JADUAL
P.U. (A) 353 3
AKTA SISTEM INSURANS PEKERJAAN 2017
PERATURAN-PERATURAN SISTEM INSURANS PEKERJAAN
(JEMAAH RAYUAN KESELAMATAN SOSIAL) 2018
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan 85(2)(f)
Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 [Akta 800], Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:
Nama dan permulaan kuat kuasa 1.
(1)Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Sistem
Insurans Pekerjaan (Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial) 2018.
(2)Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2019.
Permohonan dan pernyataan tuntutan 2.
(1)
Suatu permohonan untuk keputusan mengenai apa-apa persoalan, pertikaian, tuntutan atau rayuan yang disebut dalam subseksyen 59(1) Akta hendaklah dibuat kepada Jemaah Rayuan dalam Borang JR1 Jadual.
(2)
Permohonan hendaklah disertakan dengan pernyataan tuntutan dan fi pemprosesan sebanyak dua ringgit.
(3)
Permohonan hendaklah difailkan dalam lima salinan di pejabat
Pengerusi Jemaah Rayuan yang ditubuhkan bagi kawasan di mana orang berinsurans itu bekerja pada masa persoalan, pertikaian, tuntutan atau rayuan itu timbul.
Penyampaian permohonan 3.
(1)
Apabila permohonan yang disebut dalam peraturan 2
diterima,
Pengerusi Jemaah Rayuan hendaklah menyebabkan supaya—
(a)
satu salinan permohonan bersama dengan pernyataan tuntutan itu dikembalikan kepada pemohon dengan pengakuterimaan penerimaan; dan
P.U. (A) 353 4
(b)
satu salinan permohonan bersama dengan pernyataan tuntutan itu dan suatu notis untuk memfailkan pernyataan pembelaan dalam
Borang JR2 Jadual disampaikan secara ke diri kepada responden dalam masa tiga puluh hari dari tarikh permohonan difailkan.
(2)
Jika reponden yang disebut dalam perenggan (1)(b) ialah Pertubuhan, salinan permohonan bersama dengan pernyataan tuntutan dan notis untuk memfailkan pernyataan pembelaan itu boleh disampaikan melalui pos berdaftar yang dialamatkan kepada Ketua Pengarah di alamat penyampaian bagi Pertubuhan.
Pernyataan pembelaan 4.
(1)Responden yang telah disampaikan dengan sewajarnya suatu notis untuk memfailkan pernyataan pembelaan di bawah peraturan 3 atau 7 hendaklah memfailkan pernyataan pembelaan dalam Borang JR4 Jadual kepada Jemaah Rayuan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penerimaan notis itu.
(2)
Pengerusi Jemaah Rayuan hendaklah menyebabkan supaya suatu pernyataan pembelaan yang difailkan di bawah subperaturan (1) disampaikan secara ke diri kepada pemohon dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pernyataan pembelaan itu difailkan.
Pindaan pernyataan tuntutan 5.
(1)
Pemohon boleh, pada mana-mana peringkat prosiding, meminda pernyataan tuntutan yang difailkan di bawah peraturan 2 dengan kebenaran Jemaah Rayuan tertakluk kepada apa-apa terma dan arahan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh
Jemaah Rayuan.
(2)Walau apa pun subperaturan (1), Jemaah Rayuan tidak boleh memberikan kebenaran untuk meminda pernyataan tuntutan itu bagi maksud memasukkan suatu persoalan, pertikaian, tuntutan atau alasan rayuan yang baharu melainkan jika
Jemaah Rayuan berpuas hati bahawa—
(a)
persoalan, pertikaian, tuntutan atau alasan rayuan yang baharu itu adalah berdasarkan apa-apa perkara fakta atau undang-undang yang
P.U. (A) 353 5
diketahui oleh pemohon hanya selepas permohonan bersama dengan pernyataan tuntutan itu difailkan;
(b)
tidak praktik untuk memasukkan dalam pernyataan tuntutan itu persoalan, pertikaian, tuntutan atau alasan rayuan yang baharu itu pada masa permohonan bersama dengan pernyataan tuntutan itu difailkan; atau
(c)
persoalan, pertikaian, tuntutan atau alasan rayuan yang baharu itu dimasukkan disebabkan oleh hal keadaan yang luar biasa.
(3)Jika kebenaran diberikan di bawah subperaturan (1), pemohon hendaklah memfailkan pernyataan tuntutan terpinda itu dalam lima salinan dengan Jemaah Rayuan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh kebenaran itu diberikan.
(4)
Pengerusi Jemaah Rayuan hendaklah menyebabkan supaya satu salinan pernyataan tuntutan terpinda itu dikembalikan kepada pemohon dengan pengakuterimaan penerimaan.
(5)Jika pernyataan tuntutan dipinda di bawah subperaturan (1) selepas permohonan itu disampaikan dengan sewajarnya kepada responden di bawah peraturan 3 atau 7, Pengerusi Jemaah Rayuan hendaklah menyebabkan supaya pernyataan tuntutan terpinda itu disampaikan secara ke diri kepada responden dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pernyataan tuntutan terpinda itu dikembalikan kepada pemohon di bawah subperaturan (4).
