/akn/my/act/act/1994/524

UNDANG-UNDANG

Text is served through the Arturio legal-data gateway. This reader shows the active Malaysia expression when available.

Open source PDF

Part

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Section 1

Tajuk ringkas

Section 2

Tafsiran

Part

BAHAGIAN II

AKADEMI SAINS MALAYSIA

Section 3

Penubuhan Akademi

Section 4

Matlamat Akademi

Section 5

Fungsi Akademi

Section 6

Majlis Akademi

Section 7

Fungsi Majlis

Section 8

Pelantikan jawatankuasa

Part

BAHAGIAN III

KEANGGOTAAN AKADEMI

Section 9

Keanggotaan Akademi

Section 10

Fellow dan Fellow Kehormat

Section 11

Hilang kelayakan menjadi anggota Akademi

4 Undang-Undang Malaysia AKTA 524

Seksyen

Section 12

Penamatan keanggotaan Fellow

Part

BAHAGIAN IV

KEWANGAN

Section 13

Penubuhan Kumpulan Wang Akademi Sains Malaysia

Section 14

Wang yang hendak dibayar ke dalam Kumpulan Wang

Section 15

Maksud Kumpulan Wang

Section 16

Kuasa untuk melabur

Section 17

Kuasa meminjam

Part

BAHAGIAN V

AM

Section 18

Meterai perbadanan 19.

Pegawai dan pekhidmat Akademi disifatkan sebagai pekhidmat awam 20.

Peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan

Section 21

Peraturan-peraturan berkenaan dengan tatatertib

Section 22

Peraturan-peraturan

Schedule

JADUAL

5

Akta 524

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Akademi

Sains Malaysia dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya.

[1 Februari 1995, P.U.(B) 32/1995]

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri

Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam

Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Tajuk ringkas

1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Akademi Sains Malaysia 1994.

Tafsiran

2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain–

―anggota‖ ertinya Fellow dan Fellow kehormat Akademi;

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 524

―Akademi‖ ertinya Akademi Sains Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

―dasar sains, kejuruteraan dan teknologi negara‖ ertinya langkah-langkah perundangan dan eksekutif yang diterima pakai oleh

Kerajaan untuk memajukan, menguruskan dan menggunakan potensi sains, kejuruteraan dan teknologi negara dengan objektif mencapai matlamat pembangunan negara keseluruhannya;

―Fellow‖ ertinya seorang Fellow yang dilantik di bawah seksyen 10

dan termasuk seorang Fellow Kanan;

―Kumpulan Wang‖ ertinya Kumpulan Wang Akademi Sains

Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 13;

―Majlis‖ ertinya Majlis Akademi yang ditubuhkan di bawah seksyen 6;

―Menteri‖ ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sains dan teknologi;

―mesyuarat agung Akademi‖ ertinya mesyuarat agung biasa, mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat agung luar biasa Akademi.

BAHAGIAN II

AKADEMI SAINS MALAYSIA

Penubuhan Akademi

3. Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu akademi bernama

―Akademi Sains Malaysia‖ yang hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, dan yang boleh mendakwa dan didakwa atas nama perbadanannya dan, tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan harta tak alih

Akademi Sains Malaysia 7

daripada tiap-tiap perihalan dan boleh memindah hak, menyerah hak, menyerahkan, memulangkan, menggadai, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahmilikkan atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau memperlakukan mana-mana harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Akademi atas apa-apa terma yang difikirkannya patut.

Matlamat Akademi

4. Matlamat Akademi ialah pengusahaan, penggalakan dan pengekalan kecemerlangan dalam bidang sains, kejuruteraan dan teknologi untuk menggalakkan pemajuan seni dan amalan sains, kejuruteraan dan teknologi bagi pembangunan negara dan faedah manusia.

Fungsi Akademi

5. Fungsi Akademi adalah—

(a)

untuk menggalakkan dan merangsang pembangunan sains, kejuruteraan dan teknologi;

(b)

untuk mengadakan forum untuk pertukaran pendapat di kalangan ahli sains, jurutera dan ahli teknologi;

(c)

untuk menggalakkan kesedaran negara, pemahaman dan penghargaan akan peranan sains, kejuruteraan dan teknologi dalam kemajuan manusia;

(d)

untuk menggalakkan daya reka ciptaan di kalangan ahli sains, jurutera dan ahli teknologi;

(e)

untuk menggalakkan sifat berdikari negara dalam bidang sains, kejuruteraan dan teknologi;

(f)

untuk bertindak sebagai forum untuk mengekalkan

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 524

kesedaran di pihak Kerajaan akan pentingnya peranan sains, kejuruteraan dan teknologi dalam proses pembangunan negara dan membawa kepada perhatian ahli sains, jurutera dan ahli teknologi akan keperluan pembangunan negara;

(g)

untuk menganalisa masalah tertentu negara dan mengenal pasti di mana sains, kejuruteraan dan teknologi dapat memberi sumbangan kepada penyelesaian masalah itu dan dengan demikian itu membuat syor kepada Kerajaan;

(h)

untuk sentiasa mengambil perhatian tentang perkembangan sains, kejuruteraan dan teknologi dan mengenal pasti perkembangan itu yang relevan dengan keperluan negara dan membawa kepada perhatian

Kerajaan akan perkembangan itu;

(i)

untuk menyediakan laporan, kertas atau dokumen lain ber-hubungan dengan dasar sains, kejuruteraan dan teknologi negara dan membuat syor yang perlu kepada Kerajaan;

