/akn/my/act/pua/2017/235

PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 4) 2017

Text is served through the Arturio legal-data gateway. This reader shows the active Malaysia expression when available.

Open source PDF
Front matter

Ogos 2017 15 August 2017

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 4) 2017 INCOME TAX (EXEMPTION) (NO. 4) ORDER 2017 DISIARKAN OLEH/ PUBLISHED BY JABATAN PEGUAM NEGARA/ ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS 2 AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 4) 2017

Preamble
Preamble

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan 127(3)(b) Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53], Menteri membuat perintah yang berikut: Nama dan permulaan kuat kuasa 1.

Subsection
Subsection

(1) Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 4) 2017.

Subsection
Subsection

(2) Perintah ini disifatkan berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2016. Tafsiran 2.

Subsection
Subsection

(1) Dalam Perintah ini— “aktiviti yang layak” ertinya rawatan sisa, pemulihan sisa atau pengitaran semula sisa dalam Taman Eko Sisa; “pengendali” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan bermastautin di Malaysia yang menjalankan sekurang-kurangnya satu aktiviti yang layak; “perbelanjaan modal yang layak” ertinya perbelanjaan modal yang dilakukan oleh pengendali berhubung dengan jentera atau loji yang digunakan di Malaysia semata-mata bagi maksud menjalankan aktiviti yang layak, tetapi tidak termasuk perbelanjaan modal yang dilakukan ke atas mana-mana jentera atau loji yang disediakan secara keseluruhannya atau sebahagiannya bagi kegunaan pengarah atau individu yang merupakan anggota pengurusan, pentadbiran atau pekerja perkeranian bagi pengendali itu; “syarikat berkaitan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986 [Akta 327]; 3 “Taman Eko Sisa” ertinya suatu tempat bagi aktiviti kitar semula, pemulihan dan rawatan sisa dijalankan yang mempunyai ciri-ciri minimum yang berikut:

Paragraph
Paragraph

(a) infrastruktur asas seperti jalan, sistem pengaliran, utiliti dan pembentungan;

Paragraph
Paragraph

(b) bangunan dan kemudahan bagi penerimaan dan pengasingan sisa;

Paragraph
Paragraph

(c) kemudahan rawatan air sisa;

Paragraph
Paragraph

(d) bangunan bagi kemudahan kitar semula, pemulihan atau rawatan sisa; dan

Paragraph
Paragraph

(e) bangunan bagi pusat pendidikan dan kesedaran.

Subsection
Subsection

(2) Kecuali bagi subperenggan 3(1) dan (2), perenggan 46 dan 55 Jadual 3 kepada Akta hendaklah terpakai berhubung dengan apa-apa sebutan mengenai “dilakukan” dalam Perintah ini, dan perkataan “melakukan” hendaklah ditafsirkan sewajarnya. Pengecualian 3.

Subsection
Subsection

(1) Tertakluk kepada subperenggan (5), Menteri mengecualikan pengendali dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada suatu aktiviti yang layak yang bersamaan dengan amaun elaun sebanyak seratus peratus daripada perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan oleh pengendali itu.

Subsection
Subsection

(2) Pengecualian yang disebut dalam subperenggan (1) adalah bagi tempoh lima tahun berturut-turut bermula dari tarikh perbelanjaan modal yang layak yang pertama dilakukan oleh pengendali sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia. 4

Subsection
Subsection

(3) Tarikh permulaan yang disebut dalam subperenggan (2) tidak boleh lebih awal daripada tiga tahun sebelum tarikh permohonan bagi pengecualian dibuat dan tidak boleh lebih awal daripada 1 Disember 2015.

Subsection
Subsection

(4) Permohonan bagi pengecualian di bawah subperenggan (1) hendaklah dibuat kepada Menteri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia pada atau selepas 1 Januari 2016 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2020.