(6)Jika pernyataan tuntutan terpinda disampaikan kepada responden selepas pernyataan pembelaan disampaikan dengan sewajarnya kepada pemohon di bawah peraturan 4 atau 7, responden boleh meminda pernyataan pembelaannya dan memfailkan pernyataan pembelaan terpinda itu dengan Jemaah Rayuan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pernyataan tuntutan terpinda itu disampaikan kepada responden.
P.U. (A) 353 6
(7)Pengerusi Jemaah Rayuan hendaklah menyebabkan supaya pernyataan pembelaan terpinda itu disampaikan secara ke diri kepada pemohon dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pernyataan pembelaan terpinda itu difailkan dengan
Jemaah Rayuan.
Pindaan pernyataan pembelaan 6.
(1)Responden boleh, pada mana-mana peringkat prosiding, meminda pernyataan pembelaan yang difailkan di bawah peraturan 4 dengan kebenaran
Jemaah Rayuan tertakluk kepada apa-apa terma dan arahan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Jemaah Rayuan.
(2)Walau apa pun subperaturan (1), Jemaah Rayuan tidak boleh memberikan kebenaran untuk meminda pernyataan pembelaan yang difailkan di bawah peraturan 4
melainkan jika Jemaah Rayuan berpuas hati bahawa—
(a)
pindaan itu adalah berdasarkan apa-apa perkara fakta atau undang-undang yang diketahui oleh responden hanya selepas pernyataan pembelaan itu difailkan;
(b)
pindaan itu tidak praktik untuk dimasukkan dalam atau ditinggalkan daripada pernyataan pembelaan itu apabila pernyataan pembelaan itu difailkan; atau
(c)
pindaan itu dimasukkan atau ditinggalkan disebabkan oleh hal keadaan yang luar biasa.
(3)Jika kebenaran diberikan di bawah subperaturan (1), responden hendaklah memfailkan pernyataan pembelaan terpinda itu dalam lima salinan dengan
Jemaah Rayuan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh kebenaran itu diberikan.
(4)
Jika pernyataan pembelaan dipinda di bawah subperaturan (1) selepas pernyataan pembelaan itu disampaikan dengan sewajarnya kepada pemohon di bawah peraturan 4 atau 7, Pengerusi Jemaah Rayuan hendaklah menyebabkan supaya
P.U. (A) 353 7
pernyataan pembelaan terpinda itu disampaikan secara ke diri kepada pemohon dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pernyataan pembelaan terpinda itu difailkan dengan
Jemaah Rayuan.
Penyampaian ganti 7.
Jika penyampaian ke diri tidak boleh dilakukan di bawah Peraturan-Peraturan ini—
(a)Pengerusi Jemaah Rayuan boleh membuat suatu perintah bagi penyampaian ganti dalam Borang JR3 Jadual; dan
(b)
amalan Mahkamah Sesyen bagi penyampaian ganti saman dan notis hendaklah terpakai.
Notis pendengaran 8.
(1)Pengerusi hendaklah menyebabkan supaya suatu notis pendengaran dikeluarkan kepada pihak-pihak dalam permohonan yang disebut dalam peraturan 2
dalam Borang JR5 Jadual yang menyatakan tarikh, masa dan tempat pendengaran tidak kurang daripada sepuluh hari sebelum tarikh pendengaran permohonan itu.
(2)Walau apa pun subperaturan (1), notis pendengaran boleh dikeluarkan kepada pihak-pihak dalam permohonan itu kurang daripada sepuluh hari jika tiada bantahan oleh pihak-pihak dalam permohonan itu.
Ikatan dokumen 9.
(1)
Pengerusi Jemaah Rayuan boleh mengarahkan pihak-pihak dalam permohonan yang disebut dalam peraturan 2 untuk memfailkan ikatan dokumen kepada
Jemaah Rayuan tidak kurang daripada sepuluh hari sebelum tarikh pendengaran permohonan itu.
(2)
Ikatan dokumen hendaklah terdiri daripada yang berikut:
(a)
permohonan bersama dengan pernyataan tuntutan dalam
Borang JR1 Jadual;
P.U. (A) 353 8
(b)
pernyataan pembelaan dalam Borang JR4 Jadual;
(c)
pernyataan fakta kes oleh Pertubuhan; dan
(d)
dokumen lain yang berkaitan, jika ada.
(3)
Walau apa pun subperaturan (1), ikatan dokumen boleh difailkan dengan
Jemaah Rayuan kurang daripada sepuluh hari jika tiada bantahan oleh pihak-pihak dalam permohonan itu.
Saman untuk hadir 10.
(1)Jemaah Rayuan boleh, atas usulnya sendiri atau atas permintaan mana-mana pihak dalam permohonan yang disebut dalam peraturan 2, mengeluarkan saman kepada mana-mana orang untuk hadir sebagai saksi atau untuk mengemukakan apa-apa keterangan dalam milikannya di hadapan Jemaah Rayuan.
(2)
Saman untuk hadir di bawah subperaturan (1) hendaklah dalam Borang JR6