/akn/my/act/pua/2011/325

PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 5) 2011

Text is served through the Arturio legal-data gateway. This reader shows the active Malaysia expression when available.

Open source PDF

Preamble

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan 127(3)(b) Akta Cukai

Pendapatan 1967 [Akta 53], Menteri membuat perintah yang berikut:

Nama dan permulaan kuat kuasa 1.

(1

)

Perintah ini bolehlah dinamakan

Perintah

Cukai

Pendapatan

(Pengecualian)

(No. 5) 2011.

(2

)

Perintah ini hendaklah berkuat kuasa dari tahun taksiran 2009 dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya, tertakluk kepada perenggan 3 dan subsubperenggan 5(5)(b).

Tafsiran 2.

Dalam Perintah ini—

“Lembaga Arkitek Malaysia” ertinya suatu lembaga yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Arkitek 1967 [Akta 117];

“orang” ertinya seseorang yang bermastautin di Malaysia dan berkenaan dengan suatu syarikat, merujuk kepada suatu syarikat yang diperbadankan di bawah

Akta Syarikat 1965 [Akta 125];

“perbelanjaan yang layak” ertinya suatu perbelanjaan tambahan yang dilakukan berhubungan dengan pembinaan suatu bangunan, pengubahan, pengubahsuaian, sambungan atau pembaikan terhadap bangunan sedia ada, atau loji atau jentera bagi maksud mendapatkan perakuan indeksbangunanhijau sebagaimana yang diperakukan oleh Lembaga Arkitek Malaysia.

P.U. (A) 325 3

Pemakaian 3.

Perintah ini hendaklah terpakai bagi seseorang yang telah memperoleh suatu perakuan indeksbangunanhijaunya yang pertama yang dikeluarkan pada atau selepas 24 Oktober 2009 dan tidak lewat dari 31 Disember 2014 oleh Lembaga Arkitek

Malaysia berkenaan—

(a)

mana-mana bangunan yang dibina, dimiliki dan digunakan oleh orang itu bagi maksud perniagaannya;

(b)

mana-mana bangunan yang dibina—

(i)

di bawah suatu projek penswastaan dan inisiatif kewangan swasta yang diluluskan oleh

Jawatankuasa Penswastaan/PFI, Unit

Perkongsian Swasta Awam, Jabatan Perdana Menteri; dan

(ii)

menurut suatu perjanjian yang dimasuki antara seseorang dengan

Kerajaan Malaysia atau pihak berkuasa berkanun atas asas bina-pajak-pindah, asas bina-pajak-senggara-pindah atau mana-mana perkiraan lain yang seumpamanya dan apabila tiada balasan telah dibayar oleh Kerajaan Malaysia atau suatu pihak berkuasa berkanun kepada orang itu.

Ketidakpakaian 4.

Perintah ini tidak terpakai bagi seseorang yang telah melakukan perbelanjaan yang layak ke atas suatu bangunan, loji atau jentera bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran jika dalam tempoh asas tersebut orang itu telah menuntut berkenaan dengan bangunan, loji atau jentera itu—

(a)

elaun cukai pelaburan di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986

[Akta 327];

(b)

elaun pelaburan semula di bawah Jadual 7A Akta;

P.U. (A) 325 4

(c)

elaun pelaburan bagi sektor perkhidmatan di bawah Jadual 7B kepada

Akta;

(d)

elaun modal dipercepatkan di bawah mana-mana kaedah yang dibuat di bawah seksyen 154 Akta kecuali bagi suatu bangunan yang telah ditetapkan oleh Menteri sebagai bangunan industri di bawah perenggan 80 Jadual 3 kepada Akta; atau

(e)

pengecualian cukai di bawah mana-mana perintah yang dibuat di bawah seksyen 127 Akta untuk sebahagian atau suatu amaun bersamaan dengan perbelanjaan yang dilakukan.

Pengecualian 5.

(1

)

Menteri mengecualikan seseorang dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan berkanun daripada perniagaannya.

