Preamble
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan 127(3)(b) Akta Cukai
Pendapatan 1967 [Akta 53], Menteri membuat perintah yang berikut:
Nama dan permulaan kuat kuasa 1.
/akn/my/act/pua/2017/237
Text is served through the Arturio legal-data gateway. This reader shows the active Malaysia expression when available.
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan 127(3)(b) Akta Cukai
Pendapatan 1967 [Akta 53], Menteri membuat perintah yang berikut:
Nama dan permulaan kuat kuasa 1.
)
Perintah ini bolehlah dinamakan
Perintah
Cukai
Pendapatan
(No. 6) 2017.
)
Perintah ini disifatkan berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2016
hingga tahun taksiran 2025.
Tafsiran 2.
Dalam Perintah ini—
“aktiviti yang layak” ertinya aktiviti yang dijalankan bagi memastikan penyelarasan, pelaksanaan dan pengendalian Taman Eko Sisa yang berkesan dan cekap, termasuk—
menggalakkan dan mengiklankan Taman Eko Sisa;
menguruskan kemudahan dan infrastruktur dalam Taman Eko Sisa;
memastikan pembekalan jenis dan jumlah sisa yang diterima dalam
Taman Eko Sisa adalah mengikut kapasiti kemudahan dan infrastuktur dalam Taman Eko Sisa; dan
menguruskan pengasingan dan pemisahan sisa bagi stok suapan pengendali yang disebut dalam
Perintah
Cukai
Pendapatan
(No. 4) 2017 [P.U. (A) 235/2017] dan Perintah Cukai
Pendapatan (Pengecualian) (No. 5) 2017 [P.U. (A) 236/2017];
P.U. (A) 237 3
“pengurus”
ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah
Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan bermastautin di Malaysia yang menjalankan aktiviti yang layak;
“Taman Eko Sisa” ertinya suatu tempat bagi aktiviti kitar semula, pemulihan dan rawatan sisa dijalankan yang mempunyai ciri-ciri minimum yang berikut:
infrastruktur asas seperti jalan, sistem pengaliran, utiliti dan pembentungan;
bangunan dan kemudahan bagi penerimaan dan pengasingan sisa;
kemudahan rawatan air sisa;
bangunan bagi kemudahan kitar semula, pemulihan atau rawatan sisa;
dan
bangunan bagi pusat pendidikan dan kesedaran.
Pengecualian 3.
)
Tertakluk kepada subperenggan (3), Menteri mengecualikan pengurus dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan tujuh puluh peratus daripada pendapatan berkanun yang diperoleh daripada aktiviti yang layak.
)
Permohonan bagi pengecualian di bawah subperenggan (1) hendaklah dibuat kepada Menteri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia pada atau selepas 1 Januari 2016 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2020.
)
Pengecualian yang diberikan di bawah subperenggan (1) adalah tertakluk kepada syarat yang berikut:
P.U. (A) 237 4
Taman Eko Sisa telah diluluskan oleh pihak berkuasa yang dinyatakan dalam Jadual, Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan yang berkenaan sebelum aktiviti yang layak dilaksanakan;
pengurus hendaklah menyenggara rekod mengenai semua sisa dan produk yang masuk ke dalam dan keluar dari Taman Eko Sisa dan menghantar laporan berkala mengenai rekod itu kepada pemaju;
keseluruhan jumlah sisa yang diterima setiap bulan perlu diproses dan maksimum tiga puluh peratus daripada jumlah sisa yang diproses itu dibenarkan untuk dilupuskan dengan cara kambus tanah;
hanya sisa yang diperoleh dalam Malaysia, termasuk zon bebas atau gudang pengilangan berlesen, yang dikitar semula, dipulihkan atau dirawat dalam Taman Eko Sisa dan pengurus tidak dibenarkan untuk mengimport sisa ke dalam Malaysia; dan
pengurus mematuhi semua undang-undang bertulis, garis panduan, syarat dan arahan berhubung dengan pengecualian yang diberikan di bawah Perintah ini dan berhubung dengan pengurusan sisa.
)
Tiada apa-apa pun dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan pengurus daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun, atau memberikan apa-apa maklumat lain, di bawah Akta.
P.U. (A) 237 5
)
Dalam perenggan ini
“Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia” ertinya Lembaga Pembangunan
Pelaburan Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pembangunan Pelaburan
Malaysia (Pemerbadanan) 1965 [Akta 397];
“pemaju” ertinya pemaju yang disebut dalam Perintah Cukai Pendapatan
(No. 7) 2017 [P.U. (A) 238/2017].
Pendapatan berkanun 4.
)
Tertakluk kepada subperenggan (2), pendapatan berkanun yang disebut dalam subperenggan 3(1) dalam tempoh asas bagi setiap tahun taksiran yang dikecualikan hendaklah ditentukan selepas memotong elaun yang boleh diberikan di bawah Jadual 3 kepada Akta walaupun tiada tuntutan bagi elaun itu telah dibuat.
