/akn/my/act/pua/2020/373

PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 6) 2020

Text is served through the Arturio legal-data gateway. This reader shows the active Malaysia expression when available.

Open source PDF
Front matter

Disember 2020 24 December 2020

P.U. (A) 373 WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 6) 2020 INCOME TAX (EXEMPTION) (NO. 6) ORDER 2020 DISIARKAN OLEH/ PUBLISHED BY JABATAN PEGUAM NEGARA/ ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS P.U. (A) 373 2 AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 6) 2020

Preamble
Preamble

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan 127(3)(b) Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53], Menteri membuat perintah yang berikut: Nama dan permulaan kuat kuasa 1.

Subsection
Subsection

(1) Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 6) 2020.

Subsection
Subsection

(2) Perintah ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2016. Tafsiran 2. Dalam Perintah ini, “orang yang layak” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777], koperasi berasaskan pertanian, Persatuan Peladang Kawasan, Persatuan Peladang Persekutuan, Persatuan Peladang Negeri, Persatuan Nelayan Kawasan, Persatuan Nelayan Persekutuan, Persatuan Nelayan Negeri dan kepunyaan tunggal, atau perkongsian atau persatuan yang semata-mata terlibat dalam pertanian atau perikanan. Pemakaian 3. Perintah ini hendaklah terpakai—

Paragraph
Paragraph

(a) bagi suatu projek baharu pengeluaran bahan makanan—

Paragraph
Paragraph

(i) yang suatu permohonan berhubung dengan pengecualian daripada pembayaran cukai pendapatan di bawah perenggan 4 baginya dibuat antara 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2020 kepada Menteri melalui Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi projek itu;

Subparagraph
Subparagraph

(ii) yang belum bermula pada tarikh permohonan itu dibuat kepada Menteri; dan P.U. (A) 373 3

Subparagraph
Subparagraph

(iii) yang bermula dalam tempoh satu tahun dari tarikh kelulusan diberikan oleh Menteri kepada permohonan di bawah subsubperenggan (i); dan

Paragraph
Paragraph

(b) bagi suatu projek pembesaran yang diluluskan oleh Menteri bagi maksud membesarkan projek baharu pengeluaran bahan makanan dalam subperenggan (a). Pengecualian 4.

Subsection
Subsection

(1) Menteri mengecualikan orang yang layak yang bermastautin di Malaysia daripada pembayaran cukai pendapatan berhubung dengan—

Paragraph
Paragraph

(a) suatu projek baharu pengeluaran bahan makanan bagi suatu tempoh sepuluh tahun taksiran berturut-turut (disebut dalam Perintah ini sebagai “tahun-tahun taksiran yang dikecualikan”) berkenaan dengan pendapatan berkanunnya, bermula dari tahun pertama taksiran orang yang layak itu memperoleh pendapatan berkanun berhubung dengan projek itu; atau

Paragraph
Paragraph

(b) suatu projek pembesaran bagi suatu tempoh lima tahun taksiran berturut-turut (disebut dalam Perintah ini sebagai “tahun-tahun taksiran yang dikecualikan”) berkenaan dengan pendapatan berkanun daripada projek pembesaran itu, bermula dari tahun pertama taksiran orang yang layak itu memperoleh pendapatan berkanun berhubung dengan projek pembesaran itu, dan tahun taksiran pertama itu tidak boleh lebih awal dari tahun taksiran dalam tempoh asas yang dalamnya jatuh tarikh kelulusan Menteri.