(2

)

Amaun pengecualian berkenaan dengan suatu perniagaan yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah suatu amaun bersamaan dengan perbelanjaan yang layak yang dilakukan oleh orang itu bagi maksud memperoleh suatu perakuan indeksbangunanhijau yang dikeluarkan oleh Lembaga Arkitek Malaysia bagi suatu bangunan yang digunakan bagi maksud perniagaan itu.

(3

)

Perbelanjaan yang layak yang dilakukan oleh orang yang disebut dalam subperenggan (2)

hendaklah disifatkan telah dilakukan pada hari perakuan indeksbangunanhijau itu dikeluarkan oleh Lembaga Arkitek Malaysia.

(4

)

Jika perbelanjaan yang layak itu telah dilakukan oleh orang itu sebelum perniagaannya bermula, perbelanjaan yang layak itu hendaklah dituntut dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran yang orang itu memulakan perniagaannya.

P.U. (A) 325 5

(5

)

Jika disebabkan suatu ketiadaan atau ketidakcukupan pendapatan berkanun seseorang daripada perniagaannya bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran—

(a)

suatu pengecualian tidak boleh diberikan atau tidak boleh diberikan sepenuhnya ke atas amaun yang orang itu berhak di bawah subperenggan (1) bagi tahun taksiran itu; dan

(b)

amaun itu, yang tidak boleh diberikan pengecualian atau yang tidak boleh diberikan pengecualian sepenuhnya sebagaimana yang disebut dalam subsubperenggan (a) bagi tahun taksiran itu, hendaklah dikecualikan bagi tahun taksiran pertama yang berikutnya bagi tempoh asas yang terdapat pendapatan berkanun daripada perniagaan itu, dan bagi tahun-tahun taksiran berikutnya sehingga keseluruhan amaun yang orang itu berhak dikecualikan.

(6

)

Walau apapun subperenggan (5), jika perbelanjaan yang layak itu dilakukan ke atas suatu bangunan, loji atau jentera dan bangunan, loji atau jentera itu dilupuskan pada bila-bila masa dalam tempoh dua tahun dari tarikh pemerolehan, pengecualian yang orang itu sepatutnya layak, hendaklah disifatkan tidak diberikan kepada orang itu dan jika pengecualian telah diberikan, pengecualian itu hendaklah ditarik balik dalam tempoh asas bangunan, loji atau jentera itu dilupuskan.

(7

)

Bagi maksud perenggan ini, “dilupuskan”

(a)

berkenaan dengan suatu bangunan, hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam perenggan 48 Jadual 3 kepada

Akta; atau

(b)

berkenaan dengan suatu loji atau jentera, hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam perenggan 61 Jadual 3

kepada Akta.

P.U. (A) 325 6

(8

)

Dalam kes pelupusan suatu bangunan, loji atau jentera di bawah perenggan 38 Jadual 3 kepada Akta, pemeroleh hendaklah disifatkan telah melakukan perbelanjaan yang layak berhubung dengan bangunan, loji atau jentera suatu amaun bersamaan dengan jumlah perbelanjaan baki pelupus pada hari pertama tempoh akhir pelupus.

(9

)

Tiada apa-apa dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan orang itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau untuk mengemukakan apa-apa maklumat lain di bawah peruntukan Akta.

Perbelanjaan yang layak di bawah suatu perjanjian sewa beli 6.

(1

)

Jika orang yang layak bagi suatu pengecualian menurut subperenggan 5(1) menjadi pihak suatu perjanjian sewa beli untuk membeli suatu loji atau jentera bagi maksud perniagaannya berhubung dengan suatu bangunan yang dikeluarkan perakuan indeksbangunanhijau oleh Lembaga Arkitek Malaysia, amaun pengecualian yang akan diberikan berkenaan dengan perbelanjaan yang layak yang dilakukan oleh orang itu bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran hendaklah—

(a)

bahagian modal bagi mana-mana pembayaran ansuran yang dibuat oleh orang itu di bawah suatu perjanjian sewa beli; atau

(b)

jika terdapat lebih daripada satu pembayaran, agregat pembayaran tersebut yang dibuat oleh orang itu di bawah suatu perjanjian sewa beli.

