Schedule
JADUAL
7
Akta 481
Suatu Akta untuk menubuhkan Lembaga Penggalakan Pelancongan
Malaysia dan untuk mengadakan peruntukan mengenai perkara yang berkaitan dengannya.
[1 Mei 1992; P.U. (B) 198/1992]
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam
Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Penggalakan
Pelancongan Malaysia 1992.
(2) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Tafsiran
2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 481
“Akta termansuh”
ertinya
Akta
Perbadanan
Kemajuan
Pelancongan Malaysia 1972 [Akta 72] dan termasuk mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya;
“hari ditetapkan” ertinya hari yang ditetapkan oleh Menteri di bawah seksyen 1;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah yang dilantik di bawah seksyen 10;
“Kumpulan Wang” ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 14;
“Lembaga” ertinya Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pelancongan;
“Pengarah” ertinya Pengarah yang dilantik di bawah seksyen 10;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 5;
“pengusahaan pelancongan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah Akta Industri Pelancongan 1992
[Akta 482];
“Perbadanan”
ertinya
Perbadanan
Kemajuan
Pelancongan
Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Kemajuan
Pelancongan Malaysia 1972;
“Pesuruhjaya Pelancongan” ertinya Pesuruhjaya Pelancongan yang dilantik di bawah seksyen 4 Akta Industri Pelancongan 1992;
“Timbalan Ketua Pengarah” ertinya Timbalan Ketua Pengarah yang dilantik di bawah seksyen 10;
“Timbalan Pengerusi” ertinya Timbalan Pengerusi yang dilantik di bawah seksyen 5.
Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 9
(2) Apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai “Akta ini”
hendaklah, melainkan jika disebutkan dengan nyata selainnya, disifatkan sebagai termasuk sebutan mengenai mana-mana peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, perintah, pemberitahuan atau perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta ini.
BAHAGIAN II
LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA
Penubuhan Lembaga
3. Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan bernama “Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia” yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, yang boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas namanya dan, tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahmilikkan atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada
Lembaga, mengikut apa-apa syarat yang difikirkannya patut.
Fungsi dan kuasa Lembaga
4. (1) Fungsi Lembaga adalah—
(a) menggiatkan dan menggalakkan pelancongan ke dan dalam
Malaysia;
(b) merangsangkan, memajukan dan memasarkan, di arena antarabangsa dan tempatan, negara Malaysia sebagai tempat tujuan pelancong;
(c) menyelaraskan apa-apa aktiviti pemasaran atau penggalakan berhubung dengan pelancongan yang
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 481
dijalankan oleh mana-mana jabatan kerajaan, atau agensi atau organisasi kerajaan atau bukan kerajaan; dan
(d) membuat syor kepada Menteri tentang cara, langkah dan program yang hendak diterima pakai bagi memudahkan dan menggiatkan kemajuan dan penggalakan industri pelancongan di Malaysia dan jika dibenarkan oleh Menteri, melaksanakan atau membantu dalam pelaksanaan cara, langkah dan program berkenaan.
