/akn/my/act/pua/2016/356

PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PERJANJIAN MULTILATERAL PIHAK BERKUASABERWIBAWA BAGI PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN) 2016

Text is served through the Arturio legal-data gateway. This reader shows the active Malaysia expression when available.

Open source PDF
Front matter

Disember 2016 23 December 2016

P.U. (A) 356 WARTAKERAJAANPERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PERJANJIAN MULTILATERAL PIHAK BERKUASA BERWIBAWA BAGI PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN) 2016 INCOME TAX (MULTILATERAL COMPETENT AUTHORITY AGREEMENT ON AUTOMATIC EXCHANGE OF FINANCIAL ACCOUNT INFORMATION) ORDER 2016 DISIARKAN OLEH/ PUBLISHED BY JABATAN PEGUAM NEGARA/ ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS P.U. (A) 356 2 AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PERJANJIAN MULTILATERAL PIHAK BERKUASA BERWIBAWA BAGI PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN) 2016

Preamble
Preamble

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 132B Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53], Menteri membuat perintah yang berikut: Nama 1. Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Cukai Pendapatan (Perjanjian Multilateral Pihak Berkuasa Berwibawa bagi Pertukaran Automatik Maklumat Akaun Kewangan) 2016. Pertukaran maklumat 2. Diisytiharkan bahawa perkiraan yang dinyatakan dalam Jadual telah dibuat oleh Kerajaan Malaysia dengan kerajaan yang menandatangani Perjanjian Multilateral Pihak Berkuasa Kompeten bagi Pertukaran Automatik Maklumat Akaun Kewangan dengan tujuan untuk bertukar maklumat yang dijangka relevan berhubung dengan cukai dan adalah suai manfaat bahawa perkiraan itu dikuatkuasakan.

Schedule
Schedule

JADUAL PERJANJIAN MULTILATERAL PIHAK BERKUASA BERWIBAWA BAGI PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN Bahawasanya, Wilayah Bidang kuasa penandatangan kepada Perjanjian Multilateral Pihak Berkuasa Berwibawa bagi Pertukaran Automatik Maklumat Akaun Kewangan (“Perjanjian”) adalah pihak kepada, atau wilayah yang diliputi oleh Konvensyen mengenai Bantuan Tadbir Bersama dalam Perkara Cukai atau Konvensyen mengenai Bantuan Tadbir Bersama dalam Perkara Cukai seperti dipinda oleh Protokol yang meminda Konvensyen mengenai Bantuan Tadbir Bersama dalam Perkara Cukai (“Konvensyen”) atau telah menandatangani atau menyatakan niat mereka untuk menandatangani Konvensyen itu dan mengakui bahawa P.U. (A) 356 3 Konvensyen itu hendaklah dikuatkuasakan dan diberi kesan berhubung dengan mereka sebelum pertukaran maklumat akaun kewangan pertama berlaku; Bahawasanya, Wilayah Bidang kuasa berhasrat untuk menambah baik pematuhan cukai antarabangsa dengan selanjutnya membina hubungan antara mereka berkenaan dengan bantuan bersama dalam perkara percukaian; Bahawasanya, Standard Pelaporan Bersama dibangunkan oleh OECD, bersama negara-negara G20, bagi mengatasi pelarian cukai dan pengelakan cukai dan menambah baik pematuhan cukai; Bahawasanya, sebuah negara yang telah menandatangani atau menyatakan niatnya untuk menandatangani Konvensyen hanya akan menjadi Wilayah Bidang kuasa sebagaimana yang ditakrifkan di dalam Seksyen 1 Perjanjian ini apabila negara itu menjadi Pihak kepada Konvensyen. Bahawasanya, undang-undang Wilayah Bidang kuasa masing-masing menghendaki atau dijangka akan menghendaki institusi kewangan untuk melaporkan maklumat berkaitan dengan akaun tertentu dan mengikut tatacara usaha wajar yang berkaitan, selaras dengan skop pertukaran yang dinyatakan dalam Seksyen 2 Perjanjian ini dan tatacara pelaporan dan usaha wajar yang dinyatakan dalam Standard Pelaporan Bersama; Bahawasanya, undang-undang Wilayah Bidang kuasa dijangka akan dipinda dari semasa ke semasa bagi mencerminkan pengemaskinian kepada Standard Pelaporan Bersama dan apabila pindaan itu dibuat oleh sebuah Wilayah Bidang kuasa takrif Standard Pelaporan Bersama, disifatkan sebagai merujuk kepada versi yang telah dikemas kini berkenaan dengan Wilayah Bidang kuasa itu; Bahawasanya, Bab III Konvensyen membenarkan pertukaran maklumat bagi maksud cukai, termasuk pertukaran maklumat secara automatik, dan membenarkan pihak berkuasa berwibawa Wilayah Bidang kuasa itu untuk bersetuju dengan skop dan kaedah pertukaran automatik itu; P.U. (A) 356 4 Bahawasanya, Perkara 6 Konvensyen memperuntukkan bahawa dua atau lebih Pihak boleh saling bersetuju untuk bertukar maklumat secara automatik, pertukaran maklumat itu akan berlaku secara dua hala antara Pihak Berkuasa Berwibawa; Bahawasanya, Wilayah Bidang kuasa mempunyai, atau dijangka akan mempunyai, pada masa pertukaran pertama dibuat, (i) perlindungan yang bersesuaian bagi memastikan maklumat yang diterima menurut Perjanjian ini kekal sulit dan digunakan hanya bagi maksud yang dinyatakan dalam Konvensyen, dan (ii) infrastruktur bagi hubungan pertukaran yang berkesan (termasuklah proses yang mantap bagi memastikan pertukaran maklumat yang tepat pada masa, tepat, dan sulit, komunikasi yang berkesan dan boleh dipercayai, dan kemampuan untuk menyelesaikan masalah dan persoalan mengenai pertukaran atau permintaan bagi pertukaran dengan segera dan untuk mentadbir peruntukan Seksyen 4 Perjanjian ini); Bahawasanya, Pihak Berkuasa Berwibawa Wilayah Bidang kuasa berhasrat untuk memuktamadkan suatu perjanjian untuk menambah baik pematuhan cukai antarabangsa berdasarkan pertukaran automatik menurut Konvensyen, tanpa menjejaskan tatacara perundangan negara (jika ada), menghormati undang-undang EU (jika terpakai), dan tertakluk kepada kerahsiaan dan perlindungan