Preamble
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan 154(1)(b) dibaca bersama perenggan 33(1)(d) Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53], Menteri membuat kaedah-kaedah yang berikut:
Nama dan permulaan kuat kuasa 1.
/akn/my/act/pua/2020/374
Text is served through the Arturio legal-data gateway. This reader shows the active Malaysia expression when available.
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan 154(1)(b) dibaca bersama perenggan 33(1)(d) Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53], Menteri membuat kaedah-kaedah yang berikut:
Nama dan permulaan kuat kuasa 1.
)
Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan
Kaedah-Kaedah
Cukai
Pendapatan (Potongan Pelaburan dalam Projek Baharu Pengeluaran Bahan
Makanan atau Projek Pembesaran) 2020.
)
Kaedah-Kaedah ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2016.
Tafsiran 2.
Bagi maksud Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“pelaburan” ertinya suatu pelaburan dalam bentuk wang tunai atau pegangan modal syer berbayar berkenaan dengan saham biasa dalam suatu syarikat berkaitan;
“syarikat berkaitan” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah
Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang sekurang-kurangnya tujuh puluh peratus daripada modal syer berbayarnya berkenaan dengan saham biasa adalah dimiliki terus oleh suatu syarikat yang membuat pelaburan bagi maksud suatu projek baharu pengeluaran bahan makanan atau suatu projek pembesaran.
Pemakaian 3.
Kaedah-Kaedah ini terpakai bagi suatu syarikat yang diperbadankan di bawah
Akta Syarikat 2016 dan bermastautin di Malaysia—
P.U. (A) 374 3
yang telah membuat suatu pelaburan dalam syarikat berkaitannya yang melaksanakan suatu projek baharu pengeluaran bahan makanan atau suatu projek pembesaran di bawah Perintah Cukai Pendapatan
(No. 6) 2020 [P.U. (A) 373/2020]; dan
yang telah membuat suatu permohonan, antara 1 Januari 2016
hingga 31
Disember 2020, kepada
Menteri melalui
Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi suatu projek baharu pengeluaran bahan makanan atau suatu projek pembesaran.
Potongan 4.
)
Bagi maksud menentukan pendapatan larasan suatu syarikat daripada perniagaannya, maka hendaklah dibenarkan sebagai suatu potongan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran suatu amaun yang bersamaan dengan nilai pelaburan bagi maksud semata-mata membiayai projek yang disebut dalam perenggan 3(a) yang dilaksanakan oleh syarikat berkaitan.
)
Nilai pelaburan yang disebut dalam subkaedah (1) yang dituntut sebagai suatu potongan—
hendaklah bersamaan dengan perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat berkaitan itu dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang sama;
hendaklah dibuat bagi suatu tempoh dan pada takat suatu amaun yang diluluskan oleh
Menteri melalui
Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi projek itu; dan
tidak dilupuskan dalam tempoh lima tahun dari tarikh akhir pelaburan itu dibuat jika pelaburan itu adalah dalam bentuk pegangan modal syer berbayar berkenaan dengan saham biasa.
P.U. (A) 374 4
)
Tertakluk kepada subkaedah (4) dan (5), jika syarikat itu telah membuat suatu pelaburan dalam bentuk pegangan modal syer berbayar berkenaan dengan saham biasa dan telah menuntut suatu potongan berkenaan dengan pelaburan itu di bawah subkaedah (1) menerima amaun itu sebagai balasan bagi pelupusan saham itu, amaun yang diterima oleh syarikat itu hendaklah ditambah dalam menentukan pendapatan larasannya bagi tahun taksiran dalam tempoh asas amaun yang diterima itu.
)
Amaun yang disebut dalam subkaedah (3) tidak boleh melebihi jumlah keseluruhan potongan yang dibenarkan berhubung dengan pelaburan itu.
)
Subkaedah (3) tidak terpakai jika pelupusan saham yang disebut dalam subkaedah (3) berlaku selepas lima tahun dari tarikh akhir pelaburan dalam bentuk modal syer berbayar berkenaan dengan saham biasa yang dibuat dalam syarikat berkaitan.
Pemberhentian potongan 5.
Jika suatu pelaburan dibuat oleh suatu syarikat bagi maksud projek yang disebut dalam perenggan 3(a), potongan kepada syarikat itu hendaklah dihentikan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran yang tempoh pengecualian bagi syarikat berkaitan itu bermula apabila syarikat berkaitan itu mendapat pendapatan berkanun pertamanya daripada projek itu.
Ketidakpakaian 6.