(j)

untuk mendayausahakan dan membiayai kajian pelbagai disiplin yang berkaitan dengan serta perlu bagi pemahaman yang lebih baik tentang implikasi sosial dan ekonomi akan sains, kejuruteraan dan teknologi;

(k)

untuk menggalakkan penyelidikan dan pembangunan dan pendidikan dan latihan tenaga manusia yang sesuai dalam bidang saintifik, kejuruteraan dan teknikal;

(l)

untuk mengadakan dan mengekalkan hubungan antara

Akademi dan badan-badan luar negeri yang mempunyai objektif yang sama atau hampir serupa dengan objektif

Akademi dalam bidang sains, kejuruteraan dan teknologi;

(m)

untuk melakukan apa-apa perkara lain sebagaimana yang diminta oleh Kerajaan dari semasa ke semasa; dan

Akademi Sains Malaysia 9

(n)

untuk melakukan apa-apa tindakan lain yang selaras dengan Akta ini sebagaimana yang dikehendaki untuk meningkatkan pemajuan sains, kejuruteraan dan teknologi di Malaysia dan kebajikan serta taraf Akademi.

Majlis Akademi

6. (1) Bagi maksud menjalankan fungsi Akademi dan menguruskan hal ehwal Akademi, adalah ditubuhkan suatu Majlis yang, terdiri daripada—

(a)

Presiden;

(b)

Naib Presiden;

(c)

Setiausaha Agung;

(d)

Bendahari; dan

(e)

dua belas orang anggota lain, yang kesemuanya hendaklah menjadi Fellow Akademi.

(2)

Presiden hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor Menteri, yang syornya adalah dibuat selepas Menteri berunding dengan Majlis, dan presiden hendaklah memegang jawatan selama tiga tahun dari tarikh pelantikannya dan adalah layak dilantik semula dengan syarat bahawa beliau tidak memegang jawatan tersebut berturut-turut selama tempoh melebihi enam tahun.

(3)

Naib Presiden, Setiausaha Agung, Bendahari dan dua belas orang anggota lain hendaklah dipilih oleh Fellow dalam mesyuarat agung tahunan Akademi dan hendaklah memegang jawatan selama dua tahun dari tarikh pemilihan dan adalah layak untuk dipilih semula ke jawatan yang sama dengan syarat bahawa mereka tidak memegang jawatan tersebut berturut-turut selama tempoh melebihi empat tahun.

(4)

Peruntukan Jadual hendaklah terpakai bagi Majlis dan Akademi.

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 524

Fungsi Majlis

7. Fungsi Majlis adalah—

(a)

untuk merumuskan dasar berhubungan dengan fungsi

Akademi;

(b)

untuk mentadbir hal ehwal Akademi;

(c)

untuk melantik pegawai atau pekhidmat Akademi sebagaimana yang perlu bagi pentadbiran wajar Akademi;

(d)

untuk menyelia dan mengawal pegawai dan pekhidmatnya;

(e)

untuk mentadbir Kumpulan Wang; dan

(f)

untuk mengadakan mesyuarat agung Akademi untuk memutuskan perkara yang di bawah Akta ini dikehendaki diputuskan oleh Akademi.

Pelantikan jawatankuasa

8. (1) Majlis boleh melantik satu jawatankuasa atau lebih sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membantunya melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini.

(2)

Bilangan dan tempoh jawatan anggota sesuatu jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen ini, dan bilangan anggota yang perlu untuk membentuk suatu kuorum, hendaklah diputuskan oleh Majlis.

(3)

Suatu jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen ini boleh termasuk orang yang bukan anggota Majlis tetapi hendaklah anggota

Akademi.

Akademi Sains Malaysia 11

BAHAGIAN III

KEANGGOTAAN AKADEMI

Keanggotaan Akademi

9. (1) Akademi hendaklah terdiri daripada kategori anggota yang berikut:

(a)

Fellow; dan

(b)

Fellow kehormat.

(2)

Tertakluk kepada subseksyen (3), anggota Akademi adalah berhak untuk—

(a)

menggunakan kemudahan Akademi sebagaimana yang diputuskan oleh Majlis, dari semasa ke semasa, tertakluk kepada terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis; dan

(b)

keistimewaan sebagaimana yang diberikan kepada mereka oleh Majlis.

(3)

Majlis boleh mengehadkan penggunaan kemudahan Akademi kepada mana-mana kategori anggota.

(4)

Tiada hak atau keistimewaan seseorang anggota Majlis atau

Akademi boleh dipindahkan, tetapi apa-apa hak atau keistimewaan itu hendaklah terhenti apabila anggota Majlis atau Akademi tersebut berhenti menjadi anggota Majlis atau Akademi sama ada disebabkan oleh kematian, persaraan atau selainnya.

(5)

Fellow yang pertama Akademi hendaklah terdiri daripada lima puluh Fellow Yayasan yang dilantik oleh Menteri daripada kalangan warganegara Malaysia yang unggul yang oleh sebab pencapaian mereka masing-masing dalam bidang sains, kejuruteraan atau teknologi dianggap cemerlang dan unggul luar biasa.

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 524

Fellow dan Fellow kehormat

10. (1) Tertakluk kepada subseksyen 9(5) dan subseksyen (3), Fellow

Akademi hendaklah dipilih daripada kalangan warganegara Malaysia yang unggul yang oleh sebab pencapaian mereka masing-masing dalam bidang sains, kejuruteraan atau teknologi dianggap cemerlang dan unggul luar biasa.