Subsection
Subsection

(5) Pengecualian yang diberikan di bawah subperenggan (1) adalah tertakluk kepada syarat yang berikut:

Paragraph
Paragraph

(a) Taman Eko Sisa telah diluluskan oleh pihak berkuasa yang dinyatakan dalam Jadual, Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan yang berkenaan sebelum aktiviti yang layak dilaksanakan;

Paragraph
Paragraph

(b) pengendali hendaklah menyenggara rekod mengenai semua sisa dan produk yang masuk ke dalam dan keluar dari Taman Eko Sisa dan menghantar laporan berkala mengenai rekod itu kepada pengurus;

Paragraph
Paragraph

(c) hanya sisa yang diperoleh dalam Malaysia, termasuk zon bebas atau gudang pengilangan berlesen, yang dikitar semula, dipulihkan atau dirawat dalam Taman Eko Sisa dan pengendali tidak dibenarkan untuk mengimport sisa ke dalam Malaysia; dan

Paragraph
Paragraph

(d) pengendali mematuhi semua undang-undang bertulis, garis panduan, syarat dan arahan berhubung dengan pengecualian yang diberikan di bawah Perintah ini dan berhubung dengan pengurusan sisa.

Subsection
Subsection

(6) Tiada apa-apa dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan pengendali daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun, atau memberikan apa-apa maklumat lain, di bawah Akta. 5

Subsection
Subsection

(7) Jika pengendali telah diberikan pengecualian di bawah subperenggan (1), mana-mana syarikat berkaitan kepada pengendali tidak layak mendapat pengecualian di bawah subperenggan (1) berhubung dengan aktiviti yang layak yang sama.

Subsection
Subsection

(8) Dalam perenggan ini— “Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia” ertinya Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Pemerbadanan) 1965 [Akta 397]; “pengurus” ertinya pengurus yang disebut dalam Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 6) 2017 [P.U. (A) 237/2017]. Pendapatan berkanun 4.

Subsection
Subsection

(1) Tertakluk kepada subperenggan (2), pendapatan berkanun yang disebut dalam subperenggan 3(1) dalam tempoh asas bagi setiap tahun taksiran yang dikecualikan hendaklah ditentukan selepas memotong elaun yang boleh diberikan di bawah Jadual 3 kepada Akta walaupun tiada tuntutan bagi elaun itu telah dibuat.

Subsection
Subsection

(2) Jika suatu jentera atau loji digunakan bagi maksud suatu aktiviti yang layak juga digunakan bagi maksud suatu aktiviti selain suatu aktiviti yang layak, maka amaun elaun yang boleh diberikan di bawah Jadual 3 kepada Akta hendaklah dipotong sebagaimana munasabah mengambil kira setakat yang jentera atau loji itu digunakan bagi maksud aktiviti yang layak.

Subsection
Subsection

(3) Jumlah pendapatan berkanun yang dikecualikan di bawah subperenggan 3(1) hendaklah tidak melebihi tujuh puluh peratus bagi setiap tahun taksiran.

Subsection
Subsection

(4) Jika, oleh sebab ketiadaan atau ketidakcukupan pendapatan berkanun, pengecualian tidak boleh diberikan atau tidak boleh diberikan sepenuhnya sebagaimana yang pengendali itu berhak di bawah subperenggan 3(1) bagi tahun 6 taksiran itu, maka sekian banyak daripada pendapatan berkanun yang berkenaan dengannya pengecualian tidak boleh diberikan bagi tahun taksiran itu, hendaklah diberikan pengecualian bagi tahun taksiran pertama yang berikutnya bagi tempoh asas yang pengendali itu mempunyai pendapatan berkanun daripada aktiviti yang layak, dan bagi tahun atau tahun-tahun taksiran yang berikutnya sehinggalah pengecualian diberikan berkenaan dengan keseluruhan pendapatan berkanun sebagaimana yang pengendali itu berhak di bawah subperenggan 3(1). Pelupusan jentera atau loji dalam tempoh lima tahun 5. Jika perbelanjaan modal yang layak dilakukan oleh pengendali ke atas jentera atau loji yang digunakan bagi maksud suatu aktiviti yang layak dan jentera atau loji itu dilupuskan pada bila-bila masa dalam tempoh lima tahun dari tarikh perolehan jentera atau loji itu, pengecualian yang diberikan berkenaan dengan amaun pendapatan berkanun yang bersamaan dengan amaun elaun bagi perbelanjaan modal yang layak itu hendaklah ditarik balik dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang jentera atau loji itu dilupuskan. Penentuan perbelanjaan modal yang layak bagi jentera atau loji yang dilupuskan kepada syarikat berkaitan 6. Jika pengendali melupuskan kepada syarikat berkaitannya apa-apa jentera atau loji yang berkenaan dengannya pengecualian dipohon oleh pengendali itu di bawah Perintah ini, amaun perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan oleh syarikat berkaitan itu hendaklah disifatkan sebagai suatu jumlah yang bersamaan dengan sifar. Penarikan balik pengecualian 7.