lain yang diperuntukkan dalam Konvensyen, termasuk peruntukan yang mengehadkan penggunaan maklumat yang ditukar di bawah Konvensyen; Maka, oleh yang demikian, Pihak Berkuasa Berwibawa telah bersetuju seperti yang berikut: SEKSYEN 1 Takrif 1. Bagi maksud Perjanjian ini, istilah yang berikut mempunyai makna yang berikut: a) istilah “Wilayah Bidang kuasa” ertinya sebuah negara atau wilayah yang berkenaan dengannya Konvensyen dikuatkuasakan dan diberi kesan, sama P.U. (A) 356 5 ada melalui tandatangan dan ratifikasi mengikut Perkara 28, atau melalui perluasan wilayah mengikut Perkara 29, dan yang merupakan penandatangan kepada Perjanjian ini; b) istilah “Pihak Berkuasa Berwibawa” ertinya, bagi setiap Wilayah Bidang kuasa, orang dan pihak berkuasa yang disenaraikan dalam Lampiran B Konvensyen; c) istilah “Institusi Kewangan Wilayah Bidang kuasa” ertinya, bagi setiap Wilayah Bidang kuasa, (i) mana-mana Institusi Kewangan yang merupakan pemastautin dalam Wilayah Bidang kuasa itu, tetapi tidak termasuk mana-mana cawangan Institusi Kewangan itu yang terletak di luar Wilayah Bidang kuasa, dan (ii) mana-mana cawangan sesuatu Institusi Kewangan yang bukan merupakan pemastautin dalam Wilayah Bidang kuasa itu, sekiranya cawangan itu terletak di dalam Wilayah Bidang kuasa itu; d) istilah “Institusi Kewangan Pelapor” ertinya mana-mana Institusi Kewangan Wilayah Bidang kuasa yang bukan merupakan Institusi Kewangan Bukan Pelapor; e) istilah “Akaun Kena Lapor” ertinya suatu Akaun Kewangan yang disenggara oleh Institusi Kewangan Pelapor dan, menurut tatacara usaha wajar yang selaras dengan Standard Pelaporan Bersama, telah dikenal pasti sebagai akaun yang dipegang oleh seorang atau lebih dari seorang Orang Kena Lapor berkenaan dengan Wilayah Bidang kuasa yang lain atau oleh Entiti Bukan Kewangan Pasif dengan satu atau lebih Orang yang Mengawal yang merupakan Orang Kena Lapor berkenaan dengan Wilayah Bidang kuasa yang lain; f) istilah “Standard Pelaporan Bersama” ertinya standard bagi pertukaran automatik maklumat akaun kewangan dalam perkara percukaian (termasuk Ulasan), yang dibangunkan oleh OECD, dengan negara-negara G20; P.U. (A) 356 6 g) istilah “Sekretariat Badan Penyelaras” ertinya Sekretariat OECD yang, menurut perenggan 3 Perkara 24 Konvensyen, memberi sokongan kepada badan penyelaras yang terdiri daripada wakil pihak berkuasa kompeten Pihak kepada Konvensyen; h) istilah “Perjanjian yang berkuat kuasa” ertinya, berkenaan dengan mana-mana dua Pihak Berkuasa Berwibawa, kedua-dua Pihak Berkuasa Berwibawa telah menyatakan niat mereka untuk bertukar maklumat secara automatik antara satu sama lain dan telah memenuhi syarat lain yang dinyatakan dalam subperenggan 2.1 Seksyen 7. Pihak Berkuasa Berwibawa yang baginya Perjanjian ini dikuatkuasakan disenaraikan dalam

Lampiran
Lampiran

Lampiran E. 2. Apa-apa istilah yang ditulis dengan huruf besar yang tidak ditakrifkan dalam Perjanjian ini mempunyai makna yang diberikan kepadanya pada masa itu di bawah undang-undang Wilayah Bidang kuasa yang mengguna pakai Perjanjian, makna yang selaras dengan makna yang dinyatakan dalam Standard Pelaporan Bersama. Apa-apa istilah yang tidak ditakrifkan dalam Perjanjian ini atau dalam Standard Pelaporan Bersama akan, melainkan konteksnya menghendaki makna yang lain atau Pihak Berkuasa Berwibawa bersetuju dengan makna yang sama (sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang domestik), mempunyai makna yang diberikan kepadanya pada masa itu di bawah undang-undang Wilayah Bidang kuasa yang menguna pakai Perjanjian ini, apa-apa makna di bawah undang-undang cukai Wilayah Bidang kuasa itu yang terpakai mengatasi makna yang diberikan kepada istilah itu di bawah undang-undang lain Wilayah Bidang kuasa itu. SEKSYEN 2 Pertukaran Maklumat berkenaan dengan Akaun Kena Lapor 1. Menurut peruntukan Perkara 6 dan 22 Konvensyen dan tertakluk kepada kaedah-kaedah pelaporan dan usaha wajar yang terpakai yang selaras dengan Standard P.U. (A) 356 7 Pelaporan Bersama, setiap Pihak Berkuasa Berwibawa akan membuat pertukaran secara tahunan dengan Pihak Berkuasa Berwibawa yang lain, berkenaan dengan Perjanjian yang dikuatkuasakan, secara automatik maklumat yang diperoleh menurut kaedah-kaedah itu dan yang dinyatakan dalam perenggan 2. 1.1 Walau apa pun yang dinyatakan dalam perenggan sebelum ini, Pihak Berkuasa Berwibawa Wilayah Bidang kuasa yang disenaraikan dalam Lampiran A akan menghantar, tetapi bukan menerima, maklumat yang dinyatakan dalam perenggan 2. Pihak Berkuasa Berwibawa Wilayah Bidang kuasa yang tidak disenaraikan dalam Lampiran A akan sentiasa menerima maklumat yang dinyatakan dalam perenggan 2. Pihak Berkuasa Kompeten tidak akan menghantar maklumat sedemikian kepada Pihak Berkuasa Berwibawa Wilayah Bidang kuasa yang disenaraikan dalam Lampiran A. 2. Maklumat yang akan ditukar adalah, berkenaan dengan setiap Akaun Kena Lapor Wilayah Bidang kuasa yang lain: a) nama, alamat, Nombor Pengenalan Cukai (NPC) dan tarikh dan tempat kelahiran (dalam hal seorang individu) setiap Orang Kena Lapor yang merupakan Pemegang Akaun kepada akaun dan, dalam hal mana-mana Entiti yang merupakan Pemegang Akaun dan, selepas pelaksanaan tatacara usaha wajar yang selaras dengan Standard Pelaporan Bersama, yang dikenal pasti sebagai mempunyai satu atau lebih Orang Yang Mengawal yang merupakan Orang Kena Lapor, nama, alamat, dan NPC kepada Entiti dan nama, alamat, NPC dan tarikh dan tempat kelahiran setiap Orang Kena Lapor; b) nombor akaun (atau persamaan fungsional sekiranya tiada nombor akaun); c) nama dan nombor pengenalan (jika ada) Institusi