/akn/my/act/pua/2019/374

PERINTAH KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI (PINDAAN JADUAL PERTAMA) 2019

Text is served through the Arturio legal-data gateway. This reader shows the active Malaysia expression when available.

Open source PDF

Preamble

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 84

Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 [Akta 789], Menteri membuat perintah yang berikut:

Nama dan permulaan kuat kuasa 1.

(1

) Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Keselamatan Sosial Pekerjaan

Sendiri (Pindaan Jadual Pertama) 2019.

(2

) Perintah ini mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2020.

Pindaan Jadual Pertama 2.

Schedule

Jadual Pertama kepada Akta dipinda dengan memasukkan selepas perenggan 1

perenggan yang berikut:

“2.

Sektor pertanian yang termasuklah—

(a)

pengeluaran dan pemasaran hasil pertanian sebagaimana yang ditakrifkan di bawah

Akta

Lembaga

Pemasaran

Pertanian

Persekutuan 1965 [Akta 141];

(b)

pengeluaran, penuaian, pengekstrakan, pemprosesan dan pemasaran kelapa sawit dan keluaran kelapa sawit sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 [Akta 582];

(c)

penorehan, pengeluaran dan pemasaran getah dan keluaran getah sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Lembaga Getah Malaysia

(Perbadanan)

1996 [Akta 551]; dan 3

(d)

penuaian, pengeluaran dan pemasaran padi sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522].

3.

Pengambilan hasil hutan sebagaimana yang ditakrifkan di bawah

Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313].

4.

Penternakan dan pengeluaran ternakan.

5.

Aktiviti penangkapan ikan sebagaimana yang ditakrifkan di bawah

Akta Perikanan 1985 [Akta 317] dan pemasaran ikan sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1971 [Akta 49].

6.

Penyediaan dan penjualan makanan yang dikawal selia di bawah

Akta Makanan 1983 [Akta 281] dan Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122].

7.

Aktiviti pengilangan produk yang dikawal selia di bawah Akta Penyelarasan

Perindustrian 1975 [Akta 156].

8.

Kerja pembinaan sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Lembaga

Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 [Akta 520].

9.

Perkhidmatan pengangkutan dan penghantaran barangan atau makanan oleh mana-mana orang dengan menggunakan apa-apa kenderaan yang dimiliki olehnya, atau diuruskan, disenggarakan atau dikendalikan oleh orang itu, dalam apa-apa bentuk perkiraan dengan pemilik atau pemberi pajak kenderaan itu dan perkhidmatan itu diberikan sama ada untuk sewa atau upah atau untuk apa-apa balasan berharga yang lain atau nilaian wang atau selainnya.

10.

Menjaja atau berniaga, di jalan atau pasar, yang dikawal selia di bawah

Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171], Ordinan Kerajaan Tempatan 1961

(Sabah No. 11 1991) atau Ordinan Kerajaan Tempatan 1996 (Sarawak Bab. 20).

4 11.

Perkhidmatan premis penginapan yang dikawal selia di bawah Akta Industri

Pelancongan 1992 [Akta 482].

12.

Pembekalan barang atau perkhidmatan melalui tapak web atau dalam pasar dalam talian sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Peraturan-Peraturan

Perlindungan

Pengguna

(Urus

Niaga

Perdagangan

Elektronik)

2012

[P.U. (A) 458/2012].

13.

Perkhidmatan yang berhubungan dengan komunikasi dan multimedia yang ditadbir di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588]

yang termasuklah—

(a)

penyediaan apa-apa kemudahan rangkaian;

(b)

penyediaan apa-apa perkhidmatan rangkaian; atau

(c)

penyediaan apa-apa perkhidmatan aplikasi.

14.

Perkhidmatan pengumpulan dan pemprosesan data sama ada untuk upah atau untuk apa-apa balasan berharga yang lain atau nilaian wang atau selainnya.

15. Perkhidmatan sebagai ejen oleh mana-mana orang yang berikut:

(a)

ejen insurans sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta

Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758];

(b)

ejen harta tanah yang didaftarkan di bawah Akta Penilai, Pentaksir, Ejen

Harta Tanah Dan Pengurus Harta 1981 [Akta 242];

(c)

ejen perniagaan perkhidmatan wang yang dilantik di bawah Akta

Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 [Akta 731];

5

(d)

ejen persaudagaran sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Jualan

Barang 1957 [Akta 382];

(e)

ejen keselamatan sosial pekerjaan sendiri yang dilantik di bawah Akta; atau

(f)

ejen pengutipan dan pengagihan zakat yang dilantik oleh pihak yang diberi kuasa.

16.