(2)

Tertakluk kepada subseksyen (3), Fellow kehormat Akademi hendaklah dipilih daripada orang, yang bukan Fellow, yang telah memberikan atau sedang memberikan sumbangan yang cemerlang kepada amalan sains, kejuruteraan atau teknologi yang akan memberikan manfaat, atau yang boleh menyumbang kepada kerja,

Akademi.

(3)

Tiada seorang pun boleh menjadi Fellow atau Fellow kehormat melainkan jika dia telah dipilih sedemikian oleh Akademi dalam mesyuarat agung tahunan dan tiada seorang pun calon boleh dikemukakan untuk pemilihan melainkan jika namanya telah dikemukakan kepada Majlis mengikut cara yang diputuskan oleh

Majlis.

(4)

Daripada kalangan Fellow, hendaklah dilantik, oleh Majlis,

Fellow Kanan yang telah memberikan sumbangan kepada negara dan pelantikan mereka hendaklah berdasarkan kepada syor suatu panel khas yang terdiri daripada anggota dan bukan anggota Akademi yang dilantik oleh Menteri.

(5)

Seseorang Fellow Kanan yang dilantik di bawah subseksyen (4)

adalah berhak dipanggil sebagai Ahli Akademi dan dibayar elaun khas seumur hidup oleh Kerajaan.

Hilang kelayakan menjadi anggota Akademi

11. Seseorang Fellow hendaklah terhenti menjadi seorang anggota

Akademi jika dia─

(a)

disabitkan atas kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

Akademi Sains Malaysia 13

(b)

tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya; atau

(c)

dihukum bankrap.

Penamatan keanggotaan Fellow

12. (1) Majlis boleh melalui resolusi membuat syor kepada Akademi untuk menamatkan keanggotaan seseorang Fellow jika dia didapati bersalah atas kelakuan yang, pada pendapat Majlis, menyebabkan dia tidak layak untuk menjadi anggota Akademi atau yang akan menyebabkan Akademi mendapat nama buruk.

(2)

Sebelum syor di bawah subseksyen (1) dibawa kepada

Akademi untuk mendapat keputusan, Fellow berkenaan hendaklah diberi peluang untuk memberikan penjelasan secara bertulis kepada

Majlis dengan menyatakan alasan tentang mengapa keanggotaannya tidak boleh ditamatkan.

(3)

Setelah mempertimbangkan penjelasan bertulis Fellow di bawah subseksyen (2), Majlis hendaklah mengemukakan dapatannya dan syornya kepada Akademi yang keputusannya mengenai perkara ini, yang dibuat melalui mesyuarat agung tahunannya atau mesyuarat agung luar biasa, adalah muktamad.

BAHAGIAN IV

KEWANGAN

Penubuhan Kumpulan Wang Akademi Sains Malaysia

13. Maka adalah ditubuhkan suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Akademi Sains Malaysia yang hendaklah ditadbirkan oleh Majlis.

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 524

Wang yang hendak dibayar ke dalam Kumpulan Wang

14. Maka hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang─

(a)

apa-apa jumlah wang sebagaimana yang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh Parlimen daripada Kumpulan

Wang Disatukan Persekutuan;

(b)

segala wang yang diterima oleh Akademi melalui derma, pemberian atau bekues;

(c)

segala wang yang diperoleh atau berbangkit daripada apa-apa pelaburan yang dibuat di bawah seksyen 16 atau daripada apa-apa harta, gadai janji, gadaian atau debentur;

(d)

segala wang yang dipinjam oleh Majlis di bawah seksyen 17; dan

(e)

segala wang dan harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada

Akademi berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsinya.

Maksud Kumpulan Wang

15. Kumpulan Wang hendaklah digunakan bagi maksud yang berikut:

(a)

untuk membuat pembayaran bagi gaji, elaun, perbelanjaan dan kos pentadbiran lain yang dilakukan bagi maksud

Akta ini;

(b)

untuk mengadakan award, fellowship, biasiswa dan bantuan penyelidikan;

(c)

untuk menaja projek penyelidikan yang diusahakan oleh pertubuhan saintifik, institusi pengajian tinggi dan orang perseorangan;

Akademi Sains Malaysia 15

(d)

untuk menerbitkan dan membeli majalah, buku dan artikel berhubungan dengan sains, kejuruteraan atau teknologi;

(e)

untuk menganjurkan seminar, eksposisi dan aktiviti seumpama itu yang lain berhubungan dengan sains, kejuruteraan atau teknologi;

(f)

untuk membayar sewa, atau untuk membeli suatu tapak bina bagi dan pembinaan, apa-apa bangunan bagi

Akademi;

(g)

untuk membayar sewa atau untuk membeli kelengkapan dan bahan bagi maksud Akademi;

(h)

untuk membayar balik apa-apa wang yang dipinjam oleh

Majlis di bawah seksyen 17; dan

(i)

untuk membayar apa-apa perbelanjaan lain yang dilakukan dengan sepatutnya oleh

Majlis dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini.

Kuasa untuk melabur

16. Majlis boleh, dari semasa ke semasa, melabur wang Kumpulan

Wang yang tidak dikehendaki untuk dibelanjakan dengan segera di bawah Akta ini─

(a)

dalam apa-apa pelaburan atau sekuriti yang dibenarkan bagi pelaburan wang amanah oleh mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa pada masa itu; atau

(b)

dalam apa-apa pelaburan atau sekuriti lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis.