Subsection
Subsection

(2) Tertakluk kepada subperenggan (3), pendapatan berkanun daripada projek yang disebut dalam subperenggan (1) dalam tempoh asas bagi setiap tahun taksiran yang dikecualikan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah ditentukan selepas memotong elaun-elaun yang boleh diberikan di bawah Jadual 3 Akta walaupun tiada tuntutan bagi elaun-elaun itu telah dibuat. P.U. (A) 373 4

Subsection
Subsection

(3) Jika sesuatu aset yang digunakan bagi maksud projek yang disebut dalam subperenggan (1) adalah juga digunakan bagi maksud suatu projek selain projek itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, elaun-elaun yang boleh diberikan di bawah

Schedule
Schedule

Jadual 3 Akta hendaklah dipotong sebagaimana yang munasabah dengan mengambil kira takat aset itu digunakan bagi maksud projek pertama yang disebut itu, mengikut mana-mana yang berkenaan. Kewajipan mematuhi kehendak mengemukakan penyata dan maklumat di bawah Akta 5. Tiada apa-apa jua dalam subperenggan 4(1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan orang yang layak itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau untuk membekalkan apa-apa maklumat lain di bawah Akta. Projek baharu pengeluaran bahan makanan 6. (1) Pengecualian pembayaran cukai pendapatan yang diberikan di bawah subsubperenggan 4(1)(a) adalah yang berhubung dengan projek baharu pengeluaran bahan makanan yang melibatkan yang berikut: (a) penanaman tanaman industri, sayur-sayuran, buah-buahan, herba, rempah dan tanaman kontan; (b) akuakultur; (c) penternakan lebah madu dan kelulut; (d) penternakan lembu, kerbau, kambing, biri-biri dan rusa; (e) perikanan laut dalam; dan (f) tanaman makanan ternakan, tertakluk kepada subperenggan (2). P.U. (A) 373 5 (2) Tanaman makanan ternakan yang disebut dalam subsubperenggan (1)(f) hendaklah yang diusahakan dalam suatu projek yang dikenal pasti oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi projek itu dan diluluskan oleh Menteri. (3) Suatu projek baharu pengeluaran bahan makanan dalam perenggan ini hendaklah dikira sebagai suatu perniagaan berasingan dan tersendiri dalam menentukan pendapatan berkanun orang yang layak bagi maksud pengecualian di bawah Perintah ini. Projek pembesaran 7. Suatu projek pembesaran yang dikecualikan di bawah subsubperenggan 4(1)(b)— (a) hendaklah bagi maksud membesarkan projek baharu pengeluaran bahan makanan dalam subperenggan 6(1); (b) hendaklah melibatkan suatu kawasan tanah baharu; dan (c) hendaklah diluluskan oleh Menteri. Kerugian 8. (1) Apa-apa amaun kerugian larasan yang ditanggung— (a) dari tahun taksiran dalam tempoh asas masing-masing bagi projek yang disebut dalam subperenggan 4(1) bermula sehingga tahun taksiran sebaik sebelum tahun-tahun taksiran yang dikecualikan, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan (b) dalam masa tahun-tahun taksiran yang dikecualikan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dibawa ke hadapan dan dipotong daripada pendapatan berkanun masing-masing projek itu selepas tahun dan tahun-tahun taksiran yang dikecualikan, P.U. (A) 373 6 mengikut mana-mana yang berkenaan, sehingga masing-masing projek itu menggunakan kesemua amaun kerugian larasan yang ia berhak sedemikian. (2) Sekian banyak daripada kerugian larasan yang telah digunakan untuk mengurangkan pendapatan berkanun bagi masing-masing projek yang disebut dalam subperenggan 4(1) selepas tahun atau tahun-tahun taksiran yang dikecualikan, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak diambil kira bagi maksud subseksyen 43(2) dan 44(2) Akta. Penarikan balik pengecualian cukai 9. Menteri boleh menarik balik pengecualian cukai ke atas pendapatan berkanun bagi projek yang disebut dalam subperenggan 4(1) jika orang yang layak itu gagal memenuhi syarat yang dikenakan oleh Menteri. Pemakaian perenggan 5 dan 6 Jadual 7A Akta 10. Perenggan 5 dan 6 Jadual 7A hendaklah hanya terpakai, mutatis mutandis, bagi amaun pendapatan yang dikecualikan daripada projek yang disebut dalam subperenggan 4(1) bagi suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016. Penyelenggaraan akaun yang berasingan 11. Orang yang layak yang dikecualikan di bawah subperenggan 4(1) hendaklah menyelenggarakan suatu akaun berasingan bagi pendapatan yang diperoleh daripada masing-masing projek yang disebut dalam subperenggan itu. Ketidakpakaian 12. Perintah ini tidak terpakai bagi orang yang layak bagi suatu tahun taksiran dalam tempoh asas jika orang yang layak itu─ (a) telah diberikan apa-apa insentif di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986 [Akta 327]; (b) telah membuat suatu tuntutan bagi elaun di bawah Jadual 7A atau 7B Akta; P.U. (A) 373 7 (c) telah diberikan suatu pengecualian di bawah perenggan 127(3)(b) atau subseksyen 123(3A) Akta; atau (d) telah membuat suatu tuntutan bagi potongan di bawah mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 154 Akta kecuali— (i) kaedah-kaedah berhubung dengan elaun dalam