(2

)

Bagi maksud Perintah ini, orang itu hendaklah disifatkan sebagai pemunya loji atau jentera yang dibeli di bawah suatu perjanjian sewa beli.

Elaun modal dan elaun bangunan industri 7.

Bagi maksud Perintah ini, seseorang yang melakukan suatu perbelanjaan yang layak yang disebut dalam subperenggan 5(2) hanya layak untuk membuat tuntutan bagi elaun modal dan elaun bangunan industri di bawah Jadual 3 kepada Akta jika

P.U. (A) 325 7

perbelanjaan yang layak itu merupakan suatu perbelanjaan modal yang layak di bawah

Schedule

Jadual tersebut.

Pemakaian perenggan 5 dan 6 Jadual 7A

8.

Perenggan 5 dan 6 Jadual 7A kepada Akta hendaklah terpakai, mutatis mutandis, bagi amaun pendapatan berkanun yang dikecualikan daripada cukai pendapatan yang diperoleh daripada perniagaan yang disebut dalam perenggan 5.

Pembatalan 9.

Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 8) 2009 [P.U. (A) 414/2009]

dibatalkan.

Dibuat 22 Ogos 2011

[Perb. CR 0.3865/73(SJ.97) JLD.2;LHDN. 01/35/(S)/42/51/231-17.11; PN(PU2)80/LXI]

DATO’ SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH

Menteri Kewangan Kedua

[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 127(4) Akta Cukai Pendapatan 1967]

P.U. (A) 325 8

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (EXEMPTION) (NO. 5) ORDER 2011

IN exercise of the powers conferred by paragraph 127(3)(b) of the Income Tax Act 1967

[Act 53], the Minister makes the following order:

Citation and commencement 1.

(1)

This order may be cited as the Income Tax (Exemption) (No. 5)

Order 2011.

(2)

This Order shall have effect from the year of assessment 2009 and subsequent years of assessment, subject to paragraph 3 and subsubparagraph 5(5)(b).

Interpretation 2.

In this Order—

“Board of Architects Malaysia” means a board which is established under section 3 of the Architects Act 1967 [Act 117];

“person” means a person resident in Malaysia and with respect to a company, refers to a company incorporated under the Companies Act 1965 [Act 125];

“qualifying expenditure” means an additional expenditure incurred in relation to the construction of a building, alteration, renovation, extension or improvement of an existing building, or plant or machinery for the purpose of obtaining greenbuildingindex certificate as certified by the Board of Architects Malaysia.

Application 3.

This Order shall apply to a person who has obtained his first greenbuildingindex certificate issued on or after 24 October 2009 but not later than 31 December 2014 by the Board of Architects Malaysia in respect of—

P.U. (A) 325 9

(a)

any building constructed, owned and used by the person for the purpose of his business;

(b)

any building constructed 

(i)

under a privatization project and private financing initiatives approved by the Privatisation/PFI Committee, Public Private

Partnership Unit, Prime Minister’s Department; and

(ii)

pursuant to an agreement entered into between the person and the Government of Malaysia or a statutory authority on a build-lease-transfer basis, build-lease-maintain-transfer basis or any other similar arrangement and for which no consideration has been paid by the Government of Malaysia or a statutory authority to that person.

Non-application 4.

This Order shall not apply to a person who has incurred qualifying expenditure on a building, plant or machinery for a basis period for a year of assessment where during that basis period the person has claimed in respect of that building, plant or machinery–

(a)

investment tax allowance under the Promotion of Investments Act 1986

[Act 327];

(b)

reinvestment allowance under Schedule 7A to the Act;

(c)

investment allowance for service sector under Schedule 7B to the Act;

(d)

accelerated capital allowance under any rules made under section 154 of the Act except for a building prescribed by the Minister as industrial building under paragraph 80 Schedule 3 to the Act; or

P.U. (A) 325 10

(e)

tax exemption under any order made under section 127 of the Act partly or equivalent to the amount of the expenditure incurred.

Exemption 5.

(1)

The Minister exempts a person in the basis period for a year of assessment from the payment of income tax in respect of the statutory income from his business.