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 524

Kuasa meminjam

17. Majlis boleh, dengan kelulusan Menteri dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang akan ditentukan olehnya, meminjam apa-apa wang yang dikehendakinya bagi pelaksanaan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini.

BAHAGIAN V

AM

Meterai perbadanan

18. (1) Akademi hendaklah mempunyai meterai perbadanan dan meterai perbadanan itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis.

(2)

Sehingga suatu meterai diadakan oleh Majlis, suatu cap yang mengandungi perkataan ―Akademi Sains Malaysia‖ boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Akademi.

(3)

Meterai perbadanan hendaklah disimpan dalam jagaan

Presiden atau mana-mana orang lain sebagaimana yang diberi kuasa oleh Majlis.

(4)

Meterai perbadanan tidak boleh dicapkan pada mana-mana surat cara kecuali di hadapan Presiden dan dua orang anggota lain

Majlis yang hendaklah menandatangani nama mereka pada surat cara itu sebagai tanda kehadirannya itu, dan tandatangan itu hendaklah menjadi keterangan mencukupi bahawa meterai itu telah dicapkan dengan sewajarnya dan sepatutnya dan adalah meterai Akademi yang sah.

(5)

Apa-apa dokumen atau surat cara yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki dimeteraikan, boleh disempurnakan oleh Majlis dengan cara yang serupa dan dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak Majlis oleh mana-mana pegawai atau

Akademi Sains Malaysia 17

pekhidmat Akademi yang diberi kuasa secara am atau khas oleh

Majlis bagi maksud itu.

(6)

Meterai Akademi hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Pegawai dan pekhidmat Akademi disifatkan sebagai pekhidmat awam

19. Semua pegawai dan pekhidmat Akademi hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan.

Peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan

20. Majlis boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmat Akademi.

Peraturan-peraturan berkenaan dengan tatatertib

21. (1) Majlis boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan

Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan tatatertib pegawai dan pekhidmat Akademi.

(2)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh termasuk peruntukan bagi─

(a)

penahanan kerja dengan pengurangan gaji atau saraan lain; atau

(b)

penggantungan kerja tanpa gaji atau saraan lain, seseorang pegawai atau pekhidmat Akademi sementara menanti keputusan prosiding tatatertib.

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 524

(3)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah mewujudkan apa-apa kesalahan tatatertib dan mengadakan apa-apa hukuman tatatertib yang difikirkan sesuai oleh Majlis, dan hukuman yang diperuntukkan sedemikian boleh meliputi pembuangan kerja atau penurunan pangkat.

(4)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh, dalam menetapkan tatacara bagi prosiding tatatertib, memberikan peluang kepada orang yang terhadapnya prosiding tatatertib itu diambil untuk membuat representasi sebelum keputusan dicapai oleh

Majlis atas pertuduhan tatatertib yang dibuat terhadap orang itu.

Peraturan-peraturan

22.(1) Majlis boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat apa-apa peraturan sebagaimana yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih baik.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat─

(a)

untuk mengawal selia prosiding Akademi dan Majlis;

(b)

menetapkan secara amnya mengenai pelaksanaan fungsi dan penjalanan kuasa Majlis;

(c)

untuk mengawal selia pentadbiran Kumpulan Wang; dan

(d)

untuk menetapkan apa-apa jua yang di bawah Akta ini boleh atau dikehendaki supaya ditetapkan.

Akademi Sains Malaysia 19

Section 21

Regulations with respect to discipline

Schedule

JADUAL

[Subseksyen 6(4)]

PERUNTUKAN BERHUBUNGAN DENGAN MAJL1S DAN AKADEMI

Pengerusi

1.

(1)

Presiden hendaklah menjadi pengerusi

Majlis dan hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Majlis dan Akademi di mana dia hadir.

(2)

Jika Presiden tidak hadir, Naib Presiden hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu, dan jika Presiden dan Naib presiden tidak hadir, Majlis hendaklah memilih seorang daripada anggotanya untuk mempengerusikan mesyuarat itu.

Majlis yang pertama dan yang berikutnya

2. (1) Walau apa pun seksyen 6, Majlis yang pertama hendaklah terdiri daripada

Fellow Yayasan yang dilantik di bawah subseksyen 9(5) daripada antara mereka,

Menteri hendaklah melantik Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung, Bendahari dan dua belas anggota lain dan mereka hendaklah memegang jawatan sehingga

Majlis Akademi selepas itu dilantik atau dipilih, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengikut seksyen 6.

(2)

Daripada dua belas anggota lain Majlis pertama itu, enam anggota hendaklah terhenti daripada memegang jawatan pada akhir tahun pertama pelantikan mereka dan enam pada akhir tahun kedua pelantikan mereka; pemilihan di antara mereka yang akan terhenti memegang jawatan hendaklah dibuat melalui persetujuan di kalangan mereka, dan jika tiada persetujuan diperoleh, dan jika Presiden melalui budi bicara mutlaknya memutuskan, melalui pengiraan undi dalam suatu mesyuarat

Majlis dan kekosongan yang diwujudkan sedemikian itu hendaklah diisi melalui pemilihan baharu.