)
Jika suatu aset digunakan bagi maksud aktiviti yang layak juga digunakan bagi maksud suatu aktiviti selain aktiviti yang layak, maka amaun elaun yang boleh diberikan di bawah Jadual 3 kepada Akta hendaklah dipotong sebagaimana munasabah mengambil kira setakat yang aset itu digunakan bagi maksud aktiviti yang layak.
)
Jika, oleh sebab ketiadaan atau ketidakcukupan pendapatan berkanun, pengecualian tidak boleh diberikan atau tidak boleh diberikan sepenuhnya sebagaimana yang pengurus itu berhak di bawah subperenggan 3(1) bagi tahun taksiran itu, maka sekian banyak daripada pendapatan berkanun yang berkenaan dengannya pengecualian tidak boleh diberikan bagi tahun taksiran itu, hendaklah diberikan pengecualian bagi tahun taksiran pertama yang berikutnya bagi tempoh asas yang pengurus itu mempunyai pendapatan berkanun daripada aktiviti yang layak, dan bagi tahun atau tahun-tahun taksiran yang berikutnya sehinggalah pengecualian diberikan berkenaan dengan keseluruhan pendapatan berkanun sebagaimana yang pengurus itu berhak di bawah subperenggan 3(1).
P.U. (A) 237 6
Penarikan balik pengecualian 5.
)
Menteri boleh menarik balik pengecualian yang diberikan di bawah subperenggan 3(1) sekiranya pengurus gagal mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan berhubung dengan pengecualian itu.
)
Jika pengecualian ditarik balik mengikut subperenggan (1), pengecualian yang diberikan di bawah subperenggan 3(1) berkenaan dengan apa-apa amaun pendapatan berkanun hendaklah disifatkan tidak diberikan kepada pengurus itu.
Punca berasingan dan akaun berasingan 6.
)
Jika pengurus menjalankan aktiviti yang layak dan aktiviti selain aktiviti yang layak, setiap aktiviti hendaklah dikira sebagai suatu punca berasingan dan berlainan bagi aktiviti itu.
)
Pengurus yang diberikan pengecualian di bawah subperenggan 3(1)
hendaklah menyenggara suatu akaun yang berasingan bagi pendapatan yang diperoleh daripada aktiviti yang layak.
Ketidakpakaian 7.
Perintah ini tidak terpakai bagi pengurus yang dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran telah diberikan pengecualian di bawah seksyen 127 Akta berkenaan dengan aktiviti yang layak yang sama.
JADUAL
(1)
(2)
Pihak Berkuasa
(3)
Jenis Sisa 1.
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara
Kumbahan
2. Jabatan Pertanian
Sisa pertanian
3. Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara
Sisa pepejal
P.U. (A) 237 7
(1)
(2)
Pihak Berkuasa
(3)
Jenis Sisa
4. Jabatan Alam Sekitar
Buangan terjadual
5. Lembaga Pelesenan Tenaga Atom
Sisa radioaktif
6. Jabatan Mineral dan Geosains
Perlombongan
Dibuat 23 Mei 2017
[Perb. 0.3865/73(SJ.107); LHDN.1/10.5-1/77-4; PN(PU2)80/LXXXII]
DATUK SERI JOHARI BIN ABDUL GHANI
Menteri Kewangan Kedua
[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 127(4) Akta Cukai
Pendapatan 1967]
P.U. (A) 237 8
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (EXEMPTION) (NO. 6) ORDER 2017
IN exercise of the powers conferred by paragraph 127(3)(b)
of the
Income Tax Act 1967 [Act 53], the Minister makes the following order:
Citation and commencement 1.
(1)
This order may be cited as the Income Tax (Exemption) (No. 6)
Order 2017.
(2)
This Order shall be deemed to have effect from the year of assessment 2016 until the year of assessment 2025.
Interpretation 2.
In this Order—
“qualifying activity” means the activity carried out to ensure effective and efficient coordination, implementation and operation of the Waste Eco Park, including—
(a)
promoting and advertising the Waste Eco Park;
(b)
managing facilities and infrastructures in the Waste Eco Park;
(c)
ensuring the supply of types and amount of the waste received in the
Waste Eco Park is according to the capacity of the facility and infrastructure in the Waste Eco Park; and
(d)
managing segregation and separation of the waste for the feedstock of the operator referred to in the Income Tax (Exemption) (No. 4)
[P.U. (A) 235/2017] Order 2017 and the Income Tax (Exemption) (No. 5)
Order 2017 [P.U. (A) 236/2017];
P.U. (A) 237 9
“manager” means a company incorporated under the Companies Act 2016
[Act 777] and resident in Malaysia who carries on a qualifying activity;
“Waste Eco Park” means a place for waste recycling, recovery and treatment activities to be carried out which incorporates the following minimum elements:
(a)
basic infrastructure such as roads, drainage system, utilities and sewerage;
(b)
building and facility for waste receipt and separation;
(c)
waste water treatment facility;
(d)
building for waste recycling, recovery or treatment facility; and
(e)
building for education and awareness centre.
