PERMULAAN
Peraturan 1.
Nama dan permulaan kuat kuasa 2.
Peraturan-Peraturan ini dan Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007
[Akta 671] hendaklah dibaca bersama 3.
Pemakaian 4.
Tafsiran
/akn/my/act/pua/2014/170
Text is served through the Arturio legal-data gateway. This reader shows the active Malaysia expression when available.
Part
Peraturan 1.
Nama dan permulaan kuat kuasa 2.
Peraturan-Peraturan ini dan Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007
[Akta 671] hendaklah dibaca bersama 3.
Pemakaian 4.
Tafsiran
Part
Hasil atau keuntungan daripada pelupusan dagangan belum terima atau stok dagangan 6.
Kerugian daripada pelupusan dagangan belum terima atau stok dagangan 7.
Opsyen panggilan untuk membeli balik 8.
Formula di bawah standard atau amalan perakaunan 9.
Pelupusan aset tetap
Part
Pendapatan kasar syarikat bertujuan khas
P.U. (A) 170 3
Peraturan 11.
Pendapatan larasan syarikat bertujuan khas
Part
Tempoh asas 13.
Ketidakpakaian
P.U. (A) 170 4
AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subperenggan 36(1)(a)(v) dan perenggan 36(1)(b) Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53], Ketua Pengarah membuat peraturan-peraturan yang berikut:
Part
Nama dan permulaan kuat kuasa 1.
)
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan
Cukai Pendapatan (Pensekuritian Bersandarkan Aset) 2014.
)
Peraturan-Peraturan ini disifatkan telah mula berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2013.
Peraturan-Peraturan ini dan Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007
[Akta 671] hendaklah dibaca bersama 2.
Peraturan-Peraturan ini hendaklah dibaca bersama dengan Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 termasuklah garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya
Sekuriti di bawah Akta itu yang berhubungan dengan sekuriti bersandarkan aset.
Pemakaian 3.
Peraturan-Peraturan ini terpakai bagi pemula dan syarikat bertujuan khas dalam transaksi pensekuritian bersandarkan aset yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti pada atau selepas 1 Januari 2013.
P.U. (A) 170 5
Tafsiran 4.
)
Dalam Peraturan-Peraturan ini—
“pelupusan” ertinya penjualan, pemindahhakan, penyerahakan, penyelesaian, pemberi milikan atau pindah milik apa-apa kepentingan atau hak di sisi undang-undang;
“pembangunan hartanah” ertinya aktiviti mengambil tanah bagi maksud—
pembinaan bangunan kediaman, komersial atau industri yang telah siap di atas tanah itu, sama ada secara keseluruhannya atau mengikut petak, dan penjualan bangunan kediaman, komersial atau industri itu; atau
pembangunan dan penjualan lot kosong bagi pembinaan bangunan kediaman, komersial atau industri yang telah siap di atas lot kosong itu, termasuklah rumah desa, ladang hobi, dusun atau bagi maksud lain yang serupa.
)
Istilah dan ungkapan seperti yang berikut yang digunakan dalam
Peraturan-Peraturan ini mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepadanya dalam garis panduan yang disebut dalam peraturan 2:
aset;
pemula;
sekuriti bersandarkan aset;
syarikat bertujuan khas; dan
transaksi pensekuritian.
P.U. (A) 170 6
Part
Hasil atau keuntungan daripada pelupusan dagangan belum terima atau stok dagangan 5.
)
Dalam menentukan pendapatan kasar pemula berkenaan dengan suatu punca yang terdiri daripada perniagaan—
apa-apa hasil daripada pelupusan mana-mana dagangan belum terima atau stok dagangan pemula berkenaan dengan punca itu menurut suatu transaksi pensekuritian; atau
jika dagangan belum terima atau stok dagangan berkenaan dengan punca itu telah diiktiraf dalam akaun pemula, apa-apa keuntungan daripada pelupusan dagangan belum terima atau stok dagangan itu, hendaklah disifatkan telah terakru sepanjang tempoh transaksi pensekuritian dan hendaklah menjadi pendapatan kasar pemula daripada punca itu dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran yang berkaitan dengan tempoh transaksi pensekuritian itu.
)
Amaun pendapatan kasar pemula dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran hendaklah ditentukan mengikut formula yang berikut:
AXC
B iaitu A ialah bilangan hari dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu yang jatuh dalam tempoh transaksi pensekuritian itu;
B ialah jumlah bilangan hari dalam tempoh transaksi pensekuritian itu; dan
P.U. (A) 170 7
C ialah jumlah hasil atau keuntungan daripada pelupusan dagangan belum terima atau stok dagangan pemula.