(3)

Tertakluk kepada seksyen 6, anggota Majlis yang bersara di bawah subperenggan (2) adalah layak untuk dipilih semula jika mereka tidak hilang kelayakan, atas apa-apa sebab yang diperuntukkan dalam perenggan 3, daripada memegang jawatan.

(4)

Majlis hendaklah memastikan bahawa dua belas anggota lain Majlis yang dipilih hendaklah pada setiap masa mewakili pelbagai bidang aktiviti Akademi supaya mengekalkan setakat mana yang boleh keseimbangan di kalangan anggota

Majlis dan mencerminkan ciri antara disiplin Akademi.

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 524

Hal keadaan bila anggota Majlis harus mengosongkan jawatan.

3. Seseorang anggota Majlis hendaklah mengosongkan jawatannya jika ─

(a)

dia terhenti daripada menjadi Fellow;

(b)

dia menjadi pegawai yang digaji oleh Akademi;

(c)

dia meletakkan jawatannya; atau

(d)

kecuali Presiden, dia dipecat dari jawatannya melalui suatu resolusi yang diluluskan dalam suatu mesyuarat agung tahunan atau mesyuarat agung luar biasa Akademi.

Anggota boleh bertindak tanpa mengira kekosongan dalam bilangan

4. Anggota Majlis boleh bertindak menjalankan apa-apa fungsi atau kewajipan jawatan mereka walau apa pun apa-apa kekosongan wujud dalam bilangan anggota.

Kekosongan biasa

5. Apa-apa kekosongan biasa yang berlaku dalam keanggotaan Majlis boleh diisi oleh mana-mana Fellow Akademi yang dilantik oleh Presiden dan Fellow itu hendaklah memegang jawatan hanya selama tempoh yang belum habis tempoh jawatan pendulunya.

Mesyuarat Majlis

6. (1) Majlis hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya empat kali dalam setiap tahun kalendar pada masa dan di tempat yang ditetapkan oleh Majlis.

(2)

Lapan anggota yang hadir dengan sendirinya dalam mana-mana mesyuarat

Majlis hendaklah membentuk suatu kuorum.

(3)

Suatu keputusan majoriti anggota Majlis yang hadir dan mengundi dalam mana-mana mesyuarat Majlis hendaklah disifatkan sebagai suatu keputusan Majlis.

(4)

Pengerusi atau anggota yang menjadi pengerusi dalam mana-mana mesyuarat

Majlis hendaklah mempunyai undi asal dan undi pemutus.

Akademi Sains Malaysia 21

Anggota Majlis dibayar saraan

7. Tiada saraan kena dibayar kepada mana-mana anggota Majlis kerana memegang jawatan.

Mesyuarat agung Akademi

8. (1) Tertakluk kepada subperenggan (2), mesyuarat agung tahunan Akademi hendaklah diadakan dalam masa empat bulan pertama setiap tahun kalendar, dan pada masa yang ditetapkan oleh Majlis.

(2)

Mesyuarat agung luar biasa Akademi boleh diadakan pada bila-bila masa oleh

Majlis dan hendaklah diadakan oleh Majlis atas permintaan tidak kurang daripada satu perlima daripada jumlah Fellow Akademi.

(3)

Mesyuarat agung biasa Akademi hendaklah diadakan di tempat dan pada masa sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis untuk membincangkan perkara saintifik, kejuruteraan atau teknologi atau perkara lain berkaitan dengan anggota dan hendaklah terbuka kepada semua Fellow dan mana-mana orang lain yang ditentukan oleh Majlis.

(4)

Tatacara bagi mesyuarat agung Akademi dan bagi penyampaian notis hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Majlis.

Minit hendaklah disimpan

9. Majlis hendaklah menyebabkan supaya minit mesyuaratnya dibuat dalam buku yang dikhaskan bagi maksud merekodkan semua prosiding, resolusi dan keputusan

Majlis dan Akademi.

Daftar anggota

10. Majlis hendaklah menyenggara suatu daftar, yang dalamnya hendaklah tertulis nama kesemua anggotanya.

22

Akta 524

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

─TIADA─

23

Akta 524

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa Meminda

─TIADA─

Berkuat kuasa dari

Section 22

Regulations

Schedule

5

Act 524

An Act to provide for the establishment of the Academy of Sciences

Malaysia and for matters connected therewith.

[1 February 1995, P.U. (B) 32/1995]

BE IT ENACTED by the Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan

Agong with the advice and consent of the Dewan Negara and

Dewan Rakyat in Parliament assembled, and by the authority of the same, as follows:

PART I

PRELIMINARY

Short title

1. This Act may be cited as the Academy of Sciences Malaysia

Act 1994.

Interpretation

2.

In this Act, unless the context otherwise requires—

“Academy” means the Academy of Sciences Malaysia established under section 3;

“Council” means the Council of the Academy established under

6 Laws of Malaysia ACT 524

section 6;

“Fellow” means a Fellow elected under section 10 and includes a

Senior Fellow;

“Fund” means the Academy of Sciences Malaysia Fund established under section 13;

“general meetings of the Academy” means the ordinary general meetings, annual general meetings and extraordinary general meetings of the Academy;

“members” means Fellows and honorary Fellows of the Academy;

“Minister” means the Minister for the time being charged with the responsibility for science and technology;

“national science, engineering and technology policy” means the legislative and executive measures adopted by the Government to develop, organize and utilize the national scientific, engineering and technological potential with the objective of achieving the nation’s overall development aim.