Exemption 3.
(1)
Subject to subparagraph (3), the Minister exempts a manager in the basis period for a year of assessment from the payment of income tax in respect of seventy percent of the statutory income derived from a qualifying activity.
(2)
An application for an exemption under subparagraph (1) shall be made to the Minister through the Malaysian Investment Development Authority on or after 1 January 2016 but not later than 31 December 2020.
(3)
An exemption granted under subparagraph (1) shall be subject to the following conditions:
(a)
the Waste Eco Park has been approved by the relevant authorities specified in the Schedule, State Governments and local authorities before the qualifying activity is executed;
P.U. (A) 237 10
(b)
the manager shall maintain records of all wastes and products flowing in and out of the Waste Eco Park and submit periodic reports of the records to the developer;
(c)
the total waste tonnage received monthly needs to be processed and a maximum of thirty percent from the total processed waste is allowed to be disposed to the landfill;
(d)
only waste obtained within Malaysia, including free zones or licensed manufacturing warehouse, are being recycled, recovered or treated in the Waste Eco Park and the manager is not allowed to import waste into Malaysia; and
(e)
the manager complies with all the written laws, guidelines, conditions and directions in relation to the exemption granted under this Order and in relation to waste management.
(4)
Nothing in subparagraph (1) shall absolve or be deemed to have absolved the manager from complying with any requirement to submit any return or statement of accounts, or to furnish any other information, under the Act.
(5)
In this paragraph—
“Malaysian
Investment
Development
Authority”
means the
Malaysian
Investment Development Authority established under the Malaysian Investment
Development Authority (Incorporation) Act 1965 [Act 397];
“developer” means the developer referred to in the Income Tax (Exemption)
(No. 7) Order 2017 [P.U. (A) 238/2017].
Statutory income 4.
(1)
Subject to subparagraph (2), the statutory income referred to in subparagraph 3(1) in the basis period for each exempt year of assessment shall be
P.U. (A) 237 11
determined after deducting the allowances which fall to be made under Schedule 3 to the Act notwithstanding that no claim for such allowances has been made.
(2)
Where an asset used for the purposes of a qualifying activity is also used for the purposes of an activity other than a qualifying activity, then the amount of allowances which fall to be made under Schedule 3 to the Act shall be deducted as is reasonable having regard to the extent to which the asset is used for the purposes of a qualifying activity.
(3)
Where, by reason of the absence or insufficiency of the statutory income, exemption cannot be granted or cannot be granted in full as the manager is entitled under subparagraph 3(1) for that year of assessment, then so much of the statutory income in respect of which exemption cannot be granted for that year of assessment, shall be granted exemption for the first subsequent year of assessment for the basis period for which the manager has statutory income from a qualifying activity, and for subsequent year or years of assessment until the exemption is granted in respect of the whole statutory income as the manager is entitled under subparagraph 3(1).
Withdrawal of exemption 5.
(1)
The
Minister may withdraw the exemption granted under subparagraph 3(1) if the manager fails to comply with any condition imposed in relation to the exemption.
(2)
Where the exemption is withdrawn in accordance with subparagraph (1), the exemption granted under subparagraph 3(1) in respect of any amount of the statutory income shall be deemed to have not been granted to the manager.
Separate source and separate account 6.
(1)
Where the manager carries on a qualifying activity and an activity other than a qualifying activity, each activity shall be treated as a separate and distinct source of the activity.
P.U. (A) 237 12
(2)
The manager who is granted an exemption under subparagraph 3(1) shall maintain a separate account for the income derived from qualifying activity.
Non-application 7.
This Order shall not apply to a manager who in the basis period for a year of assessment has been granted an exemption under section 127 of the Act in respect of the same qualifying activity.
(1)
(2)
Authority
(3)
Type of Waste 1.
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara
Sewage 2.
Department of Agriculture
Agricultural waste 3.
National Solid Waste Management Department
Solid waste 4.
Department of Environment
Scheduled wastes 5.
Atomic Energy Licensing Board
Radioactive waste 6.
Department of Minerals and Geosciences
Mining
Made 23 May 2017
[Perb. 0.3865/73(SJ.107); LHDN.01/10.5-1/77-4; PN(PU2)80/LXXXII]
DATUK SERI JOHARI BIN ABDUL GHANI
Second Minister of Finance
[To be laid before the Dewan Rakyat pursuant to subsection 127(4) of the Income Tax
Act 1967]