Kaedah-Kaedah ini tidak terpakai bagi suatu syarikat—
yang telah diberikan suatu pengecualian di bawah perenggan 127(3)(b)
atau subseksyen 127(3A) Akta; atau
yang telah membuat suatu tuntutan bagi potongan di bawah mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 154
Akta kecuali—
P.U. (A) 374 5
kaedah-kaedah yang berhubung dengan elaun di bawah
Jadual 3 Akta;
(ii)
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan
Audit) 2006 [P.U. (A) 129/2006]; atau
(iii)
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan berhubung dengan Yuran Kesetiausahaan dan Yuran Pemfailan
Cukai) 2014 [P.U. (A) 336/2014].
Dibuat 22 Disember 2020
[MOF.TAX. (S)700-2/1/148; LHDN.01/35/(S)/42; PN(PU2)80/C]
DATO' SRI TENGKU ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
[Akan dibentangkan di
Dewan
Rakyat menurut subseksyen 154(2)
Akta Cukai Pendapatan 1967]
P.U. (A) 374 6
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (DEDUCTION OF INVESTMENT IN NEW FOOD
PRODUCTION PROJECT OR EXPANSION PROJECT) RULES 2020
IN exercise of the powers conferred by paragraph 154(1)(b) read together with paragraph 33(1)(d) of the Income Tax Act 1967 [Act 53], the Minister makes the following rules:
Citation and commencement 1.
(1)
These rules may be cited as the Income Tax (Deduction of Investment in
New Food Production Project or Expansion Project) Rules 2020.
(2)
These Rules are deemed to have come into operation on 1 January 2016.
Interpretation 2.
For the purposes of these Rules, unless the context otherwise requires—
“investment” means an investment in the form of cash or holding of paid-up share capital in respect of ordinary shares in a related company;
“related company” means a company incorporated under the Companies Act 2016
[Act 777] where at least seventy per cent of its paid-up share capital in respect of ordinary shares are directly owned by a company which made an investment for the purpose of a new food production project or an expansion project.
Application 3.
These Rules shall apply to a company incorporated under the Companies Act 2016
and resident in Malaysia—
(a)
who has made an investment in its related company that undertakes a new food production project or an expansion project under the Income Tax
(No. 6) Order 2020 [P.U. (A) 373/2020]; and
P.U. (A) 374 7
(b)
who has made an application, between 1
January 2016
until 31 December 2020, to the Minister through the Minister charged with the responsibility of a new food production project or an expansion project.
Deduction 4.
(1)
For the purpose of ascertaining the adjusted income of a company from its business, there shall be allowed as a deduction in the basis period for a year of assessment an amount equivalent to the value of investment for the sole purpose of financing the project referred to in paragraph 3(a) undertaken by the related company.
(2)
The value of investment referred to in subrule (1) which is claimed as a deduction—
(a)
shall be equivalent to the expenditure incurred by the related company in the basis period for the same year of assessment;
(b)
shall be made for a period and up to an amount as approved by the
Minister through the Minister charged with the responsibility for the project; and
(c)
shall not be disposed of within five years from the date of the last investment made if such investment is in the form of holding of paid-up share capital in respect of ordinary shares.
(3)
Subject to subrule (4) and (5), where a company which has made an investment in the form of holding of paid-up share capital in respect of ordinary shares and claimed a deduction in respect of that investment under subrule (1) receives an amount as consideration for the disposal of such shares, the amount so received by that company shall be added in ascertaining its adjusted income for the year of assessment in basis period in which that amount was received.
(4)
The amount referred to in subrule (3) shall not exceed the total deductions allowed in relation to that investment.
P.U. (A) 374 8
(5)
Subrule (3) shall not apply where the disposal of the shares referred to in subrule (3) take place after five years from the date of the last investment in the form of paid-up share capital in respect of ordinary shares is made in the related company.
Cessation of deduction 5.
If an investment is made by a company for the purposes of the project referred to in paragraph 3(a), that deduction to the company shall be ceased in the basis period for a year of assessment in which the period of exemption of the related company commences upon the related company having its first statutory income from that project.
Non-application 6.
These Rules shall not apply to a company—
(a)
which has been granted an exemption under paragraph 127(3)(b) or subsection 127(3A) of the Act; or
(b)
which has made a claim for deduction under any of the rules made under section 154 of the Act except—
(i)
the rules in relation to the allowance under Schedule 3 of the Act;
(ii)
the Income Tax (Deduction for Audit Expenditure) Rules 2006
[P.U. (A) 129/2006]; or
(iii)
the Income Tax (Deduction for Expenses in relation to Secretarial
Fee and Tax Filing Fee) Rules 2014 [P.U. (A) 336/2014].
P.U. (A) 374 9
Made 22 December 2020
[MOF.TAX. (S)700-2/1/148; LHDN.01/35/(S)/42; PN(PU2)80/C]
[To be laid before the
Dewan
Rakyat pursuant to subsection 154(2)
of the Income Tax Act 1967]
DATO’ SRI TENGKU ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Minister of Finance