Kewangan Pelapor; d) baki atau nilai akaun (termasuklah, dalam hal suatu Kontrak Insurans Nilai Tunai atau Kontrak Anuiti, Nilai Tunai atau nilai serahan setakat akhir tahun kalendar yang berkenaan atau tempoh pelaporan lain yang P.U. (A) 356 8 bersesuaian, atau, jika akaun itu ditutup pada tahun atau tempoh itu, penutupan akaun itu; e) dalam hal apa-apa Akaun Kawalan: (1) jumlah kasar faedah, jumlah kasar dividen, dan jumlah kasar pendapatan lain yang dijana berkenaan dengan aset yang dipegang dalam akaun, dalam setiap kes yang dibayar atau dikreditkan ke dalam akaun (atau berkenaan dengan akaun) dalam tahun kalendar atau tempoh pelaporan lain yang bersesuaian; dan (2) jumlah kasar hasil daripada penjualan atau penebusan Aset Kewangan yang dibayar atau dikreditkan ke dalam akaun dalam tahun kalendar atau tempoh pelaporan lain yang bersesuaian berkenaan dengan Institusi Kewangan Pelapor bertindak sebagai pengawal, broker, penama, atau sebagai ejen kepada Pemegang Akaun; f) dalam hal mana-mana Akaun Depositori, jumlah kasar faedah yang dibayar atau dikreditkan ke dalam akaun dalam tahun kalendar atau tempoh pelaporan lain yang bersesuaian; dan g) dalam hal mana-mana akaun yang tidak diperihalkan dalam subperenggan 2(e) atau (f), jumlah amaun kasar yang dibayar atau dikreditkan kepada Pemegang Akaun berkenaan dengan akaun itu dalam tahun kalendar atau tempoh pelaporan lain yang bersesuaian berkenaan dengan Institusi Kewangan Pelapor adalah penanggung obligasi atau penghutang, termasuklah amaun agregat mana-mana bayaran penebusan yang dibuat kepada Pemegang Akaun dalam tahun kalendar atau tempoh pelaporan lain yang bersesuaian. P.U. (A) 356 9 SEKSYEN 3 Masa dan Cara Pertukaran Maklumat 1. Bagi maksud pertukaran maklumat dalam Seksyen 2, jumlah dan pencirian pembayaran yang dibuat berkenaan dengan Akaun Kena Lapor boleh ditentukan mengikut prinsip undang-undang percukaian Wilayah Bidang kuasa yang membuat pertukaran maklumat itu. 2. Bagi maksud pertukaran maklumat dalam Seksyen 2, maklumat yang ditukar akan mengenal pasti matawang yang setiap amaun yang berkenaan disebut. 3. Berkenaan dengan perenggan 2 Seksyen 2, dan tertakluk kepada tatacara pemberitahuan yang dinyatakan dalam Seksyen 7, termasuk tarikh yang dinyatakan di dalamnya, maklumat akan ditukar bermula daripada tahun yang dinyatakan dalam Lampiran F dalam tempoh sembilan bulan selepas berakhirnya tahun kalendar yang berhubungan dengan maklumat itu. Walau apa pun ayat yang di atas, maklumat hanya dikehendaki ditukar berkenaan dengan suatu tahun kalendar sekiranya kedua-dua Pihak Berkuasa Berwibawa menguatkuasakan Perjanjian ini dan Wilayah Bidang kuasa mereka masing-masing menguatkuasakan perundangan yang menghendaki pelaporan berkenaan dengan tahun kalendar itu yang selaras dengan skop pertukaran yang diperuntukkan dalam Seksyen 2 dan pelaporan dan tatacara usaha wajar yang terkandung dalam Standard Pelaporan Bersama. 4. [dipotong] 5. Pihak Berkuasa Berwibawa akan secara automatik bertukar maklumat yang diperihalkan dalam Seksyen 2 dalam skema standard pelaporan bersama dalam Extensible Markup Language. 6. Pihak Berkuasa Berwibawa akan berusaha ke arah dan bersetuju dengan satu atau lebih cara untuk penghantaran data termasuklah piawaian penyulitan dengan tujuan untuk memaksimumkan penyeragaman dan meminimumkan kerumitan dan kos dan akan menyatakannya dalam Lampiran B. P.U. (A) 356 10 SEKSYEN 4 Kerjasama bagi Pematuhan dan Penguatkuasaan Pihak Berkuasa Berwibawa akan memaklumkan Pihak Berkuasa Berwibawa yang lain apabila Pihak Berkuasa Berwibawa yang pertama disebut mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa suatu kesilapan mungkin telah menyebabkan pelaporan maklumat yang tidak tepat atau yang tidak lengkap atau terdapat ketidakpatuhan oleh Institusi Kewangan Pelapor kepada kehendak pelaporan yang terpakai serta tatacara usaha wajar yang selaras dengan Standard Pelaporan Bersama. Pihak Berkuasa Berwibawa yang telah diberitahu akan mengambil semua langkah yang bersesuaian yang terdapat di bawah undang-undang domestiknya untuk menangani kesilapan atau ketidakpatuhan yang diperihalkan dalam notis. SEKSYEN 5 Kerahsiaan dan Perlindungan Data 1. Semua maklumat yang ditukar adalah tertakluk kepada peraturan kerahsiaan dan perlindungan lain yang diperuntukkan dalam Konvensyen, termasuklah peruntukan yang mengehadkan penggunaan maklumat yang ditukar dan, setakat yang diperlukan untuk memastikan peringkat yang perlu bagi perlindungan data peribadi, mengikut perlindungan yang boleh ditentukan oleh Pihak Berkuasa Berwibawa yang membekal sebagaimana yang dikehendaki di bawah undang-undang domestiknya dan disenaraikan dalam Lampiran C. 2. Suatu Pihak Berkuasa Berwibawa akan memaklumkan kepada Sekretariat Badan Penyelaras dengan kadar segera berkenaan dengan apa-apa pelanggaran kerahsiaan atau kegagalan perlindungan dan apa-apa hukuman dan tindakan remedi yang dikenakan akibat daripadanya. Sekretariat Badan Penyelaras akan memaklumkan semua Pihak Berkuasa Berwibawa berkenaan dengan Perjanjian yang dikuatkuasakan dengan Pihak Berkuasa Berwibawa yang pertama disebut. P.U. (A) 356 11 SEKSYEN 6 Rundingan dan Pindaan 1. Sekiranya timbul apa-apa kesukaran dalam pelaksanaan atau tafsiran Perjanjian ini, suatu Pihak Berkuasa Berwibawa boleh membuat permintaan untuk berunding dengan satu atau lebih Pihak Berkuasa Berwibawa untuk membangunkan langkah yang bersesuaian untuk memastikan bahawa Perjanjian ini dipenuhi. Pihak Berkuasa Berwibawa yang meminta rundingan hendaklah memastikan, sebagaimana yang bersesuaian, bahawa Sekretariat Badan Penyelaras dimaklumkan mengenai apa-apa langkah yang dibangunkan dan Sekretariat Badan Penyelaras akan memaklumkan kepada semua Pihak Berkuasa Berwibawa, termasuk yang tidak menyertai rundingan itu, mengenai apa-apa langkah yang dibangunkan. 