Perkhidmatan profesional, saintifik dan teknikal oleh mana-mana orang yang berikut:

(a)

peguam bela dan peguam cara yang berdaftar di bawah Akta Profesion

Undang-Undang 1976 [Akta 166], Ordinan Peguam Bela Sabah 1953

(Sabah

Bab 2)

atau

Ordinan

Peguam

Bela

Sarawak 1953

(Sarawak Bab 110);

(b)

akauntan yang berdaftar di bawah Akta Akauntan 1967 [Akta 94] dan termasuk auditor dan perunding cukai;

(c)

arkitek yang berdaftar di bawah Akta Arkitek 1967 [Akta 117];

(d)

jurutera yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Jurutera 1967

[Akta 138];

(e)

penyelidikan dan pembangunan yang dibuat bagi tujuan kajian sistematik, penyiasatan dan eksperimen yang melibatkan novelti atau risiko teknikal yang dijalankan dalam bidang sains atau teknologi dengan tujuan memperoleh pengetahuan baharu atau menggunakan keputusan kajian untuk pengeluaran atau pembaikan bahan, peranti, produk, keluaran atau proses, dan termasuk—

(i)

kawalan kualiti atau ujian rutin bahan, peranti atau produk;

6

(ii)

penyelidikan dalam sains sosial atau kemanusiaan;

(iii)

pengumpulan data rutin;

(iv)

tinjauan kecekapan atau kajian pengurusan;

(v)

penyelidikan pasaran atau promosi jualan;

(vi)

pengubahsuaian rutin atau perubahan kepada bahan, peranti, produk, proses atau kaedah pengeluaran; atau

(vii)

pengubahsuaian kosmetik atau perubahan gaya kepada bahan, peranti, produk, proses atau kaedah pengeluaran;

(f)

pereka cipta yang mempunyai reka cipta yang dipatenkan di bawah

Akta Paten 1983 [Akta 291];

(g)

doktor veterinar yang berdaftar di bawah

Akta

Doktor

Veterinar 1974 [Akta 147];

(h)

pengamal perubatan berdaftar yang berdaftar di bawah

Akta Perubatan 1971 [Akta 50];

(i)

ahli psikiatri sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Kesihatan

Mental 2001 [Akta 615]; atau

(j)

pengamal pergigian yang berdaftar di bawah

Akta Pergigian 1971 [Akta 51].

17.

(a)

Khidmat sokongan persendirian sama ada untuk upah atau apa-apa balasan yang lain atau nilaian wang atau selainnya oleh mana-mana orang yang berikut:

7

(i)

ejen pengembaraan berlesen dan pemandu pelancong berlesen sebagaimana yang ditakrifkan di bawah

Akta

Industri

Pelancongan 1992 [Akta 482];

(ii)

apa-apa khidmat penyelenggaraan;

(iii)

apa-apa khidmat sebagai tutor;

(iv)

apa-apa khidmat sebagai penterjemah; atau

(v)

mana-mana orang yang menjalankan apa-apa perniagaan yang menyediakan khidmat sokongan persendirian yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta 197], Ordinan

Perlesenan Perniagaan (Sabah Bab 144) atau Ordinan Nama-Nama

Perniagaan (Sarawak Bab 64).

(b)

Bagi maksud perenggan ini, khidmat sokongan persendirian termasuklah perkhidmatan yang diberikan melalui apa-apa aplikasi dalam talian.

18.

(a)

Perkhidmatan dalam apa-apa persembahan, aktiviti perfileman dan apa-apa aktiviti termasuk karya seni dan karya grafik.

(b)

Dalam perenggan ini—

“persembahan”, “karya seni” dan “karya grafik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Hak Cipta 1987 [Akta 332];

“aktiviti perfileman” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981

[Akta 244].

8 19.

Perkhidmatan dalam apa-apa penjagaan, perawatan dan pemulihan kesihatan, mental, fizikal atau sosial.

20.

Perkhidmatan isi rumah.”.

Dibuat 19 Disember 2019

[KSM/PUU(S)600-1/2/27/; PN(PU2)744/III]

M. KULA SEGARAN

Menteri Sumber Manusia

9

SELF-EMPLOYMENT SOCIAL SECURITY ACT 2017

SELF-EMPLOYMENT SOCIAL SECURITY ORDER

(AMENDMENT OF FIRST SCHEDULE) 2019

IN exercise of the powers conferred by section 84

of the

Self-Employment Social Security Act 2017 [Act 789], the Minister makes the following order:

Citation and commencement 1.

(1)

This order may be cited as the Self-Employment Social Security

(Amendment of First Schedule) Order 2019.

(2)

This Order comes into operation on 1 January 2020.

Amendment of First Schedule 2.

The

First

Schedule

Schedule to the

Act is amended by inserting after paragraph 1 the following paragraphs:

“2.

The agriculture sector which includes—

(a)

the production and marketing of the agricultural produce as defined under the Federal Agriculture Marketing Authority Act 1965 [Act 141];

(b)

the production, harvesting, extraction, processing and marketing of the oil palm and oil palm products as defined under the Malaysian Palm Oil

Board Act 1998 [Act 582];

(c)

the tapping, production and marketing of the rubber and rubber products as defined under the Malaysian Rubber Board (Incorporation)

Act 1996 [Act 551]; and

(d)

the harvesting, production and marketing of the padi as defined under the Control of Padi and Rice Act 1994 [Act 522].

10 3.

The taking of forest produce as defined under the National Forestry

Act 1984 [Act 313].

4.

The livestock and livestock production.

5.