Kerugian daripada pelupusan dagangan belum terima atau stok dagangan 6.
)
Jika dagangan belum terima atau stok dagangan pemula berkenaan dengan punca yang terdiri daripada perniagaan telah diiktiraf dalam akaun pemula, apa-apa kerugian daripada pelupusan dagangan belum terima atau stok dagangan itu menurut suatu transaksi pensekuritian hendaklah disifatkan telah dilakukan sepanjang tempoh transaksi pensekuritian dan hendaklah dibenarkan sebagai suatu potongan dalam menentukan pendapatan larasan pemula daripada punca itu dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang berkaitan dengan tempoh transaksi pensekuritian itu.
)
Amaun kerugian daripada pelupusan dagangan belum terima atau stok dagangan menurut transaksi pensekuritian yang dibenarkan sebagai potongan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran hendaklah ditentukan mengikut formula yang berikut:
DXF
E iaitu D ialah bilangan hari dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu yang jatuh dalam tempoh transaksi pensekuritian itu;
E ialah jumlah bilangan hari dalam tempoh transaksi pensekuritian itu; dan
F ialah amaun kerugian daripada pelupusan dagangan belum terima atau stok dagangan pemula.
Opsyen panggilan untuk membeli balik 7.
Walau apa pun peraturan 5 dan 6, dalam hal keadaan suatu perniagaan pembangunan hartanah, jika apa-apa stok dagangan berkenaan dengan perniagaan itu
P.U. (A) 170 8
dilupuskan oleh pemula menurut suatu transaksi pensekuritian dan pemula itu mempunyai opsyen panggilan untuk membeli balik stok dagangan itu—
hasil atau keuntungan daripada pelupusan stok dagangan itu hendaklah dikira sebagai pendapatan kasar pemula; dan
kerugian daripada pelupusan stok dagangan itu hendaklah dibenarkan sebagai potongan dalam menentukan pendapatan larasan pemula, daripada perniagaan itu dalam mana-mana tempoh asas bagi suatu tahun taksiran yang opsyen panggilan itu luput.
Formula di bawah standard atau amalan perakaunan 8.
)
Ketua Pengarah boleh membenarkan pemula untuk menerima pakai formula selain formula yang dinyatakan dalam subperaturan 5(2) dan 6(2) bagi maksud menentukan amaun pendapatan kasar pemunya dan amaun kerugian yang dibenarkan sebagai potongan.
)
Formula yang akan diterima pakai oleh pemula sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah hendaklah—
mengikut standard atau amalan perakaunan yang terpakai semasa tempoh asas yang berkaitan dengan transaksi pensekuritian itu;
menunjukkan amaun pendapatan kasar atau kerugian yang patut dan munasabah; dan
terpakai sepanjang tempoh transaksi pensekuritian itu.
Pelupusan aset tetap 9.
)
Dalam menentukan pendapatan berkanun pemula itu daripada pelupusan aset tetap menurut transaksi pensekuritian, apa-apa caj imbangan atau elaun di bawah
Jadual 3 Akta berbangkit daripada pelupusan itu, hendaklah disifatkan telah dibuat
P.U. (A) 170 9
kepada pemula dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran yang berkaitan dengan tempoh transaksi pensekuritian itu.
(2)
Amaun caj imbangan atau elaun yang dibuat dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran hendaklah ditentukan mengikut formula yang berikut:
GXI
H iaitu G ialah bilangan hari dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu yang jatuh dalam tempoh transaksi pensekuritian itu;
H ialah jumlah bilangan hari dalam tempoh transaksi pensekuritian itu; dan
I ialah amaun caj imbangan atau elaun daripada pelupusan aset tetap pemula.
(3)
Nilai pelupusan bagi aset tetap hendaklah bersamaan dengan nilai saksama berdasarkan laporan penilaian oleh seorang penilai bebas, sebagaimana yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Sekuriti berhubung dengan sekuriti bersandarkan aset.
(4)
Perenggan 38 dan 71 Jadual 3 Akta tidak terpakai bagi pelupusan aset tetap itu.
(5)
Penilai bebas yang disebut dalam subperaturan (3) hendaklah dilantik oleh pemula dan diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti.
P.U. (A) 170 10
BAHAGIAN III
SYARIKAT BERTUJUAN KHAS
Pendapatan kasar syarikat bertujuan khas 10.