2. Perjanjian ini boleh dipinda dengan persetujuan bersama melalui perjanjian bertulis semua Pihak Berkuasa Berwibawa yang menguatkuasakan Perjanjian. Melainkan dipersetujui selainnya, pindaan itu berkuat kuasa pada hari pertama bulan yang berikutan daripada tamat tempoh sebulan selepas tarikh tandatangan terakhir perjanjian bertulis itu. SEKSYEN 7 Terma Perjanjian 1. Suatu Pihak Berkuasa Berwibawa mestilah menyediakan, pada masa Perjanjian ini ditandatangani atau seberapa segera yang mungkin selepas Wilayah Bidang kuasanya mempunyai undang-undang yang perlu untuk melaksanakan Standard Pelaporan Bersama, suatu pemberitahuan kepada Sekretariat Badan Penyelaras: a) bahawa Wilayah Bidang kuasanya mempunyai undang-undang yang perlu untuk melaksanakan Standard Pelaporan Bersama dan menentukan tarikh kuat kuasa yang berkaitan berkenaan dengan Akaun Sedia Ada, Akaun Baharu dan pemakaian atau penyempurnaan pelaporan dan tatacara usaha wajar; P.U. (A) 356 12 b) mengesahkan sama ada Wilayah Bidang kuasa itu hendak disenaraikan dalam Lampiran A; c) menentukan satu atau lebih cara bagi pemindahan data termasuklah penyulitan (Lampiran B); d) menentukan perlindungan, jika ada, bagi perlindungan data peribadi (Lampiran C); e) bahawa ia mempunyai langkah yang mencukupi untuk memastikan kerahsiaan dan standard perlindungan data yang diperlukan dan melampirkan soal selidik kerahsiaan dan perlindungan data yang telah dilengkapkan, yang akan dimasukkan dalam Lampiran D; dan f) senarai Wilayah Bidang kuasa Pihak Berkuasa Berwibawa yang ia berhasrat untuk menguatkuasakan Perjanjian ini, dengan mengikuti tatacara perundangan negara (jika ada). Pihak Berkuasa Berwibawa mestilah memaklumkan kepada Sekretariat Badan Penyelaras, dengan kadar segera, apa-apa perubahan berikutnya yang dibuat kepada Lampiran yang disebut di atas. 2.1 Perjanjian ini akan berkuat kuasa antara dua Pihak Berkuasa Berwibawa pada tarikh terkemudian antara tarikh-tarikh yang berikut: (i) tarikh Pihak Berkuasa Berwibawa yang kedua daripada dua Pihak Berkuasa Berwibawa mengemukakan pemberitahuan kepada Sekretariat Badan Penyelaras di bawah perenggan 1, termasuklah senarai Wilayah Bidang kuasa Pihak Berkuasa Berwibawa yang lain menurut subperenggan 1(f), dan jika berkenaan, (ii) tarikh Konvensyen itu berkuat kuasa dan diberi kesan bagi kedua-dua Wilayah Bidang kuasa. 2.2 Sekretariat Badan Penyelaras akan menyenggara suatu senarai yang akan disiarkan dalam laman sesawang OECD tentang Pihak Berkuasa Berwibawa yang telah P.U. (A) 356 13 menandatangani Perjanjian dan Pihak Berkuasa Berwibawa yang antaranya Perjanjian ini berkuat kuasa (Lampiran E). 2.3 Sekretariat Badan Penyelaras akan menyiarkan dalam laman sesawang OECD maklumat yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Berwibawa menurut subperenggan 1(a) dan (b). Maklumat yang diberikan menurut subperenggan 1(c) hingga (f) akan dijadikan tersedia kepada penandatangan lain atas permintaan secara bertulis kepada Sekretariat Badan Penyelaras. 3. Pihak Berkuasa Berwibawa boleh menggantung pertukaran maklumat bawah Perjanjian ini dengan memberi notis secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Berwibawa yang lain bahawa ia telah menentukan bahawa terdapat ketidakpatuhan yang signifikan oleh Pihak Berkuasa Berwibawa yang kedua disebut kepada Perjanjian ini. Penggantungan itu akan berkuat kuasa serta-merta. Bagi maksud perenggan ini, ketidakpatuhan yang signifikan termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, ketidakpatuhan kepada peruntukan Perjanjian ini dan Konvensyen mengenai kerahsiaan dan perlindungan data, kegagalan oleh Pihak Berkuasa Berwibawa untuk memberikan maklumat yang tepat pada masa dan mencukupi sebagaimana yang dikehendaki di bawah Perjanjian ini atau menentukan status bagi Entiti atau akaun sebagai Institusi Kewangan Bukan Pelapor dan Akaun Dikecualikan dengan cara yang mengecewakan maksud Standard Pelaporan Bersama. 4. Pihak Berkuasa Berwibawa boleh menamatkan penglibatannya dalam Perjanjian ini, atau berkenaan dengan suatu Pihak Berkuasa Berwibawa tertentu, dengan memberi notis penamatan secara bertulis kepada Sekretariat Badan Penyelaras. Penamatan itu akan berkuat kuasa pada hari pertama bagi bulan berikutan penamatan tempoh 12 bulan selepas tarikh notis penamatan. Sekiranya berlaku penamatan, semua maklumat yang diterima sebelum itu di bawah Perjanjian ini akan kekal sulit dan tertakluk kepada syarat-syarat Konvensyen. P.U. (A) 356 14 SEKSYEN 8 Sekretariat Badan Penyelaras 1. Melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam Perjanjian ini, Sekretariat Badan Penyelaras akan memaklumkan semua Pihak Berkuasa Berwibawa apa-apa pemberitahuan yang telah diterima olehnya di bawah Perjanjian ini dan akan memberikan notis kepada semua penandatangan Perjanjian apabila suatu Pihak Berkuasa Berwibawa yang baharu menandatangani Perjanjian. 