(2) Lembaga adalah berkuasa melakukan segala perkara yang suai manfaat atau yang semunasabahnya perlu bagi, atau bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan yang tersebut di atas—
(a) menjalankan segala aktiviti yang berhubungan dengan pelancongan yang bersifat komersial atau perindustrian dan aktiviti penyelidikan dan latihan, yang penjalanannya didapati oleh Lembaga adalah perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya;
(b) bekerjasama dengan atau bertindak sebagai ejen, atau bertindak dengan apa-apa cara lain bersama dengan atau bagi pihak mana-mana agensi atau organisasi, sama ada antarabangsa atau selainnya;
(c) mendapatkan publisiti tempatan dan luar negeri bagi memajukan Malaysia sebagai tempat tujuan pelancong;
(d) menggalakkan dan menyelaraskan penjalanan apa-apa aktiviti yang berkaitan atau berhubungan dengan fungsinya oleh mana-mana jabatan kerajaan, atau agensi atau organisasi kerajaan atau bukan kerajaan;
(e) menjalankan penyelidikan, kajian dan siasatan yang perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya;
(f) menghendaki mana-mana jabatan kerajaan, agensi atau organisasi kerajaan atau bukan kerajaan untuk mengemukakan maklumat, program dan laporan mengenai aktiviti penggalakan dan pemasaran pelancongan mereka;
Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 11
(g) mengambil bahagian dalam apa-apa perundingan dan perkiraan sebagaimana yang didapati perlu oleh Lembaga bagi melaksanakan fungsinya;
(h) membantu memajukan pengusahaan pelancongan dalam
Malaysia, dan dalam menyediakan atau mempertingkatkan mutu kemudahan dan tarikan pelancong dalam Malaysia;
(i) memberikan bantuan kepada mana-mana agensi atau organisasi kerajaan atau bukan kerajaan yang didapati oleh
Lembaga mempunyai kemudahan untuk menjalankan mana-mana aktiviti sedemikian, termasuk, dengan kelulusan Menteri, bantuan kewangan melalui pengambilan modal syer atau pinjaman atau melalui pinjaman atau selainnya;
(j) melupuskan aset modal dan menggunakan hasil daripada pelupusan itu sebagaimana yang Lembaga fikirkan patut;
(k) melantik ejen yang difikirkannya patut bagi maksud melaksanakan fungsinya;
(l) mengenakan fi atau apa-apa caj lain yang difikirkannya patut bagi melaksanakan mana-mana fungsi atau kuasanya;
(m) melakukan apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkannya patut bagi membolehkannya menjalankan fungsi dan kuasanya dengan berkesan; dan
(n) menjalankan segala kuasa dan melaksanakan segala kewajipan yang diletakhakkan pada atau diwakilkan kepadanya di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang bertulis lain.
Keanggotaan Lembaga
5. (1) Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:
(a) Pengerusi;
(b) Timbalan Pengerusi;
(c) Ketua Pengarah; dan 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 481
(d) tidak kurang daripada enam tetapi tidak lebih daripada sepuluh anggota yang—
(i) sekurang-kurangnya empat hendaklah merupakan orang yang berkaitan dengan apa-apa pengusahaan pelancongan tetapi tidak memegang apa-apa jawatan awam;
(ii) sekurang-kurangnya dua hendaklah masing-masingnya merupakan wakil
Kementerian
Pelancongan dan Kementerian Kewangan; dan
(iii) mana-mana orang lain sebagaimana yang Menteri fikirkan layak dan dan patut untuk menjadi anggota
Lembaga.
(2) Menteri hendaklah melantik Pengerusi dan Timbalan
Pengerusi daripada kalangan orang yang pada pendapatnya mempunyai pengalaman yang luas dalam pengusahaan pelancongan atau dalam apa-apa bidang aktiviti yang sangat berfaedah bagi kemajuan pelancongan.
(3) Lembaga boleh mewakilkan mana-mana fungsi dan kuasanya kepada Pengerusi.
(4) Peruntukan Jadual adalah terpakai bagi Lembaga.
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
6. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]
adalah terpakai bagi apa-apa tindakan guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Lembaga atau terhadap mana-mana anggota, pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat sedemikian.
Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 13
Pekhidmat awam
7. Semua anggota, pegawai dan pekhidmat Lembaga, semasa menunaikan kewajipan mereka sebagai anggota, pegawai dan pekhidmat Lembaga, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].
Kuasa Menteri untuk memberikan arahan
8. Lembaga adalah bertanggungjawab kepada Menteri, dan Menteri boleh dari semasa ke semasa memberikan arahan yang selaras dengan peruntukan Akta ini dan Lembaga hendaklah melaksanakan segala arahan sedemikian.
Laporan dan maklumat
9. (1) Lembaga hendaklah memberi kepada Menteri apa-apa maklumat mengenai harta dan aktivitinya sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh Menteri dari semasa ke semasa.
(2) Lembaga hendaklah, tidak lewat dari 30 haribulan Jun setiap tahun, menyebabkan dibuat dan dihantar kepada Menteri suatu laporan yang memperkatakan aktiviti Lembaga sepanjang tahun yang sebelumnya dan laporan itu hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan prosiding dan dasar Lembaga sebagaimana yang dinyatakan dari semasa ke semasa oleh Menteri.