PART II

ACADEMY OF SCIENCES MALAYSIA

Establishment of the Academy

3. There is hereby established an academy by the name of

“Academy of Sciences Malaysia” which shall be a body corporate with perpetual succession and a common seal, and which may sue and be sued in its corporate name and, subject to and for the purposes of this Act, may enter into contracts and may acquire, purchase, take, hold and enjoy movable or immovable property of every description and may convey, assign, surrender, yield up, charge, mortgage, demise, reassign, transfer or otherwise dispose

Academy of Sciences Malaysia 7

of, or deal with any movable or immovable property or any interest therein vested in the Academy upon such terms as it deems fit.

Object of the Academy

4. The object of the Academy is the pursuit, encouragement and maintenance of excellence in the fields of science, engineering and technology in order to promote the advancement of the art and practice of science, engineering and technology for the development of the nation and the benefit of mankind.

Functions of the Academy

5. The functions of the Academy are—

(a)

to promote and foster the development of science, engineering and technology;

(b)

to provide a forum for the interchange of ideas among scientists, engineers and technologists;

(c)

to promote national awareness, understanding and appreciation of the role of science, engineering and technology in human progress;

(d)

to promote creativity among scientists, engineers and technologists;

(e)

to promote national self-reliance in the field of science, engineering and technology;

(f)

to act as a forum for maintaining awareness on the part of the Government of the significance of the role of science, engineering and technology in the development process of the nation and for bringing national development needs to the attention of the scientists, engineers and technologists;

8 Laws of Malaysia ACT 524

(g)

to analyze particular national problems and identify where science, engineering and technology can contribute to their solution and accordingly to make recommendations to the

Government;

(h)

to keep in touch with developments in science, engineering and technology and identify those developments which are relevant to national needs and to bring such developments to the attention of the Government;

(i)

to prepare reports, papers or other documents relating to the national science, engineering and technology policy and make the necessary recommendations to the

Government;

(j)

to initiate and sponsor multi-disciplinary studies related to and necessary for the better understanding of the social and economic implications of science, engineering and technology;

(k)

to encourage research and development and education and training of the appropriate scientific, engineering and technical manpower;

(l)

to establish and maintain relations between the Academy and overseas bodies having the same or almost similar objectives in science, engineering and technology as the

Academy;

(m)

to do such other things as may be requested by the

Government from time to time; and

(n)

to do such other acts which are consistent with this Act as may be required in order to further the advancement of science, engineering and technology in Malaysia and the welfare and status of the Academy.

Academy of Sciences Malaysia 9

Council of the Academy

6. (1) For the purpose of carrying out the functions of the Academy and managing the affairs of the Academy, there is established a

Council comprising—

(a)

the President;

(b)

the Vice-President;

(c)

the Secretary-General;

(d)

the Treasurer; and

(e)

twelve other members, who shall all be Fellows of the Academy.

(2)

The President shall be appointed by the Yang di-Pertuan

Agong on the recommendation of the Minister, whose recommendation is made after the Minister has consulted the Council, and the President shall hold office for three years from the date of his appointment and shall be eligible for reappointment provided that he shall not hold office consecutively for a period exceeding six years.

(3)

The Vice-President, the Secretary-General, the Treasurer and the twelve other members shall be elected by the Fellows at the annual general meeting of the Academy and shall hold office for two years from the date of election and shall be eligible for reelection to the same post provided that they shall not hold office consecutively for a period exceeding four years.

(4)

The provisions of the Schedule shall apply to the Council and the Academy.

10 Laws of Malaysia ACT 524

Functions of the Council

7. The functions of the Council are—

(a)

to formulate policy relating to the functions of the

Academy;

(b)

to administer the affairs of the Academy;

(c)

to appoint such officers or servants of the Academy as are necessary for the due administration of the Academy;

(d)

to supervise and control its officers and servants;

(e)

to administer the Fund; and

(f)

to convene general meetings of the Academy to decide on matters which under this Act are required to be decided by the Academy.

Appointment of committees

8. (1) The Council may appoint one or more committees as it considers necessary or expedient to assist it in the performance of its functions under this Act.

(2)

The number and term of office of the members of a committee appointed under this section, and the number of the members necessary to form a quorum, shall be decided by the Council.

(3)

A committee appointed under this section may include persons who are not members of the Council but who shall be members of the Academy.

Academy of Sciences Malaysia 11

PART III

MEMBERSHIP OF THE ACADEMY

Membership of the Academy

9. (1) The Academy shall consist of the following categories of members:

(a)

Fellows; and

(b)

honorary Fellows.

(2)

Subject to subsection (3), the members of the Academy shall be entitled to—

(a)

the use of the facilities of the Academy as may be decided by the Council, from time to time, subject to such terms and conditions as may be determined by the Council; and

(b)

such privileges as may be conferred upon them by the

Council.

(3)

The Council may restrict the use of the facilities of the

Academy to any category of members.

(4)

No right or privilege of a member of the Council or Academy shall be transferable, but any such right or privilege shall cease upon the member of the Council or Academy ceasing to be such whether by death, retirement or otherwise.

(5)

The first Fellows of the Academy shall comprise fifty

Foundation Fellows appointed by the Minister from among eminent

Malaysian citizens who are regarded by virtue of their respective achievements in the field of science, engineering or technology as being of exceptional merit and distinction.