2. Semua penandatangan Perjanjian akan berkongsi sama rata, secara tahunan, kos untuk pentadbiran Perjanjian oleh Sekretariat Badan Penyelaras. Walau apa pun ayat sebelum ini, negara yang layak akan dikecualikan daripada berkongsi kos mengikut Perkara X Kaedah-Kaedah Tatacara bagi Badan Penyelaras Konvensyen. Dibuat dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis, kedua-dua teks adalah sama-sama asli. LAMPIRAN A: SENARAI WILAYAH BIDANG KUASA TIDAK TIMBAL BALIK [Untuk dilengkapkan] LAMPIRAN B: KAEDAH PENGHANTARAN [Untuk dilengkapkan] LAMPIRAN C: PERLINDUNGAN DATA TERTENTU [Untuk dilengkapkan] P.U. (A) 356 15 LAMPIRAN D: SOAL SELIDIK KERAHSIAAN [Untuk dilengkapkan] LAMPIRAN E: PIHAK BERKUASA BERWIBAWA YANG BAGINYA PERJANJIAN INI BERKUAT KUASA [Untuk dilengkapkan] LAMPIRAN F: TARIKH PERTUKARAN YANG DIHASRATKAN Akaun Takrif yang dihasratkan Tarikh sasaran untuk pertukaran maklumat Akaun Baharu Suatu Akaun Kewangan yang disenggara oleh Institusi Kewangan Pelapor yang dibuka pada atau selepas 1 Januari 2017 September 2018 Akaun Individu Bernilai Tinggi Akaun Individu Bernilai Rendah Akaun Entiti Akaun Sedia ada Suatu Akaun Kewangan yang disenggara oleh Institusi Kewangan Pelapor setakat 31 Disember 2016. September 2018 September 2018 atau September 2019, bergantung apabila dikenal pasti sebagai kena lapor September 2018 atau September 2019, bergantung apabila dikenal pasti sebagai kena lapor P.U. (A) 356 16 Dibuat 13 Disember 2016 [Perb. 0.6869/47 (SJ.14)(SK.3)(3); PN(PU2)80/LXXXV] DATUK JOHARI BIN ABDUL GHANI Menteri Kewangan Kedua [Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 132B(2) Akta Cukai Pendapatan 1967] P.U. (A) 356 17 INCOME TAX ACT 1967 INCOME TAX (MULTILATERAL COMPETENT AUTHORITY AGREEMENT ON AUTOMATIC EXCHANGE OF FINANCIAL ACCOUNT INFORMATION) ORDER 2016 IN exercise of the powers conferred by section 132B of the Income Tax Act 1967 [Act 53], the Minister makes the following order: Citation 1. These Order may be cited as the Income Tax (Multilateral Competent Authority Agreement on Automatic Exchange of Financial Account Information) Order 2016. Exchange of Information 2. It is declared that the arrangements specified in the Schedule have been made by the Government of Malaysia and Government which has signed the Multilateral Competent Authority Agreement on Automatic Exchange of Financial Account Information with a view of exchanging information that is foreseeably relevant in relation to taxation and that it is expedient that those arrangements shall have effect. SCHEDULE MULTILATERAL COMPETENT AUTHORITY AGREEMENTON AUTOMATIC EXCHANGE OF FINANCIAL ACCOUNT INFORMATION Whereas, the jurisdictions of the signatories to the Multilateral Competent Authority Agreement on Automatic Exchange of Financial Account Information (the “Agreement”) are Parties of, or territories covered by, the Convention on Mutual Administrative Assistance in Tax Matters or the Convention on Mutual Administrative Assistance in Tax Matters as amended by the Protocol amending the Convention on Mutual Administrative Assistance in Tax Matters (the “Convention”) or have signed or expressed their intention to sign the Convention and acknowledge that the Convention P.U. (A) 356 18 must be in force and in effect in relation to them before the first exchange of financial account information takes place; Whereas, the jurisdictions intend to improve international tax compliance by further building on their relationship with respect to mutual assistance in tax matters; Whereas, the Common Reporting Standard was developed by the OECD, with G20 countries, to tackle tax avoidance and evasion and improve tax compliance; Whereas, a country that has signed or expressed its intention to sign the Convention will only become a Jurisdiction as defined in Section 1 of this Agreement once it has become a Party to the Convention; Whereas, the laws of the respective Jurisdictions require or are expected to require financial institutions to report information regarding certain accounts and follow related due diligence procedures, consistent with the scope of exchange contemplated by Section 2 of this Agreement and the reporting and due diligence procedures set out in the Common Reporting Standard; Whereas, it is expected that the laws of the Jurisdictions would be amended from time to time to reflect updates to the Common Reporting Standard and once such changes are enacted by a Jurisdiction the definition of Common Reporting Standard would be deemed to refer to the updated version in respect of that Jurisdiction; Whereas, Chapter III of the Convention authorises the exchange of information for tax purposes, including the exchange of information on an automatic basis, and allows the competent authorities of the Jurisdictions to agree the scope and modalities of such automatic exchanges; Whereas, Article 6 of the Convention provides that two or more Parties can mutually agree to exchange information automatically, the exchange of the information will be on a bilateral basis between the Competent Authorities; P.U. (A) 356 19 Whereas, the Jurisdictions have, or are expected to have, in place by the time the first exchange takes place (i) appropriate safeguards to ensure that the information received pursuant to this Agreement remains confidential and is used solely for the purposes set out in the Convention, and (ii) the infrastructure for an effective exchange relationship (including established processes for ensuring timely, accurate, and confidential information exchanges, effective and reliable communications, and capabilities to promptly resolve questions and concerns about exchanges or requests for exchanges and to administer the provisions of Section 4 of this Agreement); Whereas, the Competent Authorities of the jurisdictions intend to conclude an agreement to improve international tax compliance based on automatic exchange pursuant to the Convention, without prejudice to national legislative procedures (if any), respecting EU law (if applicable), and