Julai 2021 30 July 2021
P.U. (A) 323 WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE PROKLAMASI DARURAT PROCLAMATION OF EMERGENCY DISIARKAN OLEH/ PUBLISHED BY JABATAN PEGUAM NEGARA/ ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS P.U. (A) 323 2 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PROKLAMASI DARURAT (SARAWAK) OLEH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG, DENGAN KURNIA ALLAH, KETUA UTAMA NEGARA BAGI NEGERI-NEGERI DAN WILAYAH-WILAYAH MALAYSIA BAHAWASANYA BETA berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam di dalam Persekutuan adalah diancam berikutan wabak penyakit berjangkit, iaitu Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19): DAN BAHAWASANYA menurut Fasal (3) Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sarawak, Dewan Undangan Negeri bagi Negeri Sarawak (kemudian daripada ini disebut sebagai “Dewan Undangan Negeri”) telah sepatutnya terbubar pada 7 Jun 2021, tetapi Fasal (3) Perkara 21 tidak mempunyai kesan menurut perenggan 15(1)(a) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 [P.U. (A) 12/2021] yang menggantung pembubaran Dewan Undangan Negeri: DAN BAHAWASANYA perenggan 15(1)(a) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 akan terhenti berkuat kuasa pada 2 Ogos 2021 mengikut Proklamasi Darurat [P.U. (A) 7/2021] yang dikeluarkan pada 11 Januari 2021 yang pilihan raya umum ke Dewan Undangan Negeri dikehendaki untuk diadakan dalam enam puluh hari dari 2 Ogos 2021 mengikut Fasal