Section 1
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/2019/824
Text is served through the Arturio legal-data gateway. This reader shows the active Malaysia expression when available.
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Tafsiran
Pemansuhan dan pembubaran
Pemindahan kuasa, hak, dsb.
Pemindahan Kumpulan Wang Promosi Kesihatan Malaysia
Kontrak yang sedia ada, dsb.
Penerusan prosiding jenayah dan sivil
Penerusan undang-undang, dsb.
Peletakhakan harta, dsb.
Undang-Undang Malaysia 4
Akta 824
Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (Pembubaran)
5
Suatu Akta untuk memansuhkan Akta Lembaga Promosi Kesihatan
Malaysia 2006 [Akta 651], untuk membubarkan Lembaga Promosi
Kesihatan Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta itu, untuk mengadakan peruntukan bagi peletakhakan hartanya pada Kerajaan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
[
]
DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Promosi
Kesihatan Malaysia (Pembubaran) 2019.
) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Lembaga” ertinya Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Promosi Kesihatan
Malaysia 2006;
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 824
AKTA LEMBAGA PROMOSI KESIHATAN
MALAYSIA (PEMBUBARAN) 2019
Undang-Undang Malaysia 6
Akta 824
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kesihatan;
“Pesuruhjaya Tanah Persekutuan” ertinya Pesuruhjaya Tanah
Persekutuan yang dilantik di bawah Akta Pesuruhjaya Tanah
Persekutuan 1957 [Akta 349].
Pemansuhan dan pembubaran
Akta Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia 2006 dimansuhkan dan Lembaga yang ditubuhkan di baw...
Pemindahan kuasa, hak, dsb.
Segala kuasa, hak, kewajipan, liabiliti dan obligasi yang sebaik sebelum tarikh permulaan k...
Pemindahan Kumpulan Wang Promosi Kesihatan Malaysia
Semua wang yang ada pada, atau kena dibayar kepada,
Kumpulan Wang Promosi Kesihatan Malaysia, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah dipindahkan kepada Kerajaan.
Kontrak yang sedia ada, dsb.
Segala surat ikatan, perjanjian, dokumen dan surat cara lain yang wujud sebaik sebelum tari...
Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (Pembubaran)
7
Penerusan prosiding jenayah dan sivil
Pemansuhan Akta Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia 2006
tidaklah menyentuh liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan di bawah
Akta itu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, atau mana-mana prosiding jenayah yang telah dibawa atau hukuman yang telah dikenakan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini berkenaan dengan kesalahan itu.
) Apa-apa prosiding sivil atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang wujud sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini oleh atau terhadap Lembaga atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Lembaga bolehlah diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Kerajaan sebagaimana prosiding atau kausa tindakan itu boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga seolah-olah Akta ini tidak pernah diluluskan.
) Apa-apa rayuan yang dibawa, atau apa-apa kebenaran untuk merayu yang dipohon, pada atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, terhadap sesuatu keputusan yang diberikan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini dalam mana-mana prosiding undang-undang yang Lembaga menjadi suatu pihak boleh dibawa oleh atau terhadap Kerajaan sebagaimana prosiding undang-undang itu boleh dibawa oleh atau terhadap Lembaga seolah-olah Akta ini tidak pernah diluluskan.
Penerusan undang-undang, dsb.
Tertakluk kepada Akta ini, semua undang-undang bertulis termasuk perundangan subsidiari yan...
Akta ini tidak pernah diluluskan.
) Apa-apa sebutan dalam mana-mana undang-undang bertulis termasuk perundangan subsidiari atau dokumen mengenai Lembaga hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Kerajaan.
Undang-Undang Malaysia 8
Akta 824
Peletakhakan harta, dsb.
Tertakluk kepada Akta ini, Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disi...
Menteri dalam perintah itu hendaklah, menurut kuasa Akta ini, dipindahkan kepada dan terletak hak pada Kerajaan tanpa apa-apa pemindahhakan, penyerahhakan atau pemindahan.
) Tiap-tiap harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti yang dipindahkan kepada dan terletak hak pada Lembaga hendaklah dipindahkan kepada dan terletak hak pada Kerajaan dengan hakmilik, estet atau kepentingan yang serupa dan dengan tempoh pemegangan yang serupa sebagaimana harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti itu terletak hak atau dipegang sebaik sebelum tarikh peletakhakan itu.
) Mana-mana tanah yang sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini terletak hak pada Lembaga hendaklah, pada tarikh peletakhakan, terletak hak pada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bagi maksud Kerajaan.
) Jika menurut kuasa subseksyen (1), apa-apa harta dipindahkan kepada dan terletak hak pada Kerajaan, peruntukan Bahagian Tiga
Puluh Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 56 Tahun 1965] hendaklah, bagi maksud melaksanakan pendaftaran bagi peletakhakan itu, terpakai bagi Kerajaan.
) Mana-mana harta dan aset, selain tanah, yang sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini terletak hak pada Lembaga hendaklah, pada tarikh peletakhakan, terletak hak pada Kerajaan.
) Dalam hal harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti yang berbangkit di bawah apa-apa pinjaman yang terletak hak pada Kerajaan pada tarikh peletakhakan, Kerajaan boleh membuat perjanjian atau perkiraan mengenai harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti itu dengan mana-mana orang lain.