(2)

The amount of exemption in respect of a business referred to in subparagraph (1) shall be an amount equal to the qualifying expenditure incurred by the person for the purpose of obtaining a greenbuildingindex certificate issued by the

Board of Architects Malaysia for a building used for the purpose of that business.

(3)

The qualifying expenditure incurred by the person referred to in subparagraph (2) shall be deemed to have been incurred on the day the greenbuildingindex certificate is issued by the Board of Architects Malaysia.

(4)

Where the qualifying expenditure has been incurred by the person prior to the commencement of his business, the qualifying expenditure shall be claimed in the basis period for a year of assessment that person commences his business.

(5)

Where by reason of an absence or insufficiency of statutory income of a person from his business for the basis period for a year of assessment—

(a)

an exemption cannot be given or cannot be given in full to the amount which the person is entitled under subparagraph (1) for that year of assessment; and

(b)

the amount, which cannot be given exemption or cannot be given exemption in full as referred to in subsubparagraph (a) for that year of assessment, shall be exempted for the first subsequent year of assessment for the basis period for which there is statutory income from

P.U. (A) 325 11

that business, and for subsequent years of assessment until the whole of the amount to which the person is so entitled is exempted.

(6)

Notwithstanding subparagraph (5), where qualifying expenditure is incurred on a building, plant or machinery and such building, plant or machinery is disposed of at any time within a period of two years from the date of acquisition, the exemption which the person would otherwise qualify for, shall be deemed to have not been given to the person and where such exemption has been given, such exemption shall be withdrawn in the basis period the building, plant or machinery is disposed of.

(7)

For the purposes of this paragraph, “disposed of”—

(a)

in respect of a building, shall have the meaning assigned to it in paragraph 48 of Schedule 3 to the Act; or

(b)

in respect of a plant or machinery, shall have the meaning assigned to it in paragraph 61 of Schedule 3 to the Act.

(8)

In the case of a disposal of a building, plant or machinery under paragraph 38 of Schedule 3 to the Act, the acquirer shall be deemed to have incurred qualifying expenditure in relation to the building, plant or machinery of an amount equal to the sum of the disposer’s residual expenditure on the first day of the disposer’s final period.

(9)

Nothing in subparagraph (1) shall absolve or be deemed to have absolved the person from complying with any requirement to submit any return or statement of accounts or to furnish any other information under the provision of the Act.

Qualifying expenditure under a hire-purchase agreement 6.

(1)

Where the person entitled for an exemption in accordance with subparagraph 5(1) becomes a party to a hire-purchase agreement for the purchase of a plant or machinery for the purpose of his business in relation to a building which is issued with the greenbuildingindex certificate by the Board of Architects Malaysia,

P.U. (A) 325 12

the amount of exemption to be given in respect of the qualifying expenditure incurred by the person for the basis period for a year of assessment shall be—

(a)

the capital portion of any installment payment made by the person under a hire-purchase agreement; or

(b)

where there is more than one payment, the aggregate of those payments made by the person under a hire-purchase agreement.

(2)

For the purpose of this Order, the person shall be deemed to be the owner of the plant or machinery purchased under a hire-purchase agreement.

Capital allowance and industrial building allowance 7.

For the purpose of this Order, a person who incurs a qualifying expenditure referred to in subparagraph 5(2) shall only be entitled to make a claim for a capital allowance and industrial building allowance under Schedule 3 to the Act if the qualifying expenditure is a qualifying capital expenditure under that Schedule.

Application of paragraphs 5 and 6 of Schedule 7A

8.

Paragraphs 5 and 6 of Schedule 7A to the Act shall apply, mutatis mutandis, to the amount of statutory income exempted from income tax which is derived from the business referred to in paragraph 5.

Revocation 9.

The Income Tax (Exemption) (No. 8) Order 2009 [P.U. (A) 414/2009] is revoked.

Made 22 August 2011

[Perb. CR 0.3865/73(SJ.97) JLD.2; LHDN.01/35/(S)/42/51/231-17.11; PN(PU2)80/LXI]

DATO’ SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MMOHAMAD HANADZLAH

Second Minister of Finance

[To be laid before the Dewan Rakyat pursuant to subsection 127(4) of the Income Tax Act 1967]