subject to the confidentiality and other protections provided for in the Convention, including the provisions limiting the use of the information exchanged thereunder; Now, therefore, the Competent Authorities have agreed as follows: SECTION 1 Definitions 1. For the purposes of this Agreement, the following terms have the following meanings: a) the term “Jurisdiction” means a country or a territory in respect of which the Convention is in force and is in effect, either through signature and ratification in accordance with Article 28, or through territorial extension in accordance with Article 29, and which is a signatory to this Agreement; b) the term “Competent Authority” means, for each respective Jurisdiction, the persons and authorities listed in Annex B of the Convention; P.U. (A) 356 20 c) the term “Jurisdiction Financial Institution” means, for each respective Jurisdiction, (i) any Financial Institution that is resident in the Jurisdiction, but excludes any branch of that Financial Institution that is located outside the Jurisdiction, and (ii) any branch of a Financial Institution that is not resident in the Jurisdiction, if that branch is located in the Jurisdiction; d) the term “Reporting Financial Institution” means any Jurisdiction Financial Institution that is not a Non-Reporting Financial Institution; e) the term “Reportable Account” means a Financial Account that is maintained by a Reporting Financial Institution and that, pursuant to due diligence procedures consistent with the Common Reporting Standard, has been identified as an account that is held by one or more persons that are Reportable Persons with respect to another Jurisdiction or by a Passive Non-Financial Entity with one or more Controlling Persons that are Reportable Persons with respect to another Jurisdiction, f) the term “Common Reporting Standard” means the standard for automatic exchange of financial account information in tax matters (which includes the Commentaries), developed by the OECD, with G20 countries; g) the term “Co-ordinating Body Secretariat” means the OECD Secretariat that, pursuant to paragraph 3 of Article 24 of the Convention, provides support to the coordinating body that is composed of representatives of the competent authorities of the Parties to the Convention; h) the term “Agreement in effect” means, in respect of any two Competent Authorities, that both Competent Authorities have indicated their intention to automatically exchange information with each other and have satisfied the other conditions set out in subparagraph 2.1. of Section 7. The Competent Authorities for which this Agreement is in effect are listed in Annex E. P.U. (A) 356 21 2. Any capitalised term not otherwise defined in this Agreement will have the meaning that it has at that time under the law of the Jurisdiction applying the Agreement, such meaning being consistent with the meaning set forth in the Common Reporting Standard. Any term not otherwise defined in this Agreement or in the Common Reporting Standard will, unless the context otherwise requires or the Competent Authorities agree to a common meaning (as permitted by domestic law), have the meaning that it has at that time under the law of the Jurisdiction applying this Agreement, any meaning under the applicable tax laws of that Jurisdiction prevailing over a meaning given to the term under other laws of that Jurisdiction. SECTION 2 Exchange of Information with respect to Reportable Accounts 1. Pursuant to the provisions of Articles 6 and 22 of the Convention and subject to the applicable reporting and due diligence rules consistent with the Common Reporting Standard, each Competent Authority will annually exchange with the other Competent Authorities, with respect to which it has this Agreement in effect, on an automatic basis the information obtained pursuant to such rules and specified in paragraph 2. 1.1. Notwithstanding the previous paragraph, the Competent Authorities of the Jurisdictions listed in Annex A will send, but not receive, the information specified in paragraph 2. Competent Authorities of Jurisdictions not listed in Annex A will always receive the information specified in paragraph 2. Competent Authorities will not send such information to Competent Authorities of the Jurisdictions listed in Annex A. 2. The information to be exchanged is, with respect to each Reportable Account of another Jurisdiction: a) the name, address, TIN(s) and date and place of birth (in the case of an individual) of each Reportable Person that is an Account Holder of the account and, in the case of any Entity that is an Account Holder and that, after application of due diligence procedures consistent with the Common P.U. (A) 356 22 Reporting Standard, is identified as having one or more Controlling Persons that is a Reportable Person, the name, address, and TIN(s) of the Entity and the name, address, TIN(s) and date and place of birth of each Reportable Person; b) the account number (or functional equivalent in the absence of an account number); c) the name and identifying number (if any) of the Reporting Financial Institution; d) the account balance or value (including, in the case of a Cash Value Insurance Contract or Annuity Contract, the Cash Value or surrender value) as of the end of the relevant calendar year or other appropriate reporting period or, if the account was closed during such year or period, the closure of the account; e) in the case of any Custodial Account: (1) the total gross amount of interest, the total gross amount of