Subsection
Subsection

(1) Menteri boleh menarik balik pengecualian yang diberikan di bawah subperenggan 3(1) sekiranya pengendali gagal untuk mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan berhubung dengan pengecualian itu.

Subsection
Subsection

(2) Jika pengecualian ditarik balik mengikut subperenggan (1), pengecualian yang diberikan di bawah subperenggan 3(1) berkenaan dengan apa-apa amaun 7 pendapatan berkanun hendaklah disifatkan tidak diberikan kepada pengendali itu dari tahun pertama tempoh yang disebut dalam subperenggan 3(2). Punca berasingan dan akaun berasingan 8.

Subsection
Subsection

(1) Jika pengendali menjalankan aktiviti yang layak dan aktiviti selain aktiviti yang layak, setiap aktiviti hendaklah dikira sebagai suatu punca berasingan dan berlainan bagi aktiviti itu.

Subsection
Subsection

(2) Pengendali yang diberikan pengecualian di bawah subperenggan 3(1) hendaklah menyenggara suatu akaun yang berasingan bagi pendapatan yang diperoleh daripada aktiviti yang layak. Ketidakpakaian 9. Perintah ini tidak terpakai bagi pengendali yang dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran—

Paragraph
Paragraph

(a) telah membuat suatu tuntutan bagi elaun pelaburan semula di bawah

Schedule
Schedule

Jadual 7A kepada Akta atau elaun pelaburan di bawah Jadual 7B kepada Akta; (b) telah diberikan apa-apa insentif di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986 berkenaan dengan aktiviti yang layak yang sama; (c) telah diberikan pengecualian di bawah seksyen 127 Akta berkenaan dengan aktiviti yang layak yang sama; atau (d) telah membuat suatu tuntutan bagi potongan di bawah mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 154 Akta kecuali— (i) elaun di bawah Jadual 3 kepada Akta; 8 (ii) Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan Audit) 2006 [P.U. (A) 129/2006]; (iii) Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Kos yang berhubungan dengan Latihan untuk Pekerja bagi Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan) 2014 [P.U. (A) 334/2014]; atau (iv) Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan berhubung dengan Yuran Kesetiausahaan dan Yuran Pemfailan Cukai) 2014 [P.U. (A) 336/2014].