12 Laws of Malaysia ACT 524

Fellows and honorary Fellows

10. (1) Subject to subsection 9(5) and subsection (3), the Fellows of the Academy shall be elected from such Malaysian citizens who by virtue of their respective achievements in the field of science, engineering or technology are regarded as being of exceptional merit and distinction.

(2)

Subject to subsection (3), the honorary Fellows of the Academy shall be elected from such persons, not being Fellows, who have made or are making a distinguished contribution to the practice of science, engineering or technology which will benefit, or will be able to contribute to the work of, the Academy.

(3)

No person may become a Fellow or honorary Fellow unless he has been elected as such by the Academy in an annual general meeting and no candidate shall be put forward for election unless his name has been submitted to the Council in the manner determined by the Council.

(4)

From amongst the Fellows, there shall be appointed, by the

Council, Senior Fellows who are persons who have made a contribution to the nation and their appointment shall be based on the recommendation of a special panel comprising members and non-members of the Academy as appointed by the Minister.

(5)

A Senior Fellow appointed under subsection (4) shall be entitled to be addressed as an Academician and be paid a special allowance for life by the Government.

Disqualification from membership of Academy

11. A Fellow shall cease to be a member of the Academy if he—

(a)

is convicted of an offence involving fraud, dishonesty or moral turpitude;

Academy of Sciences Malaysia 13

(b)

is of unsound mind or is otherwise incapable of discharging his duties; or

(c)

is adjudicated a bankrupt.

Termination of membership of a Fellow

12. (1) The Council may by resolution make a recommendation to the Academy to terminate the membership of a Fellow if he has been guilty of conduct which, in the opinion of the Council, renders him unfit to be a member of the Academy or will bring it into disrepute.

(2)

Before the recommendation under subsection (1) is brought to the Academy for a decision the Fellow concerned shall be given an opportunity to give an explanation in writing to the Council stating the reasons as to why his membership should not be terminated.

(3)

Upon consideration of the written explanation given by the

Fellow under subsection (2) the Council shall forward its findings and recommendation to the Academy whose decision on the matter, made through its annual general meeting or extraordinary general meeting, shall be final.

PART IV

FINANCE

Establishment of the Academy of Sciences Malaysia Fund

13. There is established a fund to be known as the Academy of

Sciences Malaysia Fund which shall be administered by the Council.

14 Laws of Malaysia ACT 524

Moneys to be paid into the Fund

14. There shall be paid into the Fund—

(a)

such sums of money as may be appropriated from time to time by Parliament from the Federal Consolidated

Fund;

(b)

all moneys received by the Academy by way of any donation, grant or bequest;

(c)

all moneys earned or arising from any investment made under section 16 or from any property, mortgage, charge or debenture;

(d)

all moneys borrowed by the Council under section 17;

and

(e)

all other moneys and properties which may in any manner become payable to or be vested in the Academy in respect of any matter incidental to its functions.

Purposes of the Fund

15. The Fund shall be used for the following purposes:

(a)

to make disbursements for salaries, allowances, expenses and other administrative costs incurred for the purposes of this Act;

(b)

to provide awards, fellowships, scholarships and research grants;

(c)

to sponsor research projects undertaken by scientific organizations, institutions of higher learning and individuals;

(d)

to publish and purchase magazines, books and articles relating to science, engineering or technology;

Academy of Sciences Malaysia 15

(e)

organization of seminars, expositions and other similar activities relating to science, engineering or technology;

(f)

to pay for the rental, or purchase of a site for and the construction, of any building for the Academy;

(g)

to pay for the rental or purchase of equipment and materials for the purposes of the Academy;

(h)

to repay any moneys borrowed by the Council under section 17; and

(i)

to pay any other expenses properly incurred by the Council in the execution of its functions under this Act.

Power to invest

16. The Council may, from time to time, invest such moneys of the Fund as are not immediately required to be expended under this

Act—

(a)

in any investments or securities authorized for the investment of trust funds by any written law for the time being in force; or

(b)

in such other investments or securities as the Council thinks fit.

Power to borrow

17. The Council may, with the approval of the Minister and upon such terms and conditions as may be determined by him, borrow such sums as it may require for the execution of any of its functions under this Act.

16 Laws of Malaysia ACT 524

PART V

GENERAL

Common seal

18. (1) The Academy shall have a common seal and such seal may from time to time be broken, changed, altered or made anew as the Council may think fit.

(2)

Until a seal is provided by the Council, a stamp bearing the words “Academy of Sciences Malaysia” may be used and shall be deemed to be the common seal of the Academy.

(3)

The common seal shall be kept in the custody of the

President or such other person as may be authorized by the

Council.

(4)

The common seal shall not be affixed to any instrument except in the presence of the President and two other members of the Council who shall sign their names to the instrument in token of such presence, and the signatures shall be sufficient evidence that the seal was duly and properly affixed and is the lawful seal of the Academy.

(5)

Any document or instrument which, if executed by a person not being a body corporate, would not be required to be under seal, may in like manner be executed by the Council and such document or instrument may be executed on behalf of the Council by any officer or servant of the Academy generally or specially authorized by the Council in that behalf.

(6)

The common seal of the Academy shall be officially and judicially noticed.

Officers and servants of the Academy deemed to be public servants

19. All officers and servants of the Academy shall be deemed to be public servants within the meaning of the Penal Code.

Academy of Sciences Malaysia 17

Regulations with respect to conditions of service

20. The Council may, from time to time, with the approval of the

Minister, make regulations with respect to the conditions of service of the officers and servants of the Academy.

