/akn/my/act/pua/2016/163

PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 10) 2016

Text is served through the Arturio legal-data gateway. This reader shows the active Malaysia expression when available.

Open source PDF
Front matter

Jun 2016 13 June 2016

P.U. (A) 163 WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 10) 2016 INCOME TAX (EXEMPTION) (NO. 10) ORDER 2016 DISIARKAN OLEH/ PUBLISHED BY JABATAN PEGUAM NEGARA/ ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS P.U. (A) 163 2 AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 10) 2016

Preamble
Preamble

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan 127(3)(b) Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53], Menteri membuat perintah yang berikut: Nama dan permulaan kuat kuasa 1.

Subsection
Subsection

(1) Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 10) 2016.

Subsection
Subsection

(2) Perintah ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 13 Jun 2008. Orang yang layak 2. Orang yang layak yang disebut dalam Perintah ini ialah suatu syarikat―

Paragraph
Paragraph

(a) yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] dan bermastautin di Malaysia; dan

Paragraph
Paragraph

(b) yang menjalankan aktiviti yang layak. Aktiviti yang layak 3. Aktiviti yang layak yang disebut dalam Perintah ini ialah aktiviti yang dinyatakan dalam ruang (3) Jadual berhubung dengan sektor yang dinyatakan dalam ruang (2) yang berkenaan dengannya pengecualian diberikan di bawah—

Paragraph
Paragraph

(a) Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) 4) 2016 [P.U. (A) 157/2016];

Paragraph
Paragraph

(b) Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) 5) 2016 [P.U. (A) 158/2016];

Paragraph
Paragraph

(c) Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) 6) 2016 [P.U. (A) 159/2016]; dan P.U. (A) 163 3

Paragraph
Paragraph

(d) Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) 7) 2016 [P.U. (A) 160/2016]. Pengecualian 4.

Subsection
Subsection

(1) Tertakluk kepada subperenggan (2), Menteri mengecualikan orang bukan pemastautin daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan yang berikut yang diterima daripada orang yang layak bagi maksud suatu aktiviti yang layak:

Paragraph
Paragraph

(a) fi bagi nasihat teknikal, bantuan atau perkhidmatan di bawah subperenggan 4A(ii) Akta; atau

Paragraph
Paragraph

(b) royalti di bawah perenggan 4(d) Akta.

Subsection
Subsection

(2) Subperenggan (1) terpakai bagi bayaran yang dibuat berkenaan dengan pendapatan di bawah subsubperenggan (a) atau (b) oleh orang yang layak itu kepada orang bukan pemastautin itu pada atau selepas 13 Jun 2008 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2020. Ketidakpakaian 5. Seksyen 109 dan 109B Akta tidak terpakai bagi pendapatan yang dikecualikan di bawah Perintah ini.

Schedule
Schedule

JADUAL (1) (2) Sektor (3) Aktiviti yang layak 1. Maklumat, komunikasi dan teknologi Perkhidmatan dan pembangunan maklumat, komunikasi dan teknologi 2. Pendidikan dan latihan Penubuhan universiti, kolej, institut latihan kemahiran, pusat latihan, pusat perkhidmatan atau institusi pembangunan dan penyelidikan P.U. (A) 163 4 (1) (2) Sektor (3) Aktiviti yang layak 3. Hotel Operasi hotel 4. Pelancongan (a) Eko-pelancongan (b) Warisan budaya bandar (c) Pelancongan pulau (d) Pelancongan pantai tanah besar (e) Pelancongan rentas sempadan (f) Resort integrasi (g) Taman tema atau taman hiburan (h) Pusat kebudayaan, persidangan dan pameran (i) Pelancongan kesihatan Dibuat 8 Jun 2016 [Perb. 0.3865/73(SJ.107)(SK.4); LHDN.01/35/(S)/42/51/82-84; PN(PU2)80/LXXXII] DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH Menteri Kewangan Kedua [Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 127(4) Akta Cukai Pendapatan 1967] P.U. (A) 163 5 INCOME TAX ACT 1967 INCOME TAX (EXEMPTION) (NO. 10) ORDER 2016 IN exercise of the powers conferred by paragraph 127(3)(b) of the Income Tax Act 1967 [Act 53], the Minister makes the following order: Citation and commencement 1. (1) This order may be cited as the Income Tax (Exemption) (No. 10) Order 2016. (2) This Order is deemed to have come into operation on 13 June 2008. Qualifying person 2. The qualifying person referred to in this Order is a company— (a) incorporated under the Companies Act 1965 [Act 125] and resident in Malaysia; and (b) which carries on a qualifying activity. Qualifying activity 3. A qualifying activity referred to in this Order is an activity as set out in column (3) of the Schedule in relation to the sector as set out in column (2) in respect of which exemption is given under— (a) the Income Tax (Exemption) (No. 4) Order 2016 [P.U. (A) 157/2016]; (b) the Income Tax (Exemption) (No. 5) Order 2016 [P.U. (A) 158/2016]; (c) the Income Tax (Exemption) (No. 6) Order 2016 [P.U. (A) 159/2016]; and (d) the Income Tax (Exemption) (No. 7) Order 2016 [P.U. (A) 160/2016]. P.U. (A) 163 6 Exemption 4. (1) Subject to subparagraph (2), the Minister exempts a non-resident person from the payment of income tax in respect of the following income received from a qualifying person for the purposes of a qualifying activity: (a) fees for technical advice, assistance or services under subparagraph 4A(ii) of the Act; or (b) royalty under paragraph 4(d) of the Act. (2) Subparagraph (1) applies for the payment made in respect of the income under subsubparagraph (a) or (b) by that qualifying person to the non-resident person on or after 13 June 2008 but not later than 31 December 2020. Non-application 5. Section 109 and 109B of the Act shall not apply to the income exempted under this Order.

Schedule
Schedule

(1) (2) Sector (3) Qualifying activity 1. Information, communication and technology Information, communication and technology services and development 2. Education and training Establishment of universities, colleges, skills training institutes, training centres, service centres or research and development institutions 3. Hotel Operation of hotel 4. Tourism (a) Eco-tourism (b) Urban-culture heritage (c) Island tourism (d) Mainland coastal tourism P.U. (A) 163 7 (1) (2) Sector (3) Qualifying activity (e) Cross border tourism (f) Integrated resort (g) Theme park or amusement park (h) Cultural, conference and exhibition centre (i) Health tourism Made 8 June 2016 [Perb. 0.3865/73(SJ.107)(SK.4); LHDN.01/35/(S)/42/51/82-84; PN(PU2)80/LXXXII] DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH Second Minister of Finance [To be laid before the Dewan Rakyat pursuant to subsection 127(4) of the Income Tax Act 1967]