Schedule
Schedule

JADUAL (1) No. (2) Pihak Berkuasa (3) Jenis Sisa 1. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara Kumbahan 2. Jabatan Pertanian Sisa pertanian 3. Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara Sisa pepejal 4. Jabatan Alam Sekitar Sisa terjadual 5. Lembaga Pelesenan Tenaga Atom Sisa radioaktif 6. Jabatan Mineral dan Geosains Perlombongan 9 Dibuat 23 Mei 2017 [Perb. 0.3865/73(SJ.107); LHDN.01/10.5-1/77-4; PN(PU2)80/LXXXVII] DATUK SERI JOHARI BIN ABDUL GHANI Menteri Kewangan Kedua [Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 127(4) Akta Cukai Pendapatan 1967] 10 INCOME TAX ACT 1967 INCOME TAX (EXEMPTION) (NO. 4) ORDER 2017 IN exercise of the powers conferred by paragraph 127(3)(b) of the Income Tax Act 1967 [Act 53], the Minister makes the following order: Citation and commencement 1. (1) This order may be cited as the Income Tax (Exemption) (No. 4) Order 2017. (2) This Order shall be deemed to have effect from the year of assessment 2016. Interpretation 2. (1) In this Order— “qualifying activity” means waste treatment, waste recovery or waste recycling in the Waste Eco Park; “operator” means a company incorporated under the Companies Act 2016 [Act 777] and resident in Malaysia who undertakes at least one of the qualifying activities; “qualifying capital expenditure” means the capital expenditure incurred by an operator in relation to a machinery or plant used in Malaysia solely for the purpose of carrying on a qualifying activity, but does not include capital expenditure incurred on any machinery or plant which is provided wholly or partly for the use of a director or an individual who is a member of the management, administration or clerical staff of that operator; “related company” has the same meaning assigned to it under the Promotion of Investments Act 1986 [Act 327]; 11 “Waste Eco Park” means a place for waste recycling, recovery and treatment activities to be carried out which incorporates the following minimum elements: (a) basic infrastructure such as roads, drainage system, utilities and sewerage; (b) building and facility for waste receipt and separation; (c) waste water treatment facility; (d) building for waste recycling, recovery or treatment facility; and (e) building for education and awareness centre. (2) Except for subparagraphs 3(1) and (2), paragraphs 46 and 55 of Schedule 3 to the Act shall apply in relation to any reference to “incurred” in this Order, and the word “incurs” shall be construed accordingly. Exemption 3. (1) Subject to subparagraph (5), the Minister exempts an operator in the basis period for a year of assessment from the payment of income tax in respect of the statutory income derived from a qualifying activity which is equivalent to the amount of allowance of one hundred percent of the qualifying capital expenditure incurred by the operator. (2) The exemption referred to in subparagraph (1) is for a period of five consecutive years commencing from the date of the first qualifying capital expenditure incurred by the operator as determined by the Malaysian Investment Development Authority. (3) The commencement date referred to in subparagraph (2) shall not be earlier than three years before the date of the application for exemption is made and shall not be earlier than 1 December 2015. 12 (4) An application for exemption under subparagraph (1) shall be made to the Minister through the Malaysian Investment Development Authority on or after 1 January 2016 but not later than 31 December 2020. (5) An exemption granted under subparagraph (1) shall be subject to the following conditions: (a) the Waste Eco Park has been approved by the relevant authorities specified in the Schedule, State Governments and local authorities before the qualifying activity is executed; (b) the operator shall maintain records of all wastes and products flowing in and out of the Waste Eco Park and submit periodic reports of the records to the manager; (c) only waste obtained within Malaysia, including free zones or licensed manufacturing warehouse, are being recycled, recovered or treated in the Waste Eco Park and the operator is not allowed to import waste into Malaysia; and (d) the operator complies with all the written laws, guidelines, conditions and directions in relation to the exemption granted under this Order and in relation to waste management. (6) Nothing in subparagraph (1) shall absolve or be deemed to have absolved the operator from complying with any requirement to submit any return or statement of accounts or to furnish any other information, under the Act. (7) Where the operator has been granted an exemption under subparagraph (1), any related company to the operator shall not be entitled to be granted an exemption under subparagraph (1) in relation to the same qualifying activity. 