Regulations with respect to discipline

21. (1) The Council may, from time to time, with the approval of the Minister, make regulations with respect to the discipline of the officers and servants of the Academy.

(2)

The regulations made under this section may include provisions for—

(a)

the interdiction with reduction in salary or in other remuneration; or

(b)

the suspension without salary or other remuneration, of an officer or servant of the Academy during the pendency of disciplinary proceedings.

(3)

The regulations made under this section shall create such disciplinary offences and provide for such disciplinary punishments as the Council may deem appropriate, and the punishments so provided may extend to dismissal or reduction in rank.

(4)

The regulations made under this section may, in prescribing the procedure for disciplinary proceedings, provide for an opportunity for representations to be made by the person against whom the disciplinary proceedings are taken before a decision is arrived at by the Council on the disciplinary charge laid against such person.

Regulations

22. (1) The Council may, with the approval of the Minister, make such regulations as may be expedient or necessary for the better

18 Laws of Malaysia ACT 524

carrying out of the provisions of this Act.

(2)

Without prejudice to the generality of subsection (1), regulations may be made—

(a)

to regulate the proceedings of the Academy and the Council;

(b)

prescribing generally for the performance of the functions and the exercise of the powers of the Council;

(c)

to regulate the administration of the Fund; and

(d)

to prescribe anything which under this Act may or is required to be prescribed.

Schedule

[Subsection 6(4)]

PROVISIONS RELATING TO THE COUNCIL AND THE ACADEMY

Chairman

1. (1) The President shall be the chairman of the Council and shall preside at all meetings of the Council and the Academy at which he is present.

(2)

In the absence of the President, the Vice-President shall preside, and in the absence of the President and the Vice-President, the Council shall elect one of its members to preside.

First and subsequent Council

2. (1) Notwithstanding section 6, the first Council shall comprise the Foundation

Fellows appointed under subsection 9(5) from among whom the Minister shall appoint the President, the Vice-President, the Secretary–General, the Treasurer and the twelve other members and they shall hold office until the next Council of the

Academy is appointed or elected, as the case may be, in accordance with section 6.

Academy of Sciences Malaysia 19

(2)

Of the twelve other members of the first Council, six members shall cease to hold office at the end of the first year of their appointment and six at the end of the second year of their appointment; the selection of those of them who are so to cease to hold office shall be made by agreement amongst them and if no such agreement can be obtained, and if the President in his absolute discretion so decides, by the drawing of lots at a meeting of the Council and the vacancies thus created shall be filled by fresh elections.

(3)

Subject to section 6, members of the Council who retire under subparagraph

(2)

are eligible for election if they are not disqualified, on any of the grounds provided in paragraph 3, from holding office.

(4)

The Council shall ensure that the twelve other members of the Council elected shall at all times represent the various fields of activity of the Academy so as to preserve as far as possible a reasonable balance among the members of the Council and to reflect the inter-disciplinary character of the Academy.

Circumstances when members of the Council are to vacate office

3. A member of the Council shall vacate his office if—

(a)

he ceases to be a Fellow;

(b)

he becomes a paid official of the Academy;

(c)

he resigns his office; or

(d)

except the President, he is removed from office by a resolution passed in an annual general meeting or extraordinary general meeting of the

Academy.

Members may act irrespective of vacancy in number

4. The members of the Council may act in the discharge of their functions or duties in their office notwithstanding any vacancy existing in their number.

Casual vacancy

5. Any casual vacancy arising in the membership of the Council may be filled by any Fellow of the Academy appointed by the President and the Fellow shall hold office only for the unexpired period of his predecessor’s term of office.

20 Laws of Malaysia ACT 524

Meetings of the Council

6. (1) The Council shall meet at least four times in each calendar year at such time and place as it may determine.

(2)

Eight members personally present at any meeting of the Council shall constitute the quorum.

(3)

A decision of the majority of the members of the Council present and voting at any meeting of the Council shall be deemed to be a decision of the

Council.

(4)

The chairman or member presiding at any meeting of the Council shall have an original and a casting vote.

Council members not to be remunerated

7. No remuneration is payable to any member of the Council for holding office.

General meetings of the Academy

8. (1) Subject to subparagraph (2), the annual general meeting of the Academy shall be held in the first four months of each calendar year, and at such time as may be appointed by the Council.

(2)

An extraordinary general meeting of the Academy may be convened at any time by the Council and shall be convened by the Council on a requisition by not less than one-fifth of the total number of the Fellows of the Academy.

(3)

The ordinary general meetings of the Academy shall be held at such place and at such time as may be appointed by the Council to discuss scientific, engineering or technological or other matters of concern to the members and shall be open to all Fellows and such other persons as the Council may determine.

(4)

The procedure for the general meetings of the Academy and for service of notices shall be in accordance with the regulations as prescribed by the

Council.

Minutes to be kept

9. The Council shall cause the minutes of its meetings to be made in books provided for the purpose of recording all proceedings, resolutions and decisions of

Academy of Sciences Malaysia 21

the Council and the Academy.

Roll of members

10.

The Council shall maintain a roll of members in which shall be inscribed the names of all its members.

22

Act 524

LIST OF AMENDMENTS

Amending law

Short title

In force from

– NIL –

23

Act 524

LIST OF SECTIONS AMENDED

Section

Amending authority

In force from

– NIL –