PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1.
/akn/my/act/pua/2021/110
Text is served through the Arturio legal-data gateway. This reader shows the active Malaysia expression when available.
Part
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1.
)
Ordinan ini bolehlah dinamakan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu)
(No. 2) 2021.
)
Ordinan ini mula berkuat kuasa pada 12 Mac 2021.
P.U. (A) 110 3
Tafsiran 2.
Dalam Ordinan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“berita tidak benar” termasuklah apa-apa berita, maklumat, data dan laporan, yang keseluruhannya atau sebahagiannya adalah palsu yang berhubungan dengan
COVID-19 atau proklamasi darurat, sama ada dalam bentuk rencana, visual atau rakaman audio atau dalam apa-apa bentuk lain yang boleh menggambarkan perkataan atau idea;
“COVID-19” ertinya Penyakit Koronavirus 2019;
“data trafik” ertinya apa-apa data yang berhubungan dengan komunikasi dengan menggunakan sistem komunikasi, yang dijana oleh sistem komunikasi itu yang membentuk sebahagian daripada rantaian komunikasi, yang menunjukkan, antara lain, asal, destinasi, laluan, masa, tarikh, saiz, tempoh atau jenis perkhidmatan yang mendasari, komunikasi itu;
“Mahkamah” ertinya Mahkamah Sesyen;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi komunikasi dan multimedia;
“pegawai diberi kuasa” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588];
“penerbitan” termasuklah—
apa-apa penerbitan bertulis atau penerbitan yang sifatnya serupa dengan apa-apa penerbitan bertulis, dan tiap-tiap salinan dan penghasilan semula atau penghasilan semula substansial penerbitan itu; dan
apa-apa penerbitan yang dihasilkan secara digital, elektronik, magnetik atau mekanikal, dan replikasi atau replikasi substansial penerbitan itu;
P.U. (A) 110 4
“sistem komunikasi” ertinya—
apa-apa peranti atau sekumpulan peranti tersaling hubung atau berkait;
atau
satu atau lebih rangkaian, yang digunakan dalam pemberian, perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi, sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Pemakaian luar wilayah 3.
)
Jika mana-mana kesalahan di bawah Ordinan ini dilakukan oleh mana-mana orang, walau apa pun kerakyatan atau kewarganegaraannya, di mana-mana tempat di luar Malaysia, dia boleh diuruskan berkenaan dengan kesalahan itu seolah-olah kesalahan itu telah dilakukan di mana-mana tempat di dalam Malaysia.
)
Bagi maksud subseksyen (1), kesalahan yang dilakukan hendaklah mengenai Malaysia atau orang yang terjejas oleh pelakuan kesalahan itu ialah warganegara Malaysia.
Part
Mengadakan, menawarkan, menerbitkan, dsb., berita tidak benar atau penerbitan yang mengandungi berita tidak benar 4.
)
Mana-mana orang yang, melalui apa-apa cara, dengan niat untuk menyebabkan, atau berkemungkinan menyebabkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang awam, atau kepada mana-mana golongan orang awam, mengadakan, menawarkan, menerbitkan, mencetak, mengedarkan, mengelilingkan atau menyebarkan apa-apa berita tidak benar atau penerbitan yang mengandungi berita tidak benar melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan
P.U. (A) 110 5
yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
)
Mahkamah boleh, sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman yang dinyatakan dalam subseksyen (1), memerintahkan orang yang disabitkan atas kesalahan di bawah subseksyen itu untuk membuat permohonan maaf kepada orang yang terjejas oleh pelakuan kesalahan itu mengikut cara yang ditentukan oleh Mahkamah.
)
Mana-mana orang yang disabitkan yang tidak mematuhi suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Menyediakan bantuan kewangan bagi maksud melakukan atau memudahkan pelakuan kesalahan di bawah seksyen 4 5.
Mana-mana orang yang secara langsung atau tidak langsung, menyediakan atau menjadikan tersedia bantuan kewangan dengan niat supaya bantuan kewangan itu digunakan, atau mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa bantuan kewangan itu akan digunakan, secara keseluruhan atau sebahagiannya, bagi maksud melakukan atau memudahkan pelakuan kesalahan di bawah seksyen 4, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.
Tidak melaksanakan kewajipan untuk menghapuskan penerbitan yang mengandungi berita tidak benar 6.
)
Menjadi kewajipan bagi mana-mana orang yang mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya apa-apa penerbitan yang mengandungi berita tidak benar untuk menghapuskan penerbitan itu dalam masa dua puluh empat jam dari masa arahan diberikan oleh seorang pegawai polis atau pegawai diberi kuasa.
