/akn/my/act/pua/2016/166

KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PELABURAN DALAM AKTIVITI YANG LAYAK) 2016

Text is served through the Arturio legal-data gateway. This reader shows the active Malaysia expression when available.

Open source PDF

Preamble

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan 154(1)(b) dibaca bersama dengan perenggan 33(1)(d) Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53], Menteri membuat kaedah-kaedah yang berikut:

Nama dan permulaan kuat kuasa 1.

(1

)

Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan

Kaedah-Kaedah

Cukai

Pendapatan (Potongan bagi Pelaburan dalam Aktiviti yang Layak) 2016.

(2

)

Kaedah-Kaedah ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 13 Jun 2008.

Aktiviti yang layak 2.

Aktiviti yang layak yang disebut dalam Kaedah-Kaedah ini ialah aktiviti yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual—

(a)

yang dijalankan oleh syarikat berkaitan;

(b)

yang tidak sama jenisnya dengan aktiviti yang pernah dijalankan oleh syarikat berkaitan pada tarikh permohonan yang disebut dalam subkaedah 6(2); dan

(c)

yang diberikan pengecualian di bawah—

(i)

Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 4) 2016

[P.U. (A) 157/2016];

(ii)

Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 5) 2016

[P.U. (A) 158/2016];

P.U. (A) 166 3

(iii)

Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 6) 2016

[P.U. (A) 159/2016]; atau

(iv)

Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 7) 2016

[P.U. (A) 160/2016].

Orang yang layak 3.

Orang yang layak yang disebut dalam Kaedah-Kaedah ini ialah suatu syarikat—

(a)

yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] dan bermastautin di Malaysia; dan

(b)

yang membuat pelaburan dalam syarikat berkaitan.

Pelaburan 4.

Pelaburan yang disebut dalam Kaedah-Kaedah ini ialah pelaburan yang dibuat—

(a)

dalam bentuk—

(i)

sumbangan wang tunai yang syarikat berkaitan tidak mempunyai tanggungan untuk membayar balik; atau

(ii)

modal berbayar berkenaan dengan saham biasa dalam syarikat berkaitan;

(b)

bagi maksud semata-mata untuk membiayai suatu aktiviti yang layak;

(c)

bagi suatu tempoh dan sehingga suatu amaun sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri; dan

P.U. (A) 166 4

(d)

dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang sama dengan tahun taksiran yang syarikat berkaitan telah melakukan perbelanjaan dalam menjalankan aktiviti yang layak.

Syarikat berkaitan 5.

Syarikat berkaitan yang disebut dalam Kaedah-Kaedah ini ialah suatu syarikat—

(a)

yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan bermastautin di

Malaysia; dan

(b)

yang sekurang-kurangnya tujuh puluh peratus daripada modal berbayar berkenaan dengan saham biasanya dimiliki secara langsung oleh orang yang layak.

Potongan 6.

(1

)

Tertakluk kepada kaedah 7, bagi maksud menentukan pendapatan larasan orang yang layak daripada perniagaannya dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan bagi nilai pelaburan yang dibuat oleh orang yang layak itu dalam tempoh asas itu yang bersamaan dengan amaun yang dilakukan oleh syarikat berkaitan dalam tempoh asas itu berhubung dengan aktiviti yang layak yang berkenaan dengannya pelaburan dibuat.

(2

)

Permohonan untuk potongan di bawah subkaedah (1) hendaklah dibuat oleh orang yang layak kepada Menteri melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi

Pantai Timur pada atau selepas 13 Jun 2008 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2020 dan hendaklah dikemukakan serentak dengan permohonan oleh syarikat berkaitan bagi aktiviti yang layak itu diberikan pengecualian di bawah perintah yang disebut dalam perenggan 2(c).

(3

)

Bagi maksud subkaedah (2), “Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi

Pantai Timur” ertinya suatu majlis yang ditubuhkan di bawah Akta Majlis

Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 2008 [Akta 688].

P.U. (A) 166 5

Penarikan balik potongan 7.