Schedule
Schedule

Jadual 3 Akta; (ii) Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan Audit) 2006 [P.U. (A) 129/2006]; atau (iii) Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan berhubung dengan Yuran Kesetiausahaan dan Yuran Pemfailan Cukai) 2014 [P.U. (A) 336/2014]. Dibuat 22 Disember 2020 [MOF.TAX. (S)700-2/1/148; LHDN.01/35/(S)/42; PN(PU2)80/C] DATO' SRI TENGKU ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ Menteri Kewangan [Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 127(4) Akta Cukai Pendapatan 1967] P.U. (A) 373 8 INCOME TAX ACT 1967 INCOME TAX (EXEMPTION) (NO. 6) ORDER 2020 IN exercise of the powers conferred by paragraph 127(3)(b) of the Income Tax Act 1967 [Act 53], the Minister makes the following order: Citation and commencement 1. (1) This order may be cited as the Income Tax (Exemption) (No. 6) Order 2020. (2) This Order is deemed to have come into operation on 1 January 2016. Interpretation 2. In this Order, “qualified person” means a company incorporated under the Companies Act 2016 [Act 777], an-agro based co-operative society, an Area Farmers’ Association, a Federal Farmers’ Association, a State Farmers’ Association, an Area Fishermen’s Association, a Federal Fishermen’s Association, a State Fishermen’s Association and sole proprietorship, or partnership or association solely engaged in agriculture or fishery. Application 3. This Order shall apply— (a) to a new food production project— (i) which an application in relation to exemption from the payment of income tax under paragraph 4 is made between 1 January 2016 until 31 December 2020 to the Minister through the Minister charged with the responsibility for that project; (ii) which has not commenced on the date the application is made to the Minister; and P.U. (A) 373 9 (iii) which commences within one year from the date of approval given by the Minister to the application under subsubparagraph (i); and (b) for an expansion project that is approved by the Minister for the purpose of expanding the new food production project in subparagraph (a). Exemption 4. (1) The Minister exempts a qualified person resident in Malaysia from the payment of income tax in relation to— (a) a new food production project for a period of ten consecutive years of assessment (referred to in this Order as the “exempt years of assessment”) in respect of its statutory income, commencing from the first year of assessment in which the qualified person derived statutory income in relation to that project; or (b) an expansion project for a period of five consecutive years of assessment (referred to in this Order as the “exempt years of assessment”) in respect of the statutory income from expansion projects, commencing from the first year of assessment in which the qualified person derived statutory income in relation to the expansion projects, and the first year of assessment shall not be earlier than the year of assessment in the basis period in which the date of approval from the Minister falls. (2) Subject to the subparagraph (3), the statutory income of the project referred to in subparagraph (1) in the basis period for each of the exempt years of assessment, as the case may be, shall be determined after deducting allowances which fall to be made under Schedule 3 of the Act notwithstanding that no claim for such allowances has been made. (3) If an asset is used for the purposes of the project referred to in subparagraph (1) is also used for the purposes of a project other than that project, P.U. (A) 373 10 as the case may be, the allowances which fall to be made under Schedule 3 of the Act shall be deducted as is reasonable having regard to the extent to which the asset is used for the purposes of the first-mentioned project, as the case may be. Duty to comply the requirement to furnish return and information under the Act 5. Nothing in subparagraph 4(1) shall absolve or is deemed to absolve the qualified person from complying with any requirement to submit any return or