)
Mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan di bawah subsekyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi
P.U. (A) 110 6
satu ratus ribu ringgit, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi tiga ribu ringgit bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
)
Mana-mana orang yang terjejas oleh arahan penghapusan penerbitan oleh pegawai polis atau pegawai diberi kuasa boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk menyemak arahan itu.
Part
Mahkamah boleh memerintahkan penghapusan penerbitan yang mengandungi berita tidak benar 7.
)
Mana-mana orang yang terjejas oleh sesuatu penerbitan yang mengandungi berita tidak benar boleh membuat permohonan ex parte kepada
Mahkamah bagi suatu perintah untuk menghapuskan penerbitan itu.
)
Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dalam Borang A
Jadual dan hendaklah disertakan dengan laporan polis dan dokumen lain yang berkaitan.
(3)
Apabila menerima permohonan di bawah subseksyen (2) dan setelah mempertimbangkan permohonan itu atau apa-apa keterangan lain, jika didapati oleh
Mahkamah bahawa penerbitan yang mengandungi berita tidak benar itu sepatutnya dihapuskan, Mahkamah boleh membuat suatu perintah dalam Borang B Jadual untuk menghapuskan penerbitan itu.
(4)
Perintah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada orang yang terhadapnya perintah itu dibuat jika perintah itu disampaikan melalui penyampaian ke diri, dihantar melalui pos ke alamat terakhir yang diketahui orang itu, atau disampaikan dengan cara elektronik kepada orang itu.
P.U. (A) 110 7
(5)
Mana-mana orang yang tidak mematuhi perintah yang dibuat di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.
Huraian— Penyampaian suatu perintah di bawah seksyen ini dengan cara elektronik kepada orang yang terhadapnya perintah itu dibuat boleh dilakukan, antara lain, dengan menghantar perintah itu ke alamat e-mel atau akaun media sosialnya.
Pengetepian perintah penghapusan penerbitan yang mengandungi berita tidak benar 8.
(1)
Tertakluk kepada subseksyen (3), orang yang terhadapnya suatu perintah di bawah seksyen 7 dibuat boleh memohon untuk mengetepikan perintah itu dalam masa empat belas hari dari tarikh perintah itu disampaikan kepadanya.
(2)
Suatu permohonan di bawah subseksyen (1) tidak terjumlah kepada suatu penggantungan perintah bagi penghapusan di bawah seksyen 7.
(3)
Jika suatu perintah di bawah seksyen 7 diperoleh oleh Kerajaan Malaysia yang berhubungan dengan penerbitan yang mengandungi berita tidak benar yang menjejaskan atau berkemungkinan menjejaskan ketenteraman awam atau keselamatan negara, tiada permohonan boleh dibuat untuk mengetepikan perintah itu oleh orang yang terhadapnya perintah itu dibuat.
Mahkamah boleh memerintahkan pegawai polis atau pegawai diberi kuasa untuk menghapuskan penerbitan yang mengandungi berita tidak benar 9.
(1)
Jika orang yang terhadapnya perintah di bawah seksyen 7 dibuat tidak menghapuskan penerbitan yang mengandungi berita tidak benar itu, Mahkamah boleh, atas permohonan Pendakwa Raya membuat suatu perintah mengarahkan pegawai polis atau pegawai diberi kuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menghapuskan penerbitan itu.
P.U. (A) 110 8
(2)
Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dalam Borang A
Jadual dan hendaklah disertakan dengan laporan polis dan dokumen lain yang berkaitan.
Apabila menerima permohonan di bawah subseksyen (2) dan setelah mempertimbangkan permohonan itu atau apa-apa keterangan lain, jika didapati oleh
Mahkamah bahawa penerbitan yang mengandungi berita tidak benar itu sepatutnya dihapuskan, Mahkamah boleh membuat suatu perintah dalam Borang B Jadual yang menghendaki pegawai polis atau pegawai diberi kuasa untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menguatkuasakan perintah itu.
BAHAGIAN IV
KETERANGAN
Ketidakselarasan dengan Akta Keterangan 1950 10.
Bahagian ini hendaklah berkuat kuasa walau apa pun apa-apa ketidakselarasan dengan Akta Keterangan 1950 [Akta 56].
Pernyataan oleh mana-mana orang yang sudah mati, dsb.
11.
Suatu pernyataan yang dibuat sama ada secara lisan atau bertulis, semasa atau bagi maksud, suatu penyiasatan atau siasatan tentang suatu kesalahan di bawah Ordinan ini oleh mana-mana orang yang sudah mati atau yang tidak dijumpai, atau yang menjadi tidak berupaya untuk memberikan keterangan boleh diterima sebagai keterangan.
Pernyataan tertuduh 12.