(1

)

Potongan yang dibenarkan di bawah subkaedah 6(1) kepada orang yang layak yang membuat suatu pelaburan dalam bentuk modal berbayar berkenaan dengan saham biasa dalam syarikat berkaitan hendaklah ditarik balik jika orang yang layak itu—

(a)

melupuskan modal berbayar berkenaan dengan saham biasa itu dalam tempoh lima tahun dari tarikh pelaburan terakhir dibuat;

dan

(b)

menerima apa-apa balasan bagi pelupusan itu.

(2

)

Penarikan balik potongan di bawah subkaedah (1) hendaklah dibuat dengan menambah nilai balasan yang diterima dalam menentukan pendapatan larasan orang yang layak itu bagi tahun taksiran dalam tempoh asas yang balasan itu diterima.

(3

)

Nilai balasan yang ditambah menurut subkaedah (2) tidak boleh melebihi jumlah keseluruhan potongan yang dibenarkan berhubung dengan pelaburan itu.

Pemberhentian potongan 8.

Potongan yang dibenarkan kepada orang yang layak di bawah kaedah 6

hendaklah dihentikan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran apabila syarikat berkaitan mendapat pendapatan berkanun pertamanya daripada aktiviti yang layak yang berkenaan dengannya pelaburan dibuat oleh orang yang layak itu.

Ketidakpakaian 9.

Kaedah-Kaedah ini tidak terpakai bagi orang yang layak sekiranya—

(a)

aktiviti yang layak, yang berkenaan dengannya pelaburan dibuat oleh orang yang layak, dimulakan oleh syarikat berkaitan selepas satu tahun dari tarikh kelulusan oleh Menteri atau selepas apa-apa tempoh yang dilanjutkan sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri; atau

P.U. (A) 166 6

(b)

dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, orang yang layak—

(i)

telah membuat suatu tuntutan bagi elaun pelaburan semula di bawah Jadual 7A kepada Akta atau elaun pelaburan di bawah

Schedule

Jadual 7B kepada Akta;

(ii)

telah diberikan pengecualian di bawah seksyen 127 Akta berkenaan dengan aktiviti yang layak yang sama; atau

(iii)

telah diberikan apa-apa insentif di bawah Akta Penggalakan

Pelaburan 1986 [Akta 327] berkenaan dengan aktiviti yang layak yang sama.

Schedule

JADUAL

(1)

No.

(2)

Aktiviti yang layak

1. Penanaman kenaf, sayur-sayuran, buah-buahan, herba, rempah atau koko

2. Perladangan tanaman untuk penjanaan tenaga

3. Penanaman hevea brasiliensis

4. Florikultur termasuk bunga hiasan

5. Akuakultur

6. Perikanan pedalaman atau perikanan laut dalam

7. Penternakan lembu, kerbau, kambing, biri-biri, burung unta, ayam belanda atau burung puyuh

P.U. (A) 166 7

Dibuat 8 Jun 2016

[Perb. 0.3865/73 (SJ.107)(SK.4); LHDN.01/35/(S)/42/51/82-84; PN(PU2)80/LXXXII]

DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH

Menteri Kewangan Kedua

[Akan di bentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 154(2) Akta Cukai

Pendapatan 1967]

P.U. (A) 166 8

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (DEDUCTION FOR INVESTMENT IN QUALIFYING ACTIVITY) RULES 2016

IN exercise of the powers conferred by paragraph 154(1)(b) read together with paragraph 33(1)(d) of the Income Tax Act 1967 [Act 53], the Minister makes the following rules:

Citation and commencement 1.

(1)

These rules may be cited as the Income Tax (Deduction for Investment in Qualifying Activity) Rules 2016.

(2)

These Rules are deemed to have come into operation on 13 June 2008.

Qualifying activity 2.

The qualifying activity referred to in these Rules is an activity as set out in column (2) of the Schedule—

(a)

which is carried on by a related company;

(b)

which is not of the same kind with the activity which has been carried on by the related company on the date of the application referred to in subrule 6(2); and

(c)

which has been granted exemption under—

(i)

the

Income

Tax

(Exemption)

4)

Order 2016

[P.U. (A) 157/2016];

(ii)

the

Income

Tax

(Exemption)

5)

Order 2016

[P.U. (A) 158/2016];

P.U. (A) 166 9

(iii)

the

Income

Tax

(Exemption)

6)

Order 2016

[P.U. (A) 159/2016]; or

(iv)

the

Income

Tax

(Exemption)

7)

Order 2016

[P.U. (A) 160/2016].