BAHAGIAN III
KETUA PENGARAH, TIMBALAN KETUA PENGARAH, PENGARAH
DAN PEGAWAI SERTA PEKHIDMAT LAIN
Pelantikan
Ketua
Pengarah,
Timbalan Ketua
Pengarah,
Pengarah dan pegawai serta pekhidmat lain
10. (1) Menteri hendaklah melantik seseorang yang layak dan patut, atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 481
ditentukannya, untuk menjadi Ketua Pengarah yang adalah ketua pegawai eksekutif Lembaga.
(2) Lembaga hendaklah—
(a) dengan kelulusan Menteri, melantik sekian bilangan
Timbalan Ketua Pengarah dan Pengarah sebagaimana yang difikirkannya sesuai; dan
(b) melantik pegawai dan pekhidmat lain sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi perjalanan cekap urusan Lembaga, atas apa-apa terma dan syarat, termasuk saraan, sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri.
(3) Ketua Pengarah hendaklah, tertakluk kepada arahan Lembaga atas perkara dasar, dipertanggungkan dengan pentadbiran dan pengurusan harian hal ehwal Lembaga.
(4) Ketua
Pengarah hendaklah bertanggungjawab kepada
Pengerusi yang bertindak bagi pihak Lembaga.
(5) Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kuasa pengawalan am ke atas Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah dan pegawai serta pekhidmat lain Lembaga.
(6) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, meletak hak pada
Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah dan Pengarah apa-apa kuasa dan mempertanggungkan ke atas mereka apa-apa kewajipan yang ditentukan oleh Lembaga.
(7) Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah dan Pengarah hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan yang diarahkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
(8) Jika Ketua Pengarah tidak ada buat sementara dalam Malaysia atau tidak berupaya buat sementara oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain yang cukup untuk melaksanakan kewajipannya,
Lembaga boleh mengarahkan mana-mana Timbalan Ketua Pengarah untuk melaksanakan kewajipan Ketua Pengarah dalam masa Ketua
Pengarah tidak ada atau tidak berupaya buat sementara itu.
Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 15
Hilang kelayakan untuk dilantik
11. Tiada seorang pun layak diambil kerja sebagai pegawai atau pekhidmat Lembaga jika dia, secara langsung atau tidak langsung, mempunyai sendiri atau melalui pekongsinya, apa-apa syer atau kepentingan dalam sesuatu kontrak atau kontrak yang dicadangkan, dengan, untuk atau bagi pihak Lembaga.
Peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan
12. Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan
Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmat Lembaga.
Peraturan-peraturan berkenaan dengan tatatertib
13. (1) Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan
Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan tatatertib pegawai dan pekhidmat Lembaga.
(2) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh termasuk peruntukan bagi—
(a) penahanan kerja dengan pengurangan gaji atau saraan lain; atau
(b) penggantungan kerja tanpa gaji atau saraan lain, seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga sementara menanti keputusan prosiding tatatertib.
(3) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah mewujudkan apa-apa kesalahan tatatertib dan mengadakan peruntukan bagi apa-apa hukuman tatatertib yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dan hukuman yang diperuntukkan sedemikian boleh meliputi pembuangan kerja atau penurunan pangkat.
(4) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah, dalam menetapkan tatacara bagi prosiding tatatertib,
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 481
memberikan peluang kepada orang yang terhadapnya prosiding tatatertib itu diambil membuat representasi sebelum keputusan diambil oleh Lembaga atas pertuduhan tatatertib terhadap orang itu.
BAHAGIAN IV
KEWANGAN
Kumpulan Wang
14. (1) Maka adalah dengan ini ditubuhkan, bagi maksud Akta ini, suatu kumpulan wang yang akan ditadbirkan dan dikawal oleh
Lembaga.
(2) Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
(a) apa-apa jumlah wang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh Parlimen;
(b) apa-apa jumlah wang yang dibayar dari semasa ke semasa kepada Lembaga daripada pinjaman yang diberikan oleh
Lembaga;
(c) wang yang didapati daripada penjalanan apa-apa projek, skim atau pengusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan
Wang;
(d) wang yang didapati atau yang terbit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;
(e) apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;
(f) jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga bagi maksud menjelaskan mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya; dan
(g) segala wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada, atau terletak hak pada,
Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi, kuasa dan kewajipannya.
Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 17
Pemeliharaan Kumpulan Wang
15. Maka adalah menjadi kewajipan
Lembaga memelihara
Kumpulan
Wang dengan melaksanakan, menjalankan dan menunaikan fungsi, kuasa dan kewajipannya di bawah Akta ini supaya jumlah hasil Lembaga, tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh Menteri, cukup untuk membayar semua wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada akaun hasilnya, termasuk susut nilai dan bunga atas modal, dari setahun ke setahun.
Perbelanjaan yang hendak dipertanggungkan pada Kumpulan
Wang
16. Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud—
(a) membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Lembaga, termasuk fi guaman dan fi serta kos lain, dan saraan pegawai dan pekhidmat yang dilantik dan diambil kerja oleh Lembaga, termasuk elaun persaraan, pencen dan ganjaran;
(b) membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau disetuju terima dengan sepatutnya oleh
Lembaga dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah seksyen 4;
(c) membeli atau menyewa kelengkapan, jentera, barang simpanan dan apa-apa bahan lain, memperoleh tanah dan mendirikan bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja dan usaha lain dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasa di bawah seksyen 4;
(d) membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah
Akta ini dan bunga yang kena dibayar atasnya; dan
(e) pada amnya, membayar apa-apa perbelanjaan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 481
Perbelanjaan dan penyediaan anggaran
17. (1) Perbelanjaan Lembaga hingga sebanyak yang dibenarkan oleh Menteri bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar daripada
Kumpulan Wang.
(2) Sebelum permulaan bulan September setiap tahun, Lembaga hendaklah mengemukakan kepada
Menteri suatu anggaran perbelanjaan bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh
Menteri; dan Menteri hendaklah, sebelum permulaan tahun yang berikutnya, memberitahu Lembaga amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan pada amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap jenis perbelanjaan.
(3) Lembaga boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada
Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan
Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu.
Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980
18. Peruntukan Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan
Tahunan) 1980 [Akta 240] adalah terpakai bagi Lembaga.
BAHAGIAN V
KUASA LAIN LEMBAGA
Perwakilan oleh Lembaga
19. Lembaga boleh, melalui suatu surat cara bertulis di bawah meterai perbadanannya, mewakilkan mana-mana orang atau badan apa-apa kewajipannya sebagaimana yang perlu dilaksanakan di dalam atau di luar Malaysia:
Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 19
Dengan syarat bahawa mana-mana orang atau badan sedemikian tidaklah mempunyai kawalan ke atas Kumpulan Wang dan hendaklah bertindak dalam segala aspek mengikut arahan Lembaga.
Kuasa meminjam
20. Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan
Menteri, meminjam, atas apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma tentang masa dan cara pembayaran balik dan selainnya sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri, apa-apa jumlah wang yang diperlukan oleh Lembaga bagi menjelaskan mana-mana obligasinya atau bagi menunaikan mana-mana kewajipannya.
Pelaburan
21. Aset
Lembaga, setakat yang tidak dikehendaki untuk dibelanjakan oleh Lembaga di bawah Akta ini, hendaklah dilaburkan mengikut cara yang diluluskan oleh Menteri.
Kuasa untuk mengambil kerja
22. Lembaga boleh mengambil kerja dan membayar ejen dan penasihat teknik, termasuk peguam bela dan peguam cara, jurubank, broker saham, juruukur, penilai dan orang lain, untuk menjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki dijalankan atau dilakukan dalam melaksanakan fungsinya, menjalankan kuasanya atau menunaikan kewajipannya atau bagi melaksanakan maksud Akta ini dengan lebih baik.
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 481
BAHAGIAN VI
AM
Obligasi menyimpan rahsia
23. (1) Kecuali bagi mana-mana maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, tiada anggota, pegawai atau pekhidmat
Lembaga boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang telah diperolehnya semasa menjalankan kewajipannya yang tidak disiarkan menurut Akta ini.
(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau kedua-duanya.
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
24. (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat apa-apa peraturan-peraturan yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih baik.