dividends, and the total gross amount of other income generated with respect to the assets held in the account, in each case paid or credited to the account (or with respect to the account) during the calendar year or other appropriate reporting period; and (2) the total gross proceeds from the sale or redemption of Financial Assets paid or credited to the account during the calendar year or other appropriate reporting period with respect to which the Reporting Financial Institution acted as a custodian, broker, nominee, or otherwise as an agent for the Account Holder; P.U. (A) 356 23 f) in the case of any Depository Account, the total gross amount of interest paid or credited to the account during the calendar year or other appropriate reporting period; and g) in the case of any account not described in subparagraph 2(e) or (f), the total gross amount paid or credited to the Account Holder with respect to the account during the calendar year or other appropriate reporting period with respect to which the Reporting Financial Institution is the obligor or debtor, including the aggregate amount of any redemption payments made to the Account Holder during the calendar year or other appropriate reporting period. SECTION 3 Time and Manner of Exchange of Information 1. For the purposes of the exchange of information in Section 2, the amount and characterisation of payments made with respect to a Reportable Account may be determined in accordance with the principles of the tax laws of the Jurisdiction exchanging the information. 2. For the purposes of the exchange of information in Section 2, the information exchanged will identify the currency in which each relevant amount is denominated. 3. With respect to paragraph 2 of Section 2, and subject to the notification procedure set out in Section 7, including the dates specified therein, information is to be exchanged commencing from the years specified in Annex F within nine months after the end of the calendar year to which the information relates. Notwithstanding the foregoing sentence, information is only required to be exchanged with respect to a calendar year if both Competent Authorities have this Agreement in effect and their respective Jurisdictions have in effect legislation that requires reporting with respect to such calendar year that is consistent with the scope of exchange provided for in Section 2 and the reporting and due diligence procedures contained in the Common Reporting Standard. P.U. (A) 356 24 4. [deleted] 5. The Competent Authorities will automatically exchange the information described in Section 2 in the common reporting standard schema in Extensible Markup Language. 6. The Competent Authorities will work towards and agree on one or more methods for data transmission including encryption standards with a view to maximising standardisation and minimising complexities and costs and will specify those in Annex B. SECTION 4 Collaboration on Compliance and Enforcement A Competent Authority will notify the other Competent Authority when the first-mentioned Competent Authority has reason to believe that an error may have led to incorrect or incomplete information reporting or there is non-compliance by a Reporting Financial Institution with the applicable reporting requirements and due diligence procedures consistent with the Common Reporting Standard. The notified Competent Authority will take all appropriate measures available under its domestic law to address the errors or non-compliance described in the notice. SECTION 5 Confidentiality and Data Safeguards 1. All information exchanged is subject to the confidentiality rules and other safeguard provided for in the Convention, including the provisions limiting the use of the information exchanged and, to the extent needed to ensure the necessary level of protection of personal data, in accordance with the safeguards which may be specified by the supplying Competent Authority as required under its domestic law and listed in Annex C. P.U. (A) 356 25 2. A Competent Authority will notify the Co-ordinating Body Secretariat immediately regarding any breach of confidentiality or failure of safeguards and any sanctions and remedial actions consequently imposed. The Co-ordinating Body Secretariat will notify all Competent Authorities with respect to which this is an Agreement in effect with the first mentioned Competent Authority. SECTION 6 Consultations and Amendments 1. If any difficulties in the implementation or interpretation of this Agreement arise, a Competent Authority may request consultations with one or more of the Competent Authorities to develop appropriate measures to ensure that this Agreement is fulfilled. The Competent Authority that requested the consultations shall ensure, as appropriate, that the Co-ordinating Body Secretariat is notified of any measures that were developed and the Co-ordinating Body Secretariat will notify all Competent Authorities, even those that did not participate in the consultations, of any measures that were developed. 