Qualifying person 3.

The qualifying person referred to in these Rules is a company—

(a)

incorporated under the Companies Act 1965 [Act 125] and resident in

Malaysia; and

(b)

which makes investment in a related company.

Investment 4.

The investment referred to in these Rules is an investment which is made—

(a)

in the form of—

(i)

cash contribution where the related company has no obligation to repay; or

(ii)

paid-up capital in respect of ordinary shares in a related company;

(b)

for the sole purposes of financing a qualifying activity;

(c)

for a period and up to an amount as approved by the Minister; and

(d)

in the basis period for the same year of assessment with the year of assessment where the related company has incurred expenditure in carrying on the qualifying activity.

P.U. (A) 166 10

Related company 5.

The related company referred to in these Rules is a company—

(a)

incorporated under the Companies Act 1965 and resident in Malaysia;

and

(b)

which at least seventy per cent of its paid-up capital in respect of its ordinary shares are directly owned by a qualifying person.

Deduction 6.

(1)

Subject to rule 7, for the purposes of ascertaining the adjusted income of a qualifying person from its business in the basis period for a year of assessment, a deduction shall be allowed for the value of the investment made by the qualifying person in that basis period which is equivalent to an amount incurred by the related company in that basis period in relation to the qualifying activity in respect of which the investment is made.

(2)

The application for deduction under subrule (1) shall be made by the qualifying person to the Minister through the East Coast Economic Region Development

Council on or after 13 June 2008 but not later than 31 December 2020 and shall be presented concurrently with the application by the related company for the qualifying activity to be granted exemption under the order referred to in paragraph 2(c).

(3)

For the purposes of subrule (2), the “East Coast Economic Region

Development Council” means the council established under the East Coast Economic

Region Development Council Act 2008 [Act 688].

P.U. (A) 166 11

Withdrawal of deduction 7.

(1)

The deduction which is allowed under subrule 6(1) to a qualifying person which makes an investment in the form of paid-up capital in respect of ordinary shares in a related company shall be withdrawn if the qualifying person—

(a)

disposes the paid-up capital in respect of the ordinary shares within five years from the date of the last investment made; and

(b)

receives any consideration for such disposal.

(2)

The withdrawal of the deduction under subrule (1) shall be made by adding the value of the consideration so received in ascertaining the adjusted income of the qualifying person for the year of assessment in the basis period in which the consideration is received.

(3)

The value of the consideration so added pursuant to subrule (2) shall not exceed the total deduction allowed in relation to the investment.

Cessation of deduction 8.

The deduction allowed to the qualifying person under rule 6 shall cease in the basis period for a year of assessment upon the related company having its first statutory income from the qualifying activity in respect of which investment is made by the qualifying person.

Non-application 9.

These Rules shall not apply to a qualifying person if—

(a)

the qualifying activity, in respect of which investment is made by the qualifying person, is commenced by the related company after one year from the date of the approval by the Minister or after such extended period as may be approved by the Minister; or

P.U. (A) 166 12

(b)

in the basis period for a year of assessment, the qualifying person—

(i)

has made a claim for reinvestment allowance under Schedule 7A to the

Act or investment allowance under Schedule 7B to the Act;

(ii)

has been granted an exemption under section 127 of the Act in respect of the same qualifying activity; or

(iii)

has been granted any incentive under the Promotion of Investments

Act 1986 [Act 327] in respect of the same qualifying activity.

Schedule

(1)

No.

(2)

Qualifying activity 1.

Cultivation of kenaf, vegetable, fruit, herbs, spice or cocoa 2.

Plantation of crops for energy generation 3.

Planting of hevea brasiliensis 4.

Floriculture including ornamental flowers 5.

Aquaculture 6.

Inland fishing or deep-sea fishing 7.

Rearing of cattle, buffalo, goat, sheep, turkey, ostrich or quail

Made 8 June 2016

[Perb. 0.3865/73 (SJ.107)(SK.4); LHDN.01/35/(S)/42/51/82-84; PN(PU2)80/LXXXII]

DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH

Second Minister of Finance

[To be laid before the Dewan Rakyat pursuant to subsection 154(2) of the

Income Tax Act 1967]