Apa-apa pendapatan syarikat bertujuan khas daripada semua punca hendaklah dikira sebagai pendapatan kasar syarikat bertujuan khas itu daripada satu punca yang terdiri daripada perniagaan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran.
Pendapatan larasan syarikat bertujuan khas 11.
(1)
Apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat bertujuan khas bagi pemerolehan dagangan belum terima atau stok dagangan menurut suatu transaksi pensekuritian yang boleh dipotong di bawah Akta, hendaklah disifatkan telah dilakukan sepanjang tempoh transaksi pensekuritian itu dan hendaklah dibenarkan sebagai potongan dalam menentukan pendapatan larasan syarikat bertujuan khas itu dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang berkaitan dengan tempoh transaksi pensekuritian itu.
(2)
Amaun perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat bertujuan khas yang dibenarkan sebagai potongan dalam tempoh asas bagi tahun taksiran hendaklah ditentukan mengikut formula yang berikut:
JXL
K iaitu J ialah bilangan hari dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu yang jatuh dalam tempoh transaksi pensekuritian itu;
K ialah jumlah bilangan hari dalam tempoh transaksi pensekuritian itu; dan
L ialah amaun perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat bertujuan khas bagi pemerolehan dagangan belum terima atau stok dagangan yang boleh dipotong di bawah Akta.
P.U. (A) 170 11
(3)
Walau apa pun subperaturan (1), jika pemula mempunyai opsyen panggilan untuk membeli balik stok dagangan sebagaimana yang diperuntukkan dalam peraturan 7, apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat bertujuan khas bagi pemerolehan stok dagangan itu yang boleh dipotong di bawah Akta hendaklah dibenarkan sebagai potongan dalam menentukan pendapatan larasan syarikat bertujuan khas itu dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang opsyen panggilan itu luput.
(4)
Ketua Pengarah boleh membenarkan syarikat bertujuan khas itu untuk menerima pakai formula, selain formula yang dinyatakan dalam subperaturan (2).
(5)
Formula yang diterima pakai oleh syarikat bertujuan khas itu sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah hendaklah—
(a)
mengikut standard atau amalan perakaunan yang terpakai semasa tempoh asas yang berkaitan dengan transaksi pensekuritian itu;
(b)
menunjukkan amaun pendapatan larasan yang patut dan munasabah; dan
(c)
terpakai sepanjang tempoh transaksi pensekuritian itu.
BAHAGIAN IV
PELBAGAI
Tempoh asas 12.
Bagi maksud peraturan 5, 6, 9 dan 11, jika tempoh asas bagi suatu tahun taksiran pemula atau syarikat bertujuan khas itu bertindih dengan tempoh asas bagi tahun taksiran sebelumnya, bilangan hari berkenaan dengan tempoh asas yang disebut dalam formula yang dinyatakan dalam subperaturan 5(2), 6(2), 9(2) dan 11(2), tidaklah termasuk bilangan hari dalam suatu tempoh asas bagi tahun taksiran yang bertindih dengan tempoh asas bagi tahun taksiran sebelumnya itu.
P.U. (A) 170 12
Ketidakpakaian 13.
(1)
Seksyen 44A Akta tidaklah terpakai bagi pemindahan kerugian antara pemula dengan syarikat bertujuan khas.
(2)
Seksyen 60F dan 60FA Akta tidaklah terpakai bagi syarikat bertujuan khas.
Dibuat 2 Jun 2014
[Perb.CR(8.09)248/40/7-315JLD.2(SK.1);LHDN.01/35/(S)/42/51/310/4;
PN(PU2)80/LXXV]
TAN SRI DR. MOHD SHUKOR BIN HJ. MAHFAR
Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri
P.U. (A) 170 13
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (ASSET-BACKED SECURITIZATION) REGULATIONS 2014
ARRANGEMENT OF REGULATIONS
PART I
PRELIMINARY
Regulation 1.
Citation and commencement 2.
These Regulations and Capital Markets and Services Act 2007 [Act 671] to be read together 3.
Application 4.
Interpretation
PART II
ORIGINATOR
5.
Proceeds or gains from disposal of trade receivables or stock in trade 6.
Loss from disposal of trade receivables or stock in trade 7.
Call option to buy back 8.
Formula under accounting standard or practice 9.
Disposal of fixed asset
PART III
SPECIAL PURPOSE VEHICLE
10.
Gross income of special purpose vehicle 11.