(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi—
(a) menetapkan cara bagaimana apa-apa jenis dokumen, cek dan surat cara akan ditandatangani atau disempurnakan bagi pihak Lembaga;
(b) menetapkan tanggungjawab dan kawalan pegawai dan pekhidmat Lembaga;
(c) mengenakan fi dalam hal yang ditentukan oleh Lembaga;
(d) mengadakan peruntukan pada amnya mengenai pelaksanaan fungsi, penjalanan kuasa dan penunaian kewajipan Lembaga di bawah peruntukan Akta ini.
(3) Peraturan-peraturan di bawah seksyen ini—
Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 21
(a) boleh memperuntukkan bahawa apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar mana-mana peruntukannya adalah menjadi suatu kesalahan; dan
(b) boleh mengadakan peruntukan bagi pengenaan penalti bagi kesalahan itu, dan penalti itu tidak boleh melebihi lima ribu ringgit atau satu tahun pemenjaraan atau kedua-duanya.
BAHAGIAN VII
PEMANSUHAN DAN PERUNTUKAN PERALIHAN
Pemansuhan
25. Akta Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia 1972 dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya adalah dengan ini dimansuhkan.
Penerusan anggota Lembaga Pengurusan dan pegawai serta pekhidmat
26. (1) Anggota Lembaga Pengurusan Perbadanan yang dilantik di bawah seksyen 5 Akta termansuh hendaklah, pada hari ditetapkan, menjadi anggota Lembaga dan adalah tertakluk kepada segala peruntukan Akta ini yang berhubungan dengan anggota sedemikian dan hendaklah disifatkan telah dilantik di bawah Akta ini.
(2) Tiap-tiap orang yang sebelum sahaja hari ditetapkan telah diambil kerja sebagai pegawai atau pekhidmat Perbadanan hendaklah pada hari itu disifatkan diambil kerja sebagai pegawai atau pekhidmat
Lembaga sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan, atas terma dan syarat perkhidmatan yang sama yang terdapat sebelum hari ditetapkan itu.
(3) Segala prosiding tatatertib yang, sebelum sahaja hari ditetapkan, belum selesai terhadap mana-mana pegawai atau pekhidmat Perbadanan pada atau selepas hari itu, boleh diteruskan
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 481
terhadap pegawai atau pekhidmat itu oleh pihak berkuasa Lembaga yang berkenaan.
Pemindahan kumpulan wang, aset, harta, hak, liabiliti dan obligasi
27. (1) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, segala wang yang berada dalam, dan kena dibayar pada, kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 8 Akta termansuh hendaklah pada hari ditetapkan dipindahkan kepada Kumpulan Wang.
(2) Segala aset, harta, hak, liabiliti dan obligasi yang sebelum sahaja hari ditetapkan adalah aset, harta, hak, liabiliti dan obligasi
Perbadanan hendaklah dari hari itu diturunkan kepada Lembaga.
Pentafsiran
28. Segala sebutan dalam mana-mana undang-undang bertulis lain mengenai Perbadanan hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai—
(a) dalam hal perkara yang berhubungan dengan pelesenan atau pendaftaran, Pesuruhjaya Pelancongan; dan
(b) dalam mana-mana hal lain, Lembaga.
Penerusan undang-undang, dsb.
29. (1) Segala perintah, peraturan-peraturan, arahan, pelantikan, pemberitahuan, pengecualian dan kelulusan yang dibuat atau diberi di bawah, atau mengikut, atau menurut kuasa, Akta termansuh hendaklah, setakat yang perintah, peraturan-peraturan, arahan, pelantikan, pemberitahuan, pengecualian dan kelulusan itu selaras dengan peruntukan Akta ini atau Akta Industri Pelancongan 1992, disifatkan telah dibuat atau diberi di bawah Akta ini atau Akta
Industri Pelancongan 1992 dan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga peruntukan lain dibuat di bawah Akta ini atau Akta Industri
Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 23
Pelancongan 1992 atau sehingga tarikh yang padanya ia habis tempoh.
(2) Apa-apa permohonan untuk lesen atau perakuan pendaftaran, kelulusan atau keizinan, atau bagi apa-apa jua pun maksud, atau apa-apa rayuan, yang dibuat oleh mana-mana orang kepada Menteri atau Perbadanan sebelum hari ditetapkan, dan belum selesai sebelum hari sedemikian, hendaklah, jika terdapat peruntukan yang bersamaan di bawah Akta ini atau Akta Industri Pelancongan 1992 diuruskan seolah-olah telah dibuat di bawah peruntukan itu, dan jika tiada peruntukan bersamaan sedemikian wujud, permohonan atau rayuan itu hendaklah luput pada hari ditetapkan.