The activity of fishing as defined under the Fisheries Act 1985 [Act 317] and the marketing of fish as defined under the Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia

Act 1971 [Act 49].

6.

The preparation and selling of food which is regulated under the Food

Act 1983 [Act 281] and the Control of Supplies Act 1961 [Act 122].

7.

The activity of manufacturing products which is regulated under the Industrial Co-ordination Act 1975 [Act 156].

8.

The construction works as defined under the Lembaga Pembangunan Industri

Pembinaan Malaysia Act 1994 [Act 520].

9.

The service of carriage and delivery of goods or food by any person by means of any vehicle owned by him, or managed, maintained or operated by that person, in any form of arrangement with the owner or lessor of the vehicle and whether for hire or reward or for any other valuable consideration or money’s worth or otherwise.

10.

The hawking or trading, at street or market, which is regulated under the

Local Government Act 1976 [Act 171], the Local Government Ordinance 1961

(Sabah

No.

11

of 1991)

or the

Local

Authorities

Ordinance 1996

(Sarawak Cap. 20).

11.

The service of accommodation premises which is regulated under the

Tourism Industry Act 1992 [Act 482].

11 12.

The supply of goods or services through a website or in an online market place as defined under the Consumer Protection (Electronic Trade Transactions)

Regulations 2012 [P.U. (A) 458/2012].

13.

The services relating to the communication and multimedia which is governed under the Communications and Multimedia Act 1998 [Act 588] which includes—

(a)

provide of any network facilities;

(b)

provide of any network services; or

(c)

provide of applications services.

14.

The service of collecting and processing of data whether for reward or for any other valuable consideration or money’s worth or otherwise.

15.

The service of agent by any of the following person:

(a)

insurance agent as defined under the

Financial

Services

Act 2013 [Act 758];

(b)

estate agent registered under the Valuers, Appraisers, Estate Agents

And Property Managers Act 1981 [Act 242];

(c)

money services business agent appointed under the Money Services

Business Act 2011 [Act 731];

(d)

mercantile agent as defined under the Sales of Goods Act 1957 [Act 382];

(e)

self-employment social security agent appointed under this Act; or

(f)

agent in collecting and distributing of zakat appointed by the authorised person.

12 16.

The service of professional, scientific and technical by any of the following person:

(a)

advocates and solicitors registered under the Legal Profession Act 1976

[Act 166], the Advocates Ordinance Sabah 1953 (Sabah Cap. 2) or the Advocates Ordinance Sarawak 1953 (Sarawak Cap. 110);

(b)

accountant registered under the Accountants Act 1967 [Act 94] and includes auditor and tax consultant;

(c)

architect registered under the Architects Act 1967 [Act 117];

(d)

engineer registered under the

Registration of

Engineers

Act 1967 [Act 138];

(e)

research and development which carry out for the purposes of systematic, investigative and experimental study that involves novelty or technical risk carried out in the field of science or technology with the object of acquiring new knowledge or using the results of the study for the production or improvement of materials, devices, products, produce, or processes, and includes—

(i)

quality control or routine testing of materials, devices or products;

(ii)

research in the social sciences or the humanities;

(iii)

routine data collection;

(iv)

efficiency surveys or management studies;

(v)

market research or sales promotion;

13

(vi)

routine modifications or changes to materials, devices, products, processes or production methods; or

(vii)

cosmetic modifications or stylistic changes to materials, devices, products, processes or production methods;

(f)

inventor who has an invention which is patented under the Patents

Act 1983 [Act 291];

(g)

veterinar doctor which is registered under the Veterinary Surgeons

Act 1974 [Act 147];

(h)

registered medical practitioner which is registered under the Medical

Act 1971 [Act 50];

(i)

psychiatrist which has the meaning assigned to it in the Mental Health

Act 2001 [ACT 615]; or

(j)

dental practitioner which is registered under the

Dental

Act 1971 [Act 51].

17.

(a)

The private support services whether for reward or for any other valuable consideration or money’s worth or otherwise by any of the following person:

(i)

licensed travel agent and licensed tourist guide as defined under the Tourism Industry Act 1992 [Act 482];

(ii)

any maintenance services;

(iii)

any tutor services;

(iv)

any interpreter services; or

14

(v)

any person who conducted any business in providing a private support services which is registered under the Registration of

Business Act 1956 [Act 197], the Trades Licensing Ordinance

(Sabah

Cap.

144)

or the

Business

Name

Ordinance

(Sarawak Cap. 64).

(b)

For the purpose of this paragraph, private support services includes services provided through any online applications.

18.

(a)

The services in any performance, film activities and any activity which includes artistic work and graphic work.

(b)

In this paragraph—

“performance”, “artistic work” and “graphic work” has the meaning assigned to it in the Copyright Act 1987 [Act 332];

“film activities” has the meaning assigned to it in the Perbadanan

Kemajuan Filem Nasional Malaysia Act 1981 [Act 244].

19.

The services in any care, treatment and recovery of health, mental, physical or social.

20.

The household services.”.

Made 19 December 2019

[KSM/PUU(S)600-1/2/27/; PN(PU2)744/III]

M. KULA SEGARAN

Ministry of Human Resource