statement of accounts or to furnish any other information under the Act. New food production project 6. (1) The exemption from the payment of income tax which is given under subsubparagraph 4(1)(a) in relation to a new food production project which involved the following: (a) planting of industrial crop, vegetables, fruits, herbs, spices and cash crop; (b) aquaculture; (c) rearing of honey and urena lobata bees; (d) rearing of cows, buffaloes, goats, sheep and deer; (e) deep sea fishing; and (f) planting of feed mill, subject to subparagraph (2). (2) The planting of feed mill which is referred in subsubparagraph (1)(f) shall be cultivated in a project which has been identified by the Minister in charged with the responsibility of that project and approved by the Minister. (3) A new food production project in this paragraph shall be regarded as a separate and distinct business in determining the statutory income of qualified person for the purpose of exemption under this Regulations. P.U. (A) 373 11 Expansion project 7. An expansion project which is exempted under subsubparagraph 4(1)(b)— (a) shall for the purpose of expanding the new food production project in subparagraph 6(1); (b) shall involve a new area of land; and (c) shall approved by the Minister. Losses 8. (1) Any amount of adjusted loss incurred— (a) from the year of assessment in the basis period respectively for the project referred to in subparagraph 4(1) commenced to the year of assessment immediately prior to the exempt years of assessment, as the case may be; and (b) during the exempt years of assessment, as the case may be, shall be carried forward and deducted from the statutory income respectively of the project in its post-exempt year or years of assessment, as the case may be, until the project respectively utilized the whole amount of the adjusted loss to which it is so entitled. (2) So much of the adjusted loss that was utilized to reduce the statutory income of the project respectively referred to in subparagraph 4(1) in its post-exempt year or years of assessment, as the case may be, shall be disregarded for the purposes of the subsections 43(2) and 44(2) of the Act. P.U. (A) 373 12 Withdrawal of tax exemption 9. The Minister may withdraw the exemption on the statutory income of the project referred to in subparagraph 4(1) if the qualified person fails to comply with the conditions imposed by the Minister. Application of paragraphs 5 and 6 of Schedule 7A of the Act 10. Paragraphs 5 and 6 of Schedule 7A of the Act shall only apply, mutatis mutandis, to the amount of income exempted from the projects referred to in subparagraphs 4(1) for a company incorporated under the Companies Act 2016. Maintaning of separate accounts 11. The qualified person which is exempted under subparagraph 4(1)(a) shall maintain a separate account for the income derived from the projects respectively referred to in that subparagraph. Non-application 12. This Order shall not apply to a qualified person for a year of assessment in the basis period if the qualified person— (a) has been granted any incentive under the Promotion of Investments Act 1986 [Act 327]; (b) has made a claim for allowance under Schedule 7A or Schedule 7B of the Act; (c) has been granted an exemption under exemption under paragraph 127(3)(b) or subsection 127(3A) of the Act; or (d) has made a claim for deduction under any rules made under section 154 of the Act except─ (i) the rules in relation to the allowance in Schedule 3 of the Act; P.U. (A) 373 13 (ii) the Income Tax (Deduction for Audit Expenditure) Rules 2006 [P.U. (A) 129/2006]; or (iii) the Income Tax (Deduction for Expenses in relation to Secretarial Fee and Tax Filing Fee) Rules 2014 [P.U. (A) 336/2014]. Made 22 December 2020 [MOF.TAX. (S)700-2/1/148; LHDN.01/35/(S)/42; PN(PU2)80/C] [To be laid before the Dewan Rakyat pursuant to subsection 127(4) of the Income Tax Act 1967] DATO’ SRI TENGKU ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ Minister of Finance