Adjusted income of special purpose vehicle
P.U. (A) 170 14
PART IV
MISCELLANEOUS
Regulation 12.
Basis period 13.
Non-application
P.U. (A) 170 15
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (ASSET-BACKED SECURITIZATION) REGULATIONS 2014
IN exercise of the powers conferred by subparagraph 36(1)(a)(v) and paragraph 36(1)(b) of the Income Tax Act 1967 [Act 53], the Director General makes the following regulations:
PART I
PRELIMINARY
Citation and commencement 1.
(1)
These regulations may be cited as the Income Tax (Asset-Backed
Securitization) Regulations 2014.
(2)
These Regulations are deemed to have come into operation from the year of assessment 2013.
These Regulations and Capital Markets and Services Act 2007 [Act 671] to be read together 2.
These Regulations shall be read together with the Capital Markets and Services
Act 2007 including the guidelines issued by the Securities Commission under the said
Act relating to asset-backed securities.
Application 3.
These Regulations apply to an originator and a special purpose vehicle in an asset-backed securitization transaction authorized by the Securities Commission on or after 1 January 2013.
Interpretation 4.
(1)
In these Regulations—
“disposal” means sale, conveyance, assignment, settlement, alienation or transfer of any legal interest or right;
P.U. (A) 170 16
“property development” means an activity of acquiring land for the purposes of—
(a)
construction of completed residential, commercial or industrial buildings on such land, whether as a whole or by parcels, and the sale of such residential, commercial or industrial buildings; or
(b)
development and sale of vacant lots for the construction of completed residential, commercial or industrial buildings on such vacant lots, including homesteads, hobby farms, orchards or for other similar purposes.
(2)
The following terms and expressions used in these Regulations have the same meaning assigned to it in the guidelines referred to in regulation 2:
(a)
asset;
(b)
originator;
(c)
asset-backed securities;
(d)
special purpose vehicle; and
(e)
securitization transaction.
PART II
ORIGINATOR
Proceeds or gains from disposal of trade receivables or stock in trade 5.
(1)
In ascertaining the gross income of the originator in respect of a source consisting of a business—
(a)
any proceeds from the disposal of any trade receivables or stock in trade of the originator in respect of that source pursuant to a securitization transaction; or
P.U. (A) 170 17
(b)
where the trade receivables or stock in trade in respect of that source has been recognized in the accounts of the originator, any gains from the disposal of such receivables or stock in trade, shall be deemed to have been accrued throughout the period of the securitization transaction and shall constitute the gross income of the originator from that source in the basis period for a year of assessment that relates to the period of the securitization transaction.
(2)
The amount of gross income of the originator in the basis period for a year of assessment shall be determined in accordance with the following formula:
AXC
B where A is the number of days in the basis period for that year of assessment that falls within the period of the securitization transaction;
B is the total number of days in the period of the securitization transaction; and
C is the total proceeds or gains from the disposal of trade receivables or stock in trade of the originator.
Loss from disposal of trade receivables or stock in trade 6.
(1)
Where trade receivables or stock in trade of the originator in respect of a source consisting of a business has been recognized in the account of the originator, any loss from the disposal of such trade receivables or stock in trade pursuant to a securitization transaction shall be deemed to have been incurred throughout the period of the securitization transaction and shall be allowed as a deduction in arriving at the adjusted income of the originator from that source in the basis period for a year of assessment that relates to the period of the securitization transaction.
P.U. (A) 170 18
(2)
The amount of loss from the disposal of the trade receivables or stock in trade pursuant to a securitization transaction to be allowed as deduction in the basis period for a year of assessment shall be determined in accordance with the following formula:
DXF
E where D is the number of days in the basis period for the year of assessment that falls within the period of the securitization transaction;
E is the total number of days in the period of the securitization transaction; and
F is the amount of loss from the disposal of trade receivables or stock in trade of the originator.
Call option to buy back 7.
Notwithstanding regulations 5 and 6, in the case of a property development business, where any stock in trade in respect of that business is disposed of by the originator pursuant to a securitization transaction and the originator has a call option to buy back such stock in trade—
(a)
the proceeds or gains from the disposal of such stock in trade shall be treated as a gross income; and
(b)
the loss from the disposal of such stock in trade shall be allowed as a deduction in arriving at the adjusted income of the originator, from that business in any basis period for a year of assessment in which the call option expires.
P.U. (A) 170 19
Formula under accounting standard or practice 8.