2. This Agreement may be amended by consensus by written agreement of all of the Competent Authorities that have the Agreement in effect. Unless otherwise agreed upon, such an amendment is effective on the first day of the month following the expiration of a period of one month after the date of the last signature of such written agreement. SECTION 7 Term of Agreement 1. A Competent Authority must provide, at the time of signature of this Agreement or as soon as possible after its Jurisdiction has the necessary laws in place to implement the Common Reporting Standard, a notification to the Co-ordinating Body Secretariat: P.U. (A) 356 26 a) that its Jurisdiction has the necessary laws in place to implement the Common Reporting Standard and specifying the relevant effective dates with respect to Preexisting Accounts, New Accounts, and the application or completion of the reporting and due diligence procedures; b) confirming whether the Jurisdiction is to be listed in Annex A; c) specifying one or more methods for data transmission including encryption (Annex B); d) specifying safeguards, if any, for the protection of personal data (Annex C); e) that it has in place adequate measures to ensure the required confidentiality and data safeguards standards are met and attaching the completed confidentiality and data safeguard questionnaire, to be included in Annex D; and f) a list of the Jurisdictions of the Competent Authorities with respect to which it intends to have this Agreement in effect, following national legislative procedures (if any). Competent Authorities must notify the Co-ordinating Body Secretariat, promptly, of any subsequent change to be made to the above-mentioned Annexes. 2.1. This Agreement will come into effect between two Competent Authorities on the later of the following dates: (i) the date on which the second of the two Competent Authorities has provided notification to the Co-ordinating Body Secretariat under paragraph 1, including listing the other Competent Authority’s Jurisdiction pursuant to subparagraph 1(f), and, if applicable, (ii) the date on which the Convention has entered into force and is in effect for both Jurisdictions. P.U. (A) 356 27 2.2. The Co-ordinating Body Secretariat will maintain a list that will be published on the OECD website of the Competent Authorities that have signed the Agreement and between which Competent Authorities this is an Agreement in effect (Annex E). 2.3. The Co-ordinating Body Secretariat will publish on the OECD website the information provided by Competent Authorities pursuant to subparagraphs 1(a) and (b). The information provided pursuant to subparagraphs 1(c) through (f) will be made available to other signatories upon request in writing to the Co-ordinating Body Secretariat. 3. A Competent Authority may suspend the exchange of information under this Agreement by giving notice in writing to another Competent Authority that it has determined that there is or has been significant non-compliance by the second-mentioned Competent Authority with this Agreement. Such suspension will have immediate effect. For the purposes of this paragraph, significant non-compliance includes, but is not limited to, non-compliance with the confidentiality and data safeguard provisions of this Agreement and the Convention, a failure by the Competent Authority to provide timely or adequate information as required under this Agreement or defining the status of Entities or accounts as Non-Reporting Financial Institutions and Excluded Accounts in a manner that frustrates the purposes of the Common Reporting Standard. 4. A Competent Authority may terminate its participation in this Agreement, or with respect to a particular Competent Authority, by giving notice of termination in writing to the Coordinating Body Secretariat. Such termination will become effective on the first day of the month following the expiration of a period of 12 months after the date of the notice of termination. In the event of termination, all information previously received under this Agreement will remain confidential and subject to the terms of the Convention. P.U. (A) 356 28 SECTION 8 Co-ordinating Body Secretariat 1. Unless otherwise provided for in the Agreement, the Co-ordinating Body Secretariat will notify all Competent Authorities of any notifications that it has received under this Agreement and will provide a notice to all signatories of the Agreement when a new Competent Authority signs the Agreement. 2. All signatories to the Agreement will share equally, on an annual basis, the costs for the administration of the Agreement by the Co-ordinating Body Secretariat. Notwithstanding the previous sentence, qualifying countries will be exempt from sharing the costs in accordance with Article X of the Rules of Procedure of the Co-ordinating Body of the Convention. Done in English and French, both texts being equally authentic. ANNEX A: LIST OF NON-RECIPROCAL JURISDICTIONS [To be completed] ANNEX B: TRANSMISSION METHODS [To be completed] ANNEX C: SPECIFIED DATA SAFEGUARDS [To be completed] P.U. (A) 356 29 ANNEX D: CONFIDENTIALITY QUESTIONNAIRE [To be completed] ANNEX E: COMPETENT AUTHORITIES FOR WHICH THIS IS AN AGREEMENT IN EFFECT [To be completed] ANNEX F: INTENDED EXCHANGE DATES Accounts Intended to be defined as Intended dates to exchange information by New Accounts A Financial Account maintained by a Reporting Financial Institution opened on or after 1 January 2017. September 2018 Individual High-Value Accounts Individual Low-Value Accounts Entity Accounts Preexisting Accounts A Financial Account maintained by a Reporting Financial Institution as of 31 December 2016. September 2018 September 2018 or September 2019, depending on when identified as reportable September 2018 or September 2019, depending on when identified as reportable P.U. (A) 356 30 Made 13 December 2016 [Perb. 0.6869/47 (SJ.14)(SK.3)(3); PN(PU2)80/LXXXV] DATUK JOHARI BIN ABDUL GHANI Second Minister of Finance [To be laid before the Dewan Rakyat pursuant to subsection 132B(2) of the Income Tax Act 1967]