yang di-Pertuan Agong or any person authorized by the Yang di-Pertuan Agong may take temporary possession of any land, building or movable property or part of any land, building or movable property and may give such directions as appear to him necessary or expedient in connection with the taking of possession of that land, building or movable property. (2) While any land, building or movable property is in the temporary possession of the Yang di-Pertuan Agong or any person authorized by the Yang di-Pertuan Agong under this section, the land, building or movable property may, notwithstanding any restriction imposed on the use thereof, whether by any written law or other instrument or otherwise, be used by, or under the authority of, the Yang di-Pertuan Agong or any person authorized by the Yang di-Pertuan Agong for such purpose, and in such manner, as the Yang di-Pertuan Agong or any person authorized by the Yang di-Pertuan Agong thinks expedient. 14 (3) The Yang di-Pertuan Agong or any person authorized by the Yang di-Pertuan Agong, so far as appears to him to be necessary or expedient in connection with the taking of temporary possession or use of the land, building or movable property in pursuance of subsection (2)— (a) may do, or authorize persons using the land, building or movable property to do, in relation to the land, building or movable property, anything any person having an interest in the land, building or movable property would be entitled to do by virtue of that interest; and (b) may by order provide for prohibiting or restricting the exercise of rights of way over the land or building, and other rights relating thereto which are enjoyed by any person, whether by virtue of an interest in the land or building or otherwise. (4) The owner or occupier of any land, building or movable property shall, if requested by or on behalf of the Yang di-Pertuan Agong or any person authorized by the Yang di-Pertuan Agong so to do, furnish to such authority or person as may be specified in the request such information in his possession relating to the land, building or movable property, being information which may reasonably be demanded of him in connection with the execution of this section, as may be so specified. Demand for use of resources 8. (1) Notwithstanding any provision in the Federal Constitution, the Yang di-Pertuan Agong or any person authorized by the Yang di-Pertuan Agong may demand any resources to be utilized for any purpose the Yang di-Pertuan Agong or any person authorized by the Yang di-Pertuan Agong deems necessary. (2) The Yang di-Pertuan Agong or any person authorized by the Yang di-Pertuan Agong may give any direction in relation to the utilization, management and control of the resources to the person whose resources are demanded. 15 (3) The Yang di-Pertuan Agong or any person authorized by the Yang di-Pertuan Agong may give any direction in relation to the imposition of any fees or charges that may be imposed by the person whose resources are demanded under subsection (2). (4) For the purposes of this section, “resources” means the human resources, facilities, utilities and assets, and the controller or manager of such human resources, facilities, utilities and assets. Compensation 9. (1) Notwithstanding any provision in the Federal Constitution, if possession is taken of any land, building or movable property under section 7, or resources are demanded to be utilized under section 8, compensation in respect of the possession or utilization shall be assessed by a person authorized by the Yang di-Pertuan Agong. (2) The assessment of compensation under subsection (1) shall be final and conclusive and shall not be challenged or called in question in any court on any ground. Directions for treatment, immunization, isolation, observation or surveillance 10. (1) The Yang di-Pertuan Agong or any person authorized by the Yang di-Pertuan Agong, may appoint, subject to conditions as may be determined, any person to issue directions for treatment, immunization, isolation, observation or surveillance under paragraphs 11(3)(a) and (b) of the Prevention and Control of Infectious Diseases Act 1988 [Act 342]. (2) The directions issued by the person under subsection (1) shall be deemed to be directions issued by an authorized officer under the Prevention and Control of Infectious Diseases Act 1988. Temporary financial provisions 11. Notwithstanding any provision in the Constitution of the State of Sarawak relating to expenditure charged on the Consolidated Fund of the State, any expenditure requiring an ordinance or a resolution of the Dewan Undangan Negeri, and withdrawal from the 16 Consolidated Fund of the State, for so long as the emergency is in force, any such expenditure or withdrawal from the Consolidated Fund of the State may be made with the approval of the Chief Minister or State Financial Authority, as the case may be in such manner as may be provided by any written law or any Treasury Instructions or Treasury Circulars relating thereto for the time being in force. Power to exempt 12. For so long as the emergency is in force, notwithstanding any provision in any written laws, the Yang di-Pertuan Agong or any person authorized by the Yang di-Pertuan Agong, may exempt a healthcare professional regulated under a law in the Schedule from the requirement to comply with the address of the principal place of practice specified in any annual practising certificate or its equivalent. Offence 13. (1) Any person who contravenes section 7 or 8 or fails to comply with any demand or direction of the Yang di-Pertuan Agong or any person authorized by the Yang di-Pertuan Agong, commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding ten years or to both. (2) Where any person who commits an offence under section 7 or 8, or fails to comply with any demand or direction of the Yang di-Pertuan Agong or any person authorized by the Yang di-Pertuan Agong under this Ordinance is a company, limited liability partnership, firm, society or other body of persons, a person who at the time of the commission of the offence was a director, compliance officer, partner, manager, secretary or other similar officer of the company, limited liability partnership, firm, society or other body of persons or was purporting to act in the capacity or was in any manner or to any extent responsible for the management of any of the affairs of the company, limited liability partnership, firm, society or other body of persons or was assisting in its management— 17 (a) may be charged severally or jointly in the same proceedings with the company, limited liability partnership, firm, society or other body of persons; and (b) if the company, limited liability partnership, firm, society or other body of persons is found guilty of the offence, shall be deemed to be guilty of that offence and shall be liable to the same punishment or penalty as an individual unless, having regard to the nature of his functions in that capacity and to all circumstances, he proves— (i) that the offence was committed without his knowledge; and (ii) that the offence was committed without his consent or connivance and that he had taken all reasonable precautions and exercised due diligence to prevent the commission of the offence. Protection against suits and legal proceedings 14. No action, suit, prosecution or any other proceeding shall lie or be brought, instituted or maintained in any court against the Government, any public officer or any person appointed under subsection 10(1) in respect of any act, neglect or default done or omitted by it or him in good faith, in carrying out the provision of this Ordinance. 18

Scheduleschedule_33

SCHEDULE [Section 12] LIST OF LEGISLATION 1. Medical Act 1971 [Act 50] 2. Dental Act 1971 [Act 51] 3. Registration of Pharmacists Act 1951 [Act 371] 4. Allied Health Professions Act 2016 [Act 774] 5. Medical Assistants (Registration) Act 1977 [Act 180] 6. Nurses Act 1950 [Act 14] 7. Midwives Act 1966 [Act 436] 8. Optical Act 1991 [Act 469] PROMULGATED at OUR Istana Abdulaziz in Indera Mahkota, Kuantan, Pahang Darul Makmur, this twenty ninth day of July, two thousand twenty one. AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH Yang di-Pertuan Agong [To be laid before Parliament pursuant to Clause (3) of Article 150 of the Federal Constitution]