(1)
The Director General may allow the originator to adopt a formula other than a formula specified in subregulations 5(2) and 6(2) for the purpose of ascertaining the amount of gross income of the originator and the amount of loss to be allowed as deduction.
(2)
The formula to be adopted by the originator as allowed by the Director
General shall—
(a)
be in accordance with the accounting standard or practice applicable during the basis period that relates to the securitization transaction;
(b)
give a fair and reasonable amount of gross income or loss; and
(c)
be applied throughout the securitization transaction period.
Disposal of fixed asset 9.
(1)
In ascertaining the statutory income of an originator from the disposal of fixed asset pursuant to a securitization transaction, any balancing charge or allowance under Schedule 3 to the Act arising from such disposal, shall be deemed to have been made to the originator in the basis period for a year of assessment that relates to the period of the securitization transaction.
(2)
The amount of balancing charge or allowance to be made in the basis period for a year of assessment shall be determined in accordance with the following formula:
P.U. (A) 170 20
GXI
H where G is the number of days in the basis period for the year of assessment that falls within the period of the securitization transaction;
H is the total number of days in the period of the securitization transaction; and
I is the amount of balancing charge or allowance from the disposal of fixed asset of the originator.
(3)
The disposal value of fixed asset shall be equal to a fair value based on the valuation report by an independent valuer, as submitted to the Securities Commission in relation to the asset-backed securities.
(4)
Paragraphs 38 and 71 of Schedule 3 to the Act shall not apply to the disposal of fixed asset.
(5)
The independent valuer referred to in subregulation (3) shall be appointed by the originator and approved by the Securities Commission.
PART III
SPECIAL PURPOSE VEHICLE
Gross income of special purpose vehicle 10.
Any income of the special purpose vehicle from all sources shall be treated as gross income of the special purpose vehicle from a single source consisting of a business in the basis period for a year of assessment.
P.U. (A) 170 21
Adjusted income of special purpose vehicle 11.
(1)
Any expenses incurred by the special purpose vehicle for the acquisition of trade receivables or stock in trade pursuant to a securitization transaction which is deductible under the Act, shall be deemed to have been incurred throughout the period of the securitization transaction and shall be allowed as a deduction in arriving at the adjusted income of the special purpose vehicle in the basis period for a year of assessment that relates to the period of securitization transaction.
(2)
The amount of expenses incurred by the special purpose vehicle to be allowed as a deduction in the basis period for a year of assessment shall be determined in accordance with the following formula:
JXL
K where J is the number of days in the basis period for that year of assessment that falls within the period of securitization transaction;
K is the total number of days in the period of the securitization transaction; and
L is the amount of expenses incurred by the special purpose vehicle for the acquisition of trade receivables or stock in trade which is deductible under the Act.
(3)
Notwithstanding subregulation (1), where the originator has a call option to buy back the stock in trade as provided for in regulation 7, any expenses incurred by the special purpose vehicle for the acquisition of such stock in trade which is deductible under the Act shall be allowed as a deduction in arriving at the adjusted income of the special purpose vehicle in the basis period for that year of assessment in which the call option expires.
P.U. (A) 170 22
(4)
The Director General may allow the special purpose vehicle to adopt a formula, other than the formula specified in subregulation (2).
(5)
The formula to be adopted by the special purpose vehicle as allowed by the Director General shall—
(a)
be in accordance with the accounting standard or practice applicable during the basis period that relates to the securitization transaction;
(b)
give a fair and reasonable amount of adjusted income; and
(c)
be applied throughout the securitization transaction period.
PART IV
MISCELLANEOUS
Basis period 12.
For the purposes of regulations 5, 6, 9 and 11, where the basis period for a year of assessment of an originator or a special purpose vehicle overlaps with the basis period for the preceding year of assessment, the number of days in respect of the basis period referred to in the formulas specified in subregulations 5(2), 6(2), 9(2) and 11(2), shall not include the number of days in the basis period for the year of assessment that overlaps with the basis period for the preceding year of assessment.
Non-application 13.
(1)
Section 44A of the Act shall not apply to transfer of loss between the originator and the special purpose vehicle.
(2)
Sections 60F and 60FA of the Act shall not apply to the special purpose vehicle.
P.U. (A) 170 23
Made 2 June 2014
[Perb.CR(8.09)248/40/7-315JLD.2(SK.1);LHDN.01/35/(S)/42/51/310/4;
PN(PU2)80/LXXV]
TAN SRI DR. MOHD SHUKOR BIN HJ. MAHFAR
Director General of Inland Revenue