(3) Apa-apa lesen atau perakuan pendaftaran yang diberikan di bawah Akta termansuh hendaklah disifatkan sebagai lesen atau perakuan pendaftaran yang diberi di bawah Akta Industri
Pelancongan 1992 dan hendaklah sah selama tempoh enam bulan dari hari ditetapkan dan tertakluk kepada peruntukan Akta tersebut yang terpakai bagi suatu lesen atau perakuan pendaftaran atau apa-apa syarat, had atau sekatan lain yang boleh dikenakan seolah-olah ia adalah suatu lesen atau perakuan pendaftaran yang diberi di bawah
Akta itu.
(4) Segala transaksi atau urus niaga yang dibuat atau dilaksanakan dengan sah, dan segala perniagaan yang dilakukan dengan sah, di bawah atau mengikut Akta termansuh oleh mana-mana orang yang dilesenkan atau didaftarkan atau disifatkan dilesenkan atau didaftarkan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992, hendaklah disifatkan telah dibuat, dilaksanakan atau dilakukan dengan sah dan menurut undang-undang, di bawah dan mengikut Akta Industri
Pelancongan 1992, dan apa-apa hak atau liabiliti yang berbangkit daripada transaksi, urus niaga atau perniagaan sedemikian yang wujud sebelum sahaja hari ditetapkan, hendaklah disifatkan terus sah dan menurut undang-undang di bawah Akta Industri
Pelancongan 1992.
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 481
Kontrak sedia ada
30. Segala surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang wujud sebelum sahaja hari ditetapkan hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan penuh terhadap atau menyebelahi
Lembaga dan boleh dikuatkuasakan sepenuhnya dan seberkesannya seolah-olah Lembaga, dan bukannya Perbadanan, atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Perbadanan, telah dinamakan di dalamnya atau telah menjadi suatu pihak kepadanya.
Penerusan prosiding jenayah dan sivil
31. (1) Pemansuhan Akta termansuh tidak menyentuh liabiliti mana-mana orang untuk didakwa dan dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta termansuh sebelum hari ditetapkan, atau apa-apa prosiding yang dibawa atau hukuman yang dikenakan sebelum hari itu berkenaan dengan kesalahan itu.
(2) Apa-apa prosiding, sama ada sivil atau jenayah, atau kuasa tindakan yang belum selesai atau sedang wujud sebelum sahaja hari ditetapkan oleh atau terhadap Perbadanan bolehlah diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap
Lembaga atau
Pesuruhjaya
Pelancongan, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagaimana yang ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap
Perbadanan seolah-olah Akta ini atau Akta Industri Pelancongan 1992 telah tidak diluluskan.
(3) Apa-apa rayuan yang dibawa atau mana-mana kebenaran untuk merayu yang dipohonkan pada atau selepas hari ditetapkan terhadap suatu keputusan yang diberi dalam mana-mana prosiding undang-undang sebelum hari itu boleh dibawa oleh atau terhadap
Lembaga atau Pesuruhjaya Pelancongan, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagaimana yang ia boleh dibawa oleh atau terhadap
Perbadanan seolah-olah Akta ini atau Akta Industri Pelancongan 1992 telah tidak diluluskan.
Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 25
Menghalang anomali
32. (1) Jika apa-apa kesukaran timbul berkenaan dengan peruntukan peralihan yang disebutkan terdahulu dalam Akta ini
Menteri boleh, melalui perintah membuat apa-apa ubah suaian dalam peruntukan tersebut sebagaimana yang didapatinya perlu bagi menghalang anomali:
Dengan syarat bahawa Menteri tidaklah boleh menjalankan kuasa yang diberi oleh seksyen ini selepas habis tempoh dua tahun dari hari ditetapkan.
(2) Dalam seksyen ini, “ubah suaian” termasuklah pindaan, penambahan, pemotongan, penggantian, penyesuaian, penubuhan dan ketidakpakaian mana-mana peruntukan Bahagian ini.