13 (8) In this paragraph— “Malaysian Investment Development Authority” means the Malaysian Investment Development Authority established under the Malaysian Investment Development Authority (Incorporation) Act 1965 [Act 397]; “manager” means the manager referred to in the Income Tax (Exemption) (No. 6) Order 2017 [P.U. (A) 237/2017]. Statutory income 4. (1) Subject to subparagraph (2), the statutory income referred to in subparagraph 3(1) in the basis period for each exempt year of assessment shall be determined after deducting the allowances which fall to be made under Schedule 3 to the Act notwithstanding that no claim for such allowances has been made. (2) Where a machinery or plant used for the purposes of a qualifying activity is also used for the purposes of an activity other than a qualifying activity, then the amount of allowances which fall to be made under Schedule 3 to the Act shall be deducted as is reasonable having regard to the extent to which the machinery or plant is used for the purposes of the qualifying activity. (3) The amount of statutory income so exempted under subparagraph 3(1) shall not exceed seventy percent for each year of assessment. (4) Where, by reason of the absence or insufficiency of the statutory income, exemption cannot be granted or cannot be granted in full as the operator is entitled under subparagraph 3(1) for that year of assessment, then so much of the statutory income in respect of which exemption cannot be granted for that year of assessment, shall be granted exemption for the first subsequent year of assessment for the basis period for which the operator has statutory income from a qualifying activity, and for subsequent year or years of assessment until the exemption is granted in respect of the whole statutory income as the operator is entitled under subparagraph 3(1). 14 Disposal of machinery or plant within five years 5. Where a qualifying capital expenditure is incurred by an operator on a machinery or plant used for the purposes of a qualifying activity and such machinery or plant is disposed of at any time within the period of five years from the date of acquisition of the machinery or plant, the exemption granted in respect of the amount of statutory income which is equal to the amount of allowance for such qualifying capital expenditure shall be withdrawn in the basis period for the year of assessment in which the machinery or plant is disposed of. Determination of qualifying capital expenditure for machinery or plant disposed to related company 6. Where the operator disposes to its related company any machinery or plant in respect of which an exemption is applied by the operator under this Order, the amount of the qualifying capital expenditure incurred by the related company shall be deemed to be a sum equal to zero. Withdrawal of exemption 7. (1) The Minister may withdraw the exemption granted under subparagraph 3(1) if the operator fails to comply with any condition imposed in relation to the exemption. (2) Where the exemption is withdrawn in accordance with subparagraph (1), the exemption granted under subparagraph 3(1) in respect of any amount of the statutory income shall be deemed to have not been granted to the operator from the first year of the period referred to in subparagraph 3(2). Separate source and separate account 8. (1) Where an operator carries on a qualifying activity and an activity other than a qualifying activity, each activity shall be treated as a separate and distinct source of the activity. 15 (2) The operator who is granted an exemption under subparagraph 3(1) shall maintain a separate account for the income derived from qualifying activity. Non-application 9. This Order shall not apply to an operator who in the basis period for a year of assessment— (a) has made a claim for reinvestment allowance under Schedule 7A to the Act or investment allowance under Schedule 7B to the Act; (b) has been granted any incentive under the Promotion of Investments Act 1986 in respect of the same qualifying activity; (c) has been granted an exemption under section 127 of the Act in respect of the same qualifying activity; or (d) has made a claim for a deduction under any rules made under section 154 of the Act except— (i) an allowance under Schedule 3 to the Act; (ii) the Income Tax (Deduction for Audit Expenditure) Rules 2006 [P.U. (A) 129/2006]; (iii) the Income Tax (Deduction for Cost relating to Training for Employees for the Implementation of Goods and Services Tax) Rules 2014 [P.U. (A) 334/2014]; or (iv) the Income Tax (Deduction for Expenses in relation to Secretarial Fee and Tax Filing Fee) Rules 2014 [P.U. (A) 336/2014]. 16

Schedule
Schedule

(1) No. (2) Authority (3) Type of Waste 1. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara Sewage 2. Department of Agriculture Agricultural waste 3. National Solid Waste Management Department Solid waste 4. Department of Environment Scheduled wastes 5. Atomic Energy Licensing Board Radioactive waste 6. Department of Minerals and Geosciences Mining Made 23 May 2017 [Perb. 0.3865/73(SJ.107); LHDN.01/10.5-1/77-4; PN(PU2)80/LXXXVII] DATUK SERI JOHARI BIN ABDUL GHANI Second Minister of Finance [To be laid before the Dewan Rakyat pursuant to subsection 127(4) of the Income Tax Act 1967]