Apa-apa pernyataan oleh seseorang tertuduh sama ada secara lisan atau bertulis kepada mana-mana orang pada bila-bila masa boleh diterima sebagai keterangan.
Dokumen atau benda yang disita atau walau bagaimana jua sekalipun diperoleh 13.
Semua dokumen atau benda yang disita atau walau bagaimana jua sekalipun diperoleh sama ada sebelum atau selepas seseorang telah dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Ordinan ini dan kandungan dokumen atau benda itu boleh diterima sebagai keterangan.
P.U. (A) 110 9
Senarai dokumen dan benda 14.
Mana-mana senarai dokumen dan benda yang disita atau walau bagaimana jua sekalipun diperoleh sama ada sebelum atau selepas seseorang telah dipertuduh atas kesalahan di bawah Ordinan ini boleh diterima sebagai keterangan di mahkamah untuk membuktikan kewujudan dokumen dan benda yang disita atau diperoleh itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang tidak dikemukakan di mahkamah oleh sebab sifat dokumen dan benda itu.
Kebolehterimaan keterangan dokumentar 15.
Jika apa-apa dokumen atau salinan apa-apa dokumen diperoleh oleh pegawai polis atau pegawai diberi kuasa di bawah Ordinan ini, dokumen itu boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah Ordinan ini, walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain.
BAHAGIAN V
PENGUATKUASAAN
Kesalahan boleh tangkap 16.
Tiap-tiap kesalahan di bawah Ordinan ini ialah kesalahan boleh tangkap.
Kuasa menangkap 17.
Seseorang pegawai polis atau pegawai diberi kuasa boleh menangkap mana-mana orang yang dipercayainya dengan munasabah telah melakukan atau cuba melakukan suatu kesalahan di bawah Ordinan ini.
Kuasa penguatkuasaan, penyiasatan dan pemeriksaan 18.
Bagi maksud Ordinan ini, seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis tidak kira apa jua pangkatnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] berhubung dengan penguatkuasaan, penyiasatan dan pemeriksaan, dan kuasa yang sedemikian hendaklah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Ordinan ini dan tidak mengurangkan kuasanya.
P.U. (A) 110 10
Capaian kepada data berkomputer 19.
(1)
Seseorang pegawai polis atau pegawai diberi kuasa yang menjalankan suatu penggeledahan hendaklah diberi capaian kepada data berkomputer sama ada disimpan dalam suatu komputer atau selainnya.
(2)
Bagi maksud seksyen ini, “capaian” termasuklah diberi kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki untuk membolehkan pemahaman data berkomputer.
(3)
Mana-mana orang yang tidak mematuhi permintaan pegawai polis atau pegawai diberi kuasa yang dibuat di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Pemeliharaan data trafik 20.
(1)
Jika seseorang pegawai polis atau pegawai diberi kuasa berpuas hati bahawa—
(a)
data trafik dikehendakinya dengan munasabah bagi maksud penyiasatan; dan
(b)
terdapat risiko bahawa data trafik itu boleh dimusnahkan atau dijadikan tidak boleh dicapai, pegawai polis atau pegawai diberi kuasa boleh, secara notis bertulis kepada orang yang mempunyai kawalan terhadap sistem komunikasi itu, menghendaki orang itu untuk memastikan bahawa data trafik yang dinyatakan dalam notis bertulis itu dipelihara bagi tempoh dan dengan cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis bertulis itu.
(2)
Orang yang dikeluarkan kepadanya notis bertulis di bawah subseksyen (1)
tidak boleh mendedahkan, tanpa kuasa yang sah, kewujudan dan kandungan notis bertulis itu, atau tatacara, kaedah, cara atau apa-apa perkara yang berhubungan dengan pemeliharaan data trafik di bawah subseksyen (1).
P.U. (A) 110 11
(3)
Mana-mana orang yang tidak mematuhi notis bertulis yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Pendedahan data trafik yang disimpan 21.
(1)
Jika pegawai polis atau pegawai diberi kuasa berpuas hati bahawa mana-mana data trafik dikehendakinya dengan munasabah bagi maksud penyiasatan tentang suatu kesalahan di bawah Ordinan ini, pegawai polis atau pegawai diberi kuasa itu boleh, melalui notis bertulis, menghendaki orang yang mempunyai kawalan terhadap sistem komunikasi itu untuk mendedahkan data trafik itu mengikut cara yang dinyatakan dalam notis bertulis itu.
(2)
Orang yang dikeluarkan kepadanya notis bertulis di bawah subseksyen (1)
tidak boleh mendedahkan, tanpa kuasa yang sah, kewujudan dan kandungan notis bertulis itu, atau tatacara, kaedah, cara atau apa-apa perkara berhubung dengan pemeliharaan data trafik di bawah subseksyen (1).
(3)
Mana-mana orang yang tidak mematuhi notis bertulis yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
BAHAGIAN VI
PELBAGAI
Persubahatan 22.
Mana-mana orang yang bersubahat dalam pelakuan mana-mana kesalahan yang boleh dihukum di bawah Ordinan ini hendaklah, jika perbuatan yang disubahati itu dilakukan berbangkit daripada persubahatan itu, dihukum dengan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.
P.U. (A) 110 12
Pemulaan pendakwaan 23.
Tiada pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah Ordinan ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.
Pernyataan pembelaan 24.
Apabila penyerahan dokumen oleh pihak pendakwaan telah dilakukan menurut seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah, tertuduh hendaklah, sebelum permulaan perbicaraan, menyerahkan dokumen yang berikut kepada pihak pendakwaan:
(a)
suatu pernyataan pembelaan yang menyatakan secara am jenis pembelaan dan perkara mengenai pendakwaan yang dibantah oleh tertuduh, dengan menyatakan sebabnya; dan
(b)
suatu salinan mana-mana dokumen yang akan dikemukakan sebagai sebahagian daripada keterangan bagi pembelaan.
Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan 25.
Jika sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah
Ordinan ini, seseorang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah pengarah, ketua pegawai eksekutif, pengurus, setiausaha atau pegawai serupa yang lain bagi pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa bertindak atas mana-mana sifat sedemikian atau yang dengan apa-apa cara atau pada apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu atau yang membantu dalam pengurusan sedemikian—
(a)
boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan
(b)
jika pertubuhan perbadanan itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—
P.U. (A) 110 13
(i)
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya; atau
(ii)
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan segala usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.
Kesalahan oleh pekerja atau ejen 26.
Jika mana-mana orang boleh, di bawah Ordinan ini, dikenakan apa-apa hukuman bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran, orang itu boleh dikenakan hukuman yang sama bagi perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran mana-mana pekerja atau ejen orang itu, atau pekerja ejen orang itu, jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan—
(a)
oleh pekerja orang itu dalam penjalanan pekerjaannya;
(b)
oleh ejen orang itu semasa bertindak bagi pihak orang itu; atau
oleh pekerja ejen orang itu dalam penjalanan pekerjaannya dengan ejen orang itu atau selainnya bagi pihak ejen orang itu yang bertindak bagi pihak orang itu.
Perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang 27.
Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau apa-apa prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap Kerajaan Malaysia, atau mana-mana pegawai polis atau pegawai diberi kuasa, berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau ditinggalkan olehnya dengan suci hati, dalam melaksanakan peruntukan Ordinan ini.
P.U. (A) 110 14
Kuasa di bawah Ordinan ini hendaklah menjadi tambahan kepada kuasa undang-undang bertulis lain 28.
Kuasa yang diberikan di bawah Ordinan ini adalah sebagai tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, kuasa yang diberikan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang sedang berkuat kuasa.
Kuasa untuk meminda Jadual 29.
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual.
JADUAL
[Subsekyen 7(2), 7(3), 9(2) dan 9(3)]
BORANG A
PERMOHONAN BAGI PERINTAH PENGHAPUSAN PENERBITAN YANG MENGANDUNGI
[Subseksyen 7(2) dan 9(2)]
DALAM MAHKAMAH SESYEN DI _____________________________
DI DALAM NEGERI ____________________________________________
NO. KES: ________________________________________________________
Nama pemohon: __________________________________________________________________________________
No. Kad Pengenalan/Pasport/Pendaftaran Syarikat*: ________________________________________
Alamat:
_____________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________
Permohonan (Sila rujuk Arahan kepada Pemohon):
_____________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________
P.U. (A) 110 15
Bagi menyokong permohonan ini, saya mengesahkan bahawa—
(Sila rujuk Arahan kepada Pemohon)
_____________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________
*Potong mana-mana yang tidak berkenaan
Ditandatangani oleh _________________________________________)
Bertarikh ___________ hari bulan ________________ 20__________)
Di ______________________________________________________________)
Di hadapan saya
________________________________________
Pesuruhjaya Sumpah
Saya dengan rendah hati memohon kepada Mahkamah yang Mulia bagi perintah penghapusan penerbitan yang mengandungi berita tidak benar supaya diberikan.
Bertarikh ____________________ hari bulan ___________________________________ 20__________________
Tarikh pendengaran: ______________________________ Masa: _______________________________________
Di: _________________________________________________________________________________________________
Bertarikh ______________________ hari bulan _________________________________ 20__________________
(Meterai)
______________________________
Pendaftar
P.U. (A) 110 16
Arahan kepada Pemohon:
1.
Bagi maksud permohonan ini, dokumen yang berikut mesti dilampirkan bersama-sama ini:
(a)
laporan polis; dan
(b)
salinan terperaku dokumen yang membuktikan penerbitan yang mengandungi berita tidak benar; atau
(c)
dokumen terperaku lain yang berkaitan.
2.
Pemohon mesti menyatakan penerbitan tertentu yang mengandungi berita tidak benar yang hendak dihapuskan.
3.
Pemohon mesti menyatakan dan mengesahkan asas atau alasan untuk membuat permohonan ini. Pengesahan ini termasuk butir-butir yang berhubungan dengan—
(a)
identiti pemohon;
(b)
hal perkara yang mengandungi berita tidak benar;
(c)
identiti orang yang membuat penerbitan yang mengandungi berita tidak benar itu;
(d)
cara penerbitan yang mengandungi berita tidak benar itu dibuat; dan
(e)
cara pemohon itu terjejas.
P.U. (A) 110 17
BORANG B
PERINTAH PENGHAPUSAN PENERBITAN YANG MENGANDUNGI
[Subseksyen 7(3) dan 9(3)]
DALAM MAHKAMAH SESYEN DI _____________________________
DI DALAM NEGERI ____________________________________________
NO. KES: ________________________________________________________
Kepada ____________________________________________________________________________________________
Apabila menerima permohonan oleh _____________________________________________ dan apabila menerima laporan polis dan dokumen lain yang berkaitan yang difailkan pada
_______________________________ hari bulan _______________________ 20___________, dan apabila mendengar ____________________, dan pemohon secara sendiri atau _________________ untuk mematuhi perintah Mahkamah bagi penghapusan penerbitan yang mengandungi berita tidak benar itu.
Diperintahkan dan diarahkan supaya kamu menghapuskan penerbitan yang mengandungi berita tidak benar dalam _______________________________ (nyatakan masa/tempoh) yang berhubungan dengan perkara yang berkenaan dalam permohonan ini dan secara khususnya ________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________
Bertarikh ___________________________ hari bulan ___________________________ 20___________________
(Meterai)
____________________________
______________________________
Hakim Mahkamah Sesyen
P.U. (A) 110 18
DIMASHYURKAN di Istana Negara BETA di Kuala Lumpur, Ibu Kota Persekutuan, pada lima hari bulan Mac, dua ribu dua puluh satu.
AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI ALMARHUM
SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH
Yang di-Pertuan Agong
[Akan dibentangkan di
Parlimen menurut
Fasal
(3)
Perkara 150
Perlembagaan Persekutuan]
P.U. (A) 110 19
EMERGENCY (ESSENTIAL POWERS) (NO. 2) ORDINANCE 2021
An Ordinance promulgated by the Yang di-Pertuan Agong pursuant to Clause (2B)
of Article 150 of the Federal Constitution.
[12 March 2021]
WHEREAS by reason of the existence of a grave emergency threatening the security, economic life and public order of the Federation arising from the epidemic of an infectious disease, namely Coronavirus Disease 2019 (COVID-19), a Proclamation of
Emergency has been issued by the Yang di-Pertuan Agong under Article 150 of the
Federal Constitution on the eleventh day of January, two thousand twenty one:
AND WHEREAS the Yang di-Pertuan Agong is satisfied that immediate action is required to guarantee and preserve the security, economic life and public order:
IT IS HEREBY PROMULGATED AN ORDINANCE by the Yang di-Pertuan Agong pursuant to Clause (2B) of Article 150 of the Federal Constitution as follows:
PART I
PRELIMINARY
Short title and commencement 1.
(1)
This ordinance may be cited as the Emergency (Essential Powers)
(No. 2) Ordinance 2021.
(2)
This Ordinance comes into operation on 12 March 2021.
Interpretation 2.
In this Ordinance, unless the context otherwise requires—
“fake news”
includes any news, information, data and reports, which is or are wholly or partly false relating to
COVID-19
or the
P.U. (A) 110 20
proclamation of emergency, whether in the forms of features, visuals or audio recordings or in any other form capable of suggesting words or ideas;
“COVID-19” means Coronavirus Disease 2019;
“traffic data” means any data relating to a communication by means of a communications system, generated by the communications system that formed a part in the chain of communication, indicating, amongst others, the communication’s origin, destination, route, time, date, size, duration or type of underlying service;
“Court” means the Sessions Court;
“Minister” means the Minister charged with the responsibility for communications and multimedia;
“authorized officer” has the same meaning assigned to it in the Communications and Multimedia Act 1998 [Act 588];
“publication” includes—
(a)
any written publication or publication of a nature similar to any written publication, and every copy and reproduction or substantial reproduction of such publication; and
(b)
any digitally, electronically, magnetically or mechanically produced publication, and a replication or substantial replication of such publication;
“communications system” means—
(a)
any device or a group of interconnected or related devices; or
(b)
one or more networks,
P.U. (A) 110 21
used in the provision of, network service or applications service, as defined in the
Communications and Multimedia Act 1998.
Extra-territorial application 3.
(1)
If any offence under this Ordinance is committed by any person, whatever his nationality or citizenship, in any place outside Malaysia, he may be dealt with in respect of such offence as if the offence was committed in any place within Malaysia.
(2)
For the purposes of subsection (1), the offence committed shall concern
Malaysia or the person affected by the commission of the offence is a Malaysian citizen.
PART II
OFFENCES
Creating, offering, publishing, etc., fake news or publication containing fake news 4.
(1)
Any person who, by any means, with intent to cause, or which is likely to cause fear or alarm to the public, or to any section of the public, creates, offers, publishes, prints, distributes, circulates or disseminates any fake news or publication containing fake news commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both, and in the case of a continuing offence, to a further fine not exceeding one thousand ringgit for every day during which the offence continues after conviction.
(2)
The Court may, in addition to any punishment specified in subsection (1), order the person convicted of an offence under that subsection to make an apology to the person affected by the commission of the offence in the manner determined by the Court.
(3)
Any convicted person who fails to comply with an order made under subsection (2) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both.
P.U. (A) 110 22
Providing financial assistance for purpose of committing or facilitating commission of offence under section 4 5.
Any person who directly or indirectly, provides or makes available financial assistance intending that the financial assistance be used, or knowing or having reasonable grounds to believe that the financial assistance will be used, in whole or in part, for the purpose of committing or facilitating the commission of an offence under section 4, commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six years or to both.
Failing to carry out duty to remove publication containing fake news 6.
(1)
It shall be the duty of any person having in his possession, custody or control of any publication containing fake news to remove such publication within twenty four hours from the time a direction is given by a police officer or an authorized officer.
(2)
Any person who fails to comply with the direction under subsection (1)
commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one hundred thousand ringgit, and in the case of a continuing offence, to a further fine not exceeding three thousand ringgit for every day during which the offence continues after conviction.
(3)
Any person affected by the direction of removal of such publication by a police officer or an authorized officer may apply to the High Court to review the direction.
PART III
ORDER FOR REMOVAL OF PUBLICATION CONTAINING FAKE NEWS
Court may order for removal of publication containing fake news 7.
(1)
Any person affected by a publication containing fake news may make an ex parte application to the Court for an order to remove such publication.
P.U. (A) 110 23
(2)
The application under subsection (1) shall be made in Form A of the Schedule and shall be accompanied by a police report and other relevant documents.
(3)
Upon receiving the application under subsection (2) and after considering such application or such other evidence, if it appears to the Court that the publication containing fake news should be removed, the Court may make an order in Form B of the
Schedule to remove such publication.
(4)
The order made under this section shall be deemed to be served on the person against whom the order is made if the order is served by personal service, sent by post to the last known address of such person, or served by electronic means to such person.
(5)
Any person who fails to comply with the order made under this section commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one hundred thousand ringgit.
Explanation— The service of an order under this section by electronic means to a person against whom the order is made may be done, among others, by sending the order to his e-mail address or social media account.
Setting aside of order for removal of publication containing fake news 8.
(1)
Subject to subsection (3), the person against whom an order under section 7 is made may apply to set aside the order within fourteen days from the date the order is served on him.
(2)
An application under subsection (1) shall not amount to a stay of the order for removal under section 7.
(3)
If an order under section 7 is obtained by the Government of Malaysia relating to a publication containing fake news which is prejudicial or likely to be prejudicial to public order or national security, there shall be no application for the setting aside of such order by the person against whom the order was made.
P.U. (A) 110 24
Court may order police officer or authorized officer to remove publication containing fake news 9.
(1)
If the person against whom the order is made under section 7 fails to remove the publication containing fake news, the Court may, on the application of the
Public Prosecutor make an order directing a police officer or an authorized officer, as the case may be, to take the necessary measures to remove such publication.
(2)
The application under subsection (1) shall be made in Form A of the
Schedule and shall be accompanied by a police report and other relevant documents.
(3)
Upon receiving the application under subsection (2) and after considering such application or such other evidence, if it appears to the Court that the publication containing fake news should be removed, the Court may make an order in Form B of the
Schedule requiring a police officer or an authorized officer to take the necessary measures to give effect to the order.
PART IV
EVIDENCE
Inconsistency with Evidence Act 1950 10.
This Part shall have effect notwithstanding anything inconsistent with the
Evidence Act 1950 [Act 56].
Statement by any person who is dead, etc.
11.
A statement made whether orally or in writing, in the course of or for the purpose of, an investigation or inquiry into an offence under this Ordinance by any person who is dead or who cannot be found, or who has become incapable of giving evidence shall be admissible as evidence.
Statement by accused 12.
Any statement by an accused whether orally or in writing to any person at any time shall be admissible in evidence.
P.U. (A) 110 25
Documents or things seized or howsoever obtained 13.
All documents or things seized or howsoever obtained whether before or after a person has been charged for an offence under this Ordinance and the contents of the documents or things shall be admissible as evidence.
Lists of documents and things 14.
Any list of documents and things seized or howsoever obtained whether before or after a person has been charged for an offence under this Ordinance shall be admissible as evidence in court to prove the existence of the documents and things seized or obtained, as the case may be, that were not produced in court due to the nature of the documents and things.
Admissibility of documentary evidence 15.
Where any document or a copy of any document is obtained by a police officer or an authorized officer under this Ordinance, such document shall be admissible in evidence in any proceedings under this Ordinance, notwithstanding anything to the contrary in any other written law.
PART V
ENFORCEMENT
Seizable offence 16.
Every offence under this Ordinance shall be a seizable offence.
Power to arrest 17.
A police officer or an authorized officer may arrest any person whom he reasonably believes has committed or is attempting to commit an offence under this Ordinance.
Power of enforcement, investigation and inspection 18.
For the purposes of this Ordinance, an authorized officer shall have all the powers of a police officer of whatever rank as provided for under the Criminal Procedure Code
[Act 593] in relation to enforcement, investigation and inspection, and such powers shall
P.U. (A) 110 26
be in addition to the powers provided for under this Ordinance and not in derogation thereof.
Access to computerized data 19.
(1)
A police officer or an authorized officer conducting a search shall be given access to computerized data whether stored in a computer or otherwise.
(2)
For the purposes of this section, “access” includes being provided with the necessary password, encryption code, decryption code, software or hardware and any other means required to enable comprehension of computerized data.
(3)
Any person who fails to comply with the request by the police officer or authorized officer made under subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both.
Preservation of traffic data 20.
(1)
If a police officer or an authorized officer is satisfied that—
(a)
traffic data is reasonably required for the purposes of an investigation; and
(b)
there is a risk that the traffic data may be destroyed or rendered inaccessible, the police officer or authorized officer may, by written notice to a person who is in control of the communications system, require the person to ensure that the traffic data specified in the written notice be preserved for the period and in such manner as may be specified in the written notice.
(2)
The person who is issued with the written notice under subsection (1) shall not disclose, without lawful authority, the existence and content of the written notice, or
P.U. (A) 110 27
the procedure, method, manner or any matter relating to the preservation of traffic data under subsection (1).
(3)
Any person who fails to comply with the written notice issued under subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both.
Disclosure of stored traffic data 21.
(1)
If the police officer or authorized officer is satisfied that any traffic data is reasonably required for the purposes of an investigation into an offence under this
Ordinance, the police officer or authorized officer may, by a written notice, require a person who is in control of the communications system to disclose such traffic data in the manner specified in the written notice.
(2)
The person who is issued with the written notice under subsection (1) shall not disclose, without lawful authority, the existence and content of the written notice, or the procedure, method, manner or any matter relating to the preservation of traffic data under subsection (1).
(3)
Any person who fails to comply with the written notice issued under subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both.
PART VI
MISCELLANEOUS
Abetment 22.
Any person who abets the commission of any offence punishable under this
Ordinance shall, if the act abetted is committed in consequence of the abetment, be punished with the punishment provided for the offence.
P.U. (A) 110 28
Institution of prosecution 23.
No prosecution for an offence under this Ordinance shall be instituted except by or with the written consent of the Public Prosecutor.
Defence statement 24.
Once delivery of documents by the prosecution pursuant to section 51A of the
Criminal Procedure Code has taken place, the accused shall, before commencement of the trial, deliver the following documents to the prosecution:
(a)
a defence statement setting out in general terms the nature of the defence and the matters on which the accused takes issue with the prosecution, with reasons; and
(b)
a copy of any document which would be tendered as part of the evidence for the defence.
Offence by body corporate 25.
If a body corporate commits an offence under this Ordinance, a person who at the time of the commission of the offence was a director, chief executive officer, manager, secretary or other similar officer of the body corporate or was purporting to act in any such capacity or was in any manner or to any extent responsible for the management of any of the affairs of the body corporate or was assisting in such management—
(a)
may be charged severally or jointly in the same proceedings with the body corporate; and
(b)
if the body corporate is found guilty of the offence, shall be deemed to be guilty of that offence unless, having regard to the nature of his functions in that capacity and to all circumstances, he proves—
(i)
that the offence was committed without his knowledge; or
P.U. (A) 110 29
(ii)
that the offence was committed without his consent or connivance and that he had taken all reasonable precautions and exercised due diligence to prevent the commission of the offence.
Offence by employee or agent 26.
If any person is liable, under this Ordinance, to any punishment for any act, omission, neglect or default, such person shall be liable to the same punishment for the act, omission, neglect or default of the person’s employee or agent, or of the employee of the person’s agent, if the act, omission, neglect or default was committed—
(a)
by that person’s employee in the course of his employment;
(b)
by that person’s agent when acting on behalf of that person; or
(c)
by the employee of that person’s agent in the course of his employment by the person’s agent or otherwise on behalf of the person’s agent acting on behalf of that person.
Protection against suits and legal proceedings 27.
No action, suit, prosecution or any other proceeding shall lie or be brought, instituted or maintained in any court against the Government of Malaysia, or any police officer or authorized officer, in respect of any act, neglect or default done or omitted by it or him in good faith, in carrying out the provision of this Ordinance.
Powers under the Ordinance shall be in addition to the powers under other written laws 28.
The powers given under this Ordinance shall be in addition to, and not in derogation of, the powers given by or under any other written law for the time being in force.
Power to amend Schedule 29.
The Minister may, by order published in the Gazette, amend the Schedule.
P.U. (A) 110 30
[Subsections 7(2), 7(3), 9(2) and 9(3)]
FORM A
APPLICATION FOR ORDER FOR REMOVAL OF PUBLICATION CONTAINING FAKE NEWS
[Subsections 7(2) and 9(2)]
IN THE SESSIONS COURT AT________________________________
IN THE STATE OF ____________________________________________
CASE NO.: ______________________________________________________
Name of applicant:________________________________________________________________________________
Identity Card/Passport/Company Registration No.*: ___________________________________
Address:
_____________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________
Application (Please refer to Instructions to Applicant):
_____________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________
In support of this application, I affirm that—
(Please refer to Instructions to Applicant)
_____________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________
*Delete whichever is not applicable
P.U. (A) 110 31
Signed by __________________________________________________)
Dated the ___________day of ________________20____________)
At __________________________________________________________)
Before me
___________________________________
Commissioner for Oaths
I humbly pray to the Honourable Court for the order for the removal of the publication which contains fake news to be granted.
Dated the_______________________________day of______________________________________20___________
Hearing date: _____________________________ Time:_________________________________________________
At:__________________________________________________________________________________________________
Dated the ___________________________________day of________________________________20_____________
(Seal)
_____________________________
Registrar
Instructions to Applicant:
1.
For the purposes of this application, the following documents must be attached herewith:
(a)
police report; and
(b)
certified copy of documents proving the publication which contains fake news; or
(c)
other certified relevant documents.
P.U. (A) 110 32 2.
Applicant must state the specific publication which contains fake news to be removed.
3.
Applicant must state and affirm the basis or grounds for the making of this application. This affirmation must include the particulars relating to—
(a)
the identity of the applicant;
(b)
the subject matter containing fake news;
(c)
the identity of the person making such publication containing fake news;
(d)
the manner in which such publication containing fake news was made; and
(e)
the manner in which the applicant is affected.
P.U. (A) 110 33
FORM B
ORDER FOR REMOVAL OF PUBLICATION WHICH CONTAINS FAKE NEWS
[Subsections 7(3) and 9(3)]
IN THE SESSIONS COURT AT________________________________
IN THE STATE OF ____________________________________________
CASE NO: ______________________________________________________
To__________________________________________________________________________________________________
Upon receiving the application of ________________________________________and upon receiving the police report and other relevant documents filed on the _________________________________day of____________________________20___________, and upon hearing _________________________, and the applicant by his own or__________________________
to abide by order of the Court for the removal of such publication which contains fake news.
It is ordered and directed that you remove the publication which contains fake news within
_____________________________________________________
(specify the time/period)
relating to the matters in question in this application and particularly
_____________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________
Dated the ______________________________day of ____________________________20____________________
(Seal)
_____________________________
________________________________
Sessions Court Judge
P.U. (A) 110 34
PROMULGATED at
OUR
Istana
Negara in
Kuala
Lumpur, the Federal Capital, this fifth day of March, two thousand twenty one.
AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI ALMARHUM
SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH
Yang di-Pertuan Agong
[To be laid before Parliament pursuant to Clause (3